Legasi politik yang ingin dibina Jeffrey gagal diselami Tian Chua. Kedatangan Tian Chua hanya menambah parah krisis politik PKR di Sabah.
Tian Chua bukan sahaja dihantar ke Taiwan untuk menjadi "penenang" kepada impian 916, tetapi dia juga dihantar ke Sabah sebagai melihat sendiri "jambatan yang terbakar" dalam krisis kepimpinan PKR Sabah. Jeffrey yang sudah diuar-uarkan mengkapankan hubungannya dengan DSAI masih cuba dipujuk Tian Chua. Agaknya ramuan politik Jeffrey masih lagi mujarab pada pandangan Tian Chua?. Atau sekurang-kurangnya dia lebih selesa dengan Jeffrey?
DSAI sudah memberi amaran keras bahawa semua "pengacau" politik PKR harus segera meninggalkan PKR atau disingkir. Jeffrey dan Christina adalah antara sasaran kepada perkataan beramaran DSAI. Maknanya lambat laun Jeffrey dan Christina akan terpaksa meninggalkan PKR atau disingkir dari PKR.
Gerakan Jeffrey dan statemennya sendiri sudah cukup menggambarkan bahawa PKR sudah tidak lagi menjadi wadah perjuangannya. Pemimpim PKR Pusat hanyalah memperalatnya dan penyokongnya untuk mencapai cita-cita politik yang mereka idamkan. Dia lebih bangga bercuti-cuti politik dan bertani bersama penyokongnya. Tian Chua tak faham kah ini?
Tian Chua sebagai strategist politik faham bahawa PKR Sabah di ambang krisis yang besar tanpa Jeffrey. Di pihak yang lain pula merasakan bahawa sikap Jeffrey yang "tidak mudah bertolak ansur' menjadi liabiliti kepada PKR Sabah. Majoriti mereka lebih bersedia berjuang tanpa Jeffrey. Dengan ketiadaan Jeffrey mereka mengharapkan bahawa "patah tumbuh hilang berganti" dan "satu pergi seribu akan datang mengganti"!
Bila Ahmad Thamrin mengatakan bahawa dia tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang mempersoal perlantikannya, dia sekaligus mengatakan bahawa dia tidak bertolak ansur dengan mereka yang menentang keputusan PKR Pusat. Jadi apakah kedatangan Tian Chua yang tidak menyetujui kenyataan Thamrin itu berbaloi atau sekadar menambah minyak ke dalam api yang membakar jambatan.? Apakah Tian Chua menentang keputusan PKR Pusat? Apakah PKR pusat mempunyai pendirian yang berbeza dengan pendirian Tian Chua? ataupu PKR adalah parti yang mengamalkan konsep dan pendirian yang berbeza-beza "lain keputusan Pusat lain keputusan Pemimpin". Lain di Pusat lain di lapangan?
Jika kedatangan Tian Chua untuk mencari pemimpin yang selesa dengan dia telah menentang keputusan ketuanya yang telah memilih dan menobatkan Thamrin. Jika benar dia datang untuk stu missi keamanan, dia sebenarnya telah gagal kerana apa yang dilakukannya hanyalah menambah minyak ke dalam api yang sedang membakar jambatan" dan api itu adalah api membara yang dinyalakan Dr. Jeffrey sendiri.
Kalau Tian Chua tanya sentiment penduduk Sabah, dia pasti ketahui bahawa Jeffrey sudah harus dilupakan PKR. Jika dia tanya seleranya, tentu Thamrin dibuangnya dan digantinya dengan Jeffrey. Tian Chua memang dungu untuk menyelami politik Sabah. Ego Tian Chua di Kuala Lumpur sepatutnya ditinggalkan ya sebelum dia terbang ke Sabah. Apakah pandangan PKR Sabah terhadap Tian Chua selepas ini?
Pulanglah wahai Tian Chua dan bawalah "semangat politik" peribadi anda bersama. Kedatangan anda hanya menambah parah politik PKR Sabah. Anda hanya menambah minyak ke dalam "Jambatan yang ganas menyala". Pulanglah dan jangan tinggalkan ego anda di sini.
layari juga.....
BERUNDUR ATAU DISINGKIR..
http://sabahkita-ii.blogspot.com/2009/11/berundur-atau-disingkir-episod-terakhir.html
layari juga.....
BERUNDUR ATAU DISINGKIR..
http://sabahkita-ii.blogspot.com/2009/11/berundur-atau-disingkir-episod-terakhir.html
11 comments:
Salam Ziarah........
PKR akan berkubur pada PRU ke 13 nanti.Jadi kepada penduduk-penduduk Sabah sama-samalah kita menolak parti pengkianat negara ini .
Salam SenjaLiza,
Apa yang jelas kehadiran Tian Chua dan rombongan ke Sabah ada lah semata-mata untuk memberi tahu Dr J supaya melupakan kisah lama...
'Mode of operandi' PKR Sabah kini bukan lagi fokus kepada perjuangan yang di impikan oleh pemimpin KDM.
Doctrine PKR Sabah sudah dihalusi dan di 'fine tune' mengikuti gelombang baru.
Dalam 'conspiracy theory' nya, mereka lebih menekankan untuk memerangi kubu-kubu kuat UMNO yang dikatakan sebagai 'Islamic based'.
Maka itu lah sebab nya (among others) Tahmrin yang di pilih sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah, bukan Dr J..
Fikir-fikirkan lah
Salam Senjaliza, PKR hanya memperjuangkan Anwar sahaja untuk menjadi PM, sebab itu mereka tidak prihatin dengan keluhan rakyat...
PKR akan berkubur juga nanti...
Salam kesyukuran dan terima kasih buat Sdr. Lagenda, Ir. Solymone dan Sdr. Yang Gambi.
Pandangan peribadi saya, PRU12 di Sabah menampakkan peluang amat tipis PKR menyusupi kawasan BN-UMNO. Ramai yg kecundang dengan majoriti yang besar malah ramai yg hilang wang pertaruhan. PKR hanya mampu meraih sokongan di kawasan2 KDM dan Cina walaupun tidak cukup untuk menang tetapi dengan majoriti yg kecil. Kewujudan pelbagai parti pembangkang di Sabah yg bersifat kenegerian juga menutup peluang PKR untuk meraih sokongan pada PRU13. Malah berpecah sesama pembangkang. Melepaskan Jeffrey dan Christina bermakna melupakan kawasan KDM dan Cina.
PKR Samalah dengan NASIB PAK KADOK Missed keduri di hulu terlepas kenduri di hilir dan terpaksa pula menungkah air pasang apabila semangat 1Malaysia semakin hangat.
Terima kasih atas kunjungan saudara semua. Sesungguhnya ia amat dihargai.
I think lagenda is ONLY hoping that PKR will loose. Must be having a nightmare when the word PKR is being mentioned. Just a question for you lagenda; KENAPA PKR PARTI PENGKIANAT NEGARA? You must have a good reason why? If you cant come up with one, then, you are the one who's "PENGKIANAT".
Salam SOLYMONE!
DR Gapari doesn't represent all KDM in Sabah. He may have some followers in Tambunan, but not in other areas. So...most KMD do not share with your opinion. (keyword: OPINION). PKR is a multi-racial party. Even you are welcomed to join unless you still want to try to contest as independent candidate again in PRU-13.
salam liza!
saya setuju dengan pendapat liza kalau kita bercerita zaman 60'an atau 70'an. sekarang ini zaman bloggers, macam you all.
pendapat pribadi saya pula, PR ada harapan untuk mengalahkan BN. pemimpin2 UMNO sudah ditolak bulat2 oleh rakyat sabah. kalau bukan kerana politik wang dan tipu, BN sudah lama kalah. saya merasa liza ini adalah penyokong BN. tak apa kalau betul pun. asalkan jangan pura2 neutral atau independent. apa kata liza?
Anonymous. November 15, 2009 11:23 PM, November 15, 2009 11:30 PM,November 15, 2009 11:41 PM.
Terima kasih Anon. Pada susah susah kritik saya baik kritik tulisan saya. Tak penat berfikir... "Amerikan!!"
Kedua kalo datang rumah saya belilah langsat. Musim langsat ini. Seperti Selalu, saya akan buat kopi tiada gula untuk mengelak "kencing manis".
Selamat berkunjung lagi.
Hidoop Freedom of press.
hehe.....
you are good....
hehe.....
you are good....
Salam SenjaLiza,
Izinkan saya response in English kepada komen Sdra atau pun Sdri Anon Nov 15.
First and for most thanks for inducing me in communicating with you pertaining to the isu highlighted by our SenjaLiza.
I wish to know you better so that we can discuss politics better for the betterment of our deprives Sabahan.
Unfortunately, you are hiding behind the shadow. They say, a blogger without real identity...
However, since your comments is making sense, therefore without doubt I would response accordingly.
As it is, I didn't say or recited any, that Dr Jeffrey or Dr Gafari is representing every KDM in PKR Sabah.
I did mentioned though (in some venues) that while he is in PKR he is fighting for the KDM's political doctrine and their political survival.
Correct me if I am wrong, in many occasions he had travel all over Sabah, particularly KDM area to promote PKR as an ideal party for KDM to dethrone the BN.
In fact, most of the KDM leaders in PKR are more or less associated to him, isn't it?
Having mentioned that, I wonder why the KDM ( you mentioned) have to disagree with my opinion. I m hoping that you could elaborate this point better, in future?
I for once, agree that PKR is a multiracial party. However, without the present of Dr Gaping and those KDM leaders closer to him, I wonder who could promote the importance of KDM's presence in PKR? Especially when financial and ideology are crucial!!
So much so, thanks for inviting me to join PKR. I guess, it would be very interesting.
Unfortunately, I don't know you better; to be my future mentor in PKR.
Post a Comment