Translate

Showing posts with label politik malaysia. Show all posts
Showing posts with label politik malaysia. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Hello MIKE!

 Mike!
 
Kepada Anwar, bersujud syukurlah kerana ALLAH masih memberi mike peluang kedua. Second chance! Bertaubatlah, dan kembalilah kepada kehidupan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah! Tinggalkanlah perjuangan peribadi untuk memuaskan nafsu mike nak menjadi Perdana Menteri. Mike memang sudah tidak layak memimpin negara umat Islam ini. Gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan membuat persediaan ke alam kepastian: alam mati! Mike pun sudah berada di umur “subsidi”, umur yang Rasulullah saw sebut sudah layak masuk pencalonan ahli barzakh, umur yang pepatah Melayu sebut “rumah kata pergi, kubor kata mari”. Sudah-sudahlah tu, pergunakan peluang dan ruang yang ALLAH beri sebaiknya!...sepenunya DI SINI

PERDANA MENTERI MALAYSIA SELEPAS PRU13.

DS Mohd Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia kini dan selepas PRU13.

Wednesday, November 16, 2011

"ASAL BUKAN UMNO" TERLINDUNG!

Perdana Menteri Pakatan pembangkang, BUKAN Perdana Menteri Malaysia. Mampukan menusia  ini melindungi Islam?.

Anda tentunya masih ingat ketika kerajaan bersiap sedia membentangkan buget 2012, Pakatan Pembangkang juga sebok menyediakan Buget Pembangkang. Konon lebih baik. Tetapi Buget Pembangkan padam begitu sahaja dan tidak lagi ujud. SL tak fikir Pakatan Pembangkang bersungguh-sungguh soal budget. Mereka hanya berminat mendapatkan KUASA.

SL Lihat KUASA yang diidamkan Pakatan Pembangkang semakin hari semakin jauh dari jangkauan Pakatan pembangkang.

Ketika negara memperkenal Transformasi Ekonomi Malaysia, Pakatan Pembangkang sebok dengan Buku Jingga. Transformasi Ekonomi negara mendapat sanjungan negara maju termasuk Amerika Syarikat. dan kuasa-kuasa ekonomi dunia. Anehnya, Buku Jingga pula tiba-tiba terpadam, sekalipun dalam benak sesetengan pemimpin pakatan Pembangkang. Seolah-olah mereka sudah menerima hakikat bahawa Buku Jingga sekadar membawa agenda mengabui mata Rakyat Malaysia telah memakan diri Pakatan Pembangkang sendiri. Tidak ada kesan yang Rakyat Malaysia lihat walau sekelumit dari pelancaran buku jingga Pakatan pembangkang. Hanya Rafizi sahaja yang menjadikannyasebagai modal politik peribadi.  Tetapi siapalah Rafizi!

Bila Najib menunaikan ibadah Haji ke Tanah Suci, Pakatan Pembangkang sebok menghiasi dada dunia cyber mengatakan Anwar juga telah terlebih dahulu menunaikan ibadah itu. Sayangnya apa yang Pakatan Pembangkang hidangkan mengenai Anwar ke Tanah Suci ialah gambar kotor "photoshoped" Saiful ke  Tanah Suci yang dilapis dan lepat leput dengan wajah Anwar. Berdosa belakang kira. Pokoknya Pakatan Pembangkang mahu kemarok meroyan agar manusia seperi "gambar di atas"  menyaingi Najib yang ke Tanah Suci.

Ketika Lim Guan Eng mengatakan Anwar "..tetap menjadi pilihan Pakatan Pembangkang untuk menjadi PM", ayam-ayam jantan yang ekornya bergelumang tahi mula berkokok berderai-derai. Takpe lah bagilah dia PERDANA MENTERI PAKATAN PEMBANGKANG. Itupun kenalah menjawab samada manusia seperti gambar di atas layak jadi Perdana Menteri pakatan pembangkang!. 

Guan Oink pada hakikatnya tahu jika DSAI jadi Perdana Menteri Pakatan Pembangkang, DSAI akan menjadi PM yang teramat rapuh dan mudah ditubangkan DAP. Maruah DSAI seperti cacing yang menjijikkan tetapi masih digunakan DAP sebagai umpan kerana cacinglah yang disambar ikan buas.

Sukar dinafikan bahawa DAP menguasai Pakatan Pembangkang. Lain-lain komponen hanyalah "pak yes man". Tidak kira yang berjanggut macam kambing dan bertengkolok kering. Oleh itu, mampukan pakatan pembangkang meletakkan Islam ke mercunya dan terpelihara serta terlindung?.

Anwar sendiri berdolak dalik mengenai Hudud. Katanya Hudud tidak bertempat dalam Ideologi pakatan pembangkang. Bagaimana pula Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerang PAS Pusat mengatakan pakatan pembangkang melindungi Islam? Atau ASAL BUKAN UMNO, termasuk DAP,Teresa Kok, Elizabeth Wong, dan Tony Phua dapat melindungi Islam!..pokoknya "ASAL BUKAN UMNO"!

"Asal Bukan UMNO" ini akan memakan PAS sendiri. Barangkali SYAITAN dan DZAJAL dapat menlindungi Islam kerana Syaitan dan Dzajal bukan UMNO. Asal Bukan UMNO lagi!

Barangkali "Perdana Menteri Pakatan Pembangkang" (gambar di atas) dapat melindungi Islam kerana dia juga bukan UMNO.."Asal Bukan UMNO"...

ASAL BUKAN UMNO HAH!

Thursday, November 10, 2011

RAFIZI: Dah besao Tandok da

Lembu ini nama timangannya ialah RAFIZI. Rafizi dah besar tanduk. 
Dah nak menanduk dah. Apapun Rafizi tetap juga lembu..Klik di sini

Wednesday, November 9, 2011

BILA PAS "KORBANKAN" ANWAR?

Inikah bisikannya:..."Tok Guru tolonglah please. Halang dan tolak (..dan jangan terima dan singkir dan sewaktu dengannya) Ku Li..namanyapun kuli"!!

PAS sudah mula melakukan kerja promosi ke atas Ku Li. Ini kerana Ku Li sudah mengangkat "Amanah" sehingga ramai "orang UMNO" berada di dalam Amanah. Barangkali PAS fikir "Bila Ku Li masuk PAS baru UMNO tahu!!. Padan muka UMNO"!!

Politik Ku Li membiak dan membesar dalam UMNO dan balik UMNO. Dia hanya kata "Dalam UMNO tak ada ruang" mcm hotel dah full house. Dalam keadaan ini, yang teramat risau dan gundah gulana ialah Anwar. Pertanda besar, dengan kehadiran Ku Li, Anwar akan dikorbankan. PAS tahu moral Anwar tercemar dan terlalu rendah. Hanya Guan Eng yang puji Anwar sehingga Anwar itu "bayang-bayang PM" bagi Guan Eng . Tetapi majoriti rakyat Malaysia tahu bahawa apa yang di katakan tentang "keperdanamenterian" Anwar itu adalah muslihat dan penuh hipokracy dan tidak ikhlas dan berpura-pura dan madah berhelah dan sewaktu dengannya Guan Eng.

Guan Eng pemilik utama "lidah biawak". Tanya penduduk Kg Buah Pala yang teraniya. Mereka tahu lidah Guan Eng.

Ramai yang meramal bahawa politik Anwar sudah di hujung senja. Kes Sodomi, Video dan nilainya jatuh, dan banyak lagi dan bertimbun lagi, menyebabkan Anwar di mata Rakyat Malaysia dan di Mata Dunia sudah PATUT BERHENTI POLITIK. Yang mahu menyambung nyawa politik Anwar hanyalah DAP. Sebahagian orang PKR dan pemimpin PKR lebih cenderung Anwar dikorbankan. Buka kerana DAP terlalu suka Anwar. Tapi bagi DAP Anwar adalah "Malaikui" kalo bukan "hantu Melayu".

Anwar adalah "duri dalam daging PAS". Orang PAS yang benar-benar berpegang teguh kepada ideologi PAS yang ore yakin sungguh bahawa "ANWAR ADALAH DURI DALAM DAGING PAS". Kita jangan lupa bila ramai pemimpin kanan PAS lebih pro Ku Li mengetuai Pakatan Pembangkang.

Tidak ada siapa yang layak mengajar Ku Li berpolitik. Dia tidak payah diajar. Dia veteran politik yang "membiak dan membesar" dalam UMNO. Dia lebih faham UMNO dari setengah mereka yang menggelar diri sebagai pejuang UMNO. Jangan sekali-kali ajar Ku Li berpolitik. PAS juga jangan ajar Ku Li berpolitik. Buang masa kerana Ku Li lebih bijak dan lincah bermain "permainan politik". Tak kan Ku Li mudah masuk jerat. Mungkin Ku Li lebih bijak memasukkan orang lain ke jerat politiknya.

Dalam masa yang sama, sebahagian kepimpinan PAS memang menganggap Ku Li sebagai dalang UMNO kalo bukan UMNO tulen!. PKR tentulah Parti yang GELISAH bila nama Ku Li disebut mengetuai Pakatan Pembangkang. DAP tak payah cakap. DAP anggap Ku Li Ultra Malay dan tidak mungkin ikut telunjuk DAP seperti Anwar sedang dan akan lakukan. Kerana itu DAP mati-matian mahu Anwar  kekal, walaupun Karpal Singh "mengarah Anwar diganti kerana banyak melakukan kemusnahan dan menyuruhnya bertaubat".Bak kata orang Cina, "BELAKANG KIRA".

Sebenarnya kini, bola di tangan PAS. Bila PAS nak korbankan Anwar?. Sekurang-kurangnya duri yang menusuk daging akan dapat dilenyapkan dan maruah PAS dapat diubati dan beransur dipulihkan dari kecederaan kerana MARUAH Anwar yang AMAT bertentangan dengan ideologi PAS.

Benarkah PAS dapat berterusan memuja MANUSIA tanpa maruah dan bersekongkol dengan "parti yang kapiaq"?

Jangan LUPA..Saiful yang ke Tanah Suci, pencacai Anwar dalam PAS kata Anwar yang naik haji sehingga buat photoshop dan memalsukan gambar Anwar. "Ciri-ciri duri dalam daging" yang nyata.

Monday, November 7, 2011

Yang Wajar Ditolak.

 Main Wayang. Baru saja Bad  Boy ini berbohong fasal anak PM di Australia, Rakyat boleh pakai lagi ker dia ni?
Presiden Malaysian Civil Leberties Movement (MCLM) atau Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia, Haris Ibrahim berkata, pihaknya dan lain-lain NGO yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat negara ini yang berhasrat untuk melakukan perubahan regim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang bersih dan adil...di sini
Mungkin kerana terlalu ghairah untuk dicalonkan dalam PRU13, Ceku Bard kenalah menonjolkan diri agar selalu beada di dada media. Selalu buat kontriversi untuk selalu disebut. Takut kalau-kalau nama terpadam dalam senarai shortlist calon PRU13.

Muncullah si Bad ini dengan ngo-ngonya di dada akhbar. HEBAT Ngo kipas buntut Si Bad ini. Ngo ini mengaku pula bersama keseluruhan rakyat negara ini (kenyataan yang riak). Habislah seluruh rakyat Malaysia sudah berada di bawah kekuasaan NGO si Bad ini!!!

Si Bad ini sebenarnya penyimpan pelbagai bentuk FITNAH. Dia juga berkongsi hobi dengan Janice Lim (DAP), Kedua-dua mereka suka buat provokasi sehingga ditangkap polis. Lepas itu menuduh "polis sebagai anjing BN".

Paling terakhir Si Bad ini membuat fitnah dengan menuduh anak PM berbelanja LAVISH DI AUSTRALIA semasa bapanya (PM) menghadiri mesyuarat Ketua Negara-Negara Kommonwel (CHOGM). Anehnya orang tahu dan dia sendiri tahu bahawa "itu satu pembohongan dan fitnah". Si Bad tidak pernah rasa bersalah. Selain itu si Bad berusaha memburukkan Rosmah, isteri Najib dengan memberikan gambaran dan presepsi  kepada umum bahawa Rosmah lebih dasyat dari Imeda Marcos. Sehingga handbag Rosmah di highlight sebagai salah satu yang termahal di dunia. Hi Bad Boy, hukum berbuat fitnah itu seperti memakan bangkai saudara kandung.....

Rakyat Malaysia yang bijaksana sudah tahu bahawa JK Khas Parliment mengenai PRU sedang bersidang dan akan memakan masa lebih kurang tiga bulan. Sebelum itu takkan ada PRU. Buat apa Bad Boy meroyan!!!. Sapa bagi tahu bad Boy PRU 13 esuk atau lusa?

Dengan gerakan dan tidak tanduk Bad Boy ini, wajarlah dia di TOLAK. Nak jadi calon PRU13 bad Boy sudah tak layak...banyak isu-isu buru dan busuk yang Bad Boy simpan dalam almari. Rakyat Malaysia suka yang murni bersih dan berwibawa. Takkan jurU fitnah itu berwibawa! 

Bad Boy WAJAR DITOLAK OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. 

SUDAH DIHISAB..

 
Gambar DSAI ini FAKE ciptaan Pembangkang (kiri). Gambar Saiful ORE (kanan).

SL telah menulis mengenai Perbezaan Yang Perlu Malaysian Lihat. Intipatinya DS Mohd Najib naik haji tapi DSAI naik lift. Pencacai DSAI pula TAK MAU KALAH lalu mengatakan DSAI juga naik Haji... lihatlah GAMBAR ciptaan mereka (kiri).

KESIAN, TERDESAK dan sanggup berbohong. Setelah KEDAPATAN, postingnya dipadamkan...TAPI pembohongannya sudahpun tertulis dan DOSAnya sudahpun dihisab/dihitung. Naujubillah. Itulah DASAR PEMBANKANG DAN PENCACAINYA!!... ALAHAI...

 Apakah ADDIN GROUP maknanya "penipu Group"?

RELATED

Saturday, November 5, 2011

MUSLIMAT MIRING: POLITIK TINGGI DARI HUKUM

MEREKA YANG BERADA DI DALAM GOLONGAN ITU. MEREKA YANG "LIKE".

Semua yang membantah Seksualiti Merdeka, terutama yang berugama Islam, tahu bahawa SEKsuality merdeka bertentangan dengan hukum. Mereka membantah kerana hukum. Selain itu ianya bertentangan dengan norma rakyat Malaysia.

Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya menolak Seksualiti Merdeka yang songsang itu. Jika tidak kemungkinan gerakan itu akan menular, membiak dan membesar menjadi kebebasan gay seperti gay di Australia yang di bawa beransur-ansur sehingga akhirnya mempengaruhi politik Australia.

Kenapa MUSLIMAT PAS masih perlu mempersoal peristiwa tahun 2008 dan penyertaan Ambiga dalam kontek Seksualiti Merdeka? Muslimat miring ker? Dah tahu mereka yang membantah kerana HUKUM dan MARUAH. Mungkin kerana kepimpinan PAS dari dulu kini dan selamanya tidak berubah. Tapi 2008 itu PM bapa mertua Khairi Jamaluddin. Kini sudah berubah. MUSLIMAT PAS DAH BERUBAH?

PAS juga berubah dari berideologikan Kerajaan Islam ke Kerajaan Kebajikan bagi please DAP. 

Nyata Muslimat masih MEMBELA AMBIGA. Hai..Muslimat PAS, berbarislah  taburlah beras kuning  DAN bersama Pemuda PAS menyambut AMBIGA, puteri kuning kalian, merasmikan SEKSUALITI MERDEKA....MUNGKIN INI perubahan KALIAN!!.. JIKA tidak, kenapa masih berbangga dengan Bersih pimpinan Ambiga?

Bila Muslimat PAS persoal sama ada Seksualiti Merdeka diharam kerana Ambiga nyata jelas itu satu persoalan dan pemikiran yang "miring". Mereka meletakkan politik lebih tinggi tempatnya dari hukum.

RELATED
-Muslimat PAS persoal sama ada Seksualiti Merdeka diharam kerana Ambiga
-Bersih gelombang ketiga boleh berulang

PENGARAH FILM FITNAH!

Bad Bard. Nampak saja wajahnya, terpancar FITNAH yang dilakukannya.

Kenapa FITNAHnya terlalu LAKU dalam "Pasaran Pakatan Pembangkang"? Apakah kerana dalam Pasar Pakatan Pembangkang itu telalu ramai "Pengguna barangan FITNAH?".
ATAU
Dalam Pasar itu "semakin ramai pengguna yang menyukai "bangkai saudara kandung sendiri"?

RELATED

PERBEZAAN YANG PERLU MALAYSIAN LIHAT


NAJIB NAIK HAJI
ANWAR NAIK LIF!

Wednesday, November 2, 2011

OMG - SEXUALITI MERDEKA


Di mana Mat Sabu dan si baju kuning? Apakah mereka akan mengarak Puteri Kuning mereka merasmikan Forum Sexualiti Merdeka.?

MAT SABU..oooh Mat Sabu...you di mana?

Kali ini Sexualiti Merdeka...next .... Pantai Merdeka a.k.a nude beach!
OMG..mereka ini tak tabur beras kuning menyambut ketibaan AMBIGA merasmikan program pujaan DSAI, Seksualiti Merdeka?!!

RELATED

Tuesday, November 1, 2011

BUAH PALA.

Yang tinggal hanyalah Buah Pala. Kampung Buah Pala sudah tiada!

“Saya masih ingat lagi, pada Januari 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat kampung tersebut, beliau berjanji akan cuba selesaikan masalah itu dalam tempoh seminggu dan kerana itulah satu-satunya kampung warisan kaum India di negeri itu.

“Pada hari ini, sebanyak 95 peratus penduduk di kawasan yang dibangunkan di Kampung Buah Pala adalah kaum Cina. Saya tidak kata, mereka tidak boleh membelinya kerana mereka mampu.- Ahli Parlimen Padang Serai, N. Golakrishnan

 Inikah yang dikatakan..RAMPAS KAMPUNG ORANG KASI LAIN ORANG? Memang inikah DASAR PAKATAN PEMBANGKANG? DASAR!

BEGINIKAH cara PEMIMPIN Pakatan Pembangkang menunaikan janji mereka? Apakah janji mereka akan lebih manis menjelang PRU13?

Friday, October 28, 2011

LESU BERNAFSU

KAK WAN....SL NAK BAGI TAU...PKR Sabah Lesu tapi bernafsu untuk menurunkan kerajaan dan menidakkan, dengan hanya menggunakan kata-kata...tak lebih dari itu, bahawa Sabah adalah FIX DEPOSIT BN.

Kelesuan itu terlalu sukar diubati. Inilah kenyataannya terkini. (yang tiada dalam Malaysiakini). Siapakah yang ingin bertukar dari kerajaan kini ke organisasi yang lesu?

Jika SEMATA-MATA diagung-agungkan bahawa ...."kita mahu Sabah Based bumi Parti bersatu di bawah Pakatan Rakyat"... Inipun sudah kontradik ayatnya....Siapa yang nak berideologikan dengan kenyataan yang KONTRADIK? 

KESUKARAN YANG SUKAR KAK WAN!

Bunyi sang bayu yang bertiup membawa khabar yang kak Wan nak retire politik..Bila?..Moleklah tu Kak Wan... Banyak kemusnahan politik yang terhasil sejak peristiwa si "mata biru"...

RELATED..
INI LAGI...ranting yang sudah buruk dan sudah lama patah, KITA lah pula!

Wednesday, October 19, 2011

MURTAD TAK KISAH POLITIK KISAH

Matlamat Negara Islam telahpun dipadamkan kerana kepentingan politik. Kini isu Hukum diketepikan kerana "politik". Kenapa ada yang bermati-matian soal "BERSIH 2"?
......."PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang".....

Makan, minum, tidur, bernafas, mimpi dan semuanya politik!.

Sayangnya bila sampai ke soal dan bab mempertahankan aqidah dan hukum, politik DIUTAMAKAN  isu hukum dan aqidah diketepikan. Murtad Tak Kisah, Politik Kisah. Inilah INNOVASI yang berlaku dalam PAS semenjak dirasuki kepimpinan Pakatan Pembangkang khasnya pemimpin yang ultra-liberal. Pemimpin Pakatan  berkeinginan untuk menaturalisasi PAS yang dianggap sebagai extreme Islam sehingga PAS mengenepikan IDELOGI DAN STRUGGLE PARTY,

Kenapa ideologi dan struggle terpaksa diubah semata-mata pleasing DAP?

RELATED
Ahli-ahli PAS sertai UMNO di Kedah (KLIK DI SINI)

Friday, September 30, 2011

NYANYAT

 Sampai terbenam mentari, dia masih nyanyat.

Jika perangai dan tabiat menjadi tabii dan menjadi budaya, ianya akan menjadi original sin. Di mana juga dia berada original sin itu dibawanya bersama. Kata orang Sabah "nyanyat". Perbuatan itu tetap juga dilakukannya, berulang-ulang dan berkali-kali. Nyanyatlah dia.

Masih nyanyatkah manusia dalam gambar ini melakukan perbuatan ini sehingga mentari terbit di ufuk barat?

Thursday, September 29, 2011

TERSINGKAP

Tersingkap: Semakin hari pakatan pembangkang semakin parah.
Sekian lama Pakatan Pembangkang menafikan pertentangan ideologi dan perkhawinan kontrak parti-parti mereka. Sekian lama mereka menutup telinga mendengar cerita tentang "tidur sebantal, mimpi lain-lain". Kini mereka sendiri menyingkap cerita yang SEKIAN LAMA MEREKA NAFIKAN. ADA BULAN DI DADA KARPAL SINGH TIDAK MENYINARI "OVER MY DEAD BODY".. seperti yang pernah dilafazkan oleh TGNA "...ada bulan di dada karpal singh....". Dakyah sahaja ker itu?

Pemimpin-pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum Hudud di negara ini. Manakala TGNA melebelkan pemimpin DAP ini sebagai "budak kecik yang takutkan hantu". Walaupun TGNA menyatakan "hudud PAS" ini "exclusive" untuk orang Islam sahaja di Kelantan, DAP memang dihantui oleh mimpi ngeri PRU11 yang menyebabkan mereka meninggalkan Pakatan dalam Barisan Alternatif.

Semuanya sudah tidak perlu lagi nafi menafi. Parti-parti dalam pakatan pembangkang memang tak seideologi dan tidak sepakat. Ketidak sepakatan inilah membuat Pakatan pembangkang lemah dan TIDAK digemari oleh rakyat dan dunia untuk memerintah.

Ikatan pertalian dan silatur rahim yang di simpul DSAI, untuk melakar perjalannya ke Puterajaya, sudah terlalu longgar; selonggar maruah dan imej DSAI sendiri yang dikaitkan dengan aktiviti pelacuran dan pembohongan. Akhir ini, isu aktiviti pelacuran  dan video penglibatannya dengan aktiviti  pelacuran di Thailand pula sudah mula bertiup dan menjadi isu di media.

Dakyah dan politik PRESEPSI yang selama ini menjadi senjata ampuh pakatan pembangkang untuk menawan hari rakyat sudah semakin tumpul dan luntur.

Rakyat mahu melihat FAKTA DAN KEBENARAN. Jika saban kini ini pembohongan pemimpin besar pakatan pembangkang mula tersingkap satu persatu, menjelang PRU 13 nanti, yang tinggal hanyalah berahi untuk demonstrasi jalanan sambil menuduh orang lain "main tipu",. Mereka mungkin berdemo bersama impian yang berkecai!. Tak akan ada yang berpaling dengan simpati.. termasuklah "pelacur-pelacur di Lorong Haji Taib di Kuala Lumpur!

Friday, September 9, 2011

Keluar PAS: "A Tip of Iceberg"

"A small evident part or aspect of something largely hidden"
"Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong....."Kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pas dan menjadi ahli UMNO,"-Ismail Abdullah, 60-Mantan PAS Padang Terap. "Dalam tempoh itu pula, ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat Muhamad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira...."Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang,"
Sejak bersama-sama dalam Pakatan Pembangkang, PAS telah banyak berubah. Berubah dari memperjuangkan "Sistem Pentabiran Islam dan Negara Islam ke mempergunakan dan memperalatkan Islam untuk mendapatkan kuasa ke Puterajaya"

Dalam perjalanan menuju ke Puterajaya ini, semakin hari PAS semakin berubah dan berubah, Pemimpin PAS semakin mempertahankan banyak perkara yang tidak sama sekali boleh ditoleransi. Dalam banyak perkara, pemimpin PAS menjadi kaku dan ultra liberal terutama bila berdepan dengan keinginan DAP. Pemimpin PAS sanggup menentang organisasi Islam demi menyirami kesuburan DAP.

Isu beer, isu Video Sex Panas China doll dan Omega, Isu memurtadkan umat Islam dan Isu Kemerdekaan yang dikaitkan dengan Tragedi Bukit Kepung' hanyalah "tips of Iceberg". Perkara-perkara yang nyata di hadapan mata pemimpin PAS cuba untuk dinafikan dan perkecilkan walaupun hakikatnya persoalan ini BESAR DAN BERAT. Perkara ini telah banyak membuakkan kebencian rakyat termasuklah mereka yang pernah menyokong PAS dan ahli-ahli PAS.

Kepimpinan PAS sudah berubah menjadi ultra liberal yang bercanggah dengan kemahuan dan ideologi PAS asal. PAS perlu meneliti buka semata-mata isu berkait dengan "journey to Puterajaya". Ikuu rakyat dan pengundi hendaklah diberi perhatian.

Tindakan ahli-ahli PAS Pulau Pinang meninggalkan PAS dulu semasa lawatan PM ke Pulau Pinang dan terakhir ..Ahli Pas masuk UMNO isu Bukit Kepong hanyalah "tips of iceberg". Kepimpinan PAS tidak perlu alpa kerana DAP "sparking the fire" menyokong mereka..DAP bukanlah rakan sejati PAS.

Perkara-perkara yang disebutkan di atas hanyalah tip of iceberg. Silent protes di kalangan rakyat termasuk mereka yang pernah menyokong PAS dan ahli-ahli PAS lebih mengancam dan menghalang perjalanan PAS ke Puterajaya.

RELATED:
Kenyataan Mat Sabu Pamer Gelagat Sebenar PAS-Tun M. 

Thursday, September 8, 2011

Dakyah.

Mat Indera dan Mat Sabu. Apa bezanya?

Mat Sabu telahpun memilih Mat Indera sebagai model perjuangannya. Bagi Mat Sabu, Mat Indera adalah Perjuang Kemerdekaan. Untuk memaksa Mat Sabu menolak atau mengenepikan model perjuangan dan Pejuang Kemerdekaan yang dipilihnya tidaklah semudah menyalin pakaian. 

Sebenarnya ungkapan yang keluar dari mulut Mat Sabu adalah yang terbuku di hatinya hasil dari pemikiran dan hasil dari formulasi otaknya sebagai Mat Sabu. Memaksa Mat Sabu menerima ideologi anda bagai memaksa "haiwan carnivorous menjadi omnivorous"!

Mat Indera dan Mat Sabu apa bezanya?

Mat Indera telah terpengaruh dan menyertai perjuangan bersenjata komunis kerana telah menerima DAKYAH komunis. Lalu Mat Indera telah mengangkat senjata memperjuangkan ideologinya demi menggalas perjuanganya, perjuangan komunis, untuk menyahkan penjajah British. Kerana Dakyah itu, Mat Indera sudah sedia berjuang meskipun terpaksa membunuh bangsanya. Dia sudah bersedia membunuh atau dibunuh!

Melebel Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, penderhaka atau pejuang komunis kini akan tetap dipertikai dalam jangkawaktu yang panjang dan membuang masa!. Malah lebih menyakitkan!. Namun faedah dari pertikaian tidak memberi manafaat yang jitu. Perpecahan mungkin berlarutan dan merugikan!

Mat Sabu dan Mat Indera, apa bezanya?

Mat Sabu sudah menyertai perjuangan Pakatan Rakyat khasnya DAP. Untuk memaksa Mat Sabu menolak dan mengenepikan ideologi perjuangannya dalam Pakatan Rakyat khasnya DAP tidaklah semudah menukar kepiah!

Sebenarnya yang menjadi pilihan Mat Sabu, adalah sebagai menggalas keinginannya untuk merampas Puterajaya. Inilah yang terbuku di hatinya hasil  pemikiran dari formulasi otaknya. Memaksa Mat Sabu untuk menerima ideologi anda atau ideologi Barisan Nasional bagai memaksa lembu mengembik!

Dua Mat: Sabu dan Indera, apa bezanya?

Kedua Mat ini tidak jauh berbeza. kedua-duannya telah menerima DAKYAH. Mat Indera telah menerima dakyah Komunis dan tergamak membunuh bangsanya. Mat Sabu telah menerima dakyah Pakatan Rakyat khasnya DAP sehingga tergamak menggadai maruah bangsanya termasuk agamanya.

Hendak menasihat atau mengajar Mat Sabu!, dia bukan budak kecik. Dia dah Besar Panjang dan Matang. Nak menyembelihnya, dia bukan Binatang Korban. Dia adalah "politician". Baginya fakta sejarah hanyalah hiasan. Jika tidak menguntungkannya, perlulah dia ketepikan.

Untuk mengajarnyanya, biarkan dia rebah digelanggang politik yang menjadi pilihannya. Jika PAS merasakan Mat sabu benar-benar menggadaikan maruah bangsa dan agamanya, PAS perlu melebelnya sebagai liability yang bakal diketepikan. Jika Rakyat merasakan kehadirannya dalam gelanggang politik sebagai penderhaka kerana memilih model politiknya yang salah, rebahkan dia dalam gelanggang pilihannya.

Akhirnya generasi akan datang akan melihat sejarah beza Mat Sabu VS sejarah  Mat Indera!. Tentu sekali TIDAK JAUH BERBEZA!.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA.

Thursday, September 1, 2011

Rakyat Pula Ingatkan Kit Siang: Garisan Penamat Pakatan Pembangkang.

DAP tidak perlu risau dengan PKR kerana Presiden dan DSAI "sudah dalam genggaman DAP". Namun menyedari keupayaan DSAI menyimpul ikatan DAP-PAS sudah longgar, DAP terus mendekati PAS walaupun terpaksa with or without DSAI.

"....anda terlalu jijik memegang cacing untuk dijadikan umpan. Tetapi kerana cacinglah yang dimakan ikan. Maka kerana itulah anda secara terpaksa mesti memegang cacing untuk dijadikan umpan (bagi menangkap dan memerangkap ikan)....."-Ahmad Deedad
Snouck Hurgronje pernah menganut Islam dan menghadap Kaabah untuk menyesatkan Aqidah Orang islam. Lupakah anda dengan sikap hipokrit seperti ini. Di sini

Politik presepsi dan semata-mata rekaan senario politik semasa DAP semakin menjadi-jadi. Ramai penyebar berita upahan DAP yang menyamar sebagi pesimpati Islam menyusup di segenap ruang lingkup media dan media elektronik. mereka memberi gambaran bahawa kerajaan diambang kejatuhan. Dalam FB, Twitter dalam blog dan berbagai media, penyamaran mereka tidak disedari oleh mereka yang "kemaruk kuasa" dan rakyat jelata yang innocent. Mereka menyamar sebagai orang Melayu yang melebel pemimpin Melayu sebagi "BANGSAT" sebagai usaha menggambarkan bahawa "Melayu sendiri sudah membangsatkan pemimpin Melayu"!

Mereka sanggup mengenakan ijab, pakaian yang biasanya dikenakan wanita Islam dan Lelaki Islam sebagai mengabui mereka yang "mudah kelabu mata" dan tidak biasa/mahir dengan gerakan tipu helah pencacai DAP ini. Mereka sanggup bersahabat rapat dengan wartawan Islam sebagai gerakan dan misi "art of war"  dengan menyamar. Dalam masa yang sama, mereka menyembunyikan "pisau belati berbisa di pinggang". Mereka bertindak seperti espionage dan berkemahiran penuh dengan selok belok hipokrasi. Mereka inilah sebenarnya Ultra DAP yang tidak menyenangi perjuangan pemimpin Melayu dan hak-hak Melayu dan Islam termasuklah perjuangan PAS.

TGHA, Presiden PAS mengatakan "......Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita,”. Kenyataan ini sekaligus bermakna bila tidak ada Pemimpin PAS yang meninggalkan Pakatan Pembangkang, yang bermakna terus menyokong Pakatan Pembangkang walaupun Perjuangan Pakatan Pembangkang memudaratkan aqidah dan pegangan serta landasan perjuangan PAS, bukan Islam terus menyokong PAS. Lesen@Pas inikah yang PAS mesti ada bagi menyokong DAP? Lupakah PAS yang telah mengkhafirkan UMNO kerana bersama-sama MCA dan MIC dan lain-lain dalam BN?

Tanpa disedari TGHA, kenyataa ini, bak "amanat", bermakna PAS juga mesti bersedia bersekongkol dengan ultra DAP ini walaupun belati berbisa tersembunyi di pinggang mereka (DAP).  Keinginan dan kehendak yang melampau untuk mendapatkan kuasalah yang menjadikan sesetengah pemimpin Melayu alpa menegai muslihat "art of war" DAP dan pasukan medianya yang ultra.

Kealpaan mengejar "kuasa" sering membuat pemimpin lupa landasan perjuanganya.  Mereka tergamak "tolerate perkara yang non-negotiable". Apabila prinsip dan ideologi organisasinya koyak rabak  dan runtuh, ahli-ahlinya akan menentang pemimpin dan kepimpinannya. janganlah ada di antara kita merasa hairan jika ahli-ahli PAS sendiri dan penyokong PAS dalam PRU12 akan berpaling menentang pemimpin dan organisasi yang mereka sokong menjelang PRU13 nanti. Simply, mereka menentang kerana atas dasar aqidah dan prinsip. Mereka TIDAK mahu diselewengkan. Mereka TIDAK sanggup bersubahat. Jangan terhentuk baru terngadah.

