Translate

Saturday, April 11, 2009

NAJIB JADI PERDANA MENTERI, ANWAR MASIH MENGAMUK

Hakikatnya, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia ke enam. Barisan Kabinet Malaysia dan wira-wira Najib juga telah dibentuk. Najib sudahpun memulakan kerja dan ke Pataya, Thailand untuk satu konvensyen antarabangsa resmi.

Najib sudahpun memulakan gagasannya, "Transformasi" dan "One Malaysia". Ini adalah sesuatu yang diperincinya dan disadurkan mengikut acuan Malaysia. Ianya bukanlah satu gagasan yang digunakan untuk menentang Dato Seri Anwar Ibrahim yang mempopularkan "Reformasi dan "Malaysian Malaysia" yang banyak diukir dan di hias dengan ideologi kebebasan Barat yang "mute" dengan perjuangan "agama, bangsa dan tanahair" dan hak-hak istemewa "Peribumi Malaysia".

Apabila Najib jadi Perdana Menteri, Anwar masih terus mengamuk. Selepas barisan Kabinet Malaysia 2009 diumumkan Najib setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong, Anwar masih menggunakan tikaman lidahnya yang tajam. Dia masih menghunus kata soal yang bermaksud "Mana Khairy?, kenapa Mukhriz?". YB. Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang diampunkan oleh "Jawatankuasa Desiplin UMNO" walaupun didapati mengamal politik wang, tidakpun menghunus kerisnya. Tapi Anwar yang sebok. Anwar mengamuk, sedangkan dalam kempennya seluruh tanahair sebelum ini Anwar dan awak-awaknya membalun KJ bagai KJ itu "Punching Bag" yang mesti dihentam dan diterajang habis-habisan. Muka Khairy banyak dicontengnya dengan "cat keruing".

Di penghujung inipun Anwar masih tetap mengamuk. Dia masih tetap membela seorang wanita jelita, seorang model anak satu yang tidak pasti siapa bapanya. Model ini menggoncang media dunia dan politik Malaysia. Anwar seolah-olah amat "sayang dan cinta" akan model ini, lebih dari cintanya terhadap rakyat Malaysia. Bila mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua orang yang membunuh model ini, Anwar masih tetap mengamuk. Dia bagai mengamuk kepada mahkamah. Barangkali kerana Anwar ada pengalaman pahit dengan mahkamah ini sehingga "membiru lebam mata kirinya" ditumbuk Rahim Noor. Agaknya ini kisah "lain yang tumbuk lain yang jahat" .

Bila hukuman "gantung sampai mati" terhadap pembunuh model "tersayang ini", Anwar masih mengamuk. Dia telah pernah menjelajah seluruh negara "memanggil" dan "meraungkan" nama model ini. Altantuya...Altantuya..Altantuya namun Altantuya tidak pernah menjawabnya.

Anwar dihujung senja usianya dan dihujung waktu ini tetap terus mengamuk.. seolah-olah dibenaknya..Kenapa bukan Najib yang dihukum gantung sampai mati....kenapa dia jadi PM ke enam..Kenapa?.
.
LATEST...
DSAI pula buat Kebinet Bayangan PKR 2009, yang disifatkan ramai sebagai Kabinet Khayalan. Kita nak lihat dan nak tahu dengan detail. Adakah dalam posting blog DSAI?

Thursday, April 9, 2009

TAHNIAH BUAT SABAHAN.

Perlantikan empat Menteri Penuh dan lima Timbalan Menteri rasanya sudah wajar menunjukkan bahawa dalam Kabinet Malaysia membanggakan.

Selain ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee yang juga dari Sabah, tidaklah wajar lagi dikatakan bahawa Sabah dianak tirikan dalam barisan Kabinet Malaysia. Tidak lagi perlu timbul soal "memalukan" dan "rumah teres" yang pernah di perkatakan YB Datuk Ghapur Salleh MP Kalabakan dan YB. Datuk Anipah Haji Aman, MP Kimanis sedikit masa lalu.

Soal yang penting yang perlu diberikan penekanan pada masa ini ialah soal peruntukkan pembangunan. Soal "slice of pie" yang lebih adil dan saksama bagi Sabah memandangkan lebih banyak "yang perlu dilaksanakan" di Sabah memandangkan Sabah di lihat masih mengalami gejala kemiskinan yang tinggi.

Saya tidak yakin bahawa Pembangunan Korridow adalah jawaban kepada masalah gejala kemiskinan penduduk. Barangkali Pembangunan Korridow dapat mengubati "kemiskinan hati" sesetengah pemimpin yang tergamak melihat kemiskinan dan derita rakyat dengan program yang memperkaya golongan yang kaya raya.

Mungkin gejala kemiskinan di Semenanjung Malaysia berbeza dari segi ciri dan sifatnya. Kemiskinan di Sabah banyak dipengaruhi oleh kekuarangan atau langsung tiada kemudahan infrastruktur khasnya infrastruktur yang utama seperti Jalan Raya, Letrik dan Air.

Andainya "Little Jenny berkunjung ke Pedalaman dan membina infrastruktur ini, penduduk pedalaman ini tidak perlu meminta jenny untuk memberi mereka wang. Mereka mampu berdikari dengan kekayaan sumber yang ada".

Kemiskinan di Semenanjung Malaysia tidak lagi menyebut Jalan Raya, Jambatan Gantung, Paip air, Sistem Pengairan Pertanian khasnya padi, Klinik Desa, Sekolah Rendah, Tadika dan seumpamanya. Semua kemudahan itu hampir telah tersedia. Namun di Sabah, kemudah ini masih terlalu kurang terutama di Bahagian Pendalaman. Hakikat yang perlu di fahami ialah Sabah itu luas dan densiti kependudukannya di kawasan Pedalaman rendah.

"Slice of pie" ke Sabah sesungguhnya perlu wajar dan adil kerana sesungguhnya dan sebenarnya "Sabah menyertai Malaysia sebagai sebuah Negara".

Monday, April 6, 2009

SALAM TRANSFORMASI


Salam Transformasi buat rakan-rakan blogger.
SELAMAT MAJU
"Bersatu Kita Teguh Berpecah Kita Roboh"
(TQ sabahkita-for this pic. Pls. feel free to copy)