Translate

Friday, February 20, 2009

MB Selangor Khalid Ibrahim Perlu Minta Maaf.

PM Jepun, Taro Aso minta maaf berkaitan dengan isu mabuk sorang menteri kabinetnya, Menteri Kewangan, Shoichi Nakagawa, yang dilihat menghadiri sidang akhbar dalam keadaan mabuk. "Saya bertanggungjawab kerana melantik beliau sebagai seorang menteri kabinet,” kata Perdana Menteri Jepun itu.

Sungguhpun soal dan urusan meminum minuman keras atau menyalahkan ubat selesema oleh Shoichi Nakagawa itu sehingga mabuk adalah "urusan peribadi" Menteri Kewangan itu, namun dia bertanggungjawab dan meletakkan jawatannya.

Di Malaysia, Menteri Besar Selangor YAB. Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mengambil iktibar dari semangat patriotisma dan kebertanggungjawaban pemimpin negara matahari terbit ini. Skandal Elizabeth Wong telah terbongkar di mata masyarakat umum telah mengakibatkan EW membuat keputusan menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai exco Selangor dan ADUN Bukit Lajan. Tidak ada yang cuba menafikan bahawa perlakuan EW sebagai seorang "adult" adalah hak privacy beliau. Bagaimanapun perlakuan itu kini telah terbongkar ke mata umum. Terdapat spekulasi bahawa MB Seangor akan hanya menerima perletakan jawatan EW sebagai Exco Negeri Selangor tetapi bukan sebagai ADUN.

Mengambil iktibar dari pristiwa di Jepun ini, apakah Tan Sri Khalid Ibrahim tidak rasa bersalah melantik EW sebagai exco Negeri Selangor dan perlu memohon maaf kepada rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya? Apakah wajar bagi Tan Sri MB untuk terus mengekalkan EW sebagai ADUN sedangkan EW sendiri telah mengemukakan tawarannya untuk meletakkan jawatan berikutan dengan kes penyebaran gambar lucah itu.? Sesunggunya kebolehan dan kelayakan semata-mata bukanlah kreteria yang mesti menjadi penentu seseorang untuk menjadi wakil rakyat atau exco. Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan, berkelayakan, berjasa kepada masyarakat umum, namun mereka bukan exco dan bukan wakil rakyat.
Read Also.....

Tuesday, February 17, 2009

ELIZABETH WONG TIDAK DAPAT BERTAHAN

Seperti yang saya jangkakan, Elizabeth Wong sukar untuk bertahan setelah skandalnya didedahkan kepada umum melalui media massa. Akhirnya dia meletakkan jawatan sbagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya di internet, mengumumkan meletakkan jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan berkuat kuasa hari ini. Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar pagi ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini.

Bagaimanpun Penasihat de Facto PR, Dato Seri Anwar Ibrahim masih mengecam sekeras-kerasnya taktik keji yang digunakan ke atas Elizabeth Wong. DSAI masih mempersoal sekeji mana dalang yang disebutkan sanggup menggunakan taktik tersebut. Siapakah dalang yang DSAI maksudkan?.
.
Hakikatnya ialah EW meletakkan jawatan atas dasar moral. Bak kata pepatah "Berani buat berani tanggung". Prinsip seperti ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua yang benar-benar berkecimpung dalam arena politik khasnya. Dengan ini jua akan tamatlah desas desus yang datang dari segenap arah bahawa adalah "okay" untuk berskandal sebagai "adult" sambil menceburkan diri secara giat dalam arena politik. Harus difahami, politik tidak seperti bermain bola dan orang politik tidak seperti pemain bola per se.
Read also

"SKODENG SKODENG"


Awas. Skuad Skodeng beroperasi.

Saya sebenarnya tak pernah nakal sejak di bangku sekolah. Saya berjumpa dan bertemu kebetulan mantan guru saya baru-baru ini. Dia tak berapa cam saya dan katanya kerana saya ini "tak nakal" semasa di sekolah dulu. Sebab itulah saya sukar diingat. Lalu saya menyampuk "bagus pula saya buat nakal dulu supaya saya senang diingat". Bekas guru (masih cekgu saya) tersenyum mendengar ungkapan saya.

Di sekolah dulu tak ada kes skodeng skodeng. Lagipun, akhir-akhir ini, barulah saya tahu apa itu skodeng skodeng. Kawan saya kata skodeng itu "cubuk-cubuk" atau "intai-intai". Inilah orang tak nakal agak ketingalan dalam kerja yang nakal nakal.
.
Jika anda melayari youtube kini, banyak adegan rakyat Malaysia yang berunsur skodeng dan memalukan. Biasanya kalau mangsa tak membuat laporan resmi kepada pihak polis, pihak polis boleh saja mengatakan bahawa "tiada laporan apa nak siasat". Tapi saya ada terbaca lapuran sabahkini yang menulis mengenai kes kematian di Tingkayu, Kunak, Sabah. Sudah lama lapuran dibuat tetapi tindakan tidak sepantas manapun sehingga baru baru ini berlaku pembunuhan dan pertumpahan darah. Ada pihak yang mengsyaki bahawa POLIS DALANGI TRAGEDI BERDARAH DI TINGKAYU? http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=402:polis-dalangi-tragedi-berdarah-di-tingkayu&catid=41:jenayah&Itemid=56

Vijandran dan Dr Chua Soi Lek terpaksa meletakkan jawatan mereka kerana skandal video oleh skuad skodeng.

"Kes Video Lucah Dr Chua Soi Lek dan Vijandran dulu hasil kerja skodeng yang hightechlah tuu" celaan sahabat karib saya. "Jadi Kes gambar YB. Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan, Selangor itu apa pula ceritanya?" saya bertanya.

Walau apapun bentuknya, ternyata mereka semua mereka adalah mangsa "a gross invasion of their privacy" atau mencabuli urusan peribadi mereka, walaupun dalam keadaan atau situasi yang berbeza. Apa yang jelas ialah "invasion" itu terjadi berpunca dari perkara yang berlaku atau mereka telah lakukan. Apatah lagi sebagai "public figures" atau selalu menjadi tumpuan perhatian umum. Mereka adalah pemimpin rakyat yang perlu menjaga ketinggian maruah dan moral. Tidak kurang penting untuk diambil kira ialah mereka mempunyai musuh atau penentang atau lawan.

Monkey Business Gary Hart. It was a nobody else's business. Namun Gary Hart terpaksa melupakan niatnya bertanding Calon Presiden Amerika Menentang Ronald Reagan.
.
Kes Dr Chua dan VJ berakhir dengan mereka meletakkan jawatan. Gary Hart, calon Presiden Amerika menentang Ronald Reagan dulu juga terpaksa melupakan niatnya menjadi calon apabila pencabulan privacynya bersama teman wanitanya Donna Rice Hughes dibongkar media. Sebenarnya apa yang mereka telah lakukan adalah "nobody else’s business" namun ianya perbuatan "betrayal" pihak tertentu bagi menjatuhkan maruah mangsanya atau sekurang-kurangnya diaibkan.
YB Elizabeth Wong ADUN (PKR) Bukit Lanjan, Selangor: Mangsa Pemangsa.
.
Dalam kes YB. Elizabeth Wong (EW), apa yang umum ketahui di dada media setakat ini ialah foto-foto tersebut dirakam oleh bekas teman lelakinya ketika mereka berada di aparment EW di Petaling Jaya. Sesetengah orang awam mengatakan bahawa ketika itu beliau dalam keadaan tidur. Manakala yang lain mengatakan bahawa dia tanpa pakaian dan dalam keadaan penuh sedar. Semua ini adalah gembar-gembur yang normal yang menjadi asam garam di kedai kopi dan kaki lima yang sukar untuk ditutup bak mulut tempayan. Soalnya ialah apakah teman lelakinya menceroboh ketika EW sedang tidur atau mereka memang bersama-sama di apartment itu? (Orang kedai kopi dan kaki lima akan ada dan dapat jawaban kepada soalan ini..!)

Pihak polis memberi jaminan akan menyiasat kes ini termasuk yang disebar dalam media eletronik. Kita perlu menunggu penyiasatan dan keputusan.

Kiranya skodeng skodeng yang tidak bermaruah di Youtube dan media eletronik dicegah awal-awal lagi oleh pihak berkuasa, sudah tentu ramai yang tidak membuang masa membuat dan melihat adegan-adegan rakyat kita yang tidak bermaruah di skrin computer mereka. Kiranya hukuman berat seperti diperuntukkan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kerja skodeng dilaksanakan dan dikuatkuasa dengan rapi, tentu tidak ramai yang melakukannya. Tidak ramai juga yang diaibkan. EW kemungkinan tidak jadi mangsa pemangsanya. Apakah dia mampu bertahan?.