Translate

Monday, June 22, 2009

PEMIMPIN PKR SABAH PUTIH MATA

Azmin Ali Pengerusi Perhubungan PKR Sabah; Demokrasi ala PKR ciptaan Kongress Khas PKR. PKR Sabah, khasnya Dr. Jeffrey dan yang teringin hanya putih mata.
.
RASA tertunggu-tunggu akan reaksi pemimpin-pemimpin PKR Sabah apabila Azmin Ali yang digelar Mat Tonggeng di Penanti dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, menggamit 'curiousity" saya untuk "bersiul". Hanya Dr. Jeffrey Kitingan memberikan reaksi di bibir manisnyanya tetapi hempedu di kamar hatinya mengusik keinginannya untuk menjadi "ketua".
.
PKR baru saja mengadakan Kongress Khasnya yang memutuskan kepimpinan Partinya dipilih oleh ahli-ahlinya. Kononnya sebagai menggambarkan bahawa PKR lebih demokratik dari mana-mana parti di bumi Malaysia. Dalam masa yang sama, PKR melantik Azmin Ali menjadi Pengerusi Perhubungan Sabah. Dalam "keterpaksaan" PKR Sabah menerimanya. Inilah lebih demokratik ala PKR yang baru dicipta dalam Kongres PKR. Demokratik yang membuat pemimpin PKR Sabah putih mata. Berhujahlah Jeffrey dalam keterpaksaan sambil "mengiakan perkara tidak" yang menjadi punca krisis kempimpinan PKR Sabah selama ini, krisis mendapat "anak tempatan Sabah untuk PKR Sabah" kerana kononnya "hanya PKR" yang dapat mengembalikan hak-hak Sabah kepada rakyat Sabah. Selepas itu "pahit terus saja ditelan, sebab pahit tidak semestinya pahit" bagi mereka yang genuinely berada pada "stage of the greatest in denial". Sekonyong-konyong, harapan untuk mendapat anak tempatan semakin jauh, semakin ditutupi mendung kelabu.
.
Mengapa harus Jefrrey mengungkit kedudukan Datuk Shafie Haji Afdal yang dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Bahagian UMNO Kedah? Itu rumah UMNO. Dia suka, dia hiaslah!. Bukankah PKR hendak menjelmakan sesuatu yang baru, rumah baru, "Harapan Baru Untuk Malaysia"?. Apakah melantik Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah adalah "Jelmaan Harapan Baru untuk Sabah"? Atau jelmaan mimpi ngeri bagi rakyat Sabah khasnya PKR Sabah?
.
"Perlantikan salah seorang Naib Presiden PKR, saudara Azmin tepat pada masanya kerana PKR adalah parti Nasional dan bukannya parti tempatan,....."Kita harus menumpukan usaha untuk menawan hati rakyat dan bukannya ahli kita sahaja kerana yang akan memenangkan kita adalah mereka yang di luar sana yang bersimpati dengan perjuangan kita dan menyokong kita dalam setiap pilihanraya," ujar Jeffrey ". Tidak lebih dari "ujaran bibir yang menjadi tumpuan semut-semut berpusu-pusu".
.
Perjuangan PKR Sabah tidak seharusnya mengharap simpati kepada rakyat Sabah semata-mata. PKR sebaliknya yang lebih bersimpai kepada rakyat Sabah yang bergelumang dengan rantaian kemiskinan sejak sekian lama. Luasnya jurang perbezaan pendapatan bagai langit dan bumi di antara yang miskin dan yang kaya kendatipun Malaysia di ambang kemerdekaan 52 tahun. Inilah yang patut menjadi gagasan politik PKR untuk Sabah. Apakah Mat Tonggeng Gombak yang bakal mengangkat martabat rakyat Sabah dan membuka rantai kemiskinan ini? Jauh ke beras dekat ke ubi, jauh panggang dari api!!
.
Dalam keadaan ini, keadaan Mat Tonggeng Gombak menakluki PKR Sabah, rasanya PKR harus melupakan penyertaan baru golongan professional untuk berjuang dan menerima ideologi demokrasi ala baru ciptaan Kongress Khas PKR. PKR Sabah sudah putih mata. Hanya mereka yang memang putih matanya akan bersimpati menyertai PKR Sabah. Sebagai "bapa kepada ideologi Sabah for Sabahan, konsep Borneonisasi dan hand in hand for Sabah", rasanya akan lebih terserlah lagi "state of in denial" Jeffrey khasnya dan kepimpinan PKR Sabah amnya.
.
Dalam masa yang sama kita jangan menolak kemungkinan katak akan melompat lagi terutama di musim kemarau dan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Lumrahnya, di dunia politik yang dilanda musim "pemanasan global politik", katak-katak politik akan mecari habitatnya. Putih mata atau terjojol matanya, kitalah yang melihat kerana mereka lebih memandang tapi tak nampak . Memandang rumah atau habitat orang lain, rumah sendiri beratap langit. Mereka melihat rumah UMNO lalu mereka terleka melihat rumah PKR sendiri yang berantakan.
.
Ingatlah, memang Sabah ini "hotspot" politik Malaysia tetapi password masih di tangan rakyat. Jangan sekali-kali kita leka dan kekal di "stage of in denial". Akses kemungkinan tiada atau kemungkinan besar "cannot find server".

10 comments:

musli oli said...

dengan tidak melantik dr jeffrey kitingan, PKR telah melakukan satu percaturan politik yang begitu bijak. saya akan mengulas perkara ini dalam blog saya paparan akan datang. antara lain DSAI tidak ingin mengulangi kesilapan Ku Li dalam APU dan pemilihan Ansari dalam menghadapi PRU12.

Senjaliza said...

Adik Musli, wah! cepat terhidu bau-bauan politik. memang gaharu tak cendana. Memang tahu bukan serana. Soalnya Dr. J nak kemana lagi selepas ini? Lepas Azmin dia kee?... Jauhhhhh. I tunggu paparan itu. Biar SL yang komen dulu.

mrakunman said...

Kalau putih mata,jangan putih tulang??? terbalik.. biar putih tulang jangan putih mata. Dr J... tiada harapan lagi.. kelibatnya bukan sahaja orang Sabah dah hafal.. sekarang Semenajungpun dah hafal... cuma phobia mau jadi ketua... tetapi ketua... tak tahu nak jadi ketua...

Anonymous said...

Musli...

Tak perlu berdolak dalih... jika benar katakan benar... perubahan apa yang PKR hendak... setakat kepimpinan yang belum tentu turun ke sabah.. kemudian nk dirujuk pada org lain.. kan tak ikhlas namanya... kecewa tidak dapat jawatan kot... sabar... seharusnya anak sabah berbangga Datuk shafie menjadi pengemudi kedah... kurang2 terbukti org sabah juga bijak mentadbir... nk harapkan PKR.. tgu la.. dari ranting jadi dahan, lepas tu batang.. tgu la.. ckp saja lebih.... nk tgu jadi akar memang tak dapat la.. pasal ketua umumnya yang pegang...

walau ape pun terima kasih sabah... usaha rakyat menolak pembangkang... yang hanya tanam tebu ditepi bibir.. cakap saja pandai...

terima kasih tuan blog...

lagenda said...

Memang mengejutkan,Di Sabah dah tiada orang yang berkelayakan ke bagi PKR untuk menerajui parti itu sampai ambil orang dari semenangjung....Apapun jangan benarkan PKR bertapak di Sabah.....

musli oli said...

saudara yg tidak bernama. Dont jump the gun..kena ingat sentimen perkauman dan agama di Sabah paling sensitif. Sejarah perebutan kuasa antara bumiputera Islam dan bukan Islam masih menjadi perkiraan PKR dalam percaturan politik. Seperti Ku Li dulu, dia dilihat memakai sigar lambang cross,persepsi rakyat di Semenanjung Ku Li mempertahankan kerajaan Kristian di Sabah dan akibatnya APU tidak dapat sokongan di negeri-negeri lain. Anwar tidak mau ulangi kesilapan jika memilih Dr Jeffrey, yang pasti dalam kepala rakyat Sabah yang beragama Islam akan jadi KM Sabah jika menang. Tetapi kalau memilih orang lain yg tidak bertanding DUN Sabah semua orang Sabah calon DUN ada peluang jadi KM Sabah, samada Islam atau bukan Islam. Maka semua akan berkerja kuat. inilah percaturan politik PKR.

SOLYMONE said...

Salam Liza,
Isu yang sama telah saya slot kan dalam blog saya.

Cuma beza nya, saya gambarkan senario yang diceritakan kan dalam laman surat gambar. Tidak banyak spekulasi.

Seada nya, kejayaan atau pun kehancuran PKR di Sabah, bukan lah lah isu nombor satu.

Apa yang penting, ada kah UMNO-BN dengan kaedah 'Transformasi' nya dapat melembutkan hati pengundi yang sudah parah lagi punah dengan janji-janji yang tidak kesampaian sejak zaman Sabah Baru lagi?

Hingga PRU12, rakyat Sabah sanggup bersabar dengan memberi mandat yang besar kepada BN.

Dengan harapan besar agar pemimpin-pemimpin (UMNO-BN) sedar, rakyat perlu bantuan segera untuk lari dari kemelut kemiskinan dan jurang pengangguran

Petanda, berapa sayang nya rakyat Sabah kepada BN. terutama sekali kepada parti import (UMNO).

Parti (UMNO) yang suatu ketika di anggap sebagai 'crusader' kepada kaum-kaum Muslim; yangmana pernah tertindas dalam Pemerentahan PBS-BN.

kalau kita imbas kembali, timbul nya PKR (satu lagi parti import)kerana sudah mula timbul sifat-sifat yang tidak menyenangkan (politik wang) di kalangan pemimpin UMNO.

Mereka sudah lupa bahawa kuasa yang di beri (1st,2nd,3rd chance), oleh pengundi ada lah semata-mata untuk memperjuangkan nasib mereka yang susah.Bukan disebalik nya.

Justru itu, segelintir rakyat yang sama terpaksa minta bantuan dari Semenanjung juga demi untuk membentras salah guna kuasa yang di datang kan dari sana (semenanjung).

So, dari program-program yang kita tahu, kehadiran Anwar (in principle) di Sabah, ada lah sebagai catalyst kearah menuntut keadilan untuk rakyat yang telah di belakang kan oleh Pemimpin UMNO.

Sebagai bukti , ucapan-ucapan Pemimpin PKR selama ini, banyak menyentuh kelemahan parti UMNO.

Hingga kini, jarang sekali mereka sebut hal-hal yang berkaitan dengan parti komponen BN yang lain.

Soal macam mana kah perasaan sebenar dan tindakan susulan Datuk Dr. Jeffrey atau teman-teman nya, kita akan ketahui juga di kemudian hari..

Sorry liza, panjang juga komen saya kali ini.

ahli usno said...

Encik Musli, saudara menyelami hati dan tujuan PKR. Rupanya perjuangan PKR dan penyokongnya di Sabah cuma rebut KM, sperti UMNO mau kalahkan PBS, masa itu Anwar iklan kan macam-macam, Dr Mahathir iklankan km bergilir. Aalahai orang Sabah... sedarlah.. jangan kerana gula-gula KM kita sama kita belawan. Lupakan Parti orang lain... hidupkan USNO kembali... kalau tidak kita menangkan parti Sabah.. tetapi ada syarat... seimbangkan komposisi kepimpinan dahulu.. boleh kan. kannnnnnnnnnco

Abdul Maruf Ismail said...

Langa tek skul Anwar A.Politik tetap politik.tidak hairan la ba kalau Azmin jadi pengerusi perhubungan PKR negeri.Dia hot DAN power sikit.Kenapa Shafie boleh jadi pengerusi perhubungan umno kedah.Kan

Senjaliza said...

Terima kasih kepad komen saudara semua. Mudah-mudahan semuanya dapat memberi manfaat kepada pembaca. Tersentuh dan tercubit adalah perkara biasa dalam kehidupan di dunia cyber. Kebenaran juga yang kita cari. Terima kasih semua. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk berfikir dan terus berfikir. Wassalam.