Translate

Monday, July 13, 2009

SK TAMAU: PEMBINAAN TAMBAHAN KELAS: "Tears in The Land of The Elderst"

Sumbangan: Rakan Senjaliza di KB (edited)
NOW SHOWING: The Sad Action Movie "Tears In The Land Of The Elderst"

KE MANA HILANGNYA USAHA HAKIKAT SENDIRIN BERHAD? Apakah usaha sudah tidak menerima hakikat?

Tarikh 03 Disember, 2007 adalah tarikh senyum lebar kerana pada hakikatnya segala usaha murni kerajaan melalui Jabatan Pendidikan akan terbukti kononnya untuk melahirkan masyarakat bistari. Tarikh inilah detik pengambilan tapak Bangunan bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Bangunan Bilik Darjah Tambahan 12 Bilik Darjah bagi SK Tamau, dalam Daerah Kota Belud, tanah tumpah darah bayi sulung UMNO di Sabah.

Satu setengah tahun berlalu bagai "action movie" yang sedih. Barangkali tajuk yang sesuai ialah "Tears In The Land of The Elderst" kerana ia terjadi di bumi kelahiran UMNO yang pertama di Sabah. Di bumi inilah Usaha terpaksa menerima hakikat (mengambil sempena Usaha Hakikat SDN BHD) bahawa hanya sekadar kurang 40% bangunan ini dapat disiapkan. Siapakah "pelaksana projek ini? Siapa sub-kontraktor? Sub-kontraktor yang ke berapa?

Kecuaian telah berlaku. Usaha meneruskan cerita sedih ini pun ada jalannya. Sememangnya jalan penyelesaian pasti ada kerana hakikat usaha kerajaan, BUKAN Hakikat Usaha SDN BHD, pasti diteruskan walaupun berlaku kesedihan yang menyayat hati.

Prosedur biasa: Pertama: Kerajaan akan menyambung kontrak pada satu tarikh yang ditetapkan namun tidak lama, biasanya 3 hingga 6 bulan. Serentak dengan itu kerajaan akan mengenakan "liquidity damage" sebagai surcharge ke atas kontraktor yang telah berlaku cuai dengan melambatkan penyiapan kontrak. Dalam masa yang sama pertimbangan dan budi bicara sering menjadi amalan. Budi bicarapun mesti adil dan berasas. Kecuaian dan perlanggaran kontrak yang disengajakan tidak patut menjadi asas melakukan kelonggaran budibicara yang jitu. Salah tetap salah. Cuai dengan sengaja mesti di surchage! jika tidak "ketelusan tidak berlaku", kebenaran pula dipinggirkan. Apa akan jadi dengan proses TRANSFORMASI dalam agenda 1 Malaysia?

Kedua: tamatkan kontrak dan surchage diteruskan; tindakan undang-undang berasaskan kepada persetujuan kontrak yang dimereti terhadap kontraktor perlu diambil setelah penelitian dibuat. Telitikan dengan terperinci sebarang pelanggaran kontrak. Perlu juga difikirkan samada pihak berkuasa-"Pegawai Penguasa" telah benar-benar melakukan kehendak dan keperluan pelanggan yakni Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua sudut termasuk "human error" perlu dilihat dan "never ever let even a single stone left unturned" Kemudian teruskan projek dengan kontraktor yang baru, berupaya dan berwibawa.

Ketiga: Proses undang undang. Kementerian Pendidikan perlu bertindak tegas sebagai "pelanggan" Cadangan Membina dan Menyiapkan Bangunan Bilik Darjah Tambahan 12 Bilik Darjah bagi SK Tamau, Kota Belud.
.
Kempat dan paling tidak berkesan: Senarai hitamkan kontraktor dan pengarah-pengarahnya.
.
Lain-lain: Fikir-fikirkanlah.....

Gagasan Transformasi dan 1Malaysia mendambakan pegawai dan kakitangan yang "berani menegakkan kebenaran". Sekiranya tidak, apakah faedah yang bakal diperolehi dari gagasan KPI nasional meningkatkan prestasi perkhidmatan awam ? . Sekiranya masalah ini tidak mampu diselesaikan juga, barangkali para ibu bapa dan para pelajar harus mula memikirkan untuk belajar di bawah pokok dan membina "tugu demokrasi pendidikan" di situ.
.
(Teimakasih pada Tuan Eng. Solymone)

12 comments:

SUARA RAKYAT said...

salam.. suatu ulasan yang ditunggu terutama masyarakat Kg Tamau,kerana bangunan tempat belajar amat lah penting bagi penduduk kg Tamau. Kg kg lain yang baru muncul, sekolah-sekolahnya pun elok-elok belaka,manakala kampung Tamau salah satu kampung tertua di Kota Belud, malah Sabah,kemungkinan membangun tugu peringatan untuk pendidikan di sk Tamau itu. Jabatan Pendidikan Negeri perlu bertindak pantas, kerana maklumat telah diberikan, bukan jawapan.. NANTI KAMI CEK, NANTI KAMI HANTAR PEGAWAI UNTUK CEK DSBNYA.

Anonymous said...

Akum,
Nasib SK Tamau, sama dengan nasib SMK Gadong, seperti yang saya muatkan dalam blog saya.

Inilah malangnya apabila melantik kontraktor tidak berwibawa dan orang politik 100%, ada projek dijual kepada orang lain. Mereka dapat duit tapi pelajar menderita.

Pelbagai alasan diberikan, harapan kita amat tinggi kepada pihak berwajib agar mengambil tindak yang wajar.

Nusin Bin Ahap said...

aduh.. tu lah dapap projek tak buat betul2 kalu bleum dapat projek kata kerajaan tak bagi projek...

Ajin b. Gagah said...

Liza,
Huraian mu yang details mengenai 'contractual procedure' ini bukan alang-kepalang.
Lapuran yang bermula dari' extention of time' sehingga ke-contractor di senaraikan ' black list' sungguh hebat...Dahysat.

Kalau Jurutera atau Juru-Ukur Bahan yang 'kurang-kurang' boleh langar tiang tau.

Ini, petanda, Liza ,master dalam hal-hal saperti ini. Seterus nya Liza banyak buat 'Homework' sebelum menulis artikel ini.

So, saya tidak 'rebuff' ulasan Liza. Walau pun saya rasa, ada yang perlu tambahan, disana sini. Namun, saya lebih memikirkan problem dari sudut keseluruhan.

However, dalam topik yang serius saperti ini, selalu nya saya lambat mengulas. kerana saya mengambil kira beberapa perkara yang berhubung kait dengan 'sensitivity index' isu ini.

Dari apa yang saya perhatikan sejak akhir-akhir ini, isu 'delay in the construction and the completion of school complex' ini telah menjadi 'complication'.

Bukan setakat SK Tamau sahaja yang menghadapi masaalah; saperti kata sdra DARI SABAH banyak lagi sekolah-sekolah baru di seluruh Sabah ini yang menghadapi nasib yang sama.

Selain dari itu, mungkin banyak juga bloggers yang tidak tahu bahawa pembangunan solar Hybrid di luar-luar bandar pun banyak juga yang mengalami problem.

Kes ini telah dilapurkan kepada saya oleh kawan saya yang telah di-arah turun padang untuk menyiasat, perkembangan pembinaan dan penyiapan solar hybrid di sekolah-sekolah luar bandar Sabah.

Beliau sangat kesal kerana kebanyakan solar tersebut tidak boleh berfungsi sepatut nya.

kalau dikirakan, projek tersebut telah menelan belanja beratus juta ringgit.

Now, next question ? siapa kah yang ber-accountability dalam hal-hal ini?
JKR, Consultants?, Pendidikan? Kontraktor? Politican ? dsn.
Sama-sama lah kita fikirkan.

walau pun saya tahu, namun buat masa ini saya 'refrain' kan diri saya untuk membuat ulasan kerana status saya hanya lah sebagai pelawat, disamping kekurangan fakta yang konkret sebelum membuat 'statement'.
Perkara yang serius sepatut nya di tangani dengan penuh serius juga'.

Saperti biasa, Salam dan semoga success.

Hajin said...

SALAM
kontraktor asal sk Tamau dah betukar kepada kontraktor baru yang boleh dianggap ah long. Kontraktor lama mungkin bengkrap dan terpaksa diserahkan kepada kontraktor yang mungkin dikuasai oleh ah long. Kesannya projek lambat siap dan kalau siappun takut pula tiba-tiba runtuh. Anak saya ada tiga orang belajar di sana.

Datu Sulaiman said...

Sausara Liza,
Banyak tulisan saya lebih berbentuk kepada tidak menyokong kerajaan.Saya cuba menyokong tetapi tidak boleh, sebabnya saya tidak dapat membohongi diri saya apabila berhadapan dengan kelembaban-kelembaban yang berlaku, salah satunya seperti yang sdr laporkan ini. Saya berpendapat kerajaan yang kita ada ini tidak lagi releven kerana gagal menjalankan amanah rakyat secara berkredibiliti dan berintegriti. Sekolah terbengkalai seperti ini adalah satu 'jenayah' kepentingan rakyat. siapa yang diberikan amanah membina bangunan ini? Mengapa mereka tidak dapat menyiapkannya pada masa yang ditetapkan? Ini kena dijawab dan dijelaskan oleh kerajaan? Sekarang lagi timbul pula slogan baru, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..kita lihatlah nanti siapa yang diutamakan? Rakyatkah atau sekelompok rakyat yang digelar 'kroni politik'? Dulu cemerlang, gemilang, terbilang..tetapi akhirnya yang hidup gilang-gemilang ialah kroni-kroni politik yang diberikan pekerjaan sebagai 'kontraktor'.

Dee said...

Salam Liza. .

Projek2 terbangkalai seperti ini bkn saja sekolah malah kemudahan2 lain yg memberi menfaat kpd rakyat harus ditangani oleh kerajaan dgn segera. Jika tidak di tangani dgn cekap dan kadar segera ini hanya memampakkan ketidak cekapan dan ketidak prihatinan kerajaan dlm memberikan kemudahan kpd rakyat..Perkara ini juga sudah tentu menimbulkan persepsi yg negetif dikalangan rakyat terhdp kerajaan.Berbagai persepsi atau pandangan rakyat terhadap kerajaan. .seperti kerajaan tidak bertanggunjawb,membuat kerja sambil lewa,tidak profesional,tidak membuat kejian secara menyeluruh,rasuah dan berbagai lagi tanggapan buruk di mata rakyat terhadap kerajaan..Semua ifaktor ini wlaupan hanya persepsi tapi kesannya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan mentadbir kerajaan negeri.. Rakyat yg hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kerajaan sudah tentu akan mengalihkan undi mereka kpd pembangkang pd pilihan raya akan dtg.. Perlu dingat dlm setiap pilhan raya 1 undi itu amat penting kerana kelebihan 1 undi adalah penentu kpd mana2 parti untuk memerintah dan mentadbir negeri.. Oleh itu Kerajaan yang ada skrg harus serius menangani dgn bijak sebarang projek yg melibatkan kepenting rakyat ..jgn leka dan lewa buruk padahnya. .

Kerajaan skrg harus diingatkan. .anda telah diberi kan kepercayaan yg besar oleh rakyat untuk memerintah..Rakyat telah memberikan suara majoriti mereka dlm pilihan raya yg lalu.Rakyat telah memberikan kepercayaan kpd kerajaan untuk membimbing mereka keluar dari kemelut kemiskinan,kesusahan hidup,Rakyat telah memberikan kepercayaan kpd kerajaan untuk membangunkan kawasan2 perkampungan,daerah luar bandar yg begitu daif dari segi infrastuktur dan kemudahan asas..

Adalah diharapkan kpd pihak kerajaan agar mereka ini bekerja dan berbakti kpd rakyat dgn sungguh2,cekap,amanah dan ikhlas seperti mana yg telah diamanahkan oleh rakyat kpd mereka.. Rakyat skg sudah pandai menilai,tidak lagi mudah diperbodohkan..tsunami politik pd PRU 12 tidak mustahir akan berlaku disini jika kerajaan masih leka dan mengabaikan kepentingan rakyat.

Wasalam. .

1Borneo said...

Salam, sebelumnya saya ada terbaca ulasan rengkas mengenai indeks persepsi rasuah di Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak antara bangsa berautority berasaskan kajian. Persoalan saya kepada saudara-saudara apa maksud dan maknanya indeks tersebut?

2.Kalau ada indeks persepsi rasuah untuk Malaysia sebagai sebuah negara, sudah pasti sepatutnya ada pula Indeks Persepsi Rasuah bagi setiap negeri di Malaysia". