Suddenly, Kipas menjadi senjata ampuh calon PKR di Kajang dan Bomoh yang dikatakan dihantar DSAI ke KLIA menjadi cerita panas. |
Di mana sahaja calon PKR dalam PRK Kajang berada, "kipas klasik" di tangannya selalu sahaja terbuka. Entah benar disebabkan oleh cuaca panas dan jerebu entah tidak kerana kipas klasik itu lajimnya akan menggangu pergerakan pembawanya. Tiba tiba sahaja ia menjadi "perhiasan" PRK di Kajang bagi calon PKR itu.
Di atas pentas, kipas itu sentiasa terbuka dan berkibar bagaikan TARIAN KIPAS sedang dipersembahkan. SL tak pasti samada ini sudah menjadi sebahagian dari kebiasaan DSWA sejak sekian lama. Bagaimanapun, ia lebih ketara dalam PRK Kajang. Apakah kipas klasik ini mampu menjadi senjata ampuh atau satu strategi yang bekesan dalam PRK Kajang?
Kelapa muda pula telah "diterbangkan" dengan pelbagai bancuhan oleh pereka gambar dengan photoshop. Nampak jelas sebagai satu lelucun dan jenaka murahan yang mampu menyakitkan hati ahli keluarga yang terlibat dalam MH370.
DSAI, dalam FMT, tidak menafikan bahawa dia telah menghantar "bomoh kelapa muda dan teropong bambu" ini. Apa muslihatnya?. Dia hanya mempersoalkan kenapa pihak berkuasa membenarkan "bomoh kelapa muda dan teropong bambu ini melakukan ritualnya di KLIA. Tetapi yang DSAI lupa bahawa dia yang menghantarnya dan adakah pihak berkuasa tahu dan faham ritual itu SEBELUM ianya dipersembahkan?.
Kajang O Kajang.. Antara KIPAS dan Kelapa Muda plus Teropong Bambu, mana agaknya yang lebih berbisa? KEDUA DUANYA DIHANTAR DSAI. SATU DI KAJANG, SATU DI KLIA.