Translate

Saturday, July 23, 2011

PAKATAN BERTUANKAN ORANG ASING

Inilah wajah orang upahan Pakatan Rakyat dan Suaram, William Bourdon ... Setiap Hari Pakatan Rakyat memujanya bak dewa dari Kayangan. Diakah sanjungan Rakyat Malaysia? Diakah yang membawa Negara ini ke arah kemakmuran  dan tahap negara maju sehinga 2020?

Kerjaya utama peguam Perancis ini ialah Peguam Human Right. Inilah cara dia cari makan dan mengisi kantung kekayaannya. Bila Pakatan Pembangkang mengupah beliau untuk datang ke Malaysia sudah tentu ia merupakan busunessnya. Dia tidak akan datang PERCUMA. Dia datang untuk BUAT DUIT.

90 Hari berada di Malaysia. Tempoh lawatannya sebagai pelancong sudah berakhir. Kerana itu dia diarah pulang ke Negerinya. Bersih 2 sudah gagal mencapai matlamatnya. Alternatif kepada Pakatan Pembangkang ialah mengaji atau mengupah orang luar atau orang asing untuk memburukkan Malaysia dan kepimpinan kerajaan di mata dunia. Inilah kerja Pakatan Pembangkang.

Pakatan Pembangkang sudah kehilangan arah di Negara ini. Pemimpin utama mereka sudah TIDAK BERMARUAH di mata rakyat Malaysia dan di mata dunia. DAP sekadar mengharapkan sokongan PAS. Namun masing-masing menyembunyikan @ menyimpan pisau belati di belakang mereka. Saban hari menunggu peluang untuk menikam rakan sendiri. PAS-DAP TIDAK mungkin menjadi rakan setia @ setiakawan yang baik. Lambat laun akan menikam kawan sendiri atau bertikaman sesama sendiri.

Pakatan rakyat khasnya PKR dan DAP masih kemaruk mendapatkan simpati kuasa asing yang membenci Malaysia atau menjatuhkan Malaysia. 

Bolehkan Rakyat Negara ini menerima kepimpinan Pakatan Rakyat yang begini.....?

Friday, July 22, 2011

PRU13: ORANG ASING MENYELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA??!!

William Bourdon yang datang ke Malaysia untuk menyelamatkan rakyat Malaysia..WTF..
Imej ini nak membersihkan daftar undi Malaysia..jahanam!


 Soros yang menerajui aktiviti menyangak matawang negara memang Musuh Negara tetapi menjadi sahabat Pembangkang.

Penggunaan khidmat kuasa asing telah lama dilakukan oleh pihak pembangkang secara senyap. Namun menyembunyikan agenda buruk mereka bukanlah mudah disapu di bawah permaidani. Perkara buruk ini semakin hari semakin terdedah di hadapan mata rakyat Malaysia.

Sejak perbicaraan Sodomi II, pakar-pakar asing dipergunakan  membantu pihak pembelaan /tertuduh. Dalam Kes Teoh Beng Hock sendiri, pakar forensik asing yang dijatuhi hukuman di negerinya kerana membocorkan perkara sulit resmi masih tetap disanjung pihak pembangkang di negara ini. Buktinya hingga kini  keputusan Suruhanjaya DiRaja Bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock tidak diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak pembangkang. Lalu, apa yang mereka mahu..video sex yang nyata ditolak!!!?

Jelas dan nyata golongan pembangkang ini dengan melampau mengagungkan kuasa asing.

Bersih 2 amat mengagungkan dan mengharapkan simpati dan bantuan kuasa asing kerana dengan amat jelas rakyat Negara Malaysia ini menolak Bersih 2.

Percayakah anda wahai Rakyat Malaysia bahawa William Bourdon datang ke Malaysia untuk menyelamatkan rakyat Malaysia?.

Tidaklah keterlaluan mengatakan bahawa pembangkang kini sanggup negara ini dijajah semula asalkan mereka mendapat kuasa. Tetapi benarkah rakyat Negara ini membenarkan negara ini dijajah semula lantaran memenuhi nafsu mendapatkan kuasa oleh segelintir individu?

Bersih 2 gagal menjatuhkan kerajaan melalui percubaan secara revolusi kerana rakyat Malaysia dan pihak keselamatan menangani demo haram ini dengan cekap. Isunya simple, bolehkan pertubuhan haram menghukum law enforcement officer/body yang sah?. Ke mana sampainya memorendum bersih?

