Translate

Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Sampai Bila Musa Aman dan Shapie Apdal Akan BERMUSUH?

 Ketua Menteri Sabah dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Bukan satu rahsia lagi keretakan antara Ketua Menteri Sabah dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ada perseteruan yang sebenarnya sangat merugikan rakyat serta UMNO Sabah. Ada ketakutan dan kebimbangan yang tidak seharusnya berputik ketika UMNO Sabah sebenarnya sedang diancam dari segala penjuru sungguhpun UMNO Sabah masih lagi dominan dalam politik di Negeri Bawah Bayu itu. Baca selanjutnya di sini

Tuesday, January 25, 2011

PELANCONGAN DI SABAH BANYAK BERGANTUNG KEPADA IBU NEGARA..


"Perjalanan udara pula terhad kepada pelancong yang terbang ke ibu negara, untuk ke Malaysia Timur," katanya pada majlis sambutan operasi pesawat Boeing B737-800 Firefly Sdn Bhd, Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KKIA) di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun. ....Sepenuhnya di sini..

Sunday, January 10, 2010

Bila harga barang turun, pengguna pasti gembira. Anda bagaimana bila Harga Padi Turun RM200. Per MT?

RM200 drop in padi rice set to hit farmers
Published on: Sunday, January 10, 2010
Email to a friend Printer Friendly

Kota Kinabalu: Paddy farmers in Sabah are set to lose with a RM200 drop in the price of paddy next Monday.

Sabah Commercial Rice Miller Association (Padikom) Secretary, Catherine Chu, said the paddy price will be dropped from RM950 to RM750 per metric tonne, which is the pricing set by the Ministry of Agriculture through the Paddy and Rice Control Division. More.....

Tuesday, October 13, 2009

Isu Kontrovasi dulu: Keputusan EIA Bagi Loji Tenaga Guna Arang Batu Di Felda Sahabat Akhir Tahun

Kontrovasi:Cadangan Guna Tenagan Arang Batu Pernah dibantah dan ditolak.

12 Oktober, 2009 20:28 PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) mengenai cadangan membina loji tenaga menggunakan arang batu di skim Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah, dijangka siap selewat-lewatnya menjelang akhir tahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata keputusan laporan EIA itu penting sebelum kelulusan daripada keajaan negeri diperoleh untuk membina loji tenaga 300 megawatt terbabit.

"Keputusan laporan alam sekitar itu mungkin dapat disiapkan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan. Jika laporan tersebut baik dan telah menimbang semua faktor, barulah projek itu dapat dimulakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TNB, di sini Isnin.

Syarikat yang dilantik untuk melaksanakan projek tersebut merupakan anak syarikat TNB yang akan bergabung dengan anak syarikat kerajaan negeri Sabah, katanya tanpa memberitahu nama syarikat tersebut.

Ketika ditanya bila perjumpaan antara TNB dan kerajaan negeri diadakan bagi membincangkan projek itu, Che Khalib berkata: "Kita akan cuba dapatkan tarikh daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan pihak-pihak yang mahukan lebih penerangan."

"Yang penting untuk kita fahami ialah di sebelah timur Sabah, keadaan bekalan elektrik sangat meruncing (dan) selagi kita tidak dapat adakan janakuasa di timur Sabah, keadaan ini akan berlarutan," katanya.

Pairin dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan negeri mahu menemui syarikat utiliti itu secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai cadangan pembinaan loji itu.

Che Khalib baru-baru ini berkata dandang pertama untuk loji tenaga menggunakan arang batu itu akan siap menjelang 2013, dengan syarat TNB boleh memulakan kerja secepat mungkin.

Sementara itu, mengulas mengenai semakan tarif elektrik, beliau berkata kerajaan mengkaji semula harga gas secara berkala setiap enam bulan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai tarif elektrik.

"Saya berpendapat sudah sampai masanya harga gas dinaikkan secara beransur-ansur kerana selagi ada subsidi, kami akan terus menggalakkan ketidakcekapan dalam ekonomi," katanya.

Che Khalib juga berkata peralihan sepenuhnya daripada sistem sedia ada kepada tanpa subsidi secara serta-merta juga tidak mungkin, katanya.

"(Namun) bagi tenaga, jika harga gas meningkat, adalah adil untuk tarif elektrik juga disemak semula kerana kami mungkin tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar kos tambahan bahan api," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, September 17, 2009

Sabah, Sarawak contoh perpaduan 1Malaysia: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata semangat perpaduan dan keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah salah satu contoh terbaik ke arah mewujudkan perpaduan 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, terdapat banyak contoh yang bersemangat untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan boleh menerima perkara yang menyatukan, dan bukannya berpecah belah dan terpisah.

"Kisah Sabah dan Sarawak ialah kisah 1Malaysia, dan ia telah memberi saya maklumat dan inspirasi kepada komitmen saya terhadap konsep ini.

"Ia adalah bukti kepada hakikat bahawa perbezaan itu telah menyatukan negara ini," kata Najib dalam kenyataan peribadinya sempena Hari Malaysia hari ini, sempena memperingati Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung Malaysia pada 1963 bagi membentuk apa yang kini dikenali sebagai Malaysia moden.

Sambil merujuk kepada perayaan Hari Gawai di rumah panjang di Sarawak, Perdana Menteri berkata beliau dapat merumuskan bahawa rakyat Sarawak telah pun menerima pakai nilai-nilai 1Malaysia "lama sebelum saya menjelaskan tentang pelbagai unsur di dalamnya".

Katanya, contoh itu telah merangsang komitmennya dan beliau percaya boleh meninggalkan impak yang mendalam kepada pembangunan Malaysia.

"Rakyat Malaysia daripada mana-mana jua bangsa dan fahaman hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan yang amat sukar dipercayai begitu kukuh dan harmoni yang boleh didapati dalam menerima dan menghormati kelainan rakyat kita," kata Najib.

Mengenai Sabah pula, beliau berkata negeri itu telah menunjukkan semangat keusahawanan yang membawa kepada pertumbuhan sektor ekopelancongan yang juga penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau memperluaskan bantuan kewangan kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak untuk projek prasarana serta menambahbaik peluang pendidikan di luar bandar.

Beliau berkata, adalah penting bagi kerajaan memberi peluang yang sama kepada semua dan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau "ceruk rantau Malaysia yang mereka pilih untuk menjadi tempat kediaman mereka".

"Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai," katanya.

Dalam blog www.1malaysia.com.my, Najib juga menulis mengenai ingatannya semasa berusia 10 tahun ketika ayahanda beliau Tun Abdul Razak menjadi saksi peristiwa bersejarah kemerdekaan Sabah pada 1963.

"Saya ingat bagaimana bangganya beliau saat peristiwa penting itu berlangsung. Sabah dan Sarawak memenuhi satu sudut yang istimewa di hati saya kerana peristiwa bersejarah itu," katanya.

"Rumah-rumah panjang kekal menjadi tulang belakang kehidupan di dua negeri ini kerana ia ialah simbol kepada keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk hidup di bawah satu bumbung dan untuk membina tempat tinggal negara kita secara bersama-sama.

"Apabila matahari terbit di langit Malaysia, ia menyinari Sabah dan Sarawak terlebih dahulu. Masa hadapan kita sebagai sebuah negara bergantung keppada keupayaan kita untuk bekerja dan hidup bersama-sama," kata Perdana Menteri. - Bernama

Sunday, May 10, 2009

ROMBAKAN KABINET SABAH: Japlin tersingkir?


Kenyataan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengenai rombakan Kabinet Negeri Sabah berikutan penyertaan Datuk Raymond Tan Su Kiah ke dalam Parti GERAKAN membuat umum meramalkan sesuatu dan membuat pelbagai spekulasi. Lawatan kerja selama dua hati Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, ke Sabah juga menjadi asas kepada spekulasi bahawa rombakan kabinet itu akan dilakukan Musa selaras dengan kemahuan dan kehendak Najib yang inginkan gagasan 1Malaysia yang bersih dari kepimpinan kontrovasi dan rasuah. Sesuatu bagaikan telah dibisik Najib ke telinga Musa.

Raymond Tan sudah melepasi halangan kontovasi setelah Tan Sri Ko Su Kon, Presiden Gerakan dan Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan bahawa Raymond Tan telah secara resminya menyertai Gerakan. Berikutan dengan penyertaan itu, level “partyless” terhadap Raymond Tan dengan sendirinya lenyap dan “null and void”. Pengkritik Raymond Tan seakan terpaksa menelan pahit. Yang tinggal cuma persoalan kenapa ahli Parti Gerakan yang terbaharu dan terkini masih terus memegang jawatan senior, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Negeri Sabah?. Oleh kerana ini proregatif Ketua Menteri Sabah, maka pengkritik Raymong Tan terpaksalah menelan air liur yang lebih pahit.

Kontrovasi yang masih menyelubungi Musa ialah kedudukan Datuk Japlin Akim sebagai Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Naib Ketua Bahagian UMNO Kota Belud. Ketua Bahagian UMNO Kota Belud pula ialah Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, mantan Ketua Menteri Sabah, mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, mantan Ahli Parlimen P.169, Kota Belud dan Mantan ADUN Usukan. Salleh digugurkan Musa pada PRU12 dengan menggantikannya dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Japlin juga adalah ADUN N.8-Usukan masakini, kawasan yang pernah diwakili Salleh semasa dia memegang tampuk Ketua Menteri Sabah. Dalam masa yang sama Japlin adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Kota Belud yang diketuai Salleh Tun Said. Dalam beberapa keadaan, Salleh seakan membayangi kedudukan Japlin. Kerana itu ramai yang meramalkan bahawa Japlin akan tersingkir, bukan sahaja sebagai Pembantu Menteri, malah sebagai ADUN N.8-Usukan dan Salleh akan diberi tanggungjawab oleh Musa memandangkan Salleh kini adalah Timbalan Musa, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Langkah ini, menurut spekulasi umum, adalah sebagai “menebus” kesilapan Musa yang telah menggugurkan Salleh sebagai calon MP Kota Belud pada PRU 12. Dengan berbuat demikian, kononnya Musa akan kembali dikelilingi pasukan yang kuat yang selari dengan kehendak Perdana Menteri melalui gagasan 1Malaysia.

Salleh pula, setelah dilantik Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, awal-awal lagi telah berikrar bahawa status Sabah sebagai “Fix Deposit” kepada Barisan Nasional khasnya UMNO, akan dipertahan. Namun demikian, mobiliti dan keberkesanan Salleh untuk merealisasikan ikrarnya akan terpaksa menghadapi rintangan dan halangan kerana Salleh BUKAN ADUN atau MP. Dia hanya Pengerusi Perbadanan Kraftangan Malaysia. baca link berikut:http://sskeruak.blogspot.com/2009/04/salleh-ikrar-kekalkan-sabagai-sebagai.html

Melihat senario politik kini, kedudukan Japlin semakin menjadi kurang relevan lagi dengan Musa. Japlin menghadapi tuduhan rasuah dan terbukti melakukan rasuan politik wang sekaligus dijatuhkan hukuman. Keahliannya digantung selama tiga (3) tahun. Sekiranya kes Japlin ini dibandingkan dengan kes Tan Sri Isa Samad, mantan Naib Presiden UMNO, mantan Menteri Besar Negri Sembilan dan mantan Menteri Wilayah Persekutuan; Kes Japlin lebih terang dan bersuluh. Dia terpaksa membayar jaminan sebanyak RM100,000 sebelum dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Seorang kontraktor tempatan, Limus Juri (Pemuda UPKO) yang juga ditangkap SPRM bersama Japlin terpaksa membayar RM300,000 sebelum dibebaskan dari tahanan. Berdasarkan fakta ini, apakah kesalahan Japlin sekadar politik wang?

Melihat akan senaro ini, Musa akan terpaksa menghadapi kritikan besar dan berterusan kiranya dia mengekalkan Japlin. Kiranya Japlin pula terpaksa dikekalkan dalam barisan kabinet Musa, maka Japlin terpaksa membersihkan diri dan membebaskan statusnya dari rasuah. Kes mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohamad Fairus Kamaruddin, perlu dijadikan tauladan dan diambil iktibar oleh Ketua Menteri Sabah dan Japlin sendiri. Kiranya Japlin meletakkan jawatan dengan sukarela atas dasar prinsip, barangkali mudah masyarakat dan rakyat memahaminya. Tetapi kiranya diingin kekal maka dia terpaksa menghadapi kritikan yang berterusan. Dalam masa yang sama dia terpaksa bertamengkan Musa yang akan terpaksa menerima serangan bertubi-tubio dan bertali arus pihak lain terutama dari pembangkang.

Fakta dan keadaan yang tidak memihak kepada Barisan Nasional, UMNO, Japlin, dan Musa ini, menguatkan spekulasi bahawa Japlin akan tersingkir dan disingkirkan dari Barisan Kabinet Sabah setelah Musa membuat rombakan Kabinet. Kedudukan Japlin sebagai ADUN juga terguggat dengan sebenar-benar guggatan. Walahuwalam.
Related story. Please click the link below:-

Saturday, May 9, 2009

Raymond Tan Sudah Buat Pendirian Politiknya; Frankie Chong bila?

Semasa Raymond Tan Su Kiah meninggalkan SAPP dan masih dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perhubungan dan Kerjaraya atas pertimbangan YAB Ketua menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman, pemimpin SAPP paling lantang mendesak Raymond Tan supaya meletakkan jawatan atas dasar "pendirian".
(Gambar: Musa tetap menekalkan Raymond Tan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perhubungan dan Kerjaraya. Apakah ini kekal bila "cabinet resuffle" dilakukan Musa dalam masa terdekat ini)
Konon Raymond Tan tidak turut serta dengan SAPP meninggalkan BN kerana pangkat dan kedudukan tapi "partyless". Memang SAPP tidak dilarang membuat tuduhan demikian kerana itu pendirian dan hak mereka. Ahhh "pendirian"???
.
Bagaimanapun, SAPP terlupa pula, ramai pemipin SAPP terutama yang memegang jawatan seperti Frankie Chong yang masih mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Speaker DUN Negeri Sabah. Apa sudah jadi dengan "pendirian SAPP"? Pemimpin Kemajuan Rakyat dari SAPP sudah lama meninggalkan SAPP atas sebab yang mereka sendiri tahu. So Frankie Chong bila lagi? Mau join BN juga kee? Tinggalkanlah SAPP kiranya "pendirian" yang disebut oleh SAPP itu berada pada mahkota kebenaran! atau stay dengan SAPP dan letakkanlah jawatan dari Kerajaan BN itu. Kalau tidak nanti kena kutuk oleh Chong Pit Fah (CPF), Ketua Penerangan SAPP. Diapun ada angan-angan mengambil alih kedudukan Frankie Chong dalam Majlis Tertinggi SAPP?. Lagipun di Tenom atau Keningau tak ada kawasan selamat bagi Frankie Chong dengan SAPPnya. Rasanya orang DAP sendiripun merasa janggal dengan pendirian orang kanan SAPP yang memegang pangkat dalam kerajaan BN itu?
.
ADUN-ADUN BN pula tak seperti setengah ADUN di DUN Perak yang sampai naik atas meja menghalau orang lain keluar dewan. ADUN-ADUN Sabah bermaryah. Lihat saja DS Pairin Kitingan yang meletakkan jawatan dulu apabila partinya , PBS, kehilangan simple majoriti di DUN Negeri Sabah pada tahun 1994. Atau perlukah ada usul di DUN supaya Frankie letak jawatan, barulah dia letak?.
.
Tan Sri Joseph Kurup, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah sudah mencabar "pendirian SAPP" supaya Frankie Chong menerima cabaran partinya agar "meletakkan jawatan atas dasar prinsip parti yang dipilihnya, SAPP. Walaupun Frankie telah menemui speaker DUN Sabah mengenai kedudukannya, namun sebagai orang yang "beradat", beretika dan bersopan, takkan Tuan Haji Johar Mahiruddin, Speaker DUN Sabah, menghalau Frankie. Frankielah yang kena buat keputusan atas prinsip dan pendirian yang dicipta partinya, SAPP. Takkan menumpang dengan kerajaan BN yang ditinggalkan. Takkan TYT perlu membuat penyataan dan keputusan bagi pihak Frankie kerana ini BUKAN norma TYT, yang bersifat mulia. Frinkielah yang letak jawatan dengan berpandukan PRINSIP SAPP. Otherwise, CPF cuma cakap tak serupa bikin. Lagipun Sabah BUKAN macam di DUN Perak (kerajaan lalu) "asyik buang dan gantung orang jee!".

Now, Raymond Tan sudah join GERAKAN, Frankie bila lagi? atau bila lagi nak letak jawatan Timbalan Speaker.. mana nak lertak maruah SAPP.. malulah sikit... Betul ke tidak CPF, The information Chief ?!

Tuesday, April 28, 2009

Bila Rakan-Rakan Meluahkan Ketidakpuasan, Kepincangan Pasti Belaku

Bila rakan-rakan pemimpin dalam Barisan Nasional mula meluahkan ketidakpuas hatian, sesuatu yang "salah" atau tidak betul dan pincang pasti telah berlaku. Berikut adalah pandangan YB. Datuk Siringan Gubat, MP Ranau, yang juga merujuk luahan pandangan MP Kalabakan, YB. Datuk Abdul Ghapur Salleh, mengenai kedudukan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perhubungan dan Kerjaya, YB. Datuk Raymond Tan Su Kiah (BEBAS-Setelah SAPP Keluar BN dan dia mengambil keputusan tidak menyertai tindakan SAPP).
(Gambar: YB. Datuk Siringan Gubat (Naib Presiden UPKO), MP Ranau, Sabah).
Sampai bilakah keadaan ini berterusan.? Bilakah Raymond Tan membuat keputusan? Apakah yang menyebabkan dia tidak menyertai mana-mana komponen Barisan Nasional seperti MCA, LDP, PBRS, Gerakan atau PBS? Apakah dia selesa menjadi "BEBAS" dan memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerjaraya kerana Ketua Menteri Sabah masih membela dan menyebelahi dia? Apakah dia tidak menghormati Ketua Menteri YAB Musa Aman yang terpaksa menanggung risiko dan kritikan berterusan atas tindakannya (Raymond)?
Gambar: YB. Datuk Raymond Tan Su Kiah (Bebas), Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Negeri Sabah.
Ketua Menteri Sabah, sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah juga bertanggungjawab menerangkan pendiriannya yang sebenar supaya keadaan pertentangan antara pemimpin dan ahli-ahli komponen BN tidak berlaku. Terdapat segelintir pemimpin akar umbi yang mempersoalkan tindakan rakan komponen BN semata-mata kerana mempertahankan BEBAS yang kelihatan seperti lebih bersandarkan kepada kuasa Ketua Menteri. Politically, keadaan ini tidak sihat. Apakah kita perlu menunggu teguran YAB. Perdana Menteri barulah kita bertindak? atau kita lebih besedia menghadapi Tsunami silent majoriti?

Siringan supports Chin's statement
Published on: Tuesday, April 28, 2009
Email to a friend

Kota Kinabalu: Liberal Democratic Party (LDP) Deputy President Datuk Chin Shu Phin Monday won support from a fellow leader of another Barisan Nasional (BN) Sabah component who hoped the top leadership will take the matter he had raised seriously.

Ranau Member of Parliament Datuk Siringan Gubat (UPKO), one of the Vice Presidents of United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), said he believed Chin was not trying to become a hero as alleged by certain State leaders when he made his controversial statement. "I believe those people who are doing that are really or truly concerned over the BN integrity and BN Sabah should not ignore it because it is very important," he said, referring to Chin's statement and his party Supreme Council's subsequent stand on the matter.
.
"But I am not trying to suggest to Chief Minister Datuk Seri Musa Aman to sack him (Tan) but we should leave it to his wisdom to take the most apt action for the sake of the BN's integrity," said Siringan.
.
He also believed dissatisfaction over Tan's current position is not only shared among leaders of the other BN component parties because he recalled fellow Sabah MP for Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh, who is also an Umno Sabah senior leader, had raised dissatisfaction over Tan during his debate speech in Parliament.
.
"I recalled that Datuk Ghapur had raised his dissatisfaction over Tan, who he (Ghapur) said should not remain where he is presently. I was there and was listening attentively to him saying it, and it does prove that even among Umno Sabah leaders themselves there is dissatisfaction," said Siringan. He said the State leaders should also give thought to the main reason SAPP withdrew from the coalition last year.

.
Source....
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=64560
More.... http://www.theborneopost.com/?p=51113
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/27/nation/3778142&sec=nation
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1286:pemuda-pakatan-desak-japlin-letak-jawatan&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

Monday, April 27, 2009

Sabah: Fixed Deposit Musim Inflasi

Masih terngiang-ngiang ditelinga saya kata-kata Yang Berhormat Datuk Ghapur Haji Salleh (DGHS) di Dewan Rakyat yang berbunyi :-
.
“semua tahu , dunia tahu. Kalau bukan Sabah dan Sarawak, 54 kerusi, maka kerajaan BN sudah tidak ada..... Negeri Sabah, Datuk Speaker, Negeri Sarawak yang menyelamatkan BN. Negeri Sabah 3 kerusi menteri. Ini memalukan rakyat Sabah. Ini memalukan. Ini harus diperbaiki. Kita tidak boleh biarkan begitu saja... Sudahlah kita ini ketinggalan, kemudian kita dianaktirikan" dan

....Mungkin itu dianggap oleh pucuk pimpinan Negera enteng, Sabah can be taken for granted... Kalau tidak diperbaiki keadaan ini, pilihanraya akan datang bukan saja BN kalah, sayapun termasuk ikut kalah juga”
.
Mungkin ini alasan DGHS dulu semasa dia menolak jawatan Timbalan Menteri semasa Pak Lah menjadi PM; Namun kini kata-kata Ghapur itu masih relevant. Sabah yang dianggap sebagai "fix deposit" atau "safety box" tidak seenteng dan seringan yang dipandang. Seandainya Ghapur yang pernah memenangi Kawasan Parlimen Kalabakan tanpa bertanding dua kali berturut-turut dalam PRU 11 dan PRU12, 2004 dan 2008, mengatakan bahawa "pilihanraya akan datang bukan saja BN akan kalah, sayapun termasuk ikut kalah juga" maka ancaman terhadap fixed deposit masih tetap wujud dan perlu diberi perhatian serius. Kalau ancaman Tsunami Politik terus membuak di Tanah Semenanjung tempiasnya pasti sampai ke Sabah.

Dua bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee dan Chong Kah kini sudahpun berada di luar BN. Malah Chong Kah Kiat sedang berhadapan Musa di Mahkamah bersabit isu Ma Tzu. Dakwaan mereka dan "silent majority" bahawa Tan Su Kiah @ Raymond masih bergayut dalam BN sebagai "BEBAS" semata-mata kerana jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perhubungan dan Kerjaya sesuatu yang berasas dan dilengkapi dengan fakta. Bagi mereka gagasan Raymond Tan untuk menubuhkan parti hanyalah retorik yang kosong dan tidak berpenghujung.
.
Andainya Raymond Tan subscribe kepada perjuangan dan ideologi BN kenapa dia tidak menyertai mana-mana komponen BN dalam Negeri? Bukankah telah ramai pemimpin-pemimpin BN sendiri sudah mengatakan bahawa ".....there is no such thing as "BN Bebas" in Barisan Nasional..."?.

Kedudukan Raymon Tan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Timbalannya Datuk Japlin Akim selaku ADUN Usukan, sudah cukup mencacatkan prosedur dan norma yang menjadi amalan politik negara ini. Japlin menghadapi tuduhan rasuah dan ditangkap kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000. Ini amat berbeza dengan keadaan Fairus DUN Penanti di Pulau Penang yang tetap mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I dan kerusi ADUN Penantinya walaupun sudah dibersihkan kesnya oleh SPRM dari tuduhan rasuah. Kenapa Japlin Akim tidak berbuat demikian malah menyerahkan "fate"nya kepada CM?

Apakah agenda tersembunyi Musa Aman mengekalkan pemimpin ini "bergayut" dengan pangkat dan kedudukan mereka?. Apakah dia tidak risau dengan pandangan pemimpin BN yang lain dan "silent majotiri" lalu kita kelak sebuk dengan "post mortem" sedangkan fakta ada di hadapan mata kita? Apakah Musa tidak merestui DS Salleh Tun Said yang kini dilantik Najib sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, untuk bertanding di Usukan sama seperti ceritanya menguggurkan Salleh dari bertanding MP yang menggantikannya dengan Datuk Rahman Dahlan?

Sejarah politik Sabah jelas dan terang. Sabah pernah bertukar kerajaan sebanyak empat kali dan bertukar Ketua Menteri sebanyak 13 kali. Dengan ini tidak mustahil kedudukan Sabah juga Sarawak sebagai "fixed Deposit" akan tergugat kiranya amalan yang terbentang di hadapan mata rakyat sebagai "tidak normal" masih tetap diamalkan.

Ketidak tegasan Musa terhadap isu Raymond Tan dan Japlin ternyata akan menggugat Barisan Nasional Sabah. Seolah-olah Musa gagal melayari gagasan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak, gagasan 1Malaysia dan Transformi dalam pentadbiran yang membawa messege melakar wacana yang ingin mendengar degupan dan denyutan nadi 27 juta rakyat Malaysia. Riak yang memecah dalam BN apabila Pemimpin kanan LDP menyuarakan tegurannya terhadap "BN Bebas" perlu didengar dengan ketegasan bukan dengan alasan yang diputar belit terutama bila politik negeri kini mengalami inflasi..

Saturday, April 25, 2009

5 BINTANG KECEMERLANGAN PENGURUSAN 2008.

Kementerian Kerja Raya Malaysia Satu-satunya Kementerian yang mendapat 5-Bintang Kecemerlangan Pengurusan bagi tahun 2008-KSU TS. Sidek Hassan.

Kementerian Kerja Raya Malaysia merupakan satu-satunya Kementerian yang mendapat taraf lima bintang Kecemerlangan Pengurusan dalam tahun 2008. Demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Malaysia, "Yang Berhormat" Tan Sri Sidek Hassan pada 21 April 2009 yang lalu. Tahniah ke atas Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Sayang seribu kali sayang Kementerian Kerja Raya Sabah jauh berbeza dengan pencapaian dan apa yang berlaku di Peringkat Nasional. Kementerian Kerja Raya Sabah mengalami kepincangan dan masalah.

Pertama: Menterinya, YB Datuk Raymond Tan Su Kiah, juga selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah "tidak berparti". Dikhabarkan secara tidak resmi bahawa ramai kontraktor malah pegawai dan kakitangan JKR Sabah juga merungut terhadap tindakan menterinya yang mengawalselia dan mengongkong semua GWO walaupun mengenai projek-projek kecil yang urgent.

Kedua: Timbalan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Japlin Akim (DJA), selaku ADUN Usukan, pula menghadapi tuduhan rasuah dan ditangkap SPRM bersma-sama dengan seorang kontraktor, Limus Juri (LJ). Walau bagaimanapun, DJA telah dibebaskan selepas berada dalam tahanan selama tiga hari dengan ikat jamin RM100,000.00. Manakala LJ dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM300,000.

Ke n':..: Cukup. Jalan Bundusan dianugerakan kepada siapa dan oleh siapa dan siapa pelaksananya dan siapa di sebalik tabir? SL nak tanya saja.

Layari Web Kecemerlangan Pengurusan Lima Bintang 2008....
http://images.google.co.uk/imgres?imgurl=http://www.jkr.gov.my/v2/english/image/LogoJKR_c1.jpg&imgrefurl=http://milmoderno.blogspot.com/2008/10/dunia-di-jabatan-kerja-raya.html&usg=__ZAWdU6rmakCNF9xzFFI0NhCfbIM=&h=261&w=370&sz=42&hl=en&start=17&um=1&tbnid=J30RErUJANyCuM:&tbnh=86&tbnw=122&prev=/images%3Fq%3DJabatan%2BKerja%2BRaya%26hl%3Den%26rlz%3D1T4GFRE_enMY317MY317%26sa%3DN%26um%3D1

Thursday, April 9, 2009

TAHNIAH BUAT SABAHAN.

