Translate

Friday, November 26, 2010

Najib vs Anwar: BN atau PR adalah pilihan untuk meletakkan negara dalam arus perdana pembangunan global.

Kini, Aura Najib sudah terlalu jauh meninggalkan DSAI.
Sudah pasti rakyat akan memilih kerajaan yang terbukti mampu meletakkan negara ke persada dan arus perdana pemodenan global. Mereka akan memilih sesuatu yang konkrit, sesuatu yang benar dan tidak memerjudikan masa depan negara dengan meletakkan dan mengharap pada nasib dan aspek yang kabur atau tidak jelas. Angan-angan dan waktu untuk sekadar berharap sudah berlalu. Keputusan perlu dibuat. Kerajaan manakah yang mampu membawa negara ke arus perdana pembangunan global?

Pakatan Rakyat hanya meletakkan segunung harapan ke atas bahu DSAI. Tanpa DSAI PR akan karam dan komponen PR akan bercakaran sesama mereka. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, kualiti kepimpinan DSAI telah merkah dan terpampang di hadapan rakyat Malaysia bahawa DSAI TIDAK BOLEH!. PKR sendiri telah menerima hakikat bahawa keberantakan dalam parti itu lebih banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh style dan pendekatan politik DSAI yang lebih bercorak autoktratik, yang tidak menerima pandangan kepimpinan bawahan PKR, dan menafikan kehendak ahli-ahlinya. Apakah dia akan mendengar rintahan rakyat secara am atau sekadar mempergunakan istilah rakyat? PRK Batu Sapi, Sandakan, Sabah menelanjangkan sikap dan style DSAI sebenarnya.

Keupayaan Najib Tun Razak dalam jangka pendik semakin terserlah. Walaupun dalam keadaan kehilangan 2/3 kerusi parliment, Najib semakin kelihatan sebagai "Pemenang" yang commanding dalam menerajui kepimpinan negara. Seolah-olah dan semakin kelihatan 2/3 seakan-akan tidak sesekali menghambat agenda negara yang ingin diketengahkan Najib.

UMNO dan BN yang berhadapan dengan pelbagai masalah dan kepincangan dapat dihadapi oleh Najib dengan bijaksana sehingga tidak menghadapi perbalahan yang besar. BN bagaikan carik-carik bulu ayam, lama-lama bercatum juga. Ini adalah stye dan cara kepimpinan Najib.

Kepimpinan DSAI pula sedang berhadapan dengan masalah yang serius, melihat kepada kewujudan terlalu banyak kritikan terhadap cara beliau mengendalikan kepincangan dalam pemilihan PKR. Kepimpinan PKR dan ahli-ahli sendiri mengecam hebat camputangan DSAI dalam pemilihan di mana DSAI sering ketara memihak kepada individu pilihannya. Keadaan kecoh dan kelam kabut dalam PKR adalah pertanda besar kelemahan DSAI. Jika masalah dalaman PKR TIDAK dapat diselesaikan dengan baik, apakah DSAI mampu menyelesaikan masalah yang lebih besar dari ini? 
Janganlah menjawab dengan "belum cuba belum tahu" kerana  BUKTI terpampang di hadapan mata rakyat kini.

Jurang kepimpinan Najib dan DSAI kini semakin jauh. Najib sudah jauh meninggalkan DSAI ke belakang sejak akhir-akhir ini. Kerana itu, motto PKR, "Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia" semakin lapuk semakin ketinggalan.

Rakyat kini semakin mengutamakan masa depan yang lebih jitu setelah melihat keupayaan Najib memperbetulkan sesilapan masa lalu dengan sentuhan kepimpinan yang sabar dan berwibawa.

RELATED
-GLOBAL CORRUPTION BAROMETER SURVEY … ANWAR DAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PERLU BUANG KERAKYATAN ! 

No comments: