Translate

Wednesday, November 28, 2012

Najib Mahu Anggota Umno Siapsiaga Dalam Menghadapi PRU-13

 Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang merupakan amanat utama Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umnno 2012.

Dalam Taklimat Presiden sempena perhimpunan agung ke-66 itu, Najib mengingatkan perwakilan supaya bekerja keras dan lebih agresif dalam memenangi sokongan rakyat.

Aspek kesatuan turut diberi penekanan untuk memastikan parti terus mantap dan berjaya pada pilihan raya umum nanti.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata Perdana Menteri menekankan supaya kesiapsiagaan parti terus kekal dan mantap dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.