Translate

Sunday, June 7, 2009

HUSAM SUDAH SEDAR TINGGI RENDAHNYA LANGIT DAN WARNA KAMBING.


Sejak awal-awal Husam memang bangga dengan pendiriannya supaya ulama berubah dan bertolak ansur dengan ideologi erdogan. Malah Husam dan penyokongnya bangga dengan gelaran erdogan bila TGNA membuat kenyataan bahawa "...ada juga baiknya erdogan dalam PAS kerana mereka memberi sumbangan positif....".

Dalam situasi lain, Husam semakin terlalu ghairah dan bangga bila dia disebut-sebut sebagai “orang Anwar” dalam PAS. Dia bangga kerana baginya “Anwar adalah the next Prime Minister of Malaysia". Husam bagaikan alpa bahawa "burung terbang di pipiskan lada”.

Husam memang selalu merasa selesa bagai anak emas TGNA dan bangga sebagai “agen tunggal” Anwar dalam PAS. Sebelum Muktamar 55 PAS, Husam gah dengan tanggapan ini. Kerana itu, Husam terlalu extra ghairah menyebut mengenai idea, formula dan teorinya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Husam siang-siang LAGI mengambil pendirian "BIG NO NO kepada idea Muqabalah". Husam bagaikan terlalu ghairan dan tidak sabar-sabar menghalau Najib dari Puterajaya dan menguburkan idea 1Malaysia. Terlalu ketara niat Husam, bagai kesemuanya di hujung jarinya untuk mentalqin Barisan Nasional terutama UMNO. Tekadang dia kelihatan bagai sudah tidak mengindahkan kata Presidennya, TGHH. Seolah-olah DSAI adalah bossnya dalam politik. Seolah-olah dia adalah PASPKR.

Kini, setelah berakhirnya Muktamar Ke 55 PAS, segala-galanya berubah. Husam sudah mula menyelar partinya sendiri dengan mengatakan perwakilan Muktamar ke 55 dan PAS berat sebelah dan tidak adil. Husam mendakwa bahawa kekalahannya disebabkan sikap parti yang berat sebelah dan elemen luaran yang tidak berpihak kepadanya sepanjang kempen pemilihan kali ini. Kata Husam, "Saya tidak melaksana satu kempen agresif... dan kalau lihat banyak elemen yang tidak menyebelahi saya, termasuk program parti. Pada pendapat saya sedikit sebanyak berlaku berat sebelah dan saya tahu cabaran besar di hadapan saya terutama saya tidak boleh menyatakan secara terbuka kritikan atau pandangan saya yang berbeza“.

Dia juga kesal dengan gelaran “kambing hitam”. Kini baru sedarlah Husam akan tinggi rendahnya langit. Sepak terajang politik menyedarkannya. Bila dia berkata "Saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka...“ ini sikap normal yang biasa ditunjukkan orang politik. Tetapi bila dia menyambung ”... sebab saya tahu lebih awal, saya akan kalah....” saya kurang yakin samada dia sebenarnya berkata luhur atau sesungguhnya pernah mengharap manisnya kemenangan.

7 comments:

YANG GAMBI said...

Itulah salah seorang kader Anwar yang berani menonjolkan diri dalam PAS, masih rama lagi yang masih malu nak mengaku kader-kader Anwar dalam PAS.

Senjaliza said...

Salam Yang Gambi,
Undi dan sokongan melebihi 200 terhadap Husam dalam Muktamar PAS 55 menunjukkan bahawa komen Yang Gambi itu adalah berasas. Blog penyokong Husampun reda tiba-tiba tetapi lebih menonjolkan PKR dan DSAI dari kepimpinan PAS. Terima kasih. Kalu sudi datang lagi.

SABAHKITA said...

Oleh Bendahara Tun Perak
Assalamualaikum,

Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Lebih menyedihkan apabila ada kalangan ahli dan pemimpin PAS yang mula menunjukkan penentangan kepada saudara Anwar sehinggakan wujud label-melabel dalam PAS seperti ‘orang Anwar’ dan kalangan PAS yang dilabel ‘orang Anwar’ cuba dipulaukan dan dipinggirkan seperti Saudara Husam Musa.

Dari Blog DSAI

lagenda said...

Salam Ziarah.........

Ya la husam menolak sekeras-kerasnya kerajaan perpaduan .Ini kerana Husam dipengaruhi Anwar untuk menolak sebarang bentuk atau usaha untuk meyatupadukan PAS dan UMNO........

mrakunman said...

Dalam blog saya terang-terang saya paparkan, bahawa perwakilan PAS terbagi tiga, yakni menyokong kerjasama PAS-PKR, yang ditunjulkan oleh Husam, dan PAS-UMNO oleh Ustaz Nasa dan tidak berpihak tetapi berkencedrungan kepada perjuangan lama PAS melalui Mat Sabu. Keputusan muktamar itu, jelas berpihak kepada idea PAS-UMNO. Idea ini cukup jitu, kerana dapat mengembalikan kegemilangan bangsa kita, kita kuat dan sukar di ganggu gugat. Lupakan mengejar jawatan dalam kerajaan, yang penting berkerjasama dahulu, kemudian susun pembahagian jawatan kerajaan dalam suasana MENANG-MENANG DEMI rakyat, bangsa dan tanah air.

Jeffry said...

HUSAM HANYA SEDAR SEWAKTU MUKE DIA DI PALIT DOSA SENDIRI. TP SEBELUM DLM DIAM2 DIA LAH ORG PERTAMA YG KUAT MEMBANGKANG GOLONGAN ULAMA. NAH SKRG BARU DIA RASA PENANGAN SENDIRI KEHKEHKEH

YEHAAAAAAAAA!!!!

oster said...

Jangan dilupakan bahawa Nasharuddin tidak mendapat majoriti undi (iaitu lebi 50% bilangan undi).

Kemenangannya adalah berdasarkan plurality dan bukan majority.

Ini bukanlah kekalahan teruk bagi Husam, dan bukan juga kemenangan besar bagi Nasharuddin.