Translate

Friday, November 13, 2009

PKR Sabah: Kenapa Perlu Kecoh Sedangkan “The game is over” ?


Ahmad Thamrin Haji Jaini, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang Baru dilantik dengan keputusan Mesyuarat PKR Pusat

“akur jadi tentang, setuju jadi bantah, kawan jadi lawan dan yang dijunjung dijatuhkan”. PKR Kini disanggah Jeffrey. Apakah ini merupakan “replay” krisis Jeffrey dalam Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sedikit masa lalu?


Bila Tuan Haji Ansari Abdullah mengepalai Parti KeADILan Sabah setelah mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah tersebut dari Tuan Haji Awang Tengah Haji Awang Amin, tidak pernah ada berlaku krisis kepimpinan dalam PKR. Peralihan kuasa berlaku dengan licin. Lebih licin dari peralihan kuasa antara Tun Pak Lah ke Dato Seri Najib Tun Razak. Tidak ada isu serius yang berbangikt seperti “rumah telah siap pahat masih berbunyi”.

Di bawaha Ansari, Bahagian bahagian PKR, yang kini disebut cabang-cabang ,akur dan lebih bersemangat melaungkan “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”. Semangat “Reformasi” begitu menujah bagaikan ingin menganyang dan menguburkan setiap program Kerajaan Barisan Nasional. Pemimpin BN dilihat terlalu kerdil di mata pemimpin dan penyokong PKR. Pendiknya, setiap langkah dan perencanaan kerajaan BN diremehkan dan diperkecil.

Masi terngiang-ngiang ditelinga saya kata-kata Ansari yang menyebut Pembangunan Koridor Sabah hanyalah sebagai pembanguanan "serambi rumah", tiada perancangan rapi dan halatujunya tersasar jauh. Matlamatnya pula kabur dan faedahnya hanyalah kepada mereka yang kaya di kawasan urban dan hartawan.

Bermacam buku, bermacam dalil dan bermacam paparan dalam media yang amat “berani” dan “bebas” seolah-oleh tiada sekatan dan mempersetankan peraturan. Tuduhan demi tuduhan bertimbun-timbun. Malah agensi tempat membuat tuduan dan lapuran sendiri sering diancam dan dituduh. Seolah-olah yang “solo menganggap kuasa dalam dirinya adalah kuasa keseluruhan rakyat”.

PRU12, tahun 2008 menyaksikan PRK Sabah kalah dalam semua kerusi yang ditandingi mereka. Kejayaan mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan BN dalam parlimen membuatkan penyokong PKR Sabah merasa mereka bagaikan menang. Mulalah tunding menunding jari belaku dalam PKR Sabah yang gagal menyumbangkan kerusi buat PKR Kebangsaan.

Rasa bertanggung jawab terhadap kekalahan teruk PKR di Sabah, Tuan Haji Ansari, dengan berprinsip, meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. DSAI mengambil alih buat sementara bagi memberi nafas baru dalam PKR Sabah. Namun setelah menjadi Ketua Pembangkan di Parlimen, DSAI terpaksa melepaskan jawatan itu dan “Anak Emasnya”, Azmin Ali, diberi tanggungjawab memikul peranan sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Ramai yang terkilan. Tidak kurang juga yang mengusik bahawa pemimpin PKR Negeri Sabah “berputih mata”. Mana mungkin pemimpin dari Gombak mengetuai PKR Sabah.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan penyokongnya hampir gagal menyembunyikan kemahuannya pada masa itu. Namun menyedari kedudukan Azmin bersifat sementara, Jeffrey dan penyokongnya menerimanya dengan berlapang dada. Sememangnya mereka mahukan PKR Sabah diketuai oleh “Anak Sabah”.

Tempoh sementara Azmin berakhir. PKR Sabah bermesyuarat . Semua ketua-ketua cabang sepakat menjunjung semangat “Pakatan Rakyat” menyerahkan keputusan kepada PKR Pusat untuk memilih pengganti Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Semua bertekad dan bersetuju untuk akur dengan keputusan PKR pusat.

Sekunyung-kunyung, apabila PKR Pusat membuat ketetapan melantik Ahmad Thamrin Haji Jaini sebagai Pengerusi PKR Sabah yang “akur jadi tentang, setuju jadi bantah, kawan jadi lawan dan yang junjung dijatuhkan”. PKR Kini disanggah Jeffrey.,. “Jambatan dibakar” dan pemimpin PKR Pusat dikatakan hanya memperalat pemimpin PKR Negeri untuk mencapai matlamat politik yakni kuasa dan pangkat..

Terkadang kita perlu bertanya; siapa peralat siapa? Kerana PKR Sabah tiadapun menyumbang apa-apa “kerusi” kepada PKR Pusat sedang PKR Negeri Sabah berkongsi kemenangan Pakatan Rakyat di Semenanjung.!!..

Oleh kerana Jeffrey sendiri mengatakan bahawa “I can always do something else”, dan tidak rela diperalat pemimpin (Kuala Lumpur) yang hanya ingkinkan "pangkat dan kuasa", sebaiknya dia sudah memahami ‘messege’ awal sehingga yang terkini PKR Pusat. DI SINI

Dia tidak dilantik selepas Ansari, Dia tidak dilantik selepas Anwar, kemudian dia tidak dilantik selepasa Azmin. Apakah dia perlu menunggu untuk dilantik selepas Thamrin? Kenapakah perlu bagi Jeffrey membuat kecoh dalam kepimpinan PKR Sabah sedangkan “The game is over” ? Mungkinkah Jeffrey akan menubukan partinya sendiri?


Thursday, November 12, 2009

TIAN CHUA KE SABAH-TAMBAH MINYAK KE JAMBATAN YANG MENYALA.


Legasi politik yang ingin dibina Jeffrey gagal diselami Tian Chua. Kedatangan Tian Chua hanya menambah parah krisis politik PKR di Sabah.

Tian Chua bukan sahaja dihantar ke Taiwan untuk menjadi "penenang" kepada impian 916, tetapi dia juga dihantar ke Sabah sebagai melihat sendiri "jambatan yang terbakar" dalam krisis kepimpinan PKR Sabah. Jeffrey yang sudah diuar-uarkan mengkapankan hubungannya dengan DSAI masih cuba dipujuk Tian Chua. Agaknya ramuan politik Jeffrey masih lagi mujarab pada pandangan Tian Chua?. Atau sekurang-kurangnya dia lebih selesa dengan Jeffrey?

DSAI sudah memberi amaran keras bahawa semua "pengacau" politik PKR harus segera meninggalkan PKR atau disingkir. Jeffrey dan Christina adalah antara sasaran kepada perkataan beramaran DSAI. Maknanya lambat laun Jeffrey dan Christina akan terpaksa meninggalkan PKR atau disingkir dari PKR.

Gerakan Jeffrey dan statemennya sendiri sudah cukup menggambarkan bahawa PKR sudah tidak lagi menjadi wadah perjuangannya. Pemimpim PKR Pusat hanyalah memperalatnya dan penyokongnya untuk mencapai cita-cita politik yang mereka idamkan. Dia lebih bangga bercuti-cuti politik dan bertani bersama penyokongnya. Tian Chua tak faham kah ini?

Tian Chua sebagai strategist politik faham bahawa PKR Sabah di ambang krisis yang besar tanpa Jeffrey. Di pihak yang lain pula merasakan bahawa sikap Jeffrey yang "tidak mudah bertolak ansur' menjadi liabiliti kepada PKR Sabah. Majoriti mereka lebih bersedia berjuang tanpa Jeffrey. Dengan ketiadaan Jeffrey mereka mengharapkan bahawa "patah tumbuh hilang berganti" dan "satu pergi seribu akan datang mengganti"!

Bila Ahmad Thamrin mengatakan bahawa dia tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang mempersoal perlantikannya, dia sekaligus mengatakan bahawa dia tidak bertolak ansur dengan mereka yang menentang keputusan PKR Pusat. Jadi apakah kedatangan  Tian Chua yang tidak menyetujui kenyataan Thamrin itu berbaloi atau sekadar menambah minyak ke dalam api yang membakar jambatan.? Apakah Tian Chua menentang keputusan PKR Pusat? Apakah PKR pusat mempunyai pendirian yang berbeza dengan pendirian Tian Chua? ataupu PKR adalah parti yang mengamalkan konsep dan pendirian yang berbeza-beza "lain keputusan Pusat lain keputusan Pemimpin". Lain di Pusat lain di lapangan?

