KUALA LUMPUR, 13 Jan: PAS amat kesal dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengugut akan mengambil tindakan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh Umno sebagai dalang sebenar di dalam perkara itu.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, apa yang dikatakan oleh Anwar itu adalah persepsi masyarakat Malaysia pada masa ini dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewajarnya mengambil kenyataan itu sebagai satu teguran.[Berita Penuh di sini]
Persoalan:
- Sejak bilakah masyarakat Malaysia menyerahkan presepsi mereka kepada DSAI?. Ustaz Idris Ahmad ini dah rujuk dan mintak izin kee dari TGNA bercakap benda yang dia tak yakin kebenarannya? Tak berdosakah buat gitu Tuan Ustaz? (saya tanya soalan)
- Tak cukup waras kee pemikiran Rakyat Malaysia sehingga tidak dapat membezakan antara "teguran" dengan fitnah, cemuhan dan tuduhan melulu?
- Bila pula DSAI mendapat kelayakan sebagi "penasihat" kepada Kementerian Dalam Negeri?
- Adakah para demonstrasi ISA, Bersih, dan PPSMI berdemonstrasi di dalam kawasan Mesjid atau Di Jalanraya? Adakah pihak penganjur demonstrasi ISA, Bersih dan PPSMI telah berunding dengan KDN secara diplomasi sebelum mereka berdemonstrasi?
- Apa sebenarnya yang dilakukan DSAI untuk membendung serangan ke atas Gereja ini? Kenduri kendara atau jamuan makan sebagai tanda terima kasih kepada Herald?
- Dalam berpolitik pun, kebenaran masih perlu diletakkan di mahkotanya untuk diterima rakyat sebagai kebenaran. Jika kita mengungkapkan sesuatu perkataan semata-mata kerana keghairan politik dan mengenepikan kebenarannya, biar apapun rupa bentuk kita kesalahan pasti ada hukumannya. ENOUGH IS ENOUGH. Rakyat Malaysia kini perlu menuntut hak untuk "Pemimpin, walau apapun idelogi politik yang di anuti, PAS, UMNO, PKR , (I don't know abt DAP) bertindak seperti yang diucapkannya. BUKAN lagi menyokong melulu".
SATU PERKARA YANG PERLU KITA INGAT IALAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI MELARANG PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH DALAM PENERBITAN MAJALLAH MINGGUAN HERALD. TAK PERLU TANYA SIAPA YANG MENYOKONG. SATU MALAYSIA TAHU DAN DUNIA TAHU. Logikkah KDN dan kerajaan dituduh sebagai DALANG?
Related
Perkataan "ALLAH" Hanya Isu Politik Murphy Pakiam
1 comment:
Salam...
biasalah bagi pihak pembangkang, asal ada saja benda untuk di BANGKANG...teruslah MEMBANGKANG!!
Kita jangan terpengaruh dengan isu-isu yang mereka gembar-gemburkan, kerana itulah tujuan mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan demikian. jangan kita ikut rentak tari mereka... teruskanlah bersumayau, dan saya akan terus `berlimbai-limbai' sambil hisap sigup kirai dengan tembakau dari ranau...WANGI!!!
Post a Comment