Translate

Friday, May 18, 2012

Irshad Manji-Musuh Islam!

Buku inilah yang memperkaya Irshad Manji. Buku yang menjadi kebangaan Manji dan diharamkan di kebanyakan dunia Islam.
Quran, a reformist translation, salah satu senjata ampuh Manji untuk menyelewengkan aqidah orang Islam dan remaja Islam.
Irshad Manji, seorang refomist Islam yang mengistyiarkan dirinya Lesbian dan pro LBGT memang mendapat sokongan dan dokongan Salman Rushdi, Penulis Satanic Verse yang menghina Islam. Salman pernah menerima ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh Khomini.
Golongan wanita remaja merupakan sasaran utama Manji kerana mudah didekatinya dan mudah diselewengkan aqidah mereka. Adakah remaja ini menyedari bahawa Maji adalah pengamal Lesbian?
Remaja yang berada dalam kelompok sosial yang amat terbuka memang menjadi kegemaran Manji...

“We know that many Malaysians want to hear about Muslim reform and moral courage because my Twitter feed has received nothing but support from Malaysians since I announced my arrival in KL yesterday.”.

Begitulah ungkapan Irshad Manji setelah pihak berkuasa Malaysia memberikan tekanan agar tidak membenarkan dia mengadakan ceramah di Monash University Kampus Sunway pada hari Jumaat bersamaan 18 Mei, 2012 mulai jam 1.00 hingga 2.00 petang. Masa ini adalah bertepatan waktu dengan waktu umat Islam sembanyang Fardhu Jumaat.

Sebenarnya hanya beberapa kerat sahaja rakyat Malaysia yang berkomunikasi dengan Irshad melalui Twitternya. Itupun meraka yang sehaluan dan sewaktu dengannya. Misalnya:-  IrshadManji @fazighazali @zaidibrahim But there are many reform minded Muslims in these countries, and they need to be encouraged. @MoralCourage 2 hours ago · reply · retweet dan Seorang lagi yang menghubungi Irshad tetapi berfahaman seperti gambar berikut:-..
"I chose to be lesbian, and chose to engage in homosexual behavior. And there's nothing wrong with that choice. I'm gay and I'm Okay..." ref: http://www.facebook.com/FaziGhazali

Siapa Irshad Manji? di sini

Irshad Manji mengakui bahawa dia BUKAN Islam Liberalist, sebaliknya adalah Islam Reformist yang menyokong perkahwinan sejenis dan LBGT (Lesbian, Bisexual, Gay and Tran-sexuality). Dia berasal dari Canada dan bermustautin di New York, Amerika Syarikat. Manji dilahirkan pada tahun 1968 di Uganda. Ayahnya berasal dari Gujerat dan Ibunya berasal dari Egyp.

Irshad bertugas di Robert P. Wagner Graduate School of Public Service, New York University, USA. Dia telah mempelopori Public Leadership and Moral Courage sebagai pengisian ke atas Moral Courage Project-MCP yang telah dibangunkannya sendiri dan ditempatkan di at New York University’s Robert F. Wagner Graduate School of Public Service.

Di samping itu MCP juga menjadi host kepada website yang mampu melakukan interasi dengan pelayarnya bagi melicinkan kerja-kerja penyebaran fahaman Irshad yang menyimpang dari Aqidah Islam sebenarnya.

Bersih menyokong Irshad. Ambiga memanglah sejak awal memanglah pro kepada aktiviti LBGT. Oleh itu kita tidak hairan jika selepas Bersih 3, Irshad menyusul dan mendapat dokongan peserta Bersih-3.

Kita tidak boleh menafikan bulat-bulat tentang keterdedahan negara  kita Malaysia ini kepada kegiatan survertif dan ancama luar. Irshad Maji sendiri merupaka satu contoh. Kenapa agaknya Monash University di Sunway dengan kerjasama Broarder memberikannya ruang untuk bercermah dengan mudah.? Apakah hubungan mereka dengan Irshad telahpun lama terjalin atau terdapat perantara yang menjadi penyambung hubungan itu?....

Jika Irshad sendiri disedari dan dikenalpasti sebagai individu yang kontravesi terutama ke atas dunia Islam, apakah pihak penganjur sengaja mempermudah kehadiran Irshad sebagai menyemarakkan lagi kehangatan isu politik tanah air......?

Kemana suara Pemuda PAS dan Muslimah PAS? Di mana hilangnya Puteri UMNO dan Pemuda UMNO? Di mana orang-orang politik yang mahu menegakkan Islam sebagai way of life?  
Jika bukan kerana tekanan JAIS dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)sudah pasti, Irshad sudah mula dapat menyuntikkan sel-sel barah terhadap amalan Islam  di Negara kita. Sudah tentu dia dapat menyebarkan kitab-kitabnya yang mampu menyelewengkan aqidah anak-anak mudan kita. AWB.......

Tuesday, May 15, 2012

PERADUAN KALI INI LAH.....

Kajian Ilmiah yang mengecutkan PR   
Janji Orang GILA..

"Datu Seri Deposit itu kini sudah sampai ke tahap maturity...dividen sudah meningkat Datu Seri...tapi......"

Tun Dr Mahathir menjangkkan bahawa BN akan menang lebih besar dalam PRU13. Cuma menunggu tarikh yang sesuai untuk membubarkan dewan rakyat/parliment. Bila ditanya mengenai bila tarikh PRU13 tersebut, Tun M bersahaja menjawab "..lepas raya"....

Ketika ini pelbagai gempa menyerang Pakatan Pembangkang. Dari skandal pemimpinnya hinggalah ke meluap dan membuaknya asap "PERBEZAAN IDEOLOGI POLITIK" dalam Pakatan Pembangkang. Membuak bagai larva gunung berapi yang tak mampu disekat. Tidak perlu Karpal Singh mengulangi ungkapan "OVER MY DEAD BODY"; tidak perlu juga dia mengulangi seruan "ANWAR IBRAHIM PERLU BERTAUBAT". Majoriti rakyat Malaysia telah ranum dengan kata-kata itu. Majoriti rakyat Malaysia tahu bahawa ungkapan TGNA bahawa "Bulan bersinar di dada Karpaln Singh" hanyalah sementara dan akan gerhana bila sampai waktunya malah akan mengalami "gerhana penuh".

KENAPA HUDUD TIMBUL SEMULA...? Kerana ramai ahli parti Pakatan pembangkang dan penyokongnya meninggalkan parti itu kerana parti itu YANG BERPALING TADAH TERHADAP IDEOGINYA?..Sukar dinafikan bahawa PERBEZAAN IDEOLOGI lah merupakan TIME BOM yang menunggu masa sahaja untuk Pakatan Pembangkang mengalami "self destruction". Hanya KEPINTARAN BERLAKON dan MENGARAH FILM pemimpin utama mereka seperti DSAI yang bertahan sedikit membisikkan berulangkali mengenai "BAHAYA KEMUSNAHAN PAKATAN PEMBANGKANG" di telinga TGHA, Presiden PAS...otherwise, Parti-parti Pebmangkang di Malaysia akan BERLAWANAN SESAMA MEREKA....seperti enau dalam belukar.

Di Sabah, enau dalam belukar AMAT SUKAR DIELAKKAN. Pertama kerana pemimpin Pakatan membangkang yang telah menyertai pembangkang, 95% ke atas, kerana "NAK BERTANDING" PRU13... Dr Jefrey dengan STARnya sudah memulakan cerita bahawa "biar parti-parti politik SABAH DAN SARAWAK SAHAJA bertanding di Sabah dan Sarawak.....". PR pula mahu PR satu lawan satu dengan BN manakal yang lain sokong PR SAHAJA; Manakala SAPP mahu Sabah based Parti sahaja diberi keutamaan. Ramai lagi parti akan muncul bagai cendawan tumbuh di musin hujan menjelang PRU 13. Oleh itu, mana-mana parti yang hendak menentang Barisan Nasional, JANGAN SEKADAR SYOK SENDIRI kerana "you've companies"..yang terlalu sukar ditinggalkan!, yang perlu anda awasi di kiri, kanan dan belakang anda.....sebagai ramuan asam garam dan sepak terajang politik tanahair. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Selepas UMNO menunjukkan taringnya sempena UMNO 66, sudah ramai lawan yang kecut. Pejuang -pejuang UMNO yang masih gemar lena dari tidurnya bingkas dan mecapai kerisnya, mengatur langkah mereka. Seolah-olah "harimau tersedar dari tidurnya" kerana diganggu.

Jika Azmin Ali masih merawat anunya dengan "doktor"nya, DSAI masih terkapai-kapai menunggu dan melobi biaya asing bagi LAKONANNYA, PAD (correction PAS) dan DAP masih berbalah dengan doktrin, ideologi dan Hududnya, TSUNAMI politik pasti akan beralih arah...beralih merobek benteng Pakatan Pembankang. Belum lagi terjawab SIAPA PERDANA MENTERI PEMBANGKANG (bukan PM Malaysia). Mereka pasti berebut mengangkat tangan.....

Ada sesiapa lagi nak beradu atau nak ikut peraduan?

Monday, May 14, 2012

"BN BODOH! TAK PANDAI BERLAKON"

Kelicikan berlakon: Apakah menjadi penanda aras bagi mendapatkan sokongan?   

  1. Sejak isu 16 September hinggalah ke "we have the number": Isu mengenai Pakatan Rakyat mengambil alih Puterjaya kerana mengikut DSAI dan penyokong tegarnya, 30 MP BN akan melompat menyertai mereka, sejak itu juga pemerhati politik melabelnya sebagai LAKONAN. Lebih jauh dari itu, ianya dianggap sebagai PEMBOHONGAN POLITIK ALAP BARU INI YANG AMAT DASYAT.
  2. Kini timbul lagi isu "lakonan" ini dalam akhbar berbahasa Cina seperti gambar di atas. Penulis menganggap BN bodoh kerana tidak berlakon bagi mencapai kemenangan. Bagi masyarakat India seperti gambar di atas "berlakon" itu satu perbuatan "penipu besar".
  3. Rakyat di luar sana memerhati dengan rapat siapa, parti dan kerajaan yang layak memerintah negara ini. PRU13 di ambang waktu. Rakyat akan memilih.
APAKAH MASA DEPAN NEGARA DAN RAKYAT NEGARA TERCINTA INI DIPERJUDIKAN DENGAN "LAKONAN". Tepuk dada tanya selera...