Barangkali kita ingin kembali ke zaman batu dan mula menggunakan hukum rimba bila kita mula jadi pengadu, pendakwa dan sekaligus sebagai hakim. Lalu si bapa mengsyorkan kepada anaknya agar si ibunya yang di rumah sahaja disembelih setelah gadis bunian yang seksi ditemui di tengah belantara. Demikian pegangan si barbarik. Barangkali dia akan lebih ganas dan buas bila kecanduan politik.
Gambar : Tunjuk Perasaan kematian Teo Beng Hock. Adakah mereka mengadu, mendakwa dan menghakim?
Makan tom yam yang terlebih pedas akan dikata tomyam BN, minum kopi yang tawar dan pahit akan dicap kopi BN, bila jalan berlumpur akan dibubuh tanda "projek BN"; bila bakar bunga api, Hari Kebangsaan dia kata BN tak bayar bonus sebab BN bakar duit rakyat. Barangkali bila isteri tak masak sedap lagi di rumah , dia akan blame -"ajaran wanita UMNO". Bila nampak perempuan hodoh dia kata "Puteri UMNO". Manusia yang bersikap keterlaluan begini sebenarnya tak jauh bezanya dengan sikap barbarik yang hanya layak tinggal bertuankan rimau dan bersahabat karib dengan ular tedung di rimba.
Kes kematian SU Politik politik kepada Adun Seri Kembangan dan pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, Teo Beng Hock, mendapat reaksi yang pelbagai dari pelbagai pihak. Teori yang bermacam-macam mula memenuhi dada media. Demonstrasi juga diadakan oleh pihak yang suka berdemonstrasi dan suka berdepan polis dan menyusahkan polis. Lalu jari-jari semakin ligat menunding dan mulut tak berhenti-henti "berkunyanyang" (becakap tak henti-henti). Semua salahkan BN.
Jari telunjuk pula macam ekor anjing yang nampak tuannya membimbit bekas makanan. Ekornya bergoyang tak tentu arah ke kiri dan ke kanan air liur sudah melilih. Barangkali anjing seperti itu sahaja yang tidak menuduh bahawa itu "makanan BN".
Demikianlah sindrom bila kita jadi pengadu, pendakwa dan hakim dalam masa yang sama. Sayang kita tak mahu tinggal di rimba raya mencari puteri bunian dan membenar barbarik lain menyembelih isteri di rumah; seterusnya hidup bersama sang rimau dan ular tedung. Barangkali kita nanti akan muak bila asyik memakan bangkai saudara sendiri dan muak membuat fitnah?!