Translate

Saturday, June 13, 2009

Kerajaan Perpaduan: Bila DSAI Tertekan.


Sepanjang penjelajahan politik DSAI di luar UMNO, suaranya lantang menyeru agar UMNO segera dikapankan dan ditalqinkan. Dalam era kepimpinan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawai (TAAB), isu "turun" seolah menjadi momokan saban hari. Namun bila TAAB hendak turun, DSAI pula turut merayu agar TABB "naik". Pelik tetapi benar.

Bila DS Najib mengambil alih teraju negara, DSAI sudah mula melontarkan tomahannya bahawa UMNO semakin "nazak" dan Pakatan Rakyat hampir mendekati pintu gerbang Puterajaya. Setiap gerak langkah Najib diteropong DSAI. Bagaimanapun, semua lontaran DSAI itu melantun kerana banyak petunjuk dan keputusan kajian bahawa kepimpinan Najib sudah mula menunjukkan pertanda bahawa keyakinan rakyat sudah kelihatan bergerak menyebelahinya.

Apabila isu Kerajaan Perpaduan terbuka untuk dirundingkan, Pakatan Rakyat, khasnya DAP menggelabah. Mereka sedar, tanpa PAS, Pakatan Rakyat akan berkubur tanpa nisan seperti berkuburnya Barisan Alternatif yang dilepar DAP kerana tidak menguntungkannya (DAP).

Ternyata, Kerajaan Perpaduan akan melumpuhkan Pakatan Rakyat. Bukalah kerana kehilangan sokongan dan dokongan PAS semata-mata tetapi kerana tomahan dan dan tuduhan rakyat umum selama ini terhadap kesepakatan PR yang dikatakan rapuh dan saling memperalat antara satu dengan yang lain terbukti dan akan terserlah "benar", sukar dinafikan. Dengan demikian akan bertambah malang dan jatuh ditimpa tanggalah nasib PR.

DSAI kata "Kita bersedia untuk menemui Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (Perdana Menteri dan Pengerusi BN) untuk menyelesaikan isu Perak tetapi ia mesti melalui pilihan raya.....Kita sedia berbincang dan mendengar pandangan mereka, pandangan Umno dan mereka mendengar pandangan kita," ....."Tidak timbul soal kerajaan perpaduan. Kita sedia berbincang dengan syarat tiada kezaliman, (baiki) sistem keadilan dan kekalkan pilihan raya yang bebas dan adil,"

Bagi BN, isu Perak sudah selesai dan masa untuk "berkerja dan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri" sudah dimulakan oleh Dr Zambri Abdul Kadir. Kerana itu saranan DSAI mengenai Perak tidak lebih dari strategi "mulut disuap pisang buntut dikait unak".

Kesediaan DSAI berbincang dengan Kerajaan BN mengenai "Kerajaan Perpaduan" juga hanya dilihat sebagai "positive" kiranya DSAI akan bersama-sama berganding bahu dengan kumpulan PAS yang telah terlebih dahulu mengemukakan idea. Kiranya DSAI sekadar menduga-duga, menabur umpan dan kemudian mengabaikan rundingan, dia hanya sekadar merosakkan ramuan perpaduan yang rakyat Malaysia impikan.

2 comments:

Anonymous said...

Akum,
Siapa mengharap siapa, UMNO mengharapkan PAS, atau PAS mengharapkan UMNO.

Soalnya, mandat yang diperoleh PAS berasaskan PAKATAN RAKYAT. Kenapa harus berunding dengan menggunakan mandat lama. Kalau nak berundingpun tunggu pilihanraya akan datang.

zizOu21 said...

DARI SABAH, bukan masalah harap mengharap dan bukan soal mandat. siapa yg cetuskan idea ttg krjn prpdn? TGHH bukan? masalahnya sekrg TGHH belum pun menghuraikan ttg 'krjn prpdn' yg dimaksudkannya.. jadi eloklah dgr dulu penjelasan beliau..

tp dalam satu sudut yg blh dilihat, isu ini tidak berbangkit sehinggalah berlangsungnya muktamar pas baru2 ini. jadi, dengan jelasnya isu ini ditimbulkan oleh pas dan sekali gus paslah yang mengajak kerajaan utk berunding..

p/s: krjn dah jd krjn, tnpa rndgn pun ttp krjn. yg xjd krjn tu yg terhegeh2 nk jd krjn!