Translate

Friday, November 26, 2010

Mengata Udang Direbus, Ketam Yang Lebih Merah!

Kak Wan, Bila dapat jawaban kepada persoalan di bawah ini. "Melaksana Agenda Rakyat Tu erti sebenarnya agenda rakyat ke agenda sape?" 

 Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi. Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.
"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu."Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan." BH-Dari -Malaysiakini
AGENDA SEBENARPUN RAKYAT KITE NAK TAHU JUGA..JANGAN KATE MELAKSANA AGENDA RAKYAT JER? Alahai..ketam! ketam!  kenapa ler ejek kulit udang yang merah bila direbus...!

2 comments:

Wake UP! said...

Banyak betul hantu dalam PKR ni.

Dah pandai mengimport pengundi hantu.

Azizan Yaakob said...

salam, sukacita dimaklumkan bahawa blog sdr telah saya pautkan ke http://anginria.blogspot.com. Blog ini adalah muka surat kepada laman utama melayurayadaily. Oleh kerana melayurayadaily sudah jadi berat kerana banyak pautan. Saya mohon jika sdr ada ruang mohon pautan saudara sebagai sahabat perjuangan.