Translate

Friday, July 17, 2009

BILA KITA JADI PENGADU PENDAKWA DAN HAKIM DALAM SATU MASA.

Barangkali kita ingin kembali ke zaman batu dan mula menggunakan hukum rimba bila kita mula jadi pengadu, pendakwa dan sekaligus sebagai hakim. Lalu si bapa mengsyorkan kepada anaknya agar si ibunya yang di rumah sahaja disembelih setelah gadis bunian yang seksi ditemui di tengah belantara. Demikian pegangan si barbarik. Barangkali dia akan lebih ganas dan buas bila kecanduan politik.

Gambar : Tunjuk Perasaan kematian Teo Beng Hock. Adakah mereka mengadu, mendakwa dan menghakim?

Makan tom yam yang terlebih pedas akan dikata tomyam BN, minum kopi yang tawar dan pahit akan dicap kopi BN, bila jalan berlumpur akan dibubuh tanda "projek BN"; bila bakar bunga api, Hari Kebangsaan dia kata BN tak bayar bonus sebab BN bakar duit rakyat. Barangkali bila isteri tak masak sedap lagi di rumah , dia akan blame -"ajaran wanita UMNO". Bila nampak perempuan hodoh dia kata "Puteri UMNO". Manusia yang bersikap keterlaluan begini sebenarnya tak jauh bezanya dengan sikap barbarik yang hanya layak tinggal bertuankan rimau dan bersahabat karib dengan ular tedung di rimba.

Kes kematian SU Politik politik kepada Adun Seri Kembangan dan pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, Teo Beng Hock, mendapat reaksi yang pelbagai dari pelbagai pihak. Teori yang bermacam-macam mula memenuhi dada media. Demonstrasi juga diadakan oleh pihak yang suka berdemonstrasi dan suka berdepan polis dan menyusahkan polis. Lalu jari-jari semakin ligat menunding dan mulut tak berhenti-henti "berkunyanyang" (becakap tak henti-henti). Semua salahkan BN.

Jari telunjuk pula macam ekor anjing yang nampak tuannya membimbit bekas makanan. Ekornya bergoyang tak tentu arah ke kiri dan ke kanan air liur sudah melilih. Barangkali anjing seperti itu sahaja yang tidak menuduh bahawa itu "makanan BN".

Demikianlah sindrom bila kita jadi pengadu, pendakwa dan hakim dalam masa yang sama. Sayang kita tak mahu tinggal di rimba raya mencari puteri bunian dan membenar barbarik lain menyembelih isteri di rumah; seterusnya hidup bersama sang rimau dan ular tedung. Barangkali kita nanti akan muak bila asyik memakan bangkai saudara sendiri dan muak membuat fitnah?!

6 comments:

lebai man said...

salam... biasalah mainan AnWar ibrahim sperti diajar oleh Tok Gurunya Amerika, melalui CIA.

lksING said...

Salam.. kematian Teo sepertinya telah di rancang oleh DSAI, kerana agar rakyat tidak menumpu perhatian ke MALUAN BESAR NYA

dayangwulandari said...

DS Najib sudah mula popular.. pakatan mencari hela.. kecacatannya.

Ajin b. Gagah said...

Wahh, ulasan Liza ini, dalam juga makna nya. kalau saya tidak biasa dengan penulasan Liza sejak dulu lagi, pasti nya saya kandas di tengah jalan.
Sila hari bulan, boleh kena 'mental block' lagi.

Seada nya, tidak lah waras untuk menuduh sembarangan.Apa lagi terhadap pehak BN atau pun Pakatan.

Kes jenayah yang begini serius lagi sensitif, perlu di tangani dengan hati-hati dan telus.

Tidak dapat dinafikan, pemerhati masing-masing mempunyai pandangan yang bercampur-aduk.
Termasuk 'conspiracy theory' bagaimana 'incident' ini berlaku.

However, lebih berat mata kita memandang, berat lagi perasaan keluarga mendiang Teoh merasa.

Salam dan semoga success

YANG GAMBI said...

Salam,

Mafia mengekal kawasan jajahan mereka, rancang huru harakan masyarakat, bunuh ahli sendiri, salahkan orang lain, kemudian tawan.......

Begitulah cara pakatan rakyat menyembunyikan jenayah yang mereka akukan.....

Anak X-PKR said...

Ini cerita berebut bijih timah di Lembah kita agaknya. Orang makan orang. Ini memang barbarik zaman moden. Demonstrasi inipun diimport dar luar negeri tanpa kelulusan SIRIM. Too much gangster. Biar mati "anak" jangan mati "adat", adat rimba.