Translate

Friday, September 30, 2011

NYANYAT

 Sampai terbenam mentari, dia masih nyanyat.

Jika perangai dan tabiat menjadi tabii dan menjadi budaya, ianya akan menjadi original sin. Di mana juga dia berada original sin itu dibawanya bersama. Kata orang Sabah "nyanyat". Perbuatan itu tetap juga dilakukannya, berulang-ulang dan berkali-kali. Nyanyatlah dia.

Masih nyanyatkah manusia dalam gambar ini melakukan perbuatan ini sehingga mentari terbit di ufuk barat?

Thursday, September 29, 2011

TERSINGKAP

Tersingkap: Semakin hari pakatan pembangkang semakin parah.
Sekian lama Pakatan Pembangkang menafikan pertentangan ideologi dan perkhawinan kontrak parti-parti mereka. Sekian lama mereka menutup telinga mendengar cerita tentang "tidur sebantal, mimpi lain-lain". Kini mereka sendiri menyingkap cerita yang SEKIAN LAMA MEREKA NAFIKAN. ADA BULAN DI DADA KARPAL SINGH TIDAK MENYINARI "OVER MY DEAD BODY".. seperti yang pernah dilafazkan oleh TGNA "...ada bulan di dada karpal singh....". Dakyah sahaja ker itu?

Pemimpin-pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum Hudud di negara ini. Manakala TGNA melebelkan pemimpin DAP ini sebagai "budak kecik yang takutkan hantu". Walaupun TGNA menyatakan "hudud PAS" ini "exclusive" untuk orang Islam sahaja di Kelantan, DAP memang dihantui oleh mimpi ngeri PRU11 yang menyebabkan mereka meninggalkan Pakatan dalam Barisan Alternatif.

Semuanya sudah tidak perlu lagi nafi menafi. Parti-parti dalam pakatan pembangkang memang tak seideologi dan tidak sepakat. Ketidak sepakatan inilah membuat Pakatan pembangkang lemah dan TIDAK digemari oleh rakyat dan dunia untuk memerintah.

Ikatan pertalian dan silatur rahim yang di simpul DSAI, untuk melakar perjalannya ke Puterajaya, sudah terlalu longgar; selonggar maruah dan imej DSAI sendiri yang dikaitkan dengan aktiviti pelacuran dan pembohongan. Akhir ini, isu aktiviti pelacuran  dan video penglibatannya dengan aktiviti  pelacuran di Thailand pula sudah mula bertiup dan menjadi isu di media.

Dakyah dan politik PRESEPSI yang selama ini menjadi senjata ampuh pakatan pembangkang untuk menawan hari rakyat sudah semakin tumpul dan luntur.

Rakyat mahu melihat FAKTA DAN KEBENARAN. Jika saban kini ini pembohongan pemimpin besar pakatan pembangkang mula tersingkap satu persatu, menjelang PRU 13 nanti, yang tinggal hanyalah berahi untuk demonstrasi jalanan sambil menuduh orang lain "main tipu",. Mereka mungkin berdemo bersama impian yang berkecai!. Tak akan ada yang berpaling dengan simpati.. termasuklah "pelacur-pelacur di Lorong Haji Taib di Kuala Lumpur!