Jika kedatangan Tian Chua untuk mencari pemimpin yang selesa dengan dia telah menentang keputusan ketuanya yang telah memilih dan menobatkan Thamrin. Jika benar dia datang untuk stu missi keamanan, dia sebenarnya telah gagal kerana apa yang dilakukannya hanyalah menambah minyak ke dalam api yang sedang membakar jambatan" dan api itu adalah api membara yang dinyalakan Dr. Jeffrey sendiri.

Kalau Tian Chua tanya sentiment penduduk Sabah, dia pasti ketahui bahawa Jeffrey sudah harus dilupakan PKR. Jika dia tanya seleranya, tentu Thamrin dibuangnya dan digantinya dengan Jeffrey. Tian Chua memang dungu untuk menyelami politik Sabah. Ego Tian Chua di Kuala Lumpur sepatutnya ditinggalkan ya sebelum dia terbang ke Sabah. Apakah pandangan PKR Sabah terhadap Tian Chua selepas ini?

Pulanglah wahai Tian Chua dan bawalah "semangat politik" peribadi anda bersama. Kedatangan anda hanya menambah parah politik PKR Sabah. Anda hanya menambah minyak ke dalam "Jambatan yang ganas menyala". Pulanglah dan jangan tinggalkan ego anda di sini.

layari juga..... 
BERUNDUR ATAU DISINGKIR..

http://sabahkita-ii.blogspot.com/2009/11/berundur-atau-disingkir-episod-terakhir.html

Wednesday, November 11, 2009

ZULKIFLI NORDIN VS SIVARASA; RASANYA SAYA PILIH YB ZULKIFLI NORIN...


 "FREEDOM OF CHOICES" Siapa pilihan anda?
Jika ini dibenarkan, Apakah Ahmad Thamrin dan Dr. Jeffrey juga akan dibenarkan bertanding seperti ini?


............Dan saya mencabar YB Siva, sila letak jawatan beliau sebagai Naib Presiden dalam tempoh 24 jam dan mari kita bertanding satu lawan satu. Mari kita berikan hak demokrasi dan bersuara kepada ahli akar umbi PKR membuat keputusan samada mempertahan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim menjadi dasar PKR ataupun tidak. Jika saya tertewas, maka saya bersedia pada bila-bila masa untuk meninggalkan PKR, kerana parti yang tidak mahu mempertahan, membela dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim bukanlah parti yang saya mahu bersekutu dengannya.............

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
22 Zulqaedah 1430
10 November 2009
 RUJUK.....
http://zul4kulim.blogspot.com/2009/11/akur-kehendak-parti.html

Monday, November 9, 2009

BILAKAH JEFFREY MENINGGALKAN PKR?


Ujikaji Politik Jeffrey: Ramuan mana yang cuba dicanangkannya kepada penyokongnya dan KDM? Jika Dr J, pemimpin KDM yang utama dalam PKR,  disingkir DSAI dan DS Wan Azizah, siapalah anda ?


Ramai yang sudah menduga bahawa Datuk Dr. Jeffrey (Dr. J) TIDAK akan betah bertahan dalam Parti KeADILan Rakyat. Dia telahpun meletakkan semua jawatan pentingnya dalam PKR kecuali Ketua Cabang PKR Keningau dan keahliannya dalam PKR.

Dr. J sudahpun membakar "jambatannya" dengan PKR. Selain itu penyataannya yang tersiar dalam media dan laman-laman blog sudah memadahi kita menganggap Jeffrey sudah mula melakukan "perang dalaman" dalam PKR khasnya berkait dengan perkembangan terakhir krisis PKR Sabah. Dr, J sudah juga mula mengenakan syarat-syarat berat kepada pucuk pimpinan PKR sebagai jalan kembali. "Kenyataatn beramaran" juga dikeluatkannya kepada PKR Pusat untuk di berikan jawaban seminggu dua samada PKR Pusat menarik balik keputusannya melantik Ahmad Thamrin Haji Jaini  sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah atau dia akan membubarkan 16 Cabang PKR Sabah dan seterusnya meninggalkan PKR. Dr. J bertolak dari isu lama yang menjadi favoritenya, Point 20 sehinggalah "Deklarasi Tambunan", yang direkaciptanya sebelum menyertai PKR, dan royalty minyak 20% bagi Sabah. Dr, J juga menyebut mengenai isu-isu hak Sabah dan Sarawak. Tidak syak lagii dia juga ingin menghidupkan semangat "borneonisasi" yang pernah ditiupkannya semasa Kerajaan PBS sedikit masa lalu.

Dalam isu-isu Pendatang Tanpa Izin (PTI), polarisasi dalam perkhidmatan awam dan pembangunan luarbandar, Dr. J senada dengan PBS. Mereka mahu Kerajaan Pusat menangani isu yang telah lama membelenggu Negeri Sabah dengan serius dan benar-benar berkesan. Dalam perkhidmatan awam pula, mereka mengsyorkan spaya anak Negeri sabah diberikan keutamaan dalam menerajui jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan di Sabah. Dari segi pembangunan, mereka sering menyuarakan pembangunan yang mesra  rakyat luarbandar dan keseimbangan antara luarbandar dan kawasan urban.

Ramai yang melihat bahawa apapun ramuan politik yang sedang dibancuh Dr. J, ianya merupakan "ramuan terakhir" dan "penggal terakhir" bagi Dr. J dalam era percatuan politik. tanahair "Cuti-cuti politiknya" akan berakhir sedikit masa lagi. Namun hasil dari ramuan politik Dr. J adalah bekal untuk mengharungi samudera PRU13. Apakah bahtera pilihan Dr. J? Apakah ramuannya Mujarab? Bilakah dia melafazkan "talak"nya kepada PKR? Sebahagian pemimpin  dan penyokong PKR Negeri Sabah sudahpun melahirkan kemahuannya yang menyatakan "Jeffrey dan ahli-ahli kemnya TIDAK diperlukan dalam PKR". Kita kini hanya menunggu "Lafaz Talak". Entah bila. Kita tunggu pada akhir percutiannya.

Sunday, November 8, 2009

Pari Bersatu Sabah Masih Menyengat. Siapa Peneraju sokongan KDM?


Kongress PBS Ke 21, 2009. Apakah kemampuan PBS dalam membela nasib dan hak masyarakat KDM dan rakyat Sabah mampu diperkecilkan?

Najib: No Alternative Party Comparable To BN

KOTA KINABALU, Nov 7 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said there is no alternative party that can challenge the Barisan Nasional (BN) in Sabah especially in terms of development.

He said only the BN could bring further development to the state. "What is needed is the people's support for the BN in Sabah. We will make a difference. BN is committed to develop Sabah and we will deliver," he said when opening the 24th congress of Parti Bersatu Sabah (PBS), here Saturday night.

Selanjutnya.........

Siapa kata mereka penyelamat dan penjamin kesinambungan perjuangan KDM (Kadazan-Dusun -Murut)?

Parti-parti pembangkang di Sabah sering mengatakan bahawa masyarakat KDM di Sabah adalah masyarakat yang dipinggirkan. Kononnya MASYARAKAT Kadazan Dusun Murut (KDM) yang selama ini terpinggir serba serbi daripada agenda pembangunan Barisan Nasional kini menganggap Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai penyelamat dan penerus kesinambungan perjuangan KDM.

Kenyataan ini sekaligus memperkecilkan PBS, UPKO dan PBRS yang selama ini menjadi wadah dan wacana perjuanga KDM. Penyataan ini secara tidak langsung juga seolah-olah memperkecil secara sinis kedudukan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang baharu saja dilantik oleh PKR Pusat, Encik Ahmad Thamrin Haji Jaini dari suku kaum Bajau-Suluk. Tentunya sebagai orang politik, Thamrin lebih berpandangan bahawa PKR untuk semua dan bukan sekadar "penyelamat dan penerus perjuangan KDM" semata-mata.

