Translate

Friday, June 3, 2011

KEBANGGAN PAKATAN RAKYAT?

Dadah, maksiat dan Jenayah besar berlaku di Negeri Yang di Tadbir Pakatan Rakyat. Inikah yang dibangga-banggakan oleh Yang Digelar sesetengah sebagai Khalifah?.

Rakyat Malaysia perlu menjadi masyarakat yang peka, vigilant dan pro-aktif menentang bentuk penyakit sosial yang berlaku di persekitaran mereka. Di USA, MADD-Mothers Against Drunk Drivers adalah usaha yang bertali arus ibu-ibu yang vigilant menentang penyakit sosial yakni menentang pemandu yang mabuk kerana para memandu sambil di bawah influence arak ini telah banyak mendatangkan kemusnahan dan kematian. Akhirnya akta MADD diwujudkan dan diluluskan di USA.

Jika hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pengusaha pusat "Istana Maksiat" ini dan mereka yang melacur seperti "cina doll", adakah kegiatan ini tidak tercegah atau berkurangan dan eventually lenyap?...

Apakah rakyat negara ini tidak "cemas" dengan kegiatan yang hodoh ini di Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat?..Bukakah ini menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat LEMAH? Tidakkah anda risau ianya akan merebak di seluruh negara?...

Thursday, June 2, 2011

FLASH BACK: 916 DAN ZAID IBRAHIM YANG DISANJUNG DAP..Kini Apa dah jadi?

LETAK JAWATAN KETUA PEMBANGKANG

DSAI kini sudah berada dalam perjalanan politik yang amat sukar dan tidak memihak kepadanya samada secara politik atau peribadi.

Kemuncak kemelonjakan pengaruh dan imej DSAI ialah selepas PRU12 dan kemenangannya dalam PRK Permatang pauh. Setelah ternyata gagasan 916 gagal, nama dan pengaruh DSAI mulai menurun. di sini Selepas beberapa siri PRK yang tidak memihak Pakatan Rakyat, sokongan menunjukkan Pakatan Rakyat mula  menurun dan mula ditinggalkan rakyat.

Kini, imej dan pandangan rakyat secara umum terhadap DSAI sudah jauh merudum. Keputusan  Mahkamah Tinggi Malaysia di mana DSAI diminta untuk membela diri kes Sodomi II sudah cukup memberi tamparan hebat kepada imej DSAI. Sokongan antarabangsa terhadap DSAI juga sudah merudum. di sini .Malah media-media antarabangsa sudah mula melaporkan paparan yang tidak lagi memihak DSAI di sini. politik DSAI kini yang hanya menegakkan pengaruh melalui "politik presepsi" yang tidak mampu bertahan lama.

Kes seperti yang dihadapi DSAI, Sodomi II dan Skandal Video Sex, jika berlaku terhadap pimpinan luar negara yang maju, sudah pasti telah lama "meletakkan jawatan" dalam jawatan politik. banyak Contoh: Gary Hart, Calon Presiden USA dalam era Ronald Reagan telah membatalkan diri dari bertanding kerusi presiden setelah didapati berskandal dengan model, Donna Rice di sini. Mantan CEO IMF Dominique Starauss Khan di sini, sahabat DSAI meletakkan jawatannya sebagai CEO IMF kerana menghadapi tuduhan merogol pekerja wanita sebuah hotel di New York. Malangnya DSAI masih bertahan dan mempertahankan kedudukan politiknya. Akibatnya, parti pimpinannya dan sekutunya menerima padah dari perbuatan DSAI.

Sepatutnya DSAI sudah lama meletakkan jawatan, sebagai Ketua pembangkang di Dewan Rakyat dan sebagai Ketua Umum PKR/Pakatan Rakyat sejak dia menghadapi tuduhan SODOMI II atau sejak tercetusnya Video Sex yang melibatkan dirinya.

Pakatan Rakyat kini bermasalah disebabkan DSAI dan perangai  pelampau dan melampau DAP. Lebih berat kepada DSAI kerana dia memanjakan DAP dan terlibat skandal. Jika nanti Pakatan Rakyat kecundang, dalam PRU13, DSAI tidak akan mampu bangun lagi......Nak bertaubatpun mungkin terlambat.