Translate

Sunday, June 14, 2009

Anwar tak hargai tentera: Mukhriz

Anwar tak hargai tentera: Mukhriz
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak menghargai pengorbanan anggota tentera demi mempertahankan rakyat dan negara daripada kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) apabila meminta bekas setiausaha agung PKM Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air.
"Kenyataan Anwar menggambarkan seolah-olah aktiviti pengganas komunis arahan Chin Peng dulu perlu dimaafkan, sedangkan bekas pengganas itu seorang perkauman, tidak berperikemanusiaan dan berjuang bukan kerana idealisme komunis yang sebenar," katanya kepada Berita Minggu, di sini, semalam.

5 comments:

KAPITAN MELAYU said...

Salam semua....

Apa yang diperkatakan oleh Mukhriz ..DSAI tak hargai tentera tu adalah merupakan andaian beliau sahaja..

Kita perlu kajiselidik dan fikir ...secara positif...jangan menpolitikkan isu tersebut sebab ada angenda yang tersembunyi...

Kalau bapa beliau (Tun Mahathir) boleh membuka langkah dengan tindakan yang positif keatas bekas bekas PKM satu masa dulu dan membuahkan hasil yang memberangsangkan kenapa pula si Mukhriz tidak berfikiran sedemikian

Melayu mudah lupa...

Semasa saya menuntut di Jepun dahulu saya telah dijadikan keluarga angkat mereka...apa yang menarik perhatian...Datuk dalam keluarga Jepun tu ada menyimpan kepala tengkorak dari Tanah Melayu katanya...bayangkan lah apa perasaan saya masa tu...tapi kerana apa yang di fikirkan apa yang berlalu dan situasi masa tu
membuatkan saya redha dan apatah lagi keluarga tersebut pun mengatakan perkara yang sama...
(bagus juga konsep pandang ke Timur tu...)

Kesimpulannya kita perlu ambil iktibar atas semua ini...tidak ada sikap dendam mendendam dan sebagainya...sentiasa berfikiran positif...

Oleh hal demikian ...idea DSAI tu bawa balik..bicarakan CP seadil adilnya..dan beri syarat syarat tertentu sebagaimana Tun Mahathir buat...baru betoi...

Jangan sempitkan fikiran kita..
fikirlah yang terbaik....

Politik itu tidak kotor yang mengotori nyer ialah "POLITICIAN"

Bertindaklah ikut FIKIRAN dan bukan PERASAAN....atau PERASAN...

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Wallah Hualam

WIRA MELAYU. said...

Orang tak pernah merasa kepedihan dan sengsara terlalu mudah memperkecil dan memperlekeh kesengsaraan. Cheng Peng adalah musuh negara yang nyata dan telah membuat rakyat menderita dan terbunuh. Bawalah dia balik untuk menghadapai "hukuman mati". Maka itu apa faeradnya dia balik. Untung apa Malaysia dapat?. Hanya orang yang tidak mengenali erti keadilan mampu "berfikir positif yang "plastik" dan "positif yang palsu" untuk mengiakan kezaliman komunis. Benarkah Cheng Peng mahu balik untuk menghadapai hukuman mati ditali gantung? Apa hukuman kepada orang yang membunuh atau mengetuai pembunuhan?. Sesungguhnya otak yang negatif tidak perlu bercakap tentang soal positif.

WINNSA said...

Anwar lebih menghargai makkal sakti dari masyarakat teras dan masyarakat induk Malaysia tidaklah menghairankan apabila dia lebih menghargai bapa komunis malays dari wira-wira negara. Barangkali dia mahu tentera Amerika dibawa ke Malaysia jika Kerajaan Pakatan yang memerintah!!!

1SEMPORNA said...

Dengan berfikir sekejap dan menganalisis dan menyalusuri kepada episod-episod mengenai isu yang dibangkit oleh saudari atau Cik Senja Liza, bagi pandangan peribadi dan pemgamatan saya terhadap Datuk Seri Anwar (DSAI) dalam bab harga menghargai kepada orang lain, mungkin DSAI menghadapi masalah sedikit dalam soal ini kerana mengambil ikhtibar daripada pengalaman hubungan DSAI dengan Tun Dr Mahathir (TDM). TDM adalah orang yang meletakkan DSAI dalam kemuncak kuasa dalam UMNO atau kerajaan BN suatu masa dahulu TETAPI mengikut sumber / info KERANA TDM macam "tercium bau busuk" mengenai adanya agenda daripada DSAI untuk menjatuhkan TDM, maka TDM dengan pantas melakukan tindakbalas politik yang kita sediamaklum apa yang telah dan sedang berlaku. Saudari Senja Liza mungkin boleh jelas dan huraikan apa yang saya maksudkan ATAU ada pihak lain ingin memberi respond ?

UlatdanKulat said...

Salam Liza

Saje je B.A.B.i ni nak divert isu liwatnya, maka kuar lah cerita dia sokong chin peng, nak bagi org lupa, tapi aku tak ambil port sngt pasal chin peng ni or manik urai .yg penting sekarag tumpukan pada isu liwatnya yg dah nak dekat ni..Sekrang ni kite seru seluruh bloger BPN tumpukan isu liwat Nuar ni. Orang skrg ni lebih suka dgr cerita liwat bang nuar dari chin peng.

Selamat Berjuang