Dari Kacamata: HALIK ZAMAN (pic)
Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS di Kedah mendapat tempat utama dalam berita tv3 sebagai berita sensasi dalam usaha UMNO divide and rule PAS dan DAP dalam isu tempat penyembelihan babi di Taman Berjaya Kedah.
Cerita Penuh (klik link berikut)
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1664:umno-jadi-dalang-perbalahan-pas-dan-dap-kedah-&catid=37:politik&Itemid=41
*******************************************************************
Agaknya atok kita, Datuk Haji Halik Zaman (DHZ), pakai kaca mata yang pecah. Dengan itu dia tak berapa nampak isu kenapa DAP keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Barangkali juga atok kita ini "alamak..terlebih sudah" sokongnya pada atok Nuar. DAP keluar PR, atok Nuar salahkan media. Macam saja Pakatan Rakyat itu sudah bankrup dan sudah tak ada media. Mungkin juga jari telunjuk atok Halik dan atok Nuar sama. Asyik-asyik salahkan orang lain atas perbuatan sendiri, atas kesalahan sendiri. Agaknya juga ini memang syndrome atok-atok yang memang suka blame orang lain walaupun kelemahan., kesilapan, kekhilafan, kekurangan dan seumpamanya datang dari diri sendiri. lalu mereka menuduh bahawa di sebalik tabir perbalahan DAP-PAS di Kedah, ada UMNO sebagai Tok Dalang!- Celoteh Ratu Pemilik Kebun Kelapa Sawit.
.KOMEN SENJALIZA:
Ternyata tulisan dan pandangan DHZ itu sekaligus memperkecilkan Thomas Su, Ketua DAP Kedah (Gambar) kerana bagi DHZ, pemimpin DAP kedah terlalu rapuh dan mudah diperkotak katik media. Kiranya memang benar pemimpin DAP ini rapuh dan mudah kecundang di tangan media maka sesungguhnya mereka wajar saja berhenti jadi pemimpin. Mereka tak layak memimpin. Maka wajarlah DHZ, sebagai pemimpin veteran sendiri yang MINTA mereka meletak jawatan dengan segera dan tak perlu jadi "bebas'.
Apakah DSAI dan DHZ menganggap MB Kedah itu tidak mampu membuat perhitungan dan keputusan yang munasabah dan beretika? Apakah bagi mereka MB Kedah itu rapuh di tangan media? Kecil sangatkan MB Kedah itu di mata DSAI dan DHZ sehingga MB itu bagaikan dianggap "puppet" yang mudah dan mampu dipermain media khasnya media pro UMNO?. Atau isu ini sebenarnya sengaja diperbesar-besar, ditokok tambah, dibubuh asam-garam dan manis-madu bagi mendorong pengundi mengundi PAS di PRK Manek Urai?
5 comments:
Kereta lama macamana baiknya pun kalau jarang servis alignment boleh masuk parit. Tulisan DHZ adalah pandangan seorang yang syok sendiri..seperti bercakap dengan penyokong-penyokongnya. Tak caya akan lempang. Macam tulah lebih kurang. DAP dan PAS yang berbalah, UMNO jadi dalang...janganlah buat tuduhan begitu liar bang Halik. bagus lagi kita mengampap ikan basung di Petagas ada lagi di tunggu pagi esok dimakan dengan nasi bingkal..anyway tahniah kak liza.
tak kira sama ada ini taktik ataupun sebaliknya... BN Perlu menawan manek urai... janganlah terjualnya manek urai kepada pemborong ikan .. nanti habis ikan dicekaunya..
Pandangan syok sendiri spt yg dikatakan musli oli. Barangkali DHZ bermimpi atau cermin mata dia guna dah berkarat. Otak dia pun dah berkarat dan penuh muslihat serta kebencian terhadap UMNO. Apa sahaja masalah dalaman Pakatan Rakyat, UMNO dulu yang dituju. Walhal hakikatnya DAP sendiri yang rakus, tp enggan menerima hakikat tsb.
Kepada Senja Liza, teruskan penulisan anda, perbanyakkan lagi artikel di dalam blog anda, dan saya akan masukkan blog anda ke dalam blog list saya bagi memudahkan lebih ramai mengikuti blog anda.
http://exception2008.blogspot.com/
salam to all sabahan.. hehe.. saya krg berstuju dgn Bloggers yg pro UBN ne..
DHZ tu kan buat pandangan.. cuma biasala .. org lama ne lmbt sket,susa mau trima.. tpi kita mesti respect even sblm sblm ne pun dia dri mana mana parti.. by daway sdkit melalut pun kadang2 kalau suda slalu bca pun boring juga kan??huhu.. itu sajalah.. semuga sabah aman sentosa dri anasir anasir mindanao and tarakan..
Adik Musli, Sharp Shooter, eXcetion dan Anom. Terima kasih. Tentunya saya akan menulis bila ada isu yang penting. Terima kasih atas komen dan kunjungan kalian. Salam cyber. Have a wonderful day.
Post a Comment