Translate

Tuesday, January 19, 2010

DADAH IS DEATH!. Apa Peranan Yang dilakukan DAP?


Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof (kiri) menunjukkan enam bungkus dadah heroin seberat 2.7 kilogram yang bernilai lebih RM200,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini. Dadah itu dirampas berikutan penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah. Turut serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim. -- foto BERNAMA

Rampasan besar dadah, sering terjadi di Pulau Pinang dan dibawa ke Perak. Eventually, ianya akan diedarkan ke ibu kota besar, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Media telahpun melapurkan menegenai kes seorang Ahli perniagaan ditahan berhubung rampasan dadah RM254j (berasal dari Johor)di Kuantan, Pahang. Kita juga telah terbaca mengenai Sindiket Memproses Dadah Terbesar di Pulau Pinang Tumpas..Rabu, 2009 Oktober 28 setelah pihak berkuasa berjaya membongkar makmal dadah terbesar di Pulau Pinang (28 Oktober, 2009)

Pada penghujung tahu lalu Polis Kelantan Lakukan Rampasan Dadah Terbesar (8 November, 2008), satu kes yang menjadi momokan media kerana Kelantan terkenal sebagai Serambi Mekah dan di tadbir PAS, yang sepatutnya TIDAK terjadi kegiatan jenayah yang berat seperti pengedaran dadah ini.

Awal tahun lalu, negara juga dikejutkan dengan penangkapan beberapa remaja Malaysia di Cina dan luar negara angkara kelemahan mereka sendiri dan terperangkap dengan helah sindikat pengedar dadah.

Dadah Is Death  sudah tidak lagi digeruni sindiket pengedaran dadah. Berita perbicaraan mereka yang tertangkap berhubung isu pengedaran dadah ini juga tidak menjadi agenda utama media negara.

Sesekali kita perlu merenung kembali sejarah "Perang Candu 1, 2 dan 3" dalam sejarah Negara China. Janganlah hendaknya, kerana kita terlalu sebuk berpolitik dan menjatuhkan lawan, kita telah lupa "Dadah  masih merupakan Musuh Nombor 1 Negara".

Dalam pada itu, DAP dan Pakatan Rakyat sering menganggap pihak Polis sebagai "anjing-anjing kerajaan". Tanggapan ini sering dibuat apabila pihak polis menghalang mereka dari mengujudkan suasana kecoh dan tidak tenteram. Seolah-olah kejayaan polis menangkap dan mengaggalkan sindiket pengedaran dadah ini sebagai kejayaan "anjing-anjing kerajaan". Apa yang DAP buat untuk mencegah perbuatan mengedar dadah dalam negara ini?

No comments: