PAS dan UMNO: Percaturan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.
Percaturan politik di Malaysia hanyalah diladeni oleh dua parti iaitu PAS dan UMNO yang menunjangi masyarakat teras Malaysia, Melayu dan bumiputera,. Kedua-dua parti ini berkongsi dan bersaingan sokongan masyarakat induk dan teras ini untuk mendapat kuasa memerintah atau sekurang-kurangnya menjadi pemain utama dalam sebuah pasukan pemerintah.
Hakikat bahawa Melayu dan Bumiputera adalah masyarakat induk dan teras di Malaysia tidak dapat disangkal. Masyarakat Malaysia yang terbentuk dari masyarakat “warna warni’ atau majmuk telah lama menerima hakikat ini dan telah berjaya membina kekuatan silaturahim sehingga rakyat Malaysia menikmati kemakmuran.
Menuntut keadilan dengan mengenepikan kontrak sosial, belum tentu menjamin akan kewujudan keadilan yang mutlak seperti yang dipinta dan diidamkan pihak tertentu. Tanpa kontrak sosial pun, pelaksanaan sesuatu system akan terpaksa berdepan dengan “human error” dalam sistem penyampaian yang memungkinkan kebarangkalian berlakunya ketidakadilan. Adil dan saksama bagi kita belum tentu adil bagi pihak lain. Begitu juga sebaliknya.
Menggelar atau melebel masyarakat teras sebagai apartheid juga tidak akan mengubah hakikat kewujudan masyarakat induk dan teras ini. Malahan mengancam mereka akan menebalkan lagi keterasan dan keindukan masyarakat ini untuk terus mempertahankan hak. Mereka akan lebih bersatu dan lebih kental dalam mempertahankan sifatnya. Oleh yang demikian mengancam kontrak sosial samalah dengan mengancam amalan tolak ansur, toleransi dan persefahaman yang telah sekian lama terjalin.
Menurut fakta sejarah, PAS adalah parti yang lahir dari “tulang rusuk UMNO”. Namun gagasan YM Dato’ Onn Jaafar yang bertindak membuka keahlian UMNO kepada semua, termasuk bukan Melayu menyebabkan “Golongan Ulama” dalam UMNO berpendapat bahawa UMNO pada masa itu sebagai menyeleweng dari perjuangan asal. Golongan alim ulamak itu telah bertindak keluar dan menubuhkan PAS. Perjuangan PAS asalnya berlandaskan Perjuangan Melayu yang disifatkan sebagai teras, “tiang” perjuang agama Islam dan masyarakat induk dan teras Malaya.
Hari ini, parti-parti politik yang mencanangkan perpaduan tidak kurang kelihatan sebagai unsur ancaman kepada perpaduan itu sendiri. Bila saja disebut kerajaan perpaduan, ramai yang merasa janggal dan tidak kurang yang cuba menghalang dari berlakunya ikatan semula masyarakat induk dan teras dalam sebuah Kerajaan Perpaduan.
PAS dan UMNOlah yang kini menjadi “pemain utama” dalam percaturan politik Malaysia. Parti-parti dalam komponen Barisan Nasional tidak menghadapi sebarang masalah rumit dalam permain catur pilitik ini. Bagaimanapun, PKR dan DAP pasti sedang menadah tangan ke langit mendoakan agar perencanaan Kerajaan Perpaduan ini terkubur sekurang-kurangnya sebelum PRU 13 diadakan.
Mukatamar PAS ke 55 yang baru saja selesai menampakkan dengan jelas usaha-usaha Pakatan Rakyat meniupkan jampi serapah dan mentera berbisa agar ideologinya dapat meresap ke dalam fahaman PAS. Usaha menyokong kumpulan erdogan amat ketara. Bagaimanapun jampi serapah dan mentera tidak dapat menembusi kekebalan para ulamak. TGNA sendiri tidak menolak sumbangan positif mereka tetapi dia juga tidak mengatakan bahawa PAS itu mesti menerima ideologi erdogan.
Sebahagian golongan pemikir dalam PAS menolak adanya fahaman erdogan dalam PAS. Mereka menyedari bahawa erdogan berkemampuan memusnahkan PAS dari dalam. Erdogan dikaitkan dengan Mustapa Kamal Aturturk yang fahamannya sejak dahulu ditolak mentah-mentah oleh PAS. Lalu, mereka mesti menjauhkan PAS dari erdogan. Namun menolak kenyataan tidaklah semudah menutupi sampah yang sedikit di bawah permaidani.
UNMO sudah awal-awal lagi menggerakkan anak caturnya dengan membuka pintu perundingan dan muzakarah kepada idea Kerajaan Perpaduan. Pakatan Rakyat pula sudah mula melupakan perkataan perpaduan dan menggengam istilah “kesepakatan”. Seolah-olah perkataan perpaduan itu amat menjijikkan bagi mereka.
Kini tinggal PAS dan UMNO yang mempercaturkan politik Malaysia. UMNO yang sudah mula kelihatan menapak semula keyakinan rakyat dan golongan muda setelah Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara mesti diperinci pergerakanya. PAS pula harus lebih berhati-hati kerana kali ini gilirannya mengatur gerak caturnya.
PAS pernah dijatuhkan ke dalam lubang oleh UMNO. Oleh itu, PAS tidak mahu mengulangi kesilapannya. PAS juga pernah ditinggalkan oleh DAP dalam Barisan alternatif pada September 21, 2001 kerana DAP merasakan bahawa alternatif mereka bersama dengan PAS tidak menguntungkan DAP. Luka PAS sudah sembuh namun parutnya masih ada. Pada waktu DAP meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif, PAS semakin unggul dengan memenangi Terangganu dan menambah kerusi Parlimennya dari 7 ke 27 kerusi. Tetapi DAP telah kehilangan kerusi LKS dan Karpal Singh. Nyata tanpa DAP, PAS masih unggul.
Kepimpinan PR juga pernah melukai PAS. Anwar Ibrahim sendiri pernah mengecam PAS sebagai parti yang menggugat perpaduan ummah semasa Anwar dalam UMNO. Karpal Singh terkenal dengan slogannya “over my dead body” dan DAP sendiri menolak hukum hudud mentah-mentah.
Krisis Perak, Kedudukan Exco di Pulau Pinang, dan Selangor memperlihatkan bahawa PAS bukanlah kuasa dominan dalam kerajaan PR. Mereka hanyalah “pencukup” (compliment) kepada kekuasaan DAP dan PKR yang masih ramai berjiwa DAP. Sesetengah menganggap PAS hanyalah boneka dalam Kerajaan PR di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Mereka ada fakta bagi menyokong kenyataan mereka. Sikap utilitarianism DAP dan PKR semakin lebih jelas apabila berahi merampas kuasa sering mereka laungkan sejak timbulnya formula 916. Tanggapan itu disokong dengan sikap yang ditunjukkan oleh PR yang mengenepikan hampir keseluruhan fungsi Badan Kehakiman dan provokasi yang melampau terhadap institusi raja dan pihak keselamatan khasnya Polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. DAP dan PKR kini melihat keberadaan PAS dalam PR mengguntungkan mereka. Sudah pasti mereka tidak mahu menyebut tentang talak lagi dengan PAS seperti yang dilakukan dalam Barisan Alternatif dulu.
Kini PAS dan UMNO sedang bermain catur. Keupayaan dan kekuatan masing-masing tidak boleh diperkecilkan. Dalam masa yang sama, memperjudikan negara, bangsa dan agama sebagai taruhan tidaklah wajar dibentangkan sebaris dengan pangkat dan kedudukan. Sama seperti tidak wajarnya bertanya apa yang "kita dapat". Tanyalah apa yang dapat kamu sumbangkan untuk Agama, bangsa dan tanahair seperti dan selaras dengan yang pernah diungkap JF Kennedy.

7 comments:

Menuntut keadilan dengan mengenepikan kontrak sosial, belum tentu menjamin akan kewujudan keadilan yang mutlak seperti yang dipinta dan diidamkan pihak tertentu. Tanpa sosial kontrakpun, pelaksanaan sesuatu system akan terpaksa berdepan dengan “human error” dalam sistem penyampaian yang memungkinkan kebarangkalian berlakunya ketidakadilan. Adil dan saksama bagi kita belum tentu adil bagi pihak lain. Begitu juga sebaliknya.
TULISAN PUAN DI ATAS PERLU DIHAYATI OLEH SEMUA PIHAK TERMASUK PARTI-PARTI POLITIK PERKAUMAN DI NEGARA INI.
Melewati 60% ulasan Cik Senja Liza macam sudah mengambarkan suara hati nurani komuniti teras seperti apa yang digambarkan oleh Sdra mrakunman. Perjuangan komuniti teras yang belum selesai mesti diikhtiarkan kelangsungannya demi survival komuniti teras dan lain-lain komuniti Malaysia
Senjaliza dapat mengulas dengan baik tentang politik semasa kerana berlatarbelakang pengetahuan sejarah politik yang baik. saya selalu berhujah bahawa bangsa-bangsa yang maju mesti melalui proses perpecahan dan penyatuan. Bangsa Amerka juga pernah berpecah kepada North and South tetapi dengan kehebatan seorang pemimpin bernama General George Washington, Amerika dapat disatukan seperti yg ada sekarang. tokoh-tokoh besar seperti Lenin, Mao Tse Tung adalah pemimpin yang dapat menyatukan bangsa mereka. Pemimpin Melayu yg bisa menyatukan bangsanya seperti Tun Razak dan Tun Mahathir bukan selalu lahir ke dunia..barangkali belum ada dikalangan yang ada sekarang. Hj Hadi, seorang tokoh yang ingin melihat perpaduan itu dalam konteks perjuangan PAS dan Islam. Apakah kepimpinan UMNO bersedia melakukan pengorbanan?
Kontrak sosial wujud di mana-mana masyarakat pun.
Bukan soal membubarkan kontrak sosial, tapi soal MENGUBAH kontrak sosial masyarakat Malaysia.
Akhir sekali, PKR pun ada ahli Melayu dan Bumiputera. PAS pula tidak mampu mewakili bumiputera bukan Islam.
Setakat ini, PKR dan UMNO saja yang mengandungi bilangan bumiputera yang ramai tanpa mengira agama, tapi UMNO sendiri sentiasa membangkitkan isu-isu agama walaupun sensitif bagi ahli UMNO yang bukan Islam.
Jadi, siapa sebenarnya yang mewakili masyarakat tunjang Malaysia?
Jawapannya: Tiada.
Sedangkan dalam masyarakat Bumiputera Malaysia sendiri pun sudah banyak perbezaan, wajarkah kita membahagikan masyarakat Malaysia berdasarkan kaum?
Melayu KL banyak yang lebih banyak persamaan dengan Cina KL daripada Melayu Jerai. Boleh dikatakan pembahagian berdasarkan geografi (orang KL, orang Jerai contohnya) kadang-kadang lebih tepat daripada pembahagian berdasarkan kaum.
@Musli Oli
Yang menyatukan Amerika adalah Abraham Lincoln.
Selain tu, kekuatan sesuatu negara bukanlah bergantung kepada perpecahan dan penyatuan kembali, tetapi adalah bergantung kepada kebebasan rakyat-rakyat dalam sesebuah negara untuk mempunyai pendapat berbeza.
Demikianlah negara Barat terus maju, kerana terdapat kepelbagaian pendapat dan aliran fikiran yang bebas.
Sekiranya PAS dan UMNO bersatu, ianya akan terus melemahkan kaum Melayu, kerana semua orang terpaksa menjadi pak turut kepada satu set pemimpin Melayu, dan tanpa penentangan idea, maka reputlah sebuah masyarakat.
Lihatlah sendiri, walaupun Tun Mahathir berjaya mengurangkan pembangkang Melayu (kecuali 1999), tapi kini orang Melayu sudah hilan taringnya, sebab sudah dijinakkan oleh kekuatan Tun Mahathir dan sudah tidak mampu melawan.
Juga perlu diingati bahawa semua tokoh-tokoh hebat Melayu membesar sebulum merdeka, dan mereka membangunkan diri dalam suasana di mana dterdapat banyak "pasukan" berlainan dalam masyarakat Melayu. Contohnya KMM dan pelbagai persatuan Melayu yang tertabur di merata Malaya.
Oleh sebab kepelbagaian pendapat dalam masyarakat Melayu inilah tokoh-tokoh tersebut berjaya menimba ilmu dan pengalaman mereka.
sangat menarik sekali dan penuh informasi..mohon izin copy beberapa petikan untuk disebrkan kepada semua.
Alhamdulilah segala nikmat dari allah azawajallah rabbulalaim. Benar segala apa yang puan kemukakan. Kaum melayu harus musabah diri agar pewaris yang bakal mengalas amanah dan tanggong jawap dapat menpertahankan kesucian agama dan menegakan keadilan mengikut landasan tuntutan agama dan undang perlembangaan tata susila negara. Umno dan pas adalah parti untok kaum melayu yang beragama islam. Kembalilah bersatu berpaksikan amalan ahli sunnah waljemaah yang sebenarnya tanpa kepentigan dan imbuhan sepenuhnya kerana allah subahanallahatallah demi meneratkan silatulrahim dan per perpaduan ummah agar tidak mudah diperalatkan olih kaum lain untok menjayakan niat agar kaum melayu berpecah belah. Renungkan sedalam2 dan fahami lah dengan jujur ikhlas apa yang tersurat dan tersirat dalam kalammulloh kitab suci alquran yang telah disampaikan kepada baginda rasulloh saw kepada umat2nya agar menhidari melakukan kezaliman keatas diri sendiri dengan mendahulukan amalan "amal makruf nahi munkar" jangan mudah terpedaya dengan segala penipuan dan fitnah kuncu2 yang bersekonkol dengan syaitan laknattuloh yang agenda utama nya sudah di terangkan dalam hadis sahih. Dunia ini tempat ujian pada hamba2 allah yang beriman sebelum dikembalikan kehadapan nya. Innalillah wainalilah hirohjiun. Hari ini apa yang telah rasulloh sampaikan telah banyak berlaku,malangnya kaum melayu yang beragama islam telah hidup dalam kekeliruan. Terlalai dengan kesenangan harta yang dikecapi berbendong2 mengejar kedudukan dan kehormatan agar di puja dan di puja. Sehingga menhalakan yang bahtil dari yang hak??? Subahanallah. Mohon maaf sayu dan sebak menusuk dada untok meneruskan . . . ... Hanya pada allah saja tempat berlindung . Ya allah selamatkan hamba2 mu yang sedang pelbagai kecelaruan melayari bahtera kehidupan agar tetap beriman kepada mu ya allah yang maha agung ya mukarabbim .
Post a Comment