"The Return of Dr, J....Dr. Jeffrey dan tindakannya memang sukar diramal.
Tiada siapa juga yang mengatakan bahawa Jeffrey telah kalah dalam arena politik bila dia gagal merebut jawatan Pengerusi Penhubungan PKR Sabah. Tiada siapa juga yang boleh menganggap bahawa kerjaya politik Datuk Dr. Jeffrey Kitingan akan berakhir apabia dia tidak dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. “I can always do something else”. Itulah ungkapan Jeffrey. Dia sebagai individu dan tindakannya memang sukar diramal.
Christina juga besikap hampir demikian. Semasa dia tewas di tangan Melanie Chia dalam Pilihanraya Umum 11, tahun 2004, dia terus mengeluarkan kenyataan bahawa “saya tidak kalah Cuma saya belum menang”. Dia hampir menang dalam pertandingan merebut kerusi DUN Api-Api dan Kerusi Parliament Kota Kinabalu dalam PRU12. Dia hanya kalah masing-masing 174 undi dan 106 undi di kawasan-kawasan itu. Dalam politik tidak ada kawan selama-lama dan tidak ada musuh selama-lama. Dr Tee Moh Chai yang berhentap dengan Christina di DUN Api-Api pada PRU 12 tidak mungkin menjadi halangan besar pada Christina jika Jeffrey dan Christina menyertai PBS.
Pada hari ini, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Presiden Parti Bersatu Sabah ditanya wartawan mengenai kedudukan Jeffrey dalam politik di Sabah. Pairin menjawab mudah dengan mengatakan bahawa dia belum menerima sebarang permohonan Jeffrey untuk menyertai semula PBS. Memang jawaban itu benar kerana Jeffrey sendiri sejak awal mengatakan bahawa dia masih Ketua Bahagian PKR Keningau dan masih ahli PKR.
Bila wartawan bertanya soalan sedemikian, apa yang jelas ialah ianya “imply” bahawa ramai yang meramal bahawa Jeffrey akan kembali berjuang dalam politik melalui PBS. Christina pula telahpun membayangkan hasratnya bahawa ke bantera mana sahaja Jeffrey berada, dia akan tetap bersama.
Hujung minggu akan datang ini (jika tiada perubahan) dijadualkan akan diadakan Kongress Tahunan PBS yang dijangka akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia selaku Pengerusi Barisan Nasional Malaysia. Solidariti PBS memanglah sentiasa kukuh dan bertambah kukuh sejak kembali menyertai Barisan Nasional.
Apakah Jeffrey dan Christina serta penyokong mereka akan menghadiri Majlis Perasmian Kongress PBS ihujung minggu ini? Adakah mereka dijemput? Atau mereka masih sebuk “membakar jambatan” di peringkat cawangan dan akar umbi? Sama-sama kita tunggu….
Baca Juga.....
http://www.pbs-sabah.org/pbs3/html/news/2009/051109bernama.html