Translate

Saturday, June 30, 2012

PERJALANAN YANG CURAM DAN SEMAKIN SEMPIT

Pendakian yang sukar dan semakin Sempit.

Perjalan Parti KeADILan Rakyat bermula dari kegelapan. Kini PKR sedang dalam pendakian yang curam dan sedang behadapan dengan jalan yang sempit. Sempit dalam mencapai puncak pendakian menuju Puterajaya.

Sebelum mencapai puncak yang diidam-idamkan, arah yang dituju semakin sempit dan semakin diselaputi kabus yang tebal. Krisis demi krisis dalam parti semakin mengancam perjalan PKR. Entah sampai ke puncak entah tidak.
Krisis kempimpinan yang melanda PKR dalam kerajaan Selangor mudah saja dianggap oleh pendokong Pakatan Pembangkang sebagai perkara kecil dan remeh. Mungkin ianya hanya sekadar riak di dalam gelas. Tetapi jika ianya riak kecil, kenapa PKR dan Kerajaan Selangor tidak mampu menanganinya dengan matang?. Isu menghendaki Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Husin, untuk direhatkan sudah menggambarkan yang dia diancam untuk dilucutkan jawatannya. Namun hakikat sebenarnya ia bukan isu Faekah yang hendak dikambing hitamkan. Hakikat sebenarnya adalah lebih  menjurus kepada isu yang lebih besar iaitu pertembungan kehendak politik di antara Menteri Besar dari PKR dan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.

Azmin jelas berpegang kepada kuasanya sebagai Timbalan Presiden PKR manakala Khalid Ibrahim berpegang kepada kuasanya sebagai MB. Kerana itulah sering menjadi persoalan tentang siapa sebenarnya yang lebih berkuasa dalam Majlis Permesyuaratan Kerajaan Negeri Selangor, Azmin atau Khalid. Tentu sekali rakan-rakan dalam Pakatan pembangkang, DAP dan PAS tersepit di tengah-tengah pergeseran atau krisis kepimpinan ini. 

Khabarnya DAP telahpun bermesyuarat dan memutuskan bahawa mereka mengsyorkan agar Faekah meletakkan jawatan. Bagaimanapun, camputangan Dr Wan Azizah, Presiden PKR membuat keputusan berlaku di sebaliknya. Sebagai mantan Setiausaha yang berjasa semasa dia memegang tampuk MP Permatang pauh, dan telah sama-sama mengalami kcelakaan jalan raya, konon akibat disabotaj, Presiden PKR itu lebih menyebelahi Faekah. Apakah sudah timbul pertentangan DAP dengan Presiden PKR? Apakah ini juga menjadi "excess baggage"  dalam pendakian PKR menuju puncak?

Anggapan bahawa kekuatan PKR hanyalah "menumpang" pada kekuatan PAS dan DAP memang sukar disangkal. Kejayaan Anwar menghubungkan PAS-DAP dapat dibanggakan penyokong PR. Namun menutupi perbezaan dan menyapu di bawah karpet permasalahan dan perbezaan mereka tidaklah semudah yang disangkakan. Sukar dirungkai. Sesukar mencampur air dengan minyak.

Di Sabah, walaupun tidak diwar-warkan media massa, bilangan penyokong dan pemimpin PKR yang meninggalkan PKR amatlah ramai. Kewujudan Parti STAR secara jelas menjadi wadah baru tempat penghijrahan beramai-ramai sebilangan besar pemimpin, penyokong dan ahli-ahli PKR. Ringkasnya PKR di Sabah telahpun berpecah. Dalam keadaan yang berpecah ini, apakah kekuatan PKR di Sabah bertambah berbanding kekuatannya semasa PRU12? Apakah ini juga bukan halangan kepada pendakian PKR memandangkan Sabah dan Sarawak telah menjadi penyelamat Kerajaan Persekutuan?

Dr Jeffrey Kitingan yang mengetuai STAR Sabah sejak awal telahpun membakar jambatan dengan PKR setelah dinafikan jawatan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Dalam masa yang sama, DAP Sabah telah mengeluarkan kenyataan media bahawa STAR hanyalah parti yang membantu memenangkan Barisan Nasional. Sehubungan itu, Dr. J telah mengeluarkan respond bahawa "buat apa saya membuang masa menyokong Barisan Nasional".

Sebilangan pemimpin politik PKR pula mendakwa bahawa Dr. J menjadi "pelacur politik" setelah diwar-warkan bahawa STAR akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan. Isu itu timbul setelah STAR Sabah menyuarakan keinginannya agar parti-parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia, termasuk DAP dan PKR untuk tidak bertanding di Sabah dalam PRU13. Dr. J lebih berkeinganan supaya UBF, United Borneo Front diberikan keutamaan. Parti-parti yang bergabung dan menyokong PR pula menolak pelawaan Dr.J.  Apakah perkara ini tidak menghambat perjalanan dan pendakian PKR?

Sabah Progresif Party, SAPP yang dipimpin oleh Datuk Yong Teck Lee lebih kelihatan sebagai sebuah parti yang lebih berkeinginan besar untuk bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang. Bagaimanapun, kerjasama SAPP ini dilihat sesetengah pihak dalam pembangkang sebagai satu "negotiation strategy" yang lebih menjurus kepada keinginan agar tidak berlaku pertembungan atau pertindihan antara DAP, dan SAPP terutamanya, memandangkan kedua-dua parti ini berkongsi kawasan yang menjadi sasaran. 

SAPP lebih kelihatan mempromosi gagasan 1215, "one to one fight", antara pembangkang dengan Barisan Nasional. Beberapa pertemuan Dr. J dengan Yong Teck lee tidak membuahkan hasil yang "concrete".

Apakah 1215 ini sekadar illusi?. Rekod pertembungan SAPP dan PKR dalam PRK MP Batu Sapi Sandakan menyaksikan pertandingan tiga Penjuru, Yong Teck Lee (SAPP) dan Tuan Haji Ansari Abdullah (PKR) menentang Calon Barisan Nasional Datin Linda Tsin. Tuan Haji Ansari-PKR sendiri mengatasi undi Presiden SAPP, namun kedua-dua mereka tewas kepada calon BN. Mereka berdua masih memegang "smoking guns". Apakah mereka dapat bekerjasama menjelang PRU13 pada hakikat yang sebenar-benarnya?

Dalam laman sosial seperti FB, pemimpin akar umbi SAPP masih menganggap sebilangan pemimpin PKR sebagai "pengacau" dan begitu juga pemimpin akar umbi PKR yang menganggap SAPP sebagi mencuri peluang. Apakah ini bukan halangan besar kepada pendakian PKR dan PR?

Tidak dinafikan Pakatan Rakyat mempunyai pengaruh di Sabah. Anwar semasa berucap di Semenanjung mengatakan bahawa "akan berlaku kejutan politik di Sabah". Namun ramai yang sudah sedar bahawa politik yang di asakan kepada "persepsi" sudah tidak laku di zaman millennium ini. politik Sabah tetap tenang dan gagasan Sabah sebagai "fix deposit" tetap berjalan lancar.

Pengaruh politik PKR dan PR di Sabah "good but not good enough" untuk menumbangkan kerajaan BN Sabah yang ditunjangi UMNO, PBS, UPKO, PBRS, LDP dan beberapa parti lagi Parti yang berasal dari Semenanjung seperti MCA. MIC dan PPP dan lainnya. Menjadikan Sabah sebagai model kekuatan PR adalah sama seperti menduga lautan dengan kail sejengkal.

No comments: