Translate

Saturday, July 7, 2012

KEJUTAN POLITIK SABAH. APA ANDAIAN ANWAR?

Jamuan Makan Malam sempena ceramah umum di Star City Convention Center, Kota Kinabalu.
Sambutan Rakyat Sabah ke atas Najib Tun Razak cukup menggegarkan Anwar dan PR.
Sekembalinya Anwar Ibrahim melawat Sabah yang terakhir June lepas, dia telah mula memasukkan agenda persepsi di Tanah Semenanjung  dengan mengatakan "Sabah akan mengalami kejutan politik". Baru lawatan setengah hari ke Sabah sudah membuat kesimpulan bahawa kejutan akan berlaku. Aneh dan ajaib sungguh kepakaran Anwar mencipta "political perception".

Dalam lawatannya ke Sabah itu, dia gagal hadir ke Perayaan Pesta Kaamatan di Kg Kondis, Kota Belud. Banjir melanda Kota Belud sempena jadual Anwar ke Kota Belud. Kapal terbang yang ditumpanginya juga gagal mendarat di Kota Kinabalu International Airport mengikut jadual kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan. Di Star City Convention Centre, Kota Kinabalu, dia berjanji bahawa dia akan menemui "rakyat Kota Belud dalam masa yang singkat". Namun masa yang sengkat itu tidak kelihatan sehingga kini. Berapa sengkatkah sengkat Anwar?

SABAH-PKR BERPECAH. PR GAGAL REALISASIKAN 1215.

Semeja tapi masih menyembunyikan pisau belati 
Ramuan politik Datuk Dr. Jefrey Kitingan yang diadunnya sebagai pengkaji dan pemikir politik sejak dahulu tidak menemukan formula terbaik bagi menumbangkan Barisan Nasional di Sabah. Campur tolak perkiraannya mengenai parti-parti di Sabah menyebabkan dia sering melompat dari kolam ke kolam parti politik. Akhirnya dia menemukan satu formula bahawa "menjadi katak politik" itu tetap mulia asalkan ideologi politik tetap tidak berubah.

Ideologi politik TIDAK berubah? Sekejap ditebangnya PKR dan DS Anwar sebagi pemimpin Kuala Lumpur yang hanya memperalat Sabahan untuk matlamat politinya. Sekejap dia agungkan Anwar sebagai "pahlawan agung" dengan menghadiakannya "pedang pusaka Dr J". Kini Dr. J pula menentang PKR dan PR melalui STAR. Itupun sekejap-sekejap menyokong idea PR. Kadang Dr J mampu duduk semeja dengan Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain tetapi masing-masing menyembunyikan pisau belati dai pinggang.

Thursday, July 5, 2012

SEPATUTNYA ANWAR BERSARA LEBIH AWAL

Penguam Utama DSAI dalam Kes Sodomi II pernah menuduh DSAI sebagai pengamal homoseksual yang teruk, Apakah ianya akan terpadam bila DSAI menjadi PM atau tidak menjadi PM? Karpal sendiri pernah mengatakan bahawa DSAI banyak melakukan kemusnahan dalam negara ini dan harus bertaubat.
 Menyedari bahawa terlalu banyak kes makhamah dan tuduhan yang membayangi kerjaya politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu begitu lama untuk bersara dari politik. Mahkamah telah membuktikan bahawa kes sodomi I telah mencemar moralnya di mata dunia dan khususnya di mata rakyat Malaysia. "Public Confident" terhadap moral DSAI terlalu rendah setelah kes sodomi I dan II diikuti dengan bayangan video Sex dan bayangan tuduhan billion ringgit dalam akaun di bawah kawalan pihaknya.

DSAI tidak perlu menunggu keputusan PRU13 dan menghabiskan peluangnya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kendatipun dia menjawat jawatan Perdana Menteri, isu skandal yang membebaninya kini tidak mungkin jatuh atau gugur dengan sendirinya. Ianya pasti diungkit sehinggalah dia sekalipun terlepas peluang menjadi Pedana Menteri melalui PRU13.

Dalam politik tiada setiakawan selama-lamanya. Tiada juga musuh selama-lamanya. Ramalan politik bahawa DSAI hanya mampu bertahan dua tahun sekalipun dia menjadi PM tidak boleh dipandang ringan dan remeh.

Wednesday, July 4, 2012

Disepanduk Siap Sedia, Jawapan Tidak Sedia.

Rupanya spanduk telahpun disediakan. Kenapa Jawaban tidak disediakan awal-awal?
Kenalkah anda dengan Ng Phiak Kheng? Adakah anda pernah melakukan kekasaran dan menyebabkan kecederaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang? Adakah anda pernah menampar Ng Phiak Kheng?. 

Tuesday, July 3, 2012

THE US SPONSORED "PROTEST MOVEMENT" IN MALAYSIA

by Nile Bowie

Protests rocked the streets of the Malaysian capital of Kuala Lumpur on Saturday, April 28, as an estimated 25,000 people took to the streets in support of Bersih [1], an organization fighting to reform the nation’s electoral system.

The organization refers to itself as ‘The Coalition for Clean and Fair Elections’, comprised of 84 Malaysian non-governmental organizations (NGOs) that form a ‘coalition of like minded civil society organizations unaffiliated to any political party
’ [2]. The recent rally follows two previous mass demonstrations in November 2007 and July 2011, as organizers renew their demands for the Malaysian Election Commission to resign before the 13th General Elections scheduled for June 2012 [3]. Although the coalition claims to be devoid of political affiliation, the movement is fully endorsed by Malaysia’s main opposition leader, Anwar Ibrahim and the Pakatan Rakyat political coalition he oversees.


SYRIA: NATO's Next "Humanitarian" War?


SYRIA: NATO's Next "Humanitarian" War? Michel Chossudovsky (Editor)
F
ebruary 2012



The Global Research's Online Interactive I-Book Reader, brings together, in the form of chapters, a collection of Global Research feature articles, including debate and analysis, on a broad theme or subject matter.  To consult our Online Interactive I-Book Reader Series, click here.
NOTE TO READERS: This I-Book was completed in February 2012. In view of recent developments, this collection has been updated (June 15, 2012) with additional articles, largely pertaining to the killings of civilians by the US-NATO sponsored Free Syrian Army (FSA). These killings and atrocities perpetrated by US-NATO sponsored death squads are casually blamed on the government with a view to justifying an R2P military intervention.  Additions to the initial February 2012 edition of this I-Book consists of Part VI entitled War Propaganda and the Killing of Innocent Civilians. Other additions are indicated with an [*]
For the most recent Global Research analysis and news reports on Syria, consult our dossier: SYRIA: NATO'S NEXT WAR



ADA YANG LUPA. UMNO BUKAN MILIK KL SAHAJA

UMNO parti Kuala Lumpur?

Bila musim politik "menguning" tiba, ramailah yang berceloteh tentang politik sementara menunggu musim "menuai". PRU13 menjadikan celoteh semakin rancak, semakin sensasi dan semakin mengasyikkan. UMNO disensasikan sebagi "Parti Kuala Lumpur" yang datang ke Sabah untuk menindas dan merampas hak-hak rakyat Sabah. Anehnya isu ini dilupakan bila musim menuai berlalu, bila musim menguning belum tiba.


Lebih aneh bila mereka yang melebel UMNO parti Kuala Lumpur ini sering bercakap dan mengenengahkan pula soal-soal integrasi nasional dan perpaduan nasional sebagai jambatan perpaduan rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jika anda merenung "bayang-bayang"  insan yang bercakap mengenai UMNO parti Kuala Lumpur ini, anda pasti lebih melihat keinginan dan kemahuan politik peribadi dalam pelbagai rupa bentuk. Tidak mengairankan bila keinginan untuk memiliki kelebihan berhubung rapat dengan UMNO dan pemimpinnya akan lebih kelihatan dalan seribu wajah atau rupa paras bayang-bayang insan-insan yang berceloteh ini. Jika bayang-bayang itu mampu berkata-kata pastinya dia bersuara "kalo saya jadi YB baru bagus bah"..

Monday, July 2, 2012

UNGGUL DI SABAH

UNGGUL biarpun dicop UMNOGOK.


Parti politik yang menjadi momokan media cyber pembangkang ialah UMNO kerana mereka sedar bahawa ianya adalah parti tongak dan tunjang yang menjadi nadi dan kekuatan BN. Parti yang sering ditumbuk dengan resepi hanyir yang dipanggil UMNO/BN atau kadang disebut UMNOGOK diharapkan pihak pembangkang akan menjadi sebok dan fully occupied dengan kerja-kerja mengelak tomahan, nampak begitu selamba menepis isu yang majoritinya hanyalah PERSEPSI dan rekaan terutama menjelang PRU13. Dalam banyak keadaan, BN kelihatan tidak tergopoh gapah dan rakus kuasa atau kemaruk bicara menggunakan suara rakyat (konon) yang belum tentu menjadi miliknya.