Dr. Jeffrey Kitingan, seorang pemimpin senior KDM dalam PKR Sabah dinafikan merit nya. Semangat "membakar jambatan" penghubung dengan PKR oleh cabang-cabang PKR dari KDM yang merasa pemimpin senior KDM mereka dalam PKR Sabah dipinggirkan pula kian menyala. Melihat perkembangan terbaharu ini, saya fikir, amat sukar untuk pemimpin-pemimpin KDM yang masih dalam PKR kini menegakkan kebenaran dan menolak hakikat bahawa  status "Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai penyelamat dan penerus kesinambungan perjuangan KDM" adalah sesuatu yang telah luntur dan kian pudar.

Malah Jeffrey sendiri mengakui bahawa dia tidak  lagi rela dia dan bangsanya (KDM) diperalat (oleh pemimpin-PKR) Kula Lumpur semata-mata untuk mencapai kemahuan politiknya. Keadaan ini menelanjangkan bahawa terlalu pahit bagi KDM nenerima kenyataan bahawa ,sedang Jeffrey dipinggirkan kerana semata-mata dia adalah dari suku bangsa KDM. Apakah KDM tidak melihat kenyataan ini? Atau hanya segelintir mereka yang masih mengidamkan jawatan yang berhormat masih tetap saja menolak hakikat ini demi menharap setitik embun dan belas simpati dari KDM?

"Huguan Siou"' DSP Joseph Pairin Kitingan (Gambar), Presiden PBS, Timbalan Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah  mengatakan: "Kami di dalam PBS turut merasa gembira dengan pencapaian- pencapaian selama YAB Perdana Menteri mengambil alih teraju kerajaan. Harapan kita semua ialah agar keadaan ini berterusan dan akan terus menyumbang kepada kestabilan dan kekukuhan ekonomi negara, sekaligus memulihkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional." Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dalam perutusannya sempena Kongres PBS 2009. Kenyataan Pairin ini lebih realistik dan lebih menjurus kepada sentiment sebenar bangsanya masakini.

Sementara itu, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah,  juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berpandangan bahawa peyingkiran bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan minggu lalu membuktikan pemimpin pembangkang tidak mempunyai dasar perjuangan yang jelas, melainkan berebut jawatan dan pangkat. 

Apakah mereka yang mengidam sekelumit jawatan yang berhormat, yang mengatakan penyelamat KDM, ini mampu menyaingi kredibiliti pemimpin KDM dalam Barisan Nasional yang lain seperti Datuk Dr Maximus Ongkili, Tan Sri Bernard Dompok, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Masidi Manjun (sekadar menamakan sebahagian mereka)?. Berapa keratkah masyarakat KDM yang telah dijadikan birokrat dan ahli korporat oleh mereka yang mendakwa penyelamat ini? Adakah mereka ini telah berjaya menlahirkan cendikiawan KDM yang mereka boleh bangga-banggakan?

Apakah sumbangan Jeffrey, yang dipinggirkan,  kepada PKR,  lebih kecil dari mereka (pemimpin KDM) yang bertahan dalam PKR masakini? Atau mereka akan menerima nasib yang lebih malang dari apa yang telah menimpa Dr. Jeffrey dalam PKR?

Sebaiknya, perbaikilah "rumah" sendiri dari merenung dan mengatakan rumah orang lain "retak". Lihat kepimpinan PKR Pusat. Lihat pemimpin-pemimpin PKR di Semenanjung Malaysia yang meninggalkan PKR kerana "hilang kepercayaan" kepada Parti dan pucuk pimpinannya. Lihat kemelut yang melanda Pakatan Rakyat kerana "gara-gara" pemimpin yang memberi penumpuan lebih kepada mendapatkan kuasa. Lihat rumah sendiri yang tiangnya reput. Jika anda alpa, Tsunami yang melanda politik kini, yang menghala dari rumah BN, bakal menghanyutkan rumah anda. Anda barangkali tidak akan kehilangan bahtera menjelang pelayaran ke lautan PRU13.

LIHAT JUGA....
PBS Extends Open Invitation To Dr Jeffrey To Rejoin The Party