Translate

Monday, July 2, 2012

UNGGUL DI SABAH

UNGGUL biarpun dicop UMNOGOK.


Parti politik yang menjadi momokan media cyber pembangkang ialah UMNO kerana mereka sedar bahawa ianya adalah parti tongak dan tunjang yang menjadi nadi dan kekuatan BN. Parti yang sering ditumbuk dengan resepi hanyir yang dipanggil UMNO/BN atau kadang disebut UMNOGOK diharapkan pihak pembangkang akan menjadi sebok dan fully occupied dengan kerja-kerja mengelak tomahan, nampak begitu selamba menepis isu yang majoritinya hanyalah PERSEPSI dan rekaan terutama menjelang PRU13. Dalam banyak keadaan, BN kelihatan tidak tergopoh gapah dan rakus kuasa atau kemaruk bicara menggunakan suara rakyat (konon) yang belum tentu menjadi miliknya.

Apapun istilah yang digunakan bagi mempercilkan Barisan Nasional BN, ianya tidak merubah struktur BN sebagai parti yang dianggotai 13 ahli Komponen BN. kekuatan setiap parti yang menjadi anggota komponen BN ialah kekuatan Barisan Nasional. BN Jauh dari amalan enau dalam belukar, melepas pucuk masing-masing. Menghalakan mucung senjata semata-mata ke jantung UMNO atau UMNOGOK!, Najib dan Rosmah sekadar menggambarkan sasaran hanya mahu jawatan Najib dan kedudukan isterinya. Aspirasi rakyat bagaimana?

UMNO lahir dari semangat nasionalisma membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajahan British atau lebih tepat cengkaman Barat. PKR lahir dari asas menyelamatkan Anwar Ibrahim dari aib rasuah, maruah dan sodomi. Foundation yang berbeza, kerana PKR lebih bersikap konftorntasi terhadap bangsanya sendiri.


Di Sabah, BN disertai oleh parti-parti tempatan, PBS, UPKO, PBRS, dan LDP. UMNO yang menjadi "kapal besar" Parti USNO, menjadi tunjang BN Sabah. Pakatan Rakyat tidak mempunyai ahli parti tempatan di Sabah. Hanya SAPP sebuah Parti tempatan Sabah yang berjinak-jinak dengan kerjasama PR namun ianya sekadar memenuhi "keperluan enau" menjelang PRU13. Terlalu sukar menyatukan harimau dengan sergala. Apatah  lagi bila binatanmg buruan PR terlalu sendikit. Kawasan sasaran PR untuk bertanding PRU13 pula semakin bertindih, semakin sempit ruang untuk negosiasi lantaran perbezaan agenda, lantaran perbezaa ideologi. 

PAKATAN Sekadar "pancingan" di Sabah.
Parti Maju Sabah (SAPP), DAP, PKR dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) tidak mencapai banyak kemajuan tentang merealisasikan formula satu lawan satu atau lebih dikenali dengan gagasan 1215 yang dimainkan oleh DESAH, Democratic Sabah, satu kelab yang digerakkan untuk merealisasikan 1215.

UBF, United Borneo Front  yang diketuai Datuk Dr. Jefrey Kitingan dengan mendapat dokongan KELAB USNO (BUKAN Parti USNO),   tidak mendapat sokongan PKR, DAP dan SAPP. Bagi Jefrey dengan ideologinya menganggap  SAPP bermain  ‘DIRTY TACTICS’. DAP pula menganggap STAR memberikan kemenangan kepada BN. Tidaklah menghairankan jika ramai menganggap bahawa pembangkang di Sabah "lintang pukang dan kucar kacir sebelum PRU13 dan bakal berpecah aramg menjelang penamaan calon PRU13.

STAR dan UBF adalah pecahan besar PKR di Sabah. Dalam PRU12, Pemimpin, pemimpin akar umbi dan ahli-ahli STAR adalah ahli-ahli dan penyokong PKR secara majoriti. Mereka telah meninggalkan PKR dan disifatkan sebagai perpecahan besar dalam sejarah PKR khasnya dan PR amnya di Sabah. Sebilangan pemimpin DAP dan ahli-ahli DAP di kawasan Pendalaman Sabah juga meninggalkan DAP dan menyertai STAR. Tidak mungkin sebuah pakatan atau parti yang berpecah dapat mengancam kedudukan BN yang unggul bersama komponennya. Boleh saja yang berpecah memekikkan perkataan umnogok sejuta kali, namun realiti kebersatuan BN di Sabah tetap unggul. Dr. Edwin Bosi bekas calon PKR di Moyog, Penampang, yang menyertai DAP, Edward Linggu, Jalumin Bogayoh, Awangsah Datuk Haji Saharin (Bekas calon PKR di Tanjung Aru),  Bekas pemimpin-pemimpin PKR yang menyertai STAR, just to mention a few, dan ramai lagi pemimpin grassroot PKR telah meninggalkan PKR dan menyertai STAR. Siapa yang mampu menafikan kenyataan ini?

Anwar berucap di Semenanjung dengan gah mengatakan bahawa "Sabah akan mengalami KEJUTAN POLITIK menjelang PRU13". Penyokong PR mungkin bersorak tetapi dangkal ilmu mengenai keadaan sebenar di Sabah. Namun, bagi BN, pemimpin BN, komponennya dan penyokong BN tidak sedikitpun terkejut, tergugat dan memberi respon yang serius terhadap kenyataan Anwar. Mereka agaknya sudah semakin lali dengan politik PRESEPSI DAN REKAYASA ciptaan Anwar dengan kuncu-kuncu politiknya. Yang unggul tetap unggul , yang berpecah tetap berpecah.

PKR hanya mampu menaburkan janji politik yang mustahil dapat ditunaikannya. Dalam lawatan terakhir Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Isteri Anwar dan Ibu Nurul) ke Sabah, dia telah mengumumkan peruntukan RM4 billion untuk program membasmi kemiskinan jika PR memerintah. Di Sabah janji seperti ini di panggil "Janji Terang Bulan". Ianya hanya menjadi cerita lelucon kedai kopi  kaki lima di Sabah.

Buku Jingga yang menggariskan JANJI "kepentingan Sabah" hanyalah indah di atas kertas dan ciptaan  si telunjuk jari. Buku Jingga lebih jelas lamunan, illusi atau angan menduduki kerusi empuk Puterajaya oleh individu tertentu. Tidak hairan jika Dr. Jefrey, semasa berada dalam PKR, mengatakan bahawa dia tidak sanggup diperalat oleh pemimpin KL untuk memenuhi kehendak politiknya. Pemimpin PKR Sabah yang berada di bawah telunjuk Anwar tidak akan mampu merealisaikan "janji si hujung jari" Buku Jingga ini. Malah mereka akan tidak mampu membuka mulut mengenai soal Buku Jingga ini. Mampu kah Ketua Perhubungan PKR Sabah, Thamrin Haji Jaini, menuntut dan mendesak Anwar untuk menunaikan janji Buku Jingganya?

PRU13 akan menjelang. Najib tidak tergesa-gesa mengumumkan tarikh PRU ini. Keyakinannya lebih tinggi. Sebahagian pemimpin BN tidak sabar menghukum mereka yang bercakap besar dan takabur. PKR dan PR semakin lebih berang dari semangat janji 916. Politik persepsinya semakin mengunung. Tiny Rafizi sendiri semakin berani mencabar Perdana Menteri. Jika BUKAN KERANA PERSEPSI, politik PKR dan PR sudah lama berkubur. 

Rakyat Malaysia tidak perlu terkejut dengan keputusan PRU13 kelak kerana yang unggul tetap unggul dan yang berpecah akan sekadar mampu memungut serpihan dan impian yang bertaburan entah di mana. Yang agak wise tentunya akan berkata "bukannya kalah cuma @ sekadar belum menang!"

"BTW Mat Sabu sudah ada alasan kalah....BN tipu undi katanya".....Salam Perjuangan.

No comments: