Translate

Thursday, November 25, 2010

PKR: SELF DESTRUCT ITU SEMAKIN JELAS.

Aksi dan Gaya Kepemimpinanya plus "kelakuannya" membawa PKR bakal musnah di tangannya sendiri. Amaran "Don't self destruct" tidak diindahkannya kerana melayan keinginan sakannya ke Puterajaya. Soal lain sekadar perkara sampingan baginya.
KEMAMAN 23 Nov (Bernama) -- Sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR hanya diwujudkan untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat...-Sudah Sampai Masanya PKR Dibubar - Tun Dr Mahathir.
Telah terlalu banyak permintaan dan amaran dari para pesimpati kepada perjuangan PKR supaya menjadikan PKR lebih fokus kepada "perjuangan membela rakyat untuk mendapat keadilan" sebagai rakyat dan warganegara Malaysia dari berjuang dengan ganas dan menjadi "self destruct"....namun amaran dan permintaan itu dinafikan.

Semakin terserlah bahawa PKR tertubuh sekadar memenuhi impian individu sahaja. Bagaimana ianya lahir, begitulah halatujunya... PKR lahir kerana DSAI dipecat (period). Jika DSAI tidak terpecat, sudah pasti tidak wujud PKR. Impian sebenar DSAI sudah lama berkecai. 16 September sudah luluh dan punah. Impian sudah  bertukar menjadi mimpi ngeri. PKR sudah usang sebagai landasan dan perahu pelayaran DSAI ke Puterajaya. Pimpinan PKR dahulu menjadi "pejuang dalam Pakatan Rakyat" yang ingin memperalat PKR. Kini ianya benar-benar memenuhi keperluan sebagai ALAT dalam Pakatan Rakyat. Selain itu SL tak nampak relevancy PKR...Setuju sangatlah dengan pandang Tun Dr. Mahathir..."Bubar aje lah dari mendapat aib yang lebih dasyat esp PRU13.....
Di Sabah..akan berulang lagi bahawa kerusi yang di menangi PKR ada di Chan Furniture....BUKAN di DUN Sabah.

Related:
-Pemilihan PKR Dilihat Untuk Perkukuh Kedudukan Anwar

10 comments:

zak said...

Tengok keadaan PKR sekarang nampaknya mereka akan musnah di tangan sendiri jika masih tidak mahu melihat masalah parti sendiri. Sesetengah penyokong PKR juga semakin kehilangan keyakinan terhadap mereka.

less said...

apa yang berlaku dalam PKR kini hanya merugikan parti itu sendiri. kegagalan menyelesaikan masalah dalaman akan membawa kerugian kepada mereka sendiri.

mantra said...

keadaan PKR kini makin rapuh kerana perjuangannya yang lebih kepada kepentingan individu.

Gilian said...

Susah lah kalau PKR berterusan begini. Ini menunjukkan mereka belum bersedia untuk PRU13 nanti.

jsiput said...

Diharapkan PKR akan berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Macam saya ragu2x sudah dengan pentadbiran PKR. Mampukah mereka mentadbir Malaysia ?

Senjaliza said...

TQ all. SL melihat puncak kepada kepimpinan DSAI ialah selepas PRU 12. Selepas kegagalan Sept 16, ketokohan DSAI dan parti pimpinannya semakin menurun dan menurun. Kegelabahannya menggagalkan kerajaan perpaduan cadangan TGHA lebih memperlihatkan bahawa DSAI DIPERALAT DAP. Selepas itu DSAI terus menjadi alat ampuh DAP. Bila DAP menzahirkan kebencian terhadap BUMIPUTERA dan menampakan sikap ULTRA CINESE..KLetokohan DSAI juga kelihatan semakin menurun dan jatuh dan menjunam dalam masa pemilihan agung PKR dan PRK Galas dan Batu Sapi yang diganasi tangan-tangan ghaib menyerupai DSAI.

darshania said...

PKR = Parti Kian Rapuh..
terima kasih kepada Zaid kerana berjaya mendedahkan kekotoran yang telah lama tersimpan dalam PKR, juga berjaya mendedahkan ketidak mampuan PKR dalam menerajui tampuk pemerintahan negara.. rakyat menyaksikan serta mengikuti perkembangkan setiap apa yang berlaku dalam parti dan bakal menjadikannya pertimbangan untuk pilihan raya akan datang.

Paquin said...

hairan dengan PKR ni.. huhuhu

Paquin said...

Saya harap rakyat dapat melihat dan menilai sendiri keadaan PKR ni. Sebagai rakyat buatlah apa yang patut ya.

Baby Unts said...

Mereka tidak pernah melihat@sedar akan kelemahan mereka sendiri. Jika mereka tidak mengubah sikap maka mereka tidak akan dapat pergi jauh.