Perlantikan empat Menteri Penuh dan lima Timbalan Menteri rasanya sudah wajar menunjukkan bahawa dalam Kabinet Malaysia membanggakan.

Selain ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee yang juga dari Sabah, tidaklah wajar lagi dikatakan bahawa Sabah dianak tirikan dalam barisan Kabinet Malaysia. Tidak lagi perlu timbul soal "memalukan" dan "rumah teres" yang pernah di perkatakan YB Datuk Ghapur Salleh MP Kalabakan dan YB. Datuk Anipah Haji Aman, MP Kimanis sedikit masa lalu.

Soal yang penting yang perlu diberikan penekanan pada masa ini ialah soal peruntukkan pembangunan. Soal "slice of pie" yang lebih adil dan saksama bagi Sabah memandangkan lebih banyak "yang perlu dilaksanakan" di Sabah memandangkan Sabah di lihat masih mengalami gejala kemiskinan yang tinggi.

Saya tidak yakin bahawa Pembangunan Korridow adalah jawaban kepada masalah gejala kemiskinan penduduk. Barangkali Pembangunan Korridow dapat mengubati "kemiskinan hati" sesetengah pemimpin yang tergamak melihat kemiskinan dan derita rakyat dengan program yang memperkaya golongan yang kaya raya.

Mungkin gejala kemiskinan di Semenanjung Malaysia berbeza dari segi ciri dan sifatnya. Kemiskinan di Sabah banyak dipengaruhi oleh kekuarangan atau langsung tiada kemudahan infrastruktur khasnya infrastruktur yang utama seperti Jalan Raya, Letrik dan Air.

Andainya "Little Jenny berkunjung ke Pedalaman dan membina infrastruktur ini, penduduk pedalaman ini tidak perlu meminta jenny untuk memberi mereka wang. Mereka mampu berdikari dengan kekayaan sumber yang ada".

Kemiskinan di Semenanjung Malaysia tidak lagi menyebut Jalan Raya, Jambatan Gantung, Paip air, Sistem Pengairan Pertanian khasnya padi, Klinik Desa, Sekolah Rendah, Tadika dan seumpamanya. Semua kemudahan itu hampir telah tersedia. Namun di Sabah, kemudah ini masih terlalu kurang terutama di Bahagian Pendalaman. Hakikat yang perlu di fahami ialah Sabah itu luas dan densiti kependudukannya di kawasan Pedalaman rendah.

"Slice of pie" ke Sabah sesungguhnya perlu wajar dan adil kerana sesungguhnya dan sebenarnya "Sabah menyertai Malaysia sebagai sebuah Negara".

Friday, November 28, 2008

CALON-CALON PEMILIHAN AMT UMNO MAC 2008.


Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman dan
Y.B. Datuk Anifah Haji Aman

Datuk Masidi Manjun dan Datuk Bung Mokhtar Radin

Datuk Haji Lajim Haji Okin, Janang Gayuh (Presiden Persatuan Bisaya) dan
Datuk Salleh Tun Said, Presiden USBO (Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah)

Majlis Tertinggi (10)


1. Noh Omar ( 158)2. Musa Aman ( 143)3. Ir. Mohd. Zin Mohamed ( 143)4. Mustapa Mohamed ( 138)5. Abdul Ghani Othman ( 133)6. Zainal Abidin Osman (132)7. Ismail Sabri Yaakob ( 129)8. Azian Osman ( 120)9. Tajuddin Abdul Rahman ( 120)10. Adnan Yaakob ( 113)11. Azalina Othman Said ( 113)12. Dr. Abdul Latif Ahmad ( 102)13. Mohamad Hasan (99)14. Shahrir Samad ( 98)15. Mahdzir Khalid ( 94)16. Hamzah Zainudin ( 92)17. Dr. Mohd. Puad Zarkashi (89)18. Husni Ahmad Hanadzlah (87)19. Ahmad Shabery Cheek (86)20. Noraini Ahmad (81)21. Zulhasnan Rafique (77)22. Dr. Awang Adek Hussin (74)23.Johari Baharom (72)24. Mohamad Norza Zakaria (72)25.Shahidan Kassim (71)26.Abdul Aziz Sheikh Fadzir (67)27. Idris Haron (65)28. Lajim Ukin (63)29. Anifah Aman (62)30. Dr. Zambry Abd. Kadir (61)31. Saifuddin Abdullah (60)32. Shaziman Abu Mansor (60)33. Idris Jusoh (59)34.Ahmad Said (59)35.Mohd. Alwi Che Mat (48)36. Dr. Md. Isa Sabu (44)37. Syed Ali Alhabshee (43)38. Bung Moktar Radin (41)39.Abdul Latif Mirasa (40)40. Dr. Hilmi Yahya (38)41. Abdul Azeez Abdul Rahim (35)42. Hasan Malek (33)43. Dr. Noraesah Mohamad ( 29)44. Dr. Jamaluddin Jarjis (29)45. Shahrizat Abdul Jalil ( 27)46. Abdul Rahman Bakar (26)47. Abdul Aziz Shamsuddin (25)48. Halimah Mohd. Sadique (24)49. Raja Ropiah Raja Abdullah (23)50. Radzi Manan (21)51. Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (20)52. Astaman Abdul Aziz (18)53. Masidi Manjun (18)54. Mohd. Tajol Rosli Ghazali (18)55. Ghazali Ibrahim (17)56. Ishak Ismail (16)57. Salleh Said Keruak (16)58. Siti Zaharah Sulaiman (16)59. Subahan Kamal (15)60. Ahmad Lebai Sudin (15)61. Azhar Ibrahim (15)62. Zahidi Zainul Abidin (14)63. Wan Adnan Wan Mohammad (14)64. Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (14)65. Radzi Sheikh Ahmad (13)66. Kapten (B) Abu Zahar Hashim (13)67. Azimi Daim (13)68. Dr. Abdullah Md. Zin (13)69. Syed Hamid Albar ( 12)70. Abdul Rahim Thamby Chik (12)71. Tengku Putera Tengku Awang (12)72. Sazmi Miah (11)73. Dr. Ibrahim Saad (10)

Sunday, October 19, 2008

Datuk Shafie Haji Afdal Cacat Sejarah.

Datuk Shafie Haji Afdal Pemimpin dari Sabah yang telah dapat mendalami budaya politik di semua peringkat Persekutuan dan Negeri

Shafie catat sejarah
Oleh Saufi Hamzah, Siti Nur Almizan Aripin, Bennie Zie Fauzi dan Nurul Farina Nazlan bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mencatat sejarah sebagai pemimpin Sabah pertama melayakkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Sehingga malam tadi, Shafie mengumpul 26 pencalonan selepas mendapat pencalonan dari Kemaman, Raub, Pokok Sena, Padang Rengas, Merbok, Gelang Patah, Kinabatangan, Batu Sapi dan Alor Star. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut layak apabila meraih 21 pencalonan termasuk dari Bachok, Padang Rengas dan Tebrau. Syarat layak bertanding jawatan Naib Presiden ialah 20 pencalonan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih mengungguli pencalonan jawatan Naib Presiden apabila mengumpul 38 pencalonan termasuk dari bahagian Merbok, Padang Rengas, Pokok Sena, Raub, Bachok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mengumpul 17 pencalonan selepas meraih pencalonan dari Kemaman, Bachok, Pokok Sena, Merbok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kini mendapat lapan pencalonan termasuk dari bahagian Kemaman sambil bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menerima pencalonan dari Raub untuk mengumpul tiga pencalonan setakat ini, manakala bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menambah dua lagi pencalonan masing-masing dari Padang Terap dan Padang Besar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan masih dengan dua pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad (empat) dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim (lima). Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada di depan untuk merebut jawatan Presiden apabila mengumpul 43 pencalonan setakat malam tadi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila mengumpul 37 pencalonan termasuk 13 semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing masih dengan tiga pencalonan setakat ini bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.

Sunday, August 17, 2008

PEMILIHAN UMNO: Politik Wang, Percakaran dan Pengorbanan

"Doa seorang pemimpin yang telah banyak berkorban"
Bahagian i.
UMNO: Dulu, kini dan selamanya.

Selepas PRU 12, UMNO berada pada tahap yang kritikal. Tanpa Sabah, tanpa Sarawak, Kerajaan Persekutuan telahpun jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di Tanah Melayu sudah pasti jadi pembangkang.

Dalam keadaan kritikal, gagasan Dato Seri Anwar Ibrahim melalui gabungan tiga parti menjadi Pakatan Rakyat, tetap mengancam Barisan Nasional yang terbentuk oleh 14 komponen parti. Congak 140 VS 82 yang digunakan Anwar masih terus menjadi senjata ilusinasi yang mampu melumpukan dan melunturkan semangat sesetengah pemimpin BN. Contoh yang amat ketara ialah Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, bekas Ahli Parlimen Klang; MCA Semporna Division Chief Datuk Thien Kok Poh yang diberitakan telah mengepalai 100 ahli MCA meninggalkan MCA, Dato Fauzi Abdul Rahman yang meninggalkan perjuangannya dalam UMNO dan menyertai keadilan. Dan beberapa lagi yang tidak manis dikenang dan tidak indah menghiasi ruang ini.

Usia Barisan Nasional telah menjangkau 35 tahun setelah mewarisi perjuangan dari Parti Perikatan dalam tahun 1973. Sejak itu UMNO telahpun menjadi tulang belakang Barisan Nasional. Secara tradisi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kontrak sosial yang diterima rakyat Malaysia.

Sehingga PRU11, ternyata UMNO unggul, walaupun pernah melalui beberapa siri krisis dalaman. Semuanya berkisar dan bergolak sambil berbaur politik wang, percakaran dan pengorbanan. Dua perkataan yang hodoh, satu sahaja yang indah, namun UMNO masih sebagai tulang belakang Barisan Nasional. Sebagai parti tulang Belakang, ianya menjadi “punching bag”, sasaran cemuhan, dan ancaman apakala sesuatu kepincangan berlaku dalam Barisan Nasional; apabila berlaku penyelewengan dan salah laku seseorang pemimpin tertentu dalam UMNO dan BN, UMNO yang menerima padahnya. Seolah-olah ianya salah UMNO, seolah-olah kita tidak dapat membezakan antara Islam dan Terrorisma. Begitulah anggapan dan tanggapan terhadap UMNO secara am.

“Dulu, Kini dan Selamanya” hampir menjadi slogan yang pudar masakini. UMNO dulu bukanlah UMNO kini dan kewujudanya untuk selamanya menjadi persoalan yang dimomok-momok di dada media massa. Politik Wang, Percakaran dan Pengorbanan semakin menjadi amalan yang normal. Semakin menjadi darah daging dalam UMNO. Malah istilah “membunuh atau dibunuh” semakin menjadi praktis yang dihalalkan dalam UMNO akhir-akhir ini.

Tun Mahathir dan Isa Samad adalah contoh mangsa politik wang, Anwar Ibrahim dan Tengu Razaleigh Hamzah adalah dua individu yang menjadi mangsa percakaran politik dalam UMNO. Manakala Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said adalah antara contoh pemimpin yang menjadi “mangsa” politik kerana “pengorbanan”.


Bahagian ii
Pengorbanan Salleh Said Keruak

PRU 10, dalam rekod, Salleh adalah Ketua Menteri Sabah yang kedua setelah kemasukan UMNO ke Sabah. Dia juga adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah masa itu. Dia terpaksa berkorban mengosongkan jawatan Ketua Menteri kerana Sistem Penggiliran Jawatan Ketua Menteri terpaksa dikuatkuasakan. Bererti dia juga terpaksa selanjutnya mengosongkan Jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Pada masa itu, dia masih ADUN N.8-Usukan dan MP. P148 (kini P.169)-Kota Belud. Beliau juga telah berkorban dengan memberi laluan kepada Datuk Japlin Akim, Ketua Pemuda UMNO Sabah, yang mengambil alih DUN.N.8-Usukan dan tinggallah MP-Kota Belud di tangannya.

Selepas PRU 11, Keinginan Salleh untuk membentuk pasukan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud yang teguh, menyebabkan dia menawarkan Datuk Haji Musbah untuk memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Dengan demikian dia dapat menumpukan perhatian penuh ke atas tanggungjawab dan peranannya sebagai Ahli Parlimen. Dalam pemilihan UMNO Bahagian beliau mengotakan katanya dengan berkorban memberi laluan kepada Musbah untuk Menjadi Ketua UMNO Bahagian. Bagainanapun pada masa itu Musbah mendapat tentangan daripada Datuk Haji Yahya Lampong yang ingin mencuri peluang “di padang permainan Musbah” setelah Salleh tidak bertanding seperti dijanjikannya.

PRU 12 menyaksikan satu lagi pengorbanan Salleh. Dia bersama-sama Pandikar Amin Mulia digugurkan sebagai calon BN P.169-Kota Belud dan DUN-N.6-Tempasuk. Pengorbannnya tidak terhenti di situ. Dia dan Pandikar Amin Mulia, juga berkorban, masih mengangkat tangan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan DatukHaji Musbah dan bertekad memenangkan mereka di kawasan yang mereka tandingi, kawasan yang bagai dirampas dari Salleh dan Pandikar. Ternyata, DARD menang Kerusi Parliment P.169-Kota Belud. Musbah juga menang di N.6-Tempasuk.

Pandikar dilantik Speaker; Salleh tidak di lantik apa-apa. Mantan Ketua Menteri, Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Mantan Ahli Parlimen Kota Belud, Mantan ADUN Usukan dan Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak, hanya dilantik semula sebagai Penasihat Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PBPPPM) cawangan Sabah bagi penggal 2008-2010 oleh ahli Jawatankuasa Badan itu. BUKAN juga dilantik Yang Berhormat Senator, tetapi Presiden USBO-United Sabah Bajau Organisation, yang menjadi faktor penentu jatuh bangunnya UMNO di Sabah.

Pengorbanan apa lagi yang mahu dipikulkan di bahu Salleh Tun Said?.

Pemilihan UMNO Bahagian Kota Belud, menjelang Oktober, 2008, ini memperlihatkan ada usaha untuk mengorbankan karier politik Salleh yang telah banyak berkorban. Sesetengah pemerhati politik menyatakan "verdic" mereka bahawa “enough is enough”. UMNO Kota Belud sudah terlalu sarat mengandungkan masalah setelah ketiadaan Salleh untuk memimpinnya. Salleh mesti kembali dan dikembalikan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.

Majoriti masyarakat Kota Belud merasakan bahawa adalah lebih wajar Musbah membayar hutangnya. Wajar membayar dan mengenang budi atas pengorbanan Salleh. Salleh bertanggungjawab merintis jalan ke puncak bagi Musbah menggapai kedudukannya kini. Sepatutnya Musbah menghampar permaidani dan menabur beras kuning menjemput Salleh menaiki taktha Ketua UMNO Bahagian Kota Belud tanpa ditandingi. Musbah boleh meneruskan jawatanya sebagai ADUN N. Tempasuk dengan aman.

Dengan rasa puas dan bangga, Musbah akan jadi tauladan dan pemimpin contoh yang tahu membalas pengorbanan.Tahu membalas dan mengenang budi. Bukan sahaja di Sabah malah seluruh negara. Namanya akan menjadi sebutan. Semua Bahagian UMNO di Malaysia akan menyebut nama Datuk Haji Musbah bin Haji Jamli, seorang pemimpin UMNO yang tahu menghargai erti pengorbanan yang menjadi pemimpin contoh. Dia adalah ADUN N.6-Tempasuk yang bakal sukar digugat kiranya benar dia juga “berkorban” dan kiranya benar dia tahu menghargai pengorbanan.

Seandainya dia membutakan matanya, memekakkan telinganya dengan meneruskan api penjuangannya, dengan hanya mendengar bisikan suara yang rakus; tanpa memperdulikan erti dan makna sebuah pengorbanan, dia sesungguhnya berhadapan dengan risiko yang maha besar. Kiranya dia membiarkan dirinya diperalat pemimpin tertentu yang tidak ikhlas dalam membela nasib dan masa depan anak-anak dan masyarakat Kota Belud, dia akan menerima natijah dan padahnya.

Rata-rata perwakilan sudah mula bijaksana dan menunjukkan kematangan yang matang. Mereka sudah tidak mampu melayan soal titik-bengik. Kematangan mereka sudah mendesak keinginan naluri mereka untuk sebuah perubahan. Suara mereka sudah mula kedengaran. Wang ringgit bukan lagi menjadi sandaran dan ukuran. Percakaran sudah membosankan. Sudah jelas di hadapan mata mereka. Politik wang dan percakaran akan meninggalkan titik-titik noda yang hitam yang amat sukar untuk dilupakan; sukar dipadam. Pengorbanan jua yang tetap menjadi paksi unggul yang sukar untuk ditumbangkan; sukar untuk dinafikan.