Translate

Thursday, October 11, 2012

PERANG BANYAK SEGI PEMBANGKANG DI SABAH.


Yang Penting “lawan tetap lawan”
Jika ‘denial’ menjadi amalan biasa Pakatan Pembangkang di Semenanjung Malaysia, di Sabah amalan itu sudah tidak dapat dibendung. Menafikannya akan hanya membawa kepada perpecahan yang semakin sukar, semakin panas.

Penyertaan golongan veteran BN menyokong Pakatan Pembangkang di Sabah menyebabkan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar bin Ibrahim, mendabik dada mengatakan bahawa ‘ini tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Sabah’ ini katanya satu “precedence”.

Penyataan Anwar Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar mudah alpa sejarah politik Sabah apabila memuncak “keseronokannya” berhujah. Dia alpa mengenai fakta yang berada di hadapan matanya. Kemungkinan amalan in denial terus mengalir dalam nervenya masa itu!.

Datuk Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing merupakan pemimpin yang pernah melompat meninggalkan kerajaan Parti Bersatu Sabah. Lajim meninggalkan PBS menyertai UMNO. Manakala Bumburing meninggalkan PBS dan menyertai UPKO. Kedua-dua Lajim dan Bumburing pernah menjadi pemimpin masyarakat dalam kerajaan Berjaya. Bukankah telah berlaku penghijrahan pemimpin USNO menyertai BERJAYA semasa kerajaan USNO sedang memerintah?
Mana mungkin penyertaan Lajim dan Bumburing sebagai penyokong pembangkang menjadi “turning point” politik Sabah dan tanahair?

Penyertaan pemimpin veteran BN yang lain seperi Dt. Haji Yahya Lampong, Ts Ibrahim Menudin dan Dt. Maijol Mahap akan hanya menyemarakkan “perang dan persaingan" dalam Pakatan Rakyat dan Parti-parti pembangkang di Sabah

KOTA MARUDU dan TUARAN

“It was during this gathering that the APS leader announced that Mahap will be the Pakatan candidate for the Kota Marudu parliamentary seat, contesting on a PKR ticket.“What is this? This is clear that Mahap resigned from Upko so that he can contest, which he would not have been able to do if he is still in BN, I am the Kota Marudu PKR head but was sidelined. This should not have happened,”-Anthony mandiau Ketua cabang PKR Kota Marudu

Demikianlah rungutan yang berupa ancaman Anthony Mandiau, Ketua cabang PKR Kota Marudu apabila Bumburing melancarkan bahagian Angkatan Perubahan Sabah-APS di Kota Marudu. Serentak dengan itu, Bumburing mengistyiharkan Maijol sebagai bakal calon Pakatan Rakyat bagi MP Marudu.

Siapa Bumburing dan Maijol dalam Pakatan Rakyat? Bukankah mereka hanya penyokong dan berkemungkinan besar hanya menjadi “alat” Anwar Ibrahim untuk memecahkan sokongan BN? Benarkah sokongan BN mampu dipecahkan Maijol dan Bumburing? Bukankan Maijol dan Bumburing ini peneraju APS bukan ahli PKR atau mana-mana kompenen Pakatan Rakyat?

Jika Anwar kelak mendapati sokongan Bumburing dan Maijol bagai “Mendokong biawak hidup”, apakah mereka semudahnya dilepaskan Anwar seperti Anwar melepaskan YB Zulkifli Noordin, Dr. Jeffrey Kitingan, Dt Nallakarupan, DS Fairus Khairuddin, Zainur Zakaria dan ramai lagi?

SAPP dan STAR juga mengintai Kota Marudu. Dr. Jeffrey sendiri menyatakan hasratnya dan hasrat STAR untuk bertanding semua 25 kerusi MP di Sabah dan separuh dari 60 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah. Naib Pengerusi SAPP Kota Marudu, John Mitah Mikat dan seorang Dr. dari STAR juga turut disebut sebut sebegi pesaing rapat merebut kerusi politik di Kota Marudu.

Dr. Jeffrey faham bahawa jika dia bersikap ‘sorong tarik’ dengan parti pembangkang yang lain dan menafikan hak pemimpin STAR Sabah untuk bertanding pada PRU13 ini, dia akan terpaksa bersedia menghadapi tentangan dalam pemimpin STAR. Malah akan memadamkan semangat juang yang selama ini disuntik Jeffrey dalam STAR.

Sebagai mantan Naib Presiden PKR Kebangsaan, Jeffrey tahu dengan sebenar-benar tahu bahawa PKR Sabah adalah parti yag terlemah dan tercorot di Sabah dari segi kedudukan dan pengaruh. Pemimpin kanan PKR Sabah sendiri juga mengakui bahawa PKR adalah parti yang “lesu dan longlai” di Sabah.

Di kawasan parlimen Tuaran, PR berhadapan dengan pilihan antara Bumburing, Kalakau untol dan Tn Haji Ansari Abdullah. Selain itu Henry Misun dan Gaibin Ransoi masing-masing bekas calon PKR DUN bagi Tamparuli dan Kiulu terpaksa memposisi politik mereka. Silap perkiraan meraka akan menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat. STAR juga sedang mempersiapkan dirinya. Tamparuli dan Kiulu adalah kawasan favorite STAR.
PAPAR, BEAUFORT DAN LABUAN

Bukan rahsia lagi bahawa DS Haji Lajim Haji Ukin, Dt Haji Yahya lampong dan TS Ibrahim Menudin akan bertanding atau menyimpan hasrat bertanding atas tiket PKR. Lajim hanya menggunakan Pakatan Perubahan Sabah sebagai TOPENG SEMENTARA kerana beliau INGIN KELIHATAN sebagai ketua parti berasakan TEMPATAN. Tidak mungkin dia menjadi KETUA jika dia masuk terus dalam PKR.

PKR Sabah sendiri tidak mahu berketuakan Lajim. Mereka faham sangat kualiti kepimpinan Lajim. Tetapi acting dan sikap Lajim yang “mebelangkaskan” dirinya bersama Anwar adalah percubaan Lajim menjadikan dirinya sebagai Ketua Pembangkang di Sabah pilihan Anwar. Dalam keadaan ini, Anwar sudah tiada pilihan melainkan mencalonkan Lajim di MP Beaufort dan sekaligus menafikan hak pemimpin PR terdahulu yang pernah menentang Lajim dalam PRU12.

Jalan bagi Lajim mempertahankan kerusinya tidaklah semudah seperti dia berada dalam BN dahulu. Persatuan Bisaya Bersatu Sabah-PBBS yang pernah menganugerahkan Lajim gelaran “Janang Gayuh” tidak berdiri di belakang Lajim kali ini. Pemimpin BN yang merintis jalan mudah bagi lajim memenangi MP Beaufort pada PRU12, tidak lagi bersama Lajim kini dan pada PRU13 nanti. Lajim terpaksa menentang mereka yang pernah menjadi rakan seperjuangnnya. Pengaruh Lajim TIDAK boleh dilihat dan dianggap sama seperti pengaruhnya dalam BN dahulu. Dia kini menjadi tentangan dan seteru penyokong BN. Beaufort dan kawasan sekitarnya, Kimanis dan Sipitang adalah kubu kuat BN. Laluan Lajim kali ini pasti terlalu sukar.

Dt Yahya lampong dan TS Ibrahim Menudin memang pemimpin yang ketinggalan perahu Besar BN. Mereka sudah lama jadi veteran dalam UMNO dan peluang untuk dinaikkan sebagai calon BN pada PRU13 terlalu tipis. Tetapi kerana keinginan tinggi YB wannabe, mereka terpaksa menumpang perahu Pakatan pembangkang. Di Papar dan Labuan, perahu PKR memang sempit. Dalam kesempitan ini, Parti pembangkang yang lain memang menjadikan kawasan ini sasaran dan tempat bagi mereka menumbangkan BN.

Tidak keterlaluan mengatakan bahawa penyertaan veteran seperti Lajim, Bumburing, Yahya dan Ibrahim semakin menyempitkan perahu Pakatan pembangkang. Natijahnya mereka terpaksa “bertarung’ sesama mereka terlebih dahulu sebagai survival merealisasikan impian mereka, YB wannabe.

PEPERANGAN SENGIT

PKR memang tidak dipercayai malah tidak diterima Dr. Jeffrey. Percubaan mewujudkan APS dan menerimanya dalam lipatan PR oleh Anwar adalah percubaan menyaingi dan menidakkan kedudukan dan peluang Dr. Jeffrey dan STAR.

SAPP yang bersekutu secara terbuka dengan STAR masih bermain kayu tiga dengan Pakatan Rakyat. SAPP amat sukar menyingkir pertalian Pakatan Rakyat dengan DAP. Di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan ‘advantage” DAP, terdapat SAPP dan STAR yang jelas mempunyai “advantage” yang sama dengan Pakatan Rakyat-DAP. 

Percubaan SAPP melalui gagasan 1215-satu lawan satu yang didalanginta menerusi DESAH Sabah, terus sahaja diketepikan DAP. DAP faham dan sedar bahawa SAPP hanya berusaha menyingkirkan dan menidakkan peluang mereka.

DAP dalam masa yang sama menuduh STAR sebagai baruah BN yang hanya berusaha memenangkan BN dengan mudah pada PRU13 nanti. Dalam masa yang sama SAPP tidak mampu mengendurkan kuasa ‘negotiation’ nya mendapatkan seat yang sufficient untuk SAPP. Jika ia cuba berlembut denga PR, pastinya SAPP akan terpaksa berdepan dengan tentangan dalam parti itu sendiri. Kesan jangkapanjangnya lebih kepada keruntuhan parti itu sendiri.

Asas perjuangan Dr. Jeffrey melalui STAR hanya akan menjadi kenyataan jika dia dan Parti nya, STAR dan sekutunya berjaya menawan majoriti kerusi DUN dan MP di Sabah. Ramai yang sudah meramalkan bahawa untuk mencapai tahap itu teramat slim atau hampir mustahil. Tetapi STAR dan barisan kepimpinannya adalah mereka yang tidak gemar atau tidak cenderung kepada “kompromi” apabila sampai kepada pembahagian kerusi. Mereka berjuang ‘kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi”. Jika kita meneliti suara mereka dalam dunia cyber, mereka siang-siang sudah bersedia ‘bersendirian’ tanpa gangguan parti pembangkang yang lain.

Jelaslah bahawa peperangan dalam parti-parti pembangkang di Sabah amat sengit. Mereka sudah rela bertarung demi ideology dan perjuangan parti masing-masing. Bagi mereka cedera atau tidak dalam pertarungan di gelanggang pembangkang sebelum menghadapi BN pada PRU13 bukan perhitungan utama. Yang Penting “lawan tetap lawan”.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?







(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

anak X-PKR said...

“It now seems that my friend [Mahap] has his own plans. He quit BN so that he can contest in the coming election on a Pakatan ticket. “When I joined PKR in 2007, Upko leaders including Mahap laughed at me… they were telling the people of Kota Marudu that my move was wrong as I was joining a political party that had no following. Now they want to join us,”-Mandiau

Ini menunjukkan MAIJOL hanya memancing Mandiau setelah cuna mengheret UPKO ke angan dan lamunan politiknya. Maijol akan menjadi MANGSA POLITIK ANWAR dan sudah bersedia menjadi APS aka "PKR CELUP"