Kongress PBS Ke 21, 2009. Apakah kemampuan PBS dalam membela nasib dan hak masyarakat KDM dan rakyat Sabah mampu diperkecilkan?
Najib: No Alternative Party Comparable To BN
KOTA KINABALU, Nov 7 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said there is no alternative party that can challenge the Barisan Nasional (BN) in Sabah especially in terms of development.
He said only the BN could bring further development to the state. "What is needed is the people's support for the BN in Sabah. We will make a difference. BN is committed to develop Sabah and we will deliver," he said when opening the 24th congress of Parti Bersatu Sabah (PBS), here Saturday night.
He said only the BN could bring further development to the state. "What is needed is the people's support for the BN in Sabah. We will make a difference. BN is committed to develop Sabah and we will deliver," he said when opening the 24th congress of Parti Bersatu Sabah (PBS), here Saturday night.
Selanjutnya.........
Siapa kata mereka penyelamat dan penjamin kesinambungan perjuangan KDM (Kadazan-Dusun -Murut)?
Parti-parti pembangkang di Sabah sering mengatakan bahawa masyarakat KDM di Sabah adalah masyarakat yang dipinggirkan. Kononnya MASYARAKAT Kadazan Dusun Murut (KDM) yang selama ini terpinggir serba serbi daripada agenda pembangunan Barisan Nasional kini menganggap Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai penyelamat dan penerus kesinambungan perjuangan KDM.
Kenyataan ini sekaligus memperkecilkan PBS, UPKO dan PBRS yang selama ini menjadi wadah dan wacana perjuanga KDM. Penyataan ini secara tidak langsung juga seolah-olah memperkecil secara sinis kedudukan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang baharu saja dilantik oleh PKR Pusat, Encik Ahmad Thamrin Haji Jaini dari suku kaum Bajau-Suluk. Tentunya sebagai orang politik, Thamrin lebih berpandangan bahawa PKR untuk semua dan bukan sekadar "penyelamat dan penerus perjuangan KDM" semata-mata.
Dr. Jeffrey Kitingan, seorang pemimpin senior KDM dalam PKR Sabah dinafikan merit nya. Semangat "membakar jambatan" penghubung dengan PKR oleh cabang-cabang PKR dari KDM yang merasa pemimpin senior KDM mereka dalam PKR Sabah dipinggirkan pula kian menyala. Melihat perkembangan terbaharu ini, saya fikir, amat sukar untuk pemimpin-pemimpin KDM yang masih dalam PKR kini menegakkan kebenaran dan menolak hakikat bahawa status "Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai penyelamat dan penerus kesinambungan perjuangan KDM" adalah sesuatu yang telah luntur dan kian pudar.
Malah Jeffrey sendiri mengakui bahawa dia tidak lagi rela dia dan bangsanya (KDM) diperalat (oleh pemimpin-PKR) Kula Lumpur semata-mata untuk mencapai kemahuan politiknya. Keadaan ini menelanjangkan bahawa terlalu pahit bagi KDM nenerima kenyataan bahawa ,sedang Jeffrey dipinggirkan kerana semata-mata dia adalah dari suku bangsa KDM. Apakah KDM tidak melihat kenyataan ini? Atau hanya segelintir mereka yang masih mengidamkan jawatan yang berhormat masih tetap saja menolak hakikat ini demi menharap setitik embun dan belas simpati dari KDM?
"Huguan Siou"' DSP Joseph Pairin Kitingan (Gambar), Presiden PBS, Timbalan Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah mengatakan: "Kami di dalam PBS turut merasa gembira dengan pencapaian- pencapaian selama YAB Perdana Menteri mengambil alih teraju kerajaan. Harapan kita semua ialah agar keadaan ini berterusan dan akan terus menyumbang kepada kestabilan dan kekukuhan ekonomi negara, sekaligus memulihkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional." Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dalam perutusannya sempena Kongres PBS 2009. Kenyataan Pairin ini lebih realistik dan lebih menjurus kepada sentiment sebenar bangsanya masakini.
Sementara itu, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah, juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berpandangan bahawa peyingkiran bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan minggu lalu membuktikan pemimpin pembangkang tidak mempunyai dasar perjuangan yang jelas, melainkan berebut jawatan dan pangkat.
Sementara itu, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah, juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berpandangan bahawa peyingkiran bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan minggu lalu membuktikan pemimpin pembangkang tidak mempunyai dasar perjuangan yang jelas, melainkan berebut jawatan dan pangkat.
Apakah mereka yang mengidam sekelumit jawatan yang berhormat, yang mengatakan penyelamat KDM, ini mampu menyaingi kredibiliti pemimpin KDM dalam Barisan Nasional yang lain seperti Datuk Dr Maximus Ongkili, Tan Sri Bernard Dompok, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Masidi Manjun (sekadar menamakan sebahagian mereka)?. Berapa keratkah masyarakat KDM yang telah dijadikan birokrat dan ahli korporat oleh mereka yang mendakwa penyelamat ini? Adakah mereka ini telah berjaya menlahirkan cendikiawan KDM yang mereka boleh bangga-banggakan?
Apakah sumbangan Jeffrey, yang dipinggirkan, kepada PKR, lebih kecil dari mereka (pemimpin KDM) yang bertahan dalam PKR masakini? Atau mereka akan menerima nasib yang lebih malang dari apa yang telah menimpa Dr. Jeffrey dalam PKR?
Sebaiknya, perbaikilah "rumah" sendiri dari merenung dan mengatakan rumah orang lain "retak". Lihat kepimpinan PKR Pusat. Lihat pemimpin-pemimpin PKR di Semenanjung Malaysia yang meninggalkan PKR kerana "hilang kepercayaan" kepada Parti dan pucuk pimpinannya. Lihat kemelut yang melanda Pakatan Rakyat kerana "gara-gara" pemimpin yang memberi penumpuan lebih kepada mendapatkan kuasa. Lihat rumah sendiri yang tiangnya reput. Jika anda alpa, Tsunami yang melanda politik kini, yang menghala dari rumah BN, bakal menghanyutkan rumah anda. Anda barangkali tidak akan kehilangan bahtera menjelang pelayaran ke lautan PRU13.
LIHAT JUGA....
PBS Extends Open Invitation To Dr Jeffrey To Rejoin The Party
2 comments:
Salam ziarah SL..
kita sering mempamerkan politik kesukuan di sabah. Jarang kita mengetengahkan idea mengenai kesatuan suku dalam politik di sabah..? Kenapa ya..?
Salam Kelapa Mawar, Rasanya ialah kerana kita ada "freedom" dan tidak bole memaksakan pemikiran kita ke pimikiran orang lain dengan sewenang-webangnya.
Namun ada juga pihak yang suka dan taksub mninjolkan "sukunya" sambi leka terhadap "unity" bangsa dan suku kaum di Negeri ini. Biasanya meraka itu pengamal "semangat jumud".
Post a Comment