Translate

Monday, November 9, 2009

BILAKAH JEFFREY MENINGGALKAN PKR?


Ujikaji Politik Jeffrey: Ramuan mana yang cuba dicanangkannya kepada penyokongnya dan KDM? Jika Dr J, pemimpin KDM yang utama dalam PKR,  disingkir DSAI dan DS Wan Azizah, siapalah anda ?


Ramai yang sudah menduga bahawa Datuk Dr. Jeffrey (Dr. J) TIDAK akan betah bertahan dalam Parti KeADILan Rakyat. Dia telahpun meletakkan semua jawatan pentingnya dalam PKR kecuali Ketua Cabang PKR Keningau dan keahliannya dalam PKR.

Dr. J sudahpun membakar "jambatannya" dengan PKR. Selain itu penyataannya yang tersiar dalam media dan laman-laman blog sudah memadahi kita menganggap Jeffrey sudah mula melakukan "perang dalaman" dalam PKR khasnya berkait dengan perkembangan terakhir krisis PKR Sabah. Dr, J sudah juga mula mengenakan syarat-syarat berat kepada pucuk pimpinan PKR sebagai jalan kembali. "Kenyataatn beramaran" juga dikeluatkannya kepada PKR Pusat untuk di berikan jawaban seminggu dua samada PKR Pusat menarik balik keputusannya melantik Ahmad Thamrin Haji Jaini  sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah atau dia akan membubarkan 16 Cabang PKR Sabah dan seterusnya meninggalkan PKR. Dr. J bertolak dari isu lama yang menjadi favoritenya, Point 20 sehinggalah "Deklarasi Tambunan", yang direkaciptanya sebelum menyertai PKR, dan royalty minyak 20% bagi Sabah. Dr, J juga menyebut mengenai isu-isu hak Sabah dan Sarawak. Tidak syak lagii dia juga ingin menghidupkan semangat "borneonisasi" yang pernah ditiupkannya semasa Kerajaan PBS sedikit masa lalu.

Dalam isu-isu Pendatang Tanpa Izin (PTI), polarisasi dalam perkhidmatan awam dan pembangunan luarbandar, Dr. J senada dengan PBS. Mereka mahu Kerajaan Pusat menangani isu yang telah lama membelenggu Negeri Sabah dengan serius dan benar-benar berkesan. Dalam perkhidmatan awam pula, mereka mengsyorkan spaya anak Negeri sabah diberikan keutamaan dalam menerajui jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan di Sabah. Dari segi pembangunan, mereka sering menyuarakan pembangunan yang mesra  rakyat luarbandar dan keseimbangan antara luarbandar dan kawasan urban.

Ramai yang melihat bahawa apapun ramuan politik yang sedang dibancuh Dr. J, ianya merupakan "ramuan terakhir" dan "penggal terakhir" bagi Dr. J dalam era percatuan politik. tanahair "Cuti-cuti politiknya" akan berakhir sedikit masa lagi. Namun hasil dari ramuan politik Dr. J adalah bekal untuk mengharungi samudera PRU13. Apakah bahtera pilihan Dr. J? Apakah ramuannya Mujarab? Bilakah dia melafazkan "talak"nya kepada PKR? Sebahagian pemimpin  dan penyokong PKR Negeri Sabah sudahpun melahirkan kemahuannya yang menyatakan "Jeffrey dan ahli-ahli kemnya TIDAK diperlukan dalam PKR". Kita kini hanya menunggu "Lafaz Talak". Entah bila. Kita tunggu pada akhir percutiannya.

5 comments:

Ajin b. Gagah said...

SenjaLiza,
Seada nya, pandangan mu kali ini kalau di hayati dengan serius ,agak menyayat hati juga. Banyak persoalan dan bayangan mengenai ala tuju politik Dr J yang maseh kabur atau susah untuk di teka.

Yang jelas, beliau pasti nya akan meninggalkan PKR. Kerana bukan mudah untuk PKR pusat untuk melayan syarat-syarat yang dikenakan oleh Dr J. sapertimana yang kamu sentuhkan disini ia itu antara lain;
i) Point 20
ii) Deklarasi Tambunan
iii) Royalty minyak 20% bagi Sabah
iv) Semangat "borneonisasi"
v)
keempat-empat perkara tersebut, ada lah hal yang besar lagi sensitif dan amat susah untuk ditangani oleh sesiapa sahaja kerajaan yang pemerintah. Termasuk kerajaan BN.

However, dalam percaturan politik atau “ political games” cadangan Dr J ini memang sangat menarik dan mudah untuk mempengaruhi minda-minda orang-orang muda di sini ( walau pun hakikat nya amat susah untuk dicapai).

Pasti nya perkara ini akan menjadi komplek. Justru itu pada pandangan para pemerhati politik Malaysia Timor ia nya akan menjadi pemangkin yang tepat bagi Dr J dan penyokong untuk melepaskan PKR dengan hormat.
Atau disebaliknya beliau terpaksa diceraikan oleh PKR . Bak kata orang puteh “ Don’t cry for me PKR, I keep my promise but you kept your distance. Let me go with no tears and no good bye”.

Persoalan sama ada Dr J akan kembali ke pangkuan PBS ? Rasa nya, buat masa ini lebih baik kita ketepikan dehulu isu tersebut.
Kerana masa untuk berhadapan dengan PRU13 (political core) masa jauh lagi. Maseh banyak perkembangan yang akan timbul sebelum itu.

Mana lah tahu kan, pada suatu ketika beliau dan banyak lagi ‘ Silent Leaders’ yang akan memasuki PBS beramai-ramai. Termasuk orang-orang saperti saya ? atau pun mereka-mereka yang sewaktu dengan saya ( League of independent NGOs) ? “Wait and see, time can tell. Because my friend, it will be a Que Sera Sera”.

Anak X-PKR said...

Ini komen orang KDM dalam PKR Sabah. Apakah Dr. Jeffret tidak lagi faham?

It would be much grateful for PKR if Dr Jeffrey and his cronies could leave the party. They've done a much disasters to PKR. From the day Dr Jeffrey entered PKR till to date. Dr Jeffrey has threaten Anwar that he will disolves a few division that under his control. Go ahead do it. Be gentlement do it as what you've said, don't just barking but at the end still keep a hope that either Anwar and Azizah will persuade you !! No way jose !!

Anonymous said...

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar orang seperti Jefrrey Kitiangan sebagai 'pengacau' di dalam PKR.Dengan itu, Anwar memberi amaran bahawa orang seperti Jefrrey K harus berundur daripada parti sebelum disingkirkan.

Anonymous said...

kalau mendatangkan masalah atau tidak suka dengan aturan pucuk pimpinan parti negeri, seelok-eloknya DJ mengundurkan diri dan berehat dari arena politik PKR yg semakin terumbang ambing ini.. nampaknya amaran DSAI bukan hanya pada zulkifli, juga kepada DJ.. sekarang ada 2 pengacau dalam parti, tetapi yg dihighlightkan media ialah zulkifli berikutan dengan pendedahan usul2 yg cuba dibentangkan oleh zulkifli di dewan parlimen.... nampaknya DJ kurang populariti.

Senjaliza said...

Salam sdr. Solymone, Anak X-PKR,Anom, dan Media Cyber. Ramai juga yg mempersoalkan bahawa semasa DR.J bersama PKR dan sebelum krisis, DSAI menyanjung Dr. J seperti tiada lain lagi PKR Sabah BUT Dr.J. Ini membuatkan ramai yg berwaspada dengan DSAI. YB Zul juga kena berwaspada. Dia adalah bekas team lawyer membela DSAI dalam kes Liwat 1. Jika DSAI mengenepika YB Zul, rasanya TIDAK KETERLALUAN SAYA MENGATAKAN BAHAWA semua seMalaysia harus meninggalkan perjuangan DSAI. Benarlah dia "kuku besi" jika demikian.