Ingatan Rakyat buat Lim Kit Siang yang ultra dan penyokong DAP yang ultra tentang garisan penamat Pakatan pembangkang  yang sering disebut Pakatan Rakyat yang belum lahir!.."Rakyat akan kuburkan pemimpin yang bergelomang dengan hipokrasi"..

Komunis dan Bukit Kepong-Bila Melayu Lawan Melayu.

Hero Bersih: dan Keldai Bukan Melayu khasnya Ambiga. Mungkinkah dia jadi Hero jika dia menyebelahi Komunsi dalam Tragedi Bukit Kepong?

Catatan sejarah BUKAN lah isu yang terlalu significant kepada sesetengah politikus terutama bila catatan sejarah itu tidak menguntungkan politik mereka dan pihak mereka.

Peristiwa Bukit Kepong terjadi semasa pemerintahan penjajah British. Sesetengah poliltikus terus jump into conclusion bahawa mereka yang terkoban mempertahankan Balai polis di Bukit Kepong sebagai mempertahankan "Kerajaan Penjajah British", BUKAN mempertahankan Tanahair dari diancam untuk dikuasai Pengganas Komunis. "Mereka BUKAN pejuang Kemerdekaan" kononnya. Apatah lagi mereka yang terkorban itu berkhidmat di bawah kerajaan dan pentadbiran Penjajah British. Oleh itu, bagi sesetengan politikus, mereka BUKAN pejuang kemerdekaan sebaliknya perjuang mempertahankan Kerajaan Penjajah!. Logik tetapi tidak semestinya benar.

Andainya bertolak dari jatuhnya Bukit Kepong kerana tidak langusng dipertahankan oleh "polis dan keluarga mereka" dan kegiatan komunis tidak dibendung askar dan polis Malaya kerana mereka "Bukan Wira" negara lantaran berkhidmat dengan penjajah British, apakah Malaya ketika itu lebih dasyat dari sejarah komunis di Vietnam dan Komboja (Kompuchea kini)?

Ramai yang mensyukuri kemakmoran dan nikmat yang kita kecapi selepas merdeka. Tidak kurang yang yang masih "belum puas" dengan yang dikecapi dengan nikmat kemerdekaan ini. Tetapi jika hendak mencapai "kepuasan" semata-mata, sampai kiamat kepuasan itu tidak akan dapat dicapai atau dipenuhi. Hakikat bahawa sumber dan keupayaan terhad sedang kemahuan tidak terbatas hendaklah diterima. Keadaan ini perlu ditangani dengan menggunakan "kekuatan kuasa minda" barulah kita dapat menyelesaikan scarcity atau kekurangan dan keterbatasan sumber dan keupayaan. Jika kita tidak mampu kita harus berusaha memampukan diri kita. Jika kita hanya mempunyai RM1,500.00, janganlah berbelaja dengan membeli jam tangan yang berharga RM5,000.00.

Perbalahan Melayu VS Melayu di Negara ini ialah  perbalahan kerana ingin merebut "kuasa". Dalam masa yang sama perebutan kuasa orang-orang Melayu ini melemahkan Melayu itu sendiri. Kuasa itu pula terbatas untuk membentuk kerajaan. Tidak akan ada lebih dari satu kerajaan dalam satu Negara!

Agaknya jika Mat Sabu hidup di saat Tragedi Bukit Kepong itu, mungkinkah dia memerangi "Polis British" dan berada di pihak komunis? Atau penyataannya adalah semata-mata kerana satu usaha "merebut atau mengambilalih kuasa" dari kerajaan yang ada? Perdulikan Mat Sabu dengan fakta sejarah  sekiranya dia masih dapat mempertahankan penyokongnya demi merebut kuasa?

Dalam isu ini, sekali lagi Melayu berbalah dengan Melayu. Agaknya bila pemimpin Melayu dikedua-dua belah pihak ini diberikan senjata untuk mempertahankan pendapat dan pegangan masing-masing, akan berbunuh-bunuhankah Melayu ini?

Jika Melayu berbubuh-bunuhan dengan Melayu, ke mana perginya BUKAN Melayu dan Kumpulan Indigenous? Ke mana perginya Sabah dan Sarawak yang rakyatnya juga pernah berkorban nyawa semasa kerajaan British menentang komunis?

Jika Melayu berbalah dengan Melayu, jika Melayu berbunuh-bunuhan dengan Melayu, masih layakkah dan mampukah mereka mempertahankan hak-hak istimewa Melayu dan kumpulan indigenous? Masih layakkah mereka berkata-kata mempertahakan hak Melayu? Dan jika Melayu berperang dengan Melayu, siapa agaknya yang menang?