Jika George Soros yang menjadi petualang Asia kerna menjadi penyangak matawang di Asia termasuk Korea Indonesia, Thailand dan Malaysia, disanjung dan diagung-agungkan pembangkang..dapatkah Rakyat Negara ini menerima hakikat itu?

Jika jawaban kepada semua persoalah di atas ialah TIDAK..bukankah PRU 13 nanti pembangkang sendiri sudah meyakini secara senyap bahawa mereka akan sukar mencapai, pencapaian yang mereka perolehi/menangi dalam PRU 12 yang lalu. Inilah antara sebab mereka resorted ke demonstrasi menjatuhkan kerajaan yang kononnya atas nama revolusi..Revolusi apa? Gerakan revolusi sudah sekian lama berakhir setelah negara kita ini berada dalam sistem demokrasi..Sebaiknya lupakan saja aspirasi pembangkang dan ajar mereka agar mengetahui "tinggi rendahnya langit". Hukum mereka PRU13 nanti....Masa itu mereka akan berhenti dan tergamam dan TIDAK lagi menyalahgunakan NAMA RAKYAT.

Lihatlah SUARAM..suara rakyat Malaysia...lebih tepat kalau jadi Suara Anti Rakyat Malaysia.

Bersih 2 untuk tutup aib dan Menghidupkan Reformasi yang dibunuh bapanya.

Besih 2 tidak akan dapat menutup bangkai gajah!

Bersih 2 gagal. (period). Anasir-anasir survertif yang mengharapkan negara akan menjadi huru-hara gagal mencapai agenda jahat mereka. Rakyat Malaysia BIJAK. Rakyat Negara ini tidak akan termakan bujukan syaitan.

Pembohongan demi pembohongan, muslihat demi muslihat dan agenda peribadi demi agenda peribadi sudah menampakkan kegagalannya sendiri. 

Pemimpin-pemimpin dan pemimpin tertentu yang mengharapkan rakyat akan mengguggat kerajaan sudah melihat dengan mata kepala mereka bahawa rakyat Malaysia TIDAK menyebelahi mereka. Kelemahan dan keyakinan pemimpin dan pemimpin-pemimpin ini sudah goyah selepas demonstrasi Bersih 2. Mereka sudah mengcongak bahawa mereka akan KALAH dengan sokongan begitu kecil dari seluruh negara.

Niat bersih mereka untuk membersihkan senarai pengundi dilupakan begitu sahaja. Niat bersih ini diubah menjadi niat songsang dan kotor menyebabkan mereka yang telah menyertai demon Bersih dua rasa tertipu buat kali yang kedua. BERSIH 2 GAGAL APA-APA MATLAMAT. 

Reformasi yang dipekikkan sepenjang demo Bersih 2 jelas untuk menghidupkan reformasi itu sendiri. tetapi reformasi itu sudah tidak bernafas lagi kerana di matikan sendiri oleh "bapanya" yang terlibat dalam skandal yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia.

Kecundang semakin menghampiri bapa reformasi ini. Kerana itu huru-hara menjadi alternatif  baginya. Dia menharao bersih 2 jadi REVOLUSI. Tapi nampaknya KEBENCIAN RAKYAT MALAYSIA pula yang tiba. Kerana itu anaknya dijadikan persediaan sebagai "talian hayat". Konon di Permatang Pauh. Mana mungkin bersih dapat menutup "kemaluan" anugerah itu!.Mcm bangkai gajah!

Nurul ingatlah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim." Surat Al Taubah 9:23.

Thursday, July 21, 2011

AL MUNAFIQUN....


Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran) SURAH AL-MUNAFIQUN 63:4

TANDA TIDAK HORMAT..HARAMKAN UNDI ANDA UNTUK ORGANISASI MEREKA!



Nyata Bersih 2 menganggap polis sebagai musuh mereka. Apakah "law enforcement officer" ini musuh negara?

Siapa musuh negara? Nak jadi rakyat yang berguna kepada negara MESTI ADA ETIKA! now SIAPA YANG RASIST?

Sikap sibaju kuning ini dapat dilihat sebagai PROMOTER KEPADA HURU-HARA DI NEGARA INI...Pilihanraya Umum Ke 13..sikap seperi ini perlu digugurkan bersama organisasi yang mereka anuti.....POLIS DAN PIHAK KESELAMATAN... HARAMKAN UNDI ANDA KEPADA MEREKA