Translate

Saturday, January 23, 2010


 Sembah takziah kepada seluruh rakyat Johor di atas kembalinya Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Alutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor yang telah Mangkat pada jam 7:08 petang. Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan mereka yang Beriman... Al-fatihah...

Thursday, January 21, 2010

Uncle Lim Bakal Ketua Pembangkang dan Pakatan? Pemimpin Tak masuk Buku dan Yang Direhatkan, Ke Tepi....

Ketua Pembangkang dan "Raja" PKR banyak memikul beban dan kontrovasi. Sudah beberapa kali di minta "bertaubat" tetapi hari demi hari "tangguh, tangguh dan tangguh lagi". "Dia banyak melakuka kemusnahan. Dia mesti bertaubat"..

Akhir-akhir ini Tsunami melanda PKR. "Tebing" Ijok pecah. Sebelum itu "Jambatan PKR Sabah" terbakar kerana berlaku "pergelutan pangkat" Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Wasiat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR ialah melantik DSAI sebagai Pengerusi Perhubungan bagi Sabah dan Sarawak. Tetapi wasiat itupun tidak di pakai "raja PKR'. Thamrin Haji Jaini masih meneruskan peranannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Berikutan dengan itu aksi "bermasam muka berterusan dalam PKR Sabah" sehingga saat ini.

Di Sarawak, sebuah negera yang besar dalam Malaysia, PKR hanya berjaya mengenal pasti 5 orang (LIMA SAHAJA) calon-calon yang "berpotensi" untuk di ketengahkan. Ini adalah pertanda PKR lemah di Sarawak. Ramai yang sudah meuar-uarkan PKR di Sabah dan Sarawak akan "membakul telur" (dapat kosong)  dalam PRU13 nanti melihatkan keadaan PKR di Sarawak dan Sabah yang terlalu lesu. PAS memang ditunggu pengundi pribumi Sarawak yang pernah diaibkan dengan jolokan "pakai cawat" selepas kekalahan PKR di Batang Ai. So, Pakatan Rakyat diramal ramai sebagai kekeringan pengaruh di Bumi Kenyalang.


Di Kuala Selangor, Cabang PKR musnah dilanda "ribut taufan!" yang menyaksikan MB tersungkur tanpa jawatan Ketua Cabang. Cabangnya diterbangkan ribut taufan apabila majoriti besar AJK PKR meletakkan jawatan , temasuk Ketua Pemuda dan letua Wanitanya, kerana hilang keyakinanan terhadap kepimpinan ketuanya yang juga MB Selangor. Kejadian ini merupakan satu sejarah yang boleh dimasukkan dalam "Guinness Book of Political Record" di mana seorang MB dan Ketua Cabang tidak dipercayai oleh AJKnya sendiri. Apatah lagi pengundi dan rakyat biasa. Tidak keterlaluan jika dikatakan pemimpin seperti ini sudah "tidak masuk buku lagi".

Bila tiang-tiang PKR bermasalah, dan mulai reput, rumah raja PKR pasti goyah . Selain Kes Liwat, perbuatan mengaibkan negara Malaysia tercina di dunia luar, menjadi "make up" hitam yang terpalit di wajahnya. Dia kini kelihatan lebih hodoh dan semakin menghampiri tahap OKU Politik. Rasuah demi rasuah yang dipekikkannya dengan lantang kini melanda isi rumahnya. Perniagaan Pasir yang melonggok rupanya menyerlahkan pekung rasuah yang selama ini menjadi senjatanya menyerang kerajaan. Jika kerajaan sekecil PKR kini melakukan "Rasuah Besar", bagaimana nanti jika dia mejandi "Kerajaan Besar"? Barangkali menggunung rasuahnya?

Tidak mungkin pemimpin sebuah "rumah kecil" yang berantakan dipilih mempimpin sebuah "rumah besar: "Dia perlu bertaubat". Tambahan lagi dia sudah semakin tua. Usia sudah tidak mengizinkannya 'merrrrrrobbbbahhh" keadaan dan sesuatu dengan membanggakan. Oleh itu dia kena mengosongkan jawatan Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan. Dia perlu direhatkan. Siapa yang bakal mengambil alih?

Kemelut kepimpinan utama PAS sejak akhir-akhir dilihat mengelisahkan ramai pihak, BUKAN sahaja di kalangan ahli-ahli PAS, malah di kalangan penyokong PAS lama dan baru. TGNA dan TGHH hampir terjerumus ke lembah pertentangan dan krisis kepimpinan. Angkara siapa? Kalo tanya PKR dan DAP sudah pasti jawab mereka angkara UMNO-BN!!. Semua yang berkecamuk adalah angkara UMNO -BN. Aneh! urusan rumah-tangga sendiri, orang lain dipersalahkan.

Thumb Up TGNA kepada LKY itu angkara UMNO-BN?. Jika TGHH berjaya disingkirkan dalam kepimpinan PAS, siapa lagi yang layak menjadi "contender" Raja Pakatan setelah DSAI direhatkan?. "Politic is a game of possible". Sudah bersediakah PAS menerima kepimpinanan Uncle Lim sebagai peneraju Pakatan Rakyat atau "raja Pakatan Rakyat?. Inilah kemungkinan yang paling tinggi di hadapan kita semua.

RELATED....
1. Ada-yang-tidak-kena-dalam-PKR
2. Trend Hilang Kepercayaan Kepimpinan PKR Akan Terus Berlaku

Wednesday, January 20, 2010

Juara Rakyat.....PKR Bubar lagi?..


Ahli-ahli reformasi dan PKR IJOK menyertai UMNO.

Sebelum ini, umum telah mengetahui bahawa PKR IJOK runtuh dilanda Tsunami Politik. Dalam kesibukan "menyalak" bahawa UMNO Juara Rasuah, pemimpin-pemimpin besar PKR semakin tidak dipercayai oleh pengikutnya lalu mereka bertindak meninggalkan PKR dan menyokong perjuangan BN. "Yang menyalak biarkanlah menyalak. biasanya ia tak menggigit". Demikian komen seorang teman mengenai perkembangan terakhir kini.

Pada ketika UMNO dikatakan Juara Rasuah, tiba-tiba muncul berita mengenai Kes rasuah Baazar Tok Guru di Kelantan yang melibatkan RM50 juta. (Ada blessing yg kita kena belajar dari peristiwa ini. Seronok si belanga mengata buntut si peruk hitam.)

terkini berita mengenai PKR ULU SELANGOR BUBAR [ikuti di sini]. Saya tidak terkejut kerana beberapa bulan yang lalu saya telah memaparkan ketidak prihatinan pemimpin PKR terhadap MP Ulu Selangor yang sedang sakit, sedangkan pemimpin PKR berpesta "konon nak kuburkan BN' di Ulu Selangor"..[ikuti di sini] lalu mendesak PRK di Parliment Ulu Selangor... Naujubillah. Nafsu politik sudah melepasi ubun-ubun. Kini PKR Ulu Selangor diberitakan BUBAR.... Hukum Karma?

Related...
1. Terpulang Kepada Nik Aziz Untuk Siasat Kes Bocor Maklumat Bazar Tok Guru
(Kenapa nak siasat orang yang membocorkan maklumat ini. Adakah niat untuk menyembunyikan perbuatan RASUAH?

UMNO Juara rasuah bukan juara rakyat? Siapa juara liwat cerita ini?

SPRM digesa siasat segera isu Bazar Tok Guru

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta memulakan siasatan terhadap dakwaan wujudnya penyelewengan projek pembinaan Bazar Tok Guru yang menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa menanggung kerugian dianggarkan RM50 juta.

Sambil menyifatkan kerajaan Pas Kelantan menggunakan slogan Islam sebagai alat politik, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, berkata siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab berikutan isu itu menjejaskan kepentingan rakyat. Selanjutnya.

Pastinya gagasan menggerakkan program Juara Rakyat telah terserlah sebagai program yang mampu menggegarkan tembok pakatan rakyat yang selama ini seakan berada "dalam comfort zone" kerana kepimpinan yang membiarkan meraka seolah-oleh pemenang PRU12 walaupun hakikatnya pakatan rakyat kalah. Kali ini, confort zone itu sudah tiada dan Tsunami Politik mula mebadai tebing pr yang sedia merkah dan retak...Mampukan PR bertahan sehingga PRU 13 adalah persoalan yang lebih penting buat masa ini.....

Paderi Australia akui Allah hanya untuk orang Islam


 Seorang pemimpin Kristian dari Australia, Pastor Brutus Balan, menegaskan penggunaan kalimah Allah tanpa mengira dari mana asal bermulanya perkataan itu adalah jelas berkaitan aspek ketuhanan Islam.

Paderi Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sebarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah kerana ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan membezakan antara ajaran Injil dan al-Quran.

Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan berhijrah ke Australia pada 1972 dan menjadi paderi sejak 32 tahun di negara itu, berkata polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut ilmu semantik atau pengertian makna semata-mata. Selanjutnya.....

Tangguh lagi!

Keputusan rayuan permohonan Anwar pada 29 Januari, bicara kes liwat ditangguh kepada 2 Februari

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguh keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini.

Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari depan. Keputusan itu dibaca Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria sebentar tadi.

BERITA HARIAN

Qazaf - kenapa nak disegarakan dan tak mahu ditangguh-tangguh?

Related......
1. LIVE- Anwar Kena BUASIR Kes Liwat Al Juburi Tangguh Ke 2hb Febuari

Tuesday, January 19, 2010

DADAH IS DEATH!. Apa Peranan Yang dilakukan DAP?


Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof (kiri) menunjukkan enam bungkus dadah heroin seberat 2.7 kilogram yang bernilai lebih RM200,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini. Dadah itu dirampas berikutan penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah. Turut serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim. -- foto BERNAMA

Rampasan besar dadah, sering terjadi di Pulau Pinang dan dibawa ke Perak. Eventually, ianya akan diedarkan ke ibu kota besar, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Media telahpun melapurkan menegenai kes seorang Ahli perniagaan ditahan berhubung rampasan dadah RM254j (berasal dari Johor)di Kuantan, Pahang. Kita juga telah terbaca mengenai Sindiket Memproses Dadah Terbesar di Pulau Pinang Tumpas..Rabu, 2009 Oktober 28 setelah pihak berkuasa berjaya membongkar makmal dadah terbesar di Pulau Pinang (28 Oktober, 2009)

Pada penghujung tahu lalu Polis Kelantan Lakukan Rampasan Dadah Terbesar (8 November, 2008), satu kes yang menjadi momokan media kerana Kelantan terkenal sebagai Serambi Mekah dan di tadbir PAS, yang sepatutnya TIDAK terjadi kegiatan jenayah yang berat seperti pengedaran dadah ini.

Awal tahun lalu, negara juga dikejutkan dengan penangkapan beberapa remaja Malaysia di Cina dan luar negara angkara kelemahan mereka sendiri dan terperangkap dengan helah sindikat pengedar dadah.

Dadah Is Death  sudah tidak lagi digeruni sindiket pengedaran dadah. Berita perbicaraan mereka yang tertangkap berhubung isu pengedaran dadah ini juga tidak menjadi agenda utama media negara.

Sesekali kita perlu merenung kembali sejarah "Perang Candu 1, 2 dan 3" dalam sejarah Negara China. Janganlah hendaknya, kerana kita terlalu sebuk berpolitik dan menjatuhkan lawan, kita telah lupa "Dadah  masih merupakan Musuh Nombor 1 Negara".

Dalam pada itu, DAP dan Pakatan Rakyat sering menganggap pihak Polis sebagai "anjing-anjing kerajaan". Tanggapan ini sering dibuat apabila pihak polis menghalang mereka dari mengujudkan suasana kecoh dan tidak tenteram. Seolah-olah kejayaan polis menangkap dan mengaggalkan sindiket pengedaran dadah ini sebagai kejayaan "anjing-anjing kerajaan". Apa yang DAP buat untuk mencegah perbuatan mengedar dadah dalam negara ini?