MANOHARAN TUNTUT BUKAN MELAYU DIBERI STATUS BUMIPUTERA08/07/2009 1:32pm
SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.Tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa kaum bukan Melayu seolah-olah diasingkan sebagai warga negara termasuk hak-hak mereka dalam perkara tertentu.
.
Malah, tuntutan itu katanya akan merealisasikan konsep '1Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957."Dengan memberikan status yang sama seperti orang Melayu, ia dilihat dapat mewujudkan kesamarataan hak dan keadilan di kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - Bernama
.
KOMEN SENJALIZA
.
Masyarakat kampung sering berbekal "lempeng" sejenis kueh nipis yang diperbuat dengan ramuan gula, air dan tepung kadang gula diganti dengan sedikit garam. Ia dimasak sama seperti membuat telur dadar. Petani di tempat saya sering berbekal kueh lempeng ini sebelum ke kebun sayur-sayuran. Shortcut receipe. Tidak seperti cara membuat roti canai yang terpaksa dikibar dengan skel tertentu dan dibubuh minyak ghee, serbuk penaik, telur dan sebagainya. Ramuan pula mesti balance untuk jadi roti canai. Rupa lempeng dan roti canai lebih kurang sama tetapi rasa jauh berbeza begitu juga bila menyebutnya. Bila disebut roti canai yang terbayang ialah kedai mamak; bila disebut lempeng, kepada yang tahu apa itu kueh lempeng, dapat membayangkan kehidupan yang simple dan sederhana rendah jika tidak miskin.
.
Bolehkah roti canai dipanggil lempeng?. Untuk praktikal, datanglah ke kedai mamak dan pesanlah "lempeng" dan teh tarik!. Anda akan dapat jawabannya. Saya minta orang pertama yang buat praktikal ini ialah Manoharan, ADUN Kota Shah Alam, Selangor. Syaratnya, dia mesti bertegas mahu "lempeng". Kalau nasibnya baik barangkali dia akan dapat tosai atau capati. Kalau malang dia mungkin hanya terpaksa minum teh tarik.
.
Probokasi Manoharan terhadap masyarakat bumiputera dan syornya supaya badan NGO, Peribumi Perkasa Malaysia, diharamkan agak terkeluar dari etika dan konsep universalism. Orang Irish di Amerika tidak akan menjadi "Red Indian". "Schotist" di Schotland tak akan jadi "Jewish" di England. Amerika sendiri tidak akan mahu supaya persatuan dan kesatuan "Native American" diharamkan. Keadaan inilah yang melayakkan kita menyoal Manoharan "bolehlah lempeng dipanggil roti canai atau Mertaba?". Katakan saja kepada rakyat Malaysia bahawa Manoharan tidak mengiktiraf hak bumiputera tanpa berselindung di sebalik daun lalang atau di belakang tabir gagasan 1Malaysia yang ingin dihancurkannya.
.
Apakah juga Manoharan menolak kewujudan persatuan-persatuan lain seperti Persatuan Kebudayaan KadazanDusun Sabah (KDCA), Persatuan Brunei Sabah (KBS), Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO), Persatuan Hakka Sabah dan Persatuan Bidayuh Sarawak dan pelbagai lagi di Sabah dan Sarawak?
.
Berkaitan......
.
'Tidak layak jadi warganegara'KUALA LUMPUR: Pakar sejarah dan pemerhati politik, Prof Emiretus Datuk Dr Khoo Kay Kim, menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan tidak layak menjadi warganegara Malaysia. Beliau berkata, songkok dan baju Melayu sudah diterima sebagai sebahagian daripada pakaian kebangsaan dan ia tidak perlu lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak. "Songkok atau baju Melayu adalah pakaian kebangsaan. Mengapa (Manoharan) berperangai seolah-olah tidak tahu. Kalau seseorang hendak mengadap sultan atau Yang di-Pertuan Agong, perlu pakai songkok dan baju Melayu. Kalau tidak mahu pakai, jangan jadi warganegara atau keluar saja dari Malaysia," katanya ketika dihubungi, semalam.
.
Selanjutnya....