Baru Bian saja yang ikut telunjuk orang tua ini..yang lain ramai yang jadi mangsa Pakatan Rakyat..Stail orang tua ini "ikut telunjuk atau dipecat"
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Walaupun pilihan raya negeri Sarawak telah selesai lebih seminggu lepas, namun pelbagai pihak masih bercakap mengenainya, terutama tentang kehebatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengemudi Barisan Nasional (BN) untuk terus mengekalkan majoriti dua pertiga di negeri itu.
selebihnya di sini
DAP sajalah yang mengaut keuntungan dalam perkongsian Pakatan Rakyat. Yang lain sudah rugi dan ada yang "merayap" gara-gara terpujuk dan terbujuk dengan sendiwara klasik "orang tua" PKR. Kalo di pedalaman istilah orang tua ini bermakna Ketua kampung...Tak salah kita katakan orang tua pakatan rakyat ialah anwar sendiri. Dalam PRU Sarawak 2011, ternyata ramai yang terkujur kalah gara-gara orang tua PKR. Dominique Ng adalah contoh yang paling dekat.
Di Sabah, Yong Teck Lee dan beberapa pemimpin SAPP melihat Pakatan Rakyat sudah tidak relevent setelah Yong Teck Lee tertipu dalam PRK Batu Sapi, Sandakan. Jimmy Wong (DAP-Tawau) beria-ia untuk mengajak SAPP bergabung tenaga kerana dia menyedari bahawa kedudukannya sudah tidak selamat memandangkan SAPP adalah ancaman kepada kedudukannya. Bila Jimmy Wong mengatakan bahawa "DAP serius untuk bekerjasama dengan SAPP, ini bermakna kedudukannya "seriously insecure". Seolah-olah memberi tahu umum bahawa SAPP perlu menyelamatkannya dan kedudukannya. Rakyat tahu..Jimmy Wong tiada menyumbangkan apa-apa untuk perubahan dan pembangunan Tawau samada secara fisikal atau perubahan pendapatan penduduk..Apa yang Jimmy Wong telah sumbangkan untuk Tawau?
SNAP tahu, siang-siang Pakatan Rakyat mahu menguasai mereka di Sarawak. Bukti nyata pada PRU 2011 Sarawak. Impian Pakatan Rakyat hanyalah diselubungi oleh kemahuan DAP mengaut keuntungan untuk dirinya sendiri dalam pilihanraya. PRU Sarawak membuktikan agenda tersembunyi DAP ini. Bagi SAPP dan SNAP, apakah Pakatan Rakyat mampu membendung sikap pemimpin mereka yang mahukan mana-mana pihak dalam pakatan mengikut TELUNJUK!?.
Orang tua itu sudah TIDAK RELEVANT LAGI dalam politik Malaysia.. once bitten twice shy....Pakatan Rakyat ternyata hanya wadah memperalat semua rakan..itupun jika DAP layak disebut rakan!