Translate

Saturday, June 20, 2009

Ibu tunggal didakwa cederakan Siti Hajar

Siti Hajar, Pembantu rumah yang mendakwa didera dan diberi makan lauk daging babi.
Hau Yuan Tyng, 43
Pekerja sambilan diagensi Pekerjaan. Sudah tentu dia tahu kesalahan menggaji pembantu rumah yang tidak mempunyai permit kerja. "Shame on her"!!!

KUALA LUMPUR 18 Jun - Seorang pekerja sambilan di agensi pekerjaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada amah warga Indonesia, Siti Hajar Sadli dengan menggunakan air panas, tukul besi dan gunting. Hau Yuan Tyng (gambar), 43, ibu tunggal kepada dua orang anak juga membuat pengakuan sama di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menggaji Siti Hajar, 33, yang tidak mempunyai permit kerja sebagai pembantu rumah.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, tertuduh yang memakai baju putih, berjaket hijau serta berseluar jean biru dilihat menitiskan air mata :( terutama ketika peguam belanya menceritakan keadaan anak bongsunya yang mengalami autisme.

Bagi pertuduhan pertama Hau Yuan Tyng didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah kepada Siti Hajar, 33, menggunakan air panas di Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara antara pukul 11 pagi dan pukul 8 malam pada 7 Jun 2009.

Bagi pertuduhan kedua, di tempat sama sekitar bulan Februari 2009, dia didakwa menggunakan tukul besi yang menyebabkan Siti Hajar mengalami cedera parah. Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Yuan Tyng yang mempunyai dua orang anak dituduh melakukan kesalahan itu di alamat yang sama pada 7 Jun menggunakan gunting untuk mencederakan mangsa. - Bernama

Selanjutnya................

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Tempatkan Pembantu Rumah berugama Islam untuk Majikan Islam sahaja.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090620103336/Article/index_html

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan-Kita perlu bersikap terbuka: Mr Cool, TS Muhyiddin Yassin, TPM.

Tan Sri Muyihiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mr. Cool ini pernah diminta oleh Zaid Ibrahim untuk letak jawatan atau tinggalkan UMNO kerana mencadangkan agar peralihan kuasa PM dipercepatkan sedikit masa lalu. Di mana Zaid Ibrahim kini?
.
"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," kata TS Muhyiddin Yassin, TPM kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini (19 Jun, 2009).
.
TABEK Mr. Cool. Sukar untuk mengatakan bahawa kenyataan ini bukan dari "hati yang terbuka" kecuali bila kita menutup pintu hati kita.

Mesyuarat Ukhuah Isu Kerajaan Perpaduan.

Mursyidul Am PAS, TGNA akan memanggil mesyuarat khas yang hanya akan dihadiri pemimpin tertinggi PAS bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan yang semakin hangat diperkata umum dan media masa sejak akhir-akhir ini. TGNA sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Gambar: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat . Kesabarannya amat teruji.

"Pertemuan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah bagi menyelesaikan isu kerajaan perpaduan. "Tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa," Demikian ditegaskan oleh TGNA semasa ditemubual oleh para pemberita selepas TGNA mempengerusikan Mesyuarat Dewan Harian Khas Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10, petang tadi. Lidah resmi PAS tiada menyebut samada Presiden PAS, TGHH dan Timbalannya Ustaz Nasa dan golongan ulamak yang mendokong mereka akan hadir atau dijemput bagi menghadiri mesyuarat tersebut. Allahuallam.

Thursday, June 18, 2009

Like Promised !!!

Here goes nothing!

Rakan-rakan bloggers saya, saya akui anda semua memang kumpulan yang bijaksana kerana pada paparan lalu mengenai haiwan ini (http://senjaliza.blogspot.com/2009/06/barangkali-anda-lebih-tahu-mereka.html), anda tidak membuat penilaian atau menyamakannya dengan manusia. Mana mungkin kita samakan manusia dengan haiwan-haiwan ini. Sesungguhnya anda adalah manusia yang tinggi martabatnya. Tahniah atas desiplin yang baik. Salam cyber: Senjaliza.

NASA MENANG. JENAYAH PARA PERWAKILAN?

Hormati Haknya.

Ustaz Nasaruddin Md. Isa menang dalam Pertandingan pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar ke 55 PAS mengalahkan Husam Musa dan Mat Sabu. Nasa menang dalam pemilihan melalui undi perwakilan. Kenapa pula orang yang tidak mengundi mengarahkan atau meminta dia meletak jawatan. Di mana letaknya demokrasi ?

Apa pula hak orang luar PAS meminta dia meletakkan jawatan? Bukankan isu Kerajaan Perpaduan sudah timbul sebelumpun Muktamar PAS ke 55 diadakan (please correct me if i'm wrong)?. Kenapa Nasa masih tetap juga dipilih? Hendaknya janganlah terlalu diperkecil keputusan para perwakilan yang memilih Nasa.


Berkaitan:

UPDATE:

Wednesday, June 17, 2009

MENDUNG BERARAK, TSUNAMI BERTUKAR ARAH

Kerajaan Perpaduan bagaikan gempa kepada Pakatan Rakyat. Mendung berarak megah dan Tsunami bertukar arah.
.
1. Keputusan PRU12 telah menjadi penilaian utama Pembangkang bahawa Tsunami Politik telah menyerang Negara Malaysia. Politik Malaysia telah menjadi celaru dan mengalami malapetaka dengan kehilangan 2/3 majoriti parti pemerintah di Parliment. Lima Negeri terlepas ke tangan pembangkang. Bagaimanapun, satu negeri, Perak Darul Redzwan, kembali semula ke tangan BN secara sah setelah melalui krisis agak panjang. Mahkamah telah memutuskan bahawa BN adalah kerajaan yang SAH di Negeri Perak. Hanya pihak yang melihat keadilan berada ditelunjuknya sahaja yang tidak dapat menerima hakikat ini.

2. Bila Tsunami Politik menyerang selepas PRU12, keresahan rakyat secara majoriti meningkat, namun pihak yang terus girang dan riang ialah DAP. LKS tidur, mengigau, makan, minum dan bermimpipun mengenai Tsunami politik. LKS bangga dan megah di atas keresahan rakyat yang terpaksa menerima hakikat bahawa negara mengalami "disaster" ketidak stabilan politik dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum terancam.

3. Biduk berlalu kiambang bertaut. Mendung telah berarak megah dan Tsunami beralih arah. Kini Tsunami politik mula menyerang Pembangkang. Sejak awal Lim Guan Eng telah meragui DSAI berkait calon PRK Penanti. LGE tidak senang dengan langkah DSAI tidak membincangkan calon yang sesuai dengan kemahuannya menggantikan Fairus Khairudin. LGE takut andainya calon pilihan DSAI bersikap condong kepada Melayu dan bersikap seperti UMNO.

4. Setelah Perak jatuh semula ke tangan BN, Karpal Singh meminta DSAI untuk bertaubat. Kata KS, Anwar mesti bertaubat. Malah KS menyatakan bahawa DSAI sebaiknya diganti sebagai de Facto kepimpinan Pakatan Rakyat dengan kepimpinan yang benar-benar berketerapilan dan bukan pemimpin yang telah banyak melakukan kemusnahan.

5. Usaha menanamkan golongan erdogan ke dalam PAS oleh PKR dan gerakan meresapkan ideologi yang 'compartible" kepada DAP ke dalam PAS melalui Kelab Penyokong PAS telah berjaya menjadikan politik dalaman PAS goyah dan beriak. Ini berkemungkinan akan bertukar menjadi ombak yang ganas dan membawa kepada "tsunami politik" dalaman PAS jika tidak dapat ditangani dengan bijaksana oleh kepimpinan PAS. Jika ditelaiti dengan mendalam dan dengan analisa yang luhur, riak dalam PAS sebenarnya adalah berpunca dari kegelujohan rakan-rakan PAS dalam Pakatan yang seolah-olah tidak sabar mendapat kuasa dan menakluki Puterajaya. BN tidak sekali terlibat dalam percaturan politik dalam Pakatan Rakyat.

6. Amaran demi amaran yang ditujukan DAP kepada PAS menampakkan rasa hormat DAP kepada PAS sudah semakin kabur dan bakal lenyap. PAS dikatakan bukan parti dominan, pemimpin PAS dikatakan sebagai mengalami krisis keyakinan dan PAS mesti "toe the line" dalam Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi amaran yang dianggap TIDAK selari dengan tatatertib dan tatasusila dalam sebuah pakatan yang sepakat.

9. Perbezaan ideologi dan ciri-ciri kepartian dan berparti dalam Pakatan Rakyat dipercayai umum bahawa pakatan tiga parti itu tidak akan dapat melangkah jauh. Apatah lagi mewujudkan kerajaan Malaysia yang stabil.

10. Perkembangan mutakhir mengenai isu Kerajaan Perpaduan antara PAS dengan Barisan Nasional khasnya UMNO menambahkan lagi kekusutan dalam Pakatan Rakyat. Ini BUKAN polimik atau gembar gembur tidak berpunca dan berasas, tetapi sebagai satu fakta yang terbentang di hadapan mata kita kini.

11. PAS amat bangga dan gah dapat mengadakan Muktamar ke 55 di tempat mewah, ada klas dan selesa. Sesetengah perwakilan muktamar PAS ke 55 bangga kerana kiranya bukan kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat, tidak mungkin mereka dapat menikmati keselesaan yang mereka nikmati semasa Muktamar itu. Agaknya mereka agak alpa bahawa sesungguhnya nikmat itu datang dari Allah Subhana Wataala BUKAN dari PR. Sepatutnya selepas muktamar ini, PAS muncul dengan bangga kerana mereka telah dapat membariskan kepimpinan pilihan perwakilan mereka BUKAN saling sering memberi ancaman dan cabaran supaya meletak jawatan kepada barisan kepimpinan yang perwakilan yang mereka telah pilih. Misalnya Ust. Nasaruddin setelah dipilih dengan demokrasi oleh perwakilan kini dicabar untuk meletakkan jawatan. TGHH pula diancam oleh KPP supaya tidak muncul di PRK Manek Urai. Hubungan TGNA dan TGHH pula menjadi "tegang" dan dingin.

12. Apa yang amat jelas kini, selepas Najib memegang tampuk pemerintahan negara, keyakinan rakyat untuk menikmati kestabilan politik semakin menuju puncak. Parti-parti komponen Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah sudah menunjukkan toleransi yang tidak terdapat dalam Pakatan Rakyat. MCA, Gerakan dan PPP yang mengalami krisis dapat diselesaikan dengan semangat Barisan Nasional yang penuh toleransi.

Kiranya contoh dan tauladan parti-parti komponen Barisan Nasional terus dapat di suburkan dengan ikatan kerjasama dan mendasari konsep konsensus yang menjadi amalan sejak berabad lamanya keututuhan Barisan Nasional tidak mampu untuk diperkecil lagi atau diganggu guggat. Merapatkan silaturahim dan kebersamaan semua komponen BN dalam setiap langkah sudah pasi akan menyuburkan kegemilangan BN sekali lagi. Kiranya kerajaan Perpaduan dapat direalisaikan atas semangat dan komitment yang luhur demi Agama, Bangsa dan Negara, maka keyakinan bahawa mendung akan berarak megah dan Tsunami politik akan bertukar arah menuju tembok Pakatan Rakyat yang sudah mula retak dan menanti pecah.

Konspirasi 1998 Berulang ?

Gambar Hiasan: DSAI dibayangi TS Khalid Ibrahim.

Keputusan perbicaraan kes DSAI mengenai tuduhan liwat 1998 dulu mengatakan bahawa terdapat kenyataan dan keyakinan mahkamah bahawa sebenarnya "perbuatan liwat itu telah berlaku" namun secara teknikal, mengikut teknik-teknik, process teknikal perundangan maka DSAI dibebaskan dari tuduhan liwat itu. Jadi kiranya mahkamah sendiri yang membebaskan DSAI setuju bahawa sebenarnya liwat terjadi maka konspirasi 1998 berulang yang dikatakan secara tidak berapa yakin kerana ada tanda soal (?) maka benarlah bahawa liwat atau konspirasi 1998 yang berulang pada 2009 ini ada asasnya berulang perlakuan liwat jika diandaikan sama seperti 1998.

Sumpah laknat Saiful di Masjid dan tidak bersumpah laknatnya pihak tertuduh juga banyak menjadi sandaran umum untuk mempercayai seperti yang pernah dipercayai oleh hakim-hakim mahkamah pada 1998 bahawa perbuatan liwat itu telah mengambil tempat.

Bila DSAI mempaparkan dalam blognya bahawa isu konspirasi 1998 berulang? berhubung rapat dengan liwat ini, sudah tentu tertuduh sendiri tidak "layak" memberikan keputusan kerana sudah pasti ianya nyata akan condong dan memihak kepada dirinya sendiri. Bagaimanapun, Prosess penghakiman 2009 akan terpaksa ditunggu.

Kes kali ini berbeza. Kali ini DSAI tidak ditahan di bawah ISA atau dilebamkan matanya. Saya sendiri dan ramai lagi merasa simpati dan mengatakan bahawa perbuatan melebamkan mata adalah pertanda kezaliman pihak tertentu. Dulu ramai mendesak supaya kes liwat 1998 dibicara dimahkamah dan DSAI dibebaskan dari tahan ISA. Kini DSAI sudah bebas. Kalau dulu dibuat desakan supaya kes dibicarakan dimahkamah maka adalah bercorak "double standard" jika "due process of the law" kali cuba ditahan, dihalang atau ditangguh-tangguhkan. Sejajar dengan ini, pada masa ini, tahun 2009, kita tidak perlu mengganggu tugas badan kehakiman atau mengapi-apikan segelintir rakyat untuk membenci atau mengutuk Mahkamah.

Sesungguhnya yang benar akan tetap mengalahkan yang bathil. Kita tunggu dan ikuti kes dan perbicaraan ini kelak mulai 1 July, 3 hari sebelum Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Tuesday, June 16, 2009

"Tindakan Nizar itu adalah spontan" Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Tindakan Nizar manifestasi hak rakyat Perak yang dicabul BN.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menegaskan pihaknya menyokong ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin walaupun beliau digantung dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

"Tindakan Nizar itu adalah spontan, itu dilakukan bukan atas kapasiti parti tetapi ia adalah satu manifestasi dari kemelut yang berterusan di Perak yang sebenarnya memerlukan pembubaran Dun sebagai jalan penyelesaian," ujar Salahuddin ketika ditemui di Parlimen pagi tadi.
Selanjutnya:

Benarkah tindakan Nizar itu spontan?

BARANGKALI ANDA LEBIH TAHU MEREKA?

Barangkali anda, saudara-saudara bloggers, lebih tahu siapakah, apakah dan bagaimanakah makhluk ini membuat keputusan atau bertindak?
(ULASAN AKAN MENYUSUL DALAM MASA 48 JAM)

Note: Labels: "Politik Malaysia".

Monday, June 15, 2009

HARI INI ANGKAT SUMPAH, HARI INI "LANGGAR" SUMPAH

Kemaskini gambar: Pada awalnya senjaliza bertanyakan samada tindakan Nizar adalah atas kehendaknya secara bersendirian atau atas pengaruh oleh pihak lain. Lihat gambar kemaskini ini dan lihatlah gambar asal di bawah sekali:-
Anda, khasnya rakyat Perak dan pengundi Bukit Gantang dan seluruh rakyat Malaysia amnya, lihatlah sendiri siapa yang menjadi dalang di belakang Nizar.


(UPDATED 20.38 PM 15 June, 2009)
.........................................................................................
Apakah tindakan probokasi Nizar ini atas kehendaknya bersendirian atau atas pengaruh orang lain?
.
Hari ini, Ir Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parliment Bukit Gantang. Namun pada hari yang sama beliau diarah keluar dewan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Tan Sri Pandikar adalah seorang peguam yang disegani semasa beliau aktif sebagai Peguambela dan Peguamcara kerana kepetahan dan ketajaman beliau berfikir dalam menangani isu yang dibawanya.


Pada hari Ir Nizar mengangkat sumpah, pada hari yang sama beliau melupakan sumpahnya dengan sengaja. Beliau antara lain bersumpah dengan penuh amanah mengangkat permasalahan dan amanah rakyat ke Dewan Rakyat mengikut lunas-lunas dan peraturan dewan. Amanah rakyat dengan itu diabaikan secara sengaja kerana terlalu komited kepada mengembalikan kuasa mereka yang hilang di Perak. Kiranya Nizar dibawa ke Jawatankuasa Displin dan tergantung untuk setahun seperi Speaker DUN Selangor menggangtung ADUN BN, maka amanah rakyat Bukit Gantang menjadi sia-sia.

Sunday, June 14, 2009

Anwar tak hargai tentera: Mukhriz

Anwar tak hargai tentera: Mukhriz
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak menghargai pengorbanan anggota tentera demi mempertahankan rakyat dan negara daripada kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) apabila meminta bekas setiausaha agung PKM Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air.
"Kenyataan Anwar menggambarkan seolah-olah aktiviti pengganas komunis arahan Chin Peng dulu perlu dimaafkan, sedangkan bekas pengganas itu seorang perkauman, tidak berperikemanusiaan dan berjuang bukan kerana idealisme komunis yang sebenar," katanya kepada Berita Minggu, di sini, semalam.