Translate

Thursday, September 17, 2009

Sabah, Sarawak contoh perpaduan 1Malaysia: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata semangat perpaduan dan keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah salah satu contoh terbaik ke arah mewujudkan perpaduan 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, terdapat banyak contoh yang bersemangat untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan boleh menerima perkara yang menyatukan, dan bukannya berpecah belah dan terpisah.

"Kisah Sabah dan Sarawak ialah kisah 1Malaysia, dan ia telah memberi saya maklumat dan inspirasi kepada komitmen saya terhadap konsep ini.

"Ia adalah bukti kepada hakikat bahawa perbezaan itu telah menyatukan negara ini," kata Najib dalam kenyataan peribadinya sempena Hari Malaysia hari ini, sempena memperingati Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung Malaysia pada 1963 bagi membentuk apa yang kini dikenali sebagai Malaysia moden.

Sambil merujuk kepada perayaan Hari Gawai di rumah panjang di Sarawak, Perdana Menteri berkata beliau dapat merumuskan bahawa rakyat Sarawak telah pun menerima pakai nilai-nilai 1Malaysia "lama sebelum saya menjelaskan tentang pelbagai unsur di dalamnya".

Katanya, contoh itu telah merangsang komitmennya dan beliau percaya boleh meninggalkan impak yang mendalam kepada pembangunan Malaysia.

"Rakyat Malaysia daripada mana-mana jua bangsa dan fahaman hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan yang amat sukar dipercayai begitu kukuh dan harmoni yang boleh didapati dalam menerima dan menghormati kelainan rakyat kita," kata Najib.

Mengenai Sabah pula, beliau berkata negeri itu telah menunjukkan semangat keusahawanan yang membawa kepada pertumbuhan sektor ekopelancongan yang juga penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau memperluaskan bantuan kewangan kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak untuk projek prasarana serta menambahbaik peluang pendidikan di luar bandar.

Beliau berkata, adalah penting bagi kerajaan memberi peluang yang sama kepada semua dan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau "ceruk rantau Malaysia yang mereka pilih untuk menjadi tempat kediaman mereka".

"Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai," katanya.

Dalam blog www.1malaysia.com.my, Najib juga menulis mengenai ingatannya semasa berusia 10 tahun ketika ayahanda beliau Tun Abdul Razak menjadi saksi peristiwa bersejarah kemerdekaan Sabah pada 1963.

"Saya ingat bagaimana bangganya beliau saat peristiwa penting itu berlangsung. Sabah dan Sarawak memenuhi satu sudut yang istimewa di hati saya kerana peristiwa bersejarah itu," katanya.

"Rumah-rumah panjang kekal menjadi tulang belakang kehidupan di dua negeri ini kerana ia ialah simbol kepada keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk hidup di bawah satu bumbung dan untuk membina tempat tinggal negara kita secara bersama-sama.

"Apabila matahari terbit di langit Malaysia, ia menyinari Sabah dan Sarawak terlebih dahulu. Masa hadapan kita sebagai sebuah negara bergantung keppada keupayaan kita untuk bekerja dan hidup bersama-sama," kata Perdana Menteri. - Bernama

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

lenzaidi said...

Needless to say more?
Let me recall this and hope those who read this can strongly say NO to PKR!!
Suami hairan ramai mendengar ceramah(retorik tapi sang suami tidak teruja) dan menyokong DSAI bermati matian atau bermaki hamun tak tentu pasal-taksub atau mereka ini kurang memahami fakta dan sejarah.SEDIH pendidikan & Iman tidak sekata.Kata suami, DSAI sekarang didnt do much for the PR and the state government as much as he did during his UMNO stints.What hes doing now is all harmful to the peace and harmony of Malaysia multicultural nation.He instigated the feeling of all races in the country esp the Malays and Islam (His so called liberal Islam Move)He changes alot in term of his plight for the malays, his ABIM and fundamental Islamic Move before and now his move of getting all he can possibly can to topple the government by associated himself with the international bodies example IRI.APA yang di agung agungkan dan ditaksubkan sangat tentang DSAI ini?
Adik yang berpendidikan tinggi berkata kepada saya,siapa yang mempercayai tuduhan liwat DSAI adalah manusia yang tidak beriman. Astagafirullah al Azim.I leave this to the high court.There are so many grey matters in this case.Wait & See.
Di Sabah & Sarawak,life although slows but goes on.Kita tak perlu membangun dgn meruntum nilai dan kesedarhana yang kita miliki.The rich natural resources are there for us (mind the immigrants please!!)Hanya perlu mendidik anak anak bangsa dan pemimpin yang berjiwa rakyat!
Sabah & Sarawak comes a long way. Saya tabik the Sarawakians since Brooke and British mempunyai semangat patriotik yang kuat menentang penjajah.SO SAY NO TO PKR.YOU DONT NEED THIS NO TRACK RECORD Party to lead you.The existing BN needs a change thats ALL.
The Sabahans being a no colony hardship have not experienced the struggle much.Thats not a reason for you to welcome PKR.You DONT NEED PKR because the stronghold members such as Sabah ADUN and MP in Federal are doing their jobs to heigthen the Sabah plights.Kaya dengan sumber & keharmonian Sabah perlu bangun dari kelekaan dan please own your own country.Grab your rights and rid of the immigrants!!SABAH MAJU JAYA NEGARA KU CINTAI.