UMNO parti Kuala Lumpur? |
Bila
musim politik "menguning" tiba, ramailah yang berceloteh tentang
politik sementara menunggu musim "menuai". PRU13 menjadikan celoteh
semakin rancak, semakin sensasi dan semakin mengasyikkan. UMNO disensasikan
sebagi "Parti Kuala Lumpur" yang datang ke Sabah untuk menindas dan
merampas hak-hak rakyat Sabah. Anehnya isu ini dilupakan bila musim menuai
berlalu, bila musim menguning belum tiba.
Lebih
aneh bila mereka yang melebel UMNO parti Kuala Lumpur ini sering bercakap dan
mengenengahkan pula soal-soal integrasi nasional dan perpaduan nasional sebagai jambatan perpaduan rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Jika
anda merenung "bayang-bayang"
insan yang bercakap mengenai UMNO parti Kuala Lumpur ini, anda pasti
lebih melihat keinginan dan kemahuan politik peribadi dalam pelbagai rupa
bentuk. Tidak mengairankan bila keinginan untuk memiliki kelebihan berhubung
rapat dengan UMNO dan pemimpinnya akan lebih kelihatan dalan seribu wajah atau
rupa paras bayang-bayang insan-insan yang berceloteh ini. Jika bayang-bayang itu mampu berkata-kata pastinya dia bersuara "kalo saya jadi YB baru bagus bah"..
Dt. Dr. Jefrey Kitingan |
"...Star
has been saying that Sabah BN has been failing to protect Sabah's special
rights and being the stooges of UMNO dan KL leaders, and this failure turned
Sabah which is resources-rich into poorest in Malaysia....by being proxies and
stooges of KL, these leaders have directly or indirectly supported the transfer
of our political franchise which we gained at the time of independence" -
Dr. Jeffey Kitingan
Intipati
kepada celoteh Jefrey Kitingan ialah UMNO parti Kuala Lumpur menindas dan
merampas hak-hak Sabah. Celoteh Jefrey ini pula dinyanyikan oleh pengikut-pengikut Jeffrey dan STAR di
setiap pelusuk negeri terutama di
kawasan pedalaman Sabah dan di laman web.
Dr.
Jeffrey adalah mantan pemimpin BN. Dia pernah menganggotai PBS, AKAR, PBRS dan
mengaku dirinya BN (bebas) setelah semua parti yang disertainya menjadi
porak-peranda kerana keinginannya menjadi Presiden atau ketua parti yang
disertainya. Beliau pernah memohon menganggotai UMNO dan permohonannya diterima
di peringkat cawangan di Tambunan, Sabah. Namun permohonan itu ditolak
diperingkat Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
Kini
dia berangan-angan menjadi sebagai political king maker dan akan sedia
bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang akan membentuk Kerajaan
Persekutuan dengan syarat parti-parti pebangkang dari KL tidak bertanding di
Sabah dalam PRU13!..HEBAT idea seorang keluaran Havard ini!.
Bolehkah
kita renung sekali lagi bayang-bayang politik Dr. Jeffrey Kitingan yang
mengatakan UMNO parti Kuala Lumpur?
SAPP,
Sabah Progressive Parti yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee mencanangkan isu
yang lebih kurang selari dengan isu yang dibawa oleh Dr. Jefrey yakni isu 20
Perkara. Sebenarnya isu YTL ini digubal dan diadun semula dari isu yang menjadi
"trademark" Dr. Jefrey, isu 20 Perkara. Cumanya, YTL lebih lantang
menuntut "AUTONOMI untuk Sabah" dan mengatakan hanya Anwar Ibrahim
yang mampu "deliver" hak-hak Sabahan.
Yong Teck Lee. Solidariti komponen BN di Sabah antara peninggalannya |
YTL
mendapat gelaran mantan Ketua Menteri dari Barisan Nasional. YTLsuatu ketika
juga pemuja SOLIDARITI parti-parti dalam komponen BN termasuk SAPP. Jika YTL mengatakan Anwar sahaja yang boleh
deliver hak-hak Sabah dan Sabahan, apakah Anwar dilahirkan di Likas atau di
Luyang? Aatau jika PR menjadi kerajaan Persekutuan adakah ibi Pejabat PR
diletakkan di Kota Kinabalu BUKAN di KL?
Kini
lihatlah bayang-bayang politik YTL pula. Apakah kelihatan bentuk rupa UMNO INI
parti KL dan kerjasama dan integrasi KL tidak diperlukan?
Musim
menguning PRU13 ini menampakkan wajah sebenar politikus-politikus tanahair
termasuklah politikus-politikus Sabahan. Sebarang isu yang menguntungkan
organisasinya terus saja digarap kendatipun terpaksa mengorbankan isu-isu
nasional dan kepentingan nasional. Keketaraan isu ANTI FEDERALISMA sukar
disembunyikan. Malah jika terpaksa, prinsip dan idelogi peribadi sebenar terpaksa
diketepikan demi kepentingan politik.
Jelas
dipandangan mata kasar kita bahawa UMNO di Sabah adalah dipimpin oleh orang
Sabah dan ahli-ahlinya adalah orang Sabah. Adakah terpaksa pemimpin pemimpin
UMNO Sabah melutut atau mengampu pemimpin KL untuk kemakmuran dan kesejahteraan
rakyat Sabah? Siapa bilang pembangunan Sabah yang anda lihat hati ini adalah
hasil dari kerja-kerja mengampu dan angkat kaki kepada orang KL dan bukan
perancangan dan perencanaan yang dibuat oleh penjawat-penjawat awam dan pelaksana
di negeri ini?
Siapa
bilang YTL dan Dr. Jefrey tidak memerlukan kerjasama kerajaan pusat jika mereka
ditakdirkan mendapat posisi politik selepas PRU13? Mampukan mereka
merealisasikan kepentingan rakyat Sabah dengan BERKONFRONTASI dengan Kerajaan
Pusat?. Jika jawapannya TIDAK, apakah mereka lebih baik dari pemimpin-pemimpin
Barisan Nasional Sabah termasuk UMNO yang sememangnya akan untuk duduk semeja
sebagai ahli-ahli komponen BN dalam merungkai permasalahan Negeri Sabah?
Selepas
merenung bayang-bayang YTL dan Dr. Jefrey buat kali ketiga, tepuklah dada dan
tanya selera anda...Kita adalah RAKYAT MALAYSIA DI SABAH.
2 comments:
ya ya ya, mungkin saudara penulis harus turun sendiri ke Sabah dan memahami keadaan dan pandangan orang sabah sendiri..
Adakah penulis pernah menetap di sabah dan bergaul dengan penduduk asal Sabah? Adakah penulis memahami sepenuhnya sejarah Pembentukkan Persekutuan Malaysia?
Omar Khayyam: How the poet and astronomer changed the way people measure time
very interesting , good job and thanks for sharing such a good information
Post a Comment