Translate

Thursday, October 11, 2012

PERANG BANYAK SEGI PEMBANGKANG DI SABAH.


Yang Penting “lawan tetap lawan”
Jika ‘denial’ menjadi amalan biasa Pakatan Pembangkang di Semenanjung Malaysia, di Sabah amalan itu sudah tidak dapat dibendung. Menafikannya akan hanya membawa kepada perpecahan yang semakin sukar, semakin panas.

Penyertaan golongan veteran BN menyokong Pakatan Pembangkang di Sabah menyebabkan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar bin Ibrahim, mendabik dada mengatakan bahawa ‘ini tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Sabah’ ini katanya satu “precedence”.

Penyataan Anwar Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar mudah alpa sejarah politik Sabah apabila memuncak “keseronokannya” berhujah. Dia alpa mengenai fakta yang berada di hadapan matanya. Kemungkinan amalan in denial terus mengalir dalam nervenya masa itu!.

Datuk Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing merupakan pemimpin yang pernah melompat meninggalkan kerajaan Parti Bersatu Sabah. Lajim meninggalkan PBS menyertai UMNO. Manakala Bumburing meninggalkan PBS dan menyertai UPKO. Kedua-dua Lajim dan Bumburing pernah menjadi pemimpin masyarakat dalam kerajaan Berjaya. Bukankah telah berlaku penghijrahan pemimpin USNO menyertai BERJAYA semasa kerajaan USNO sedang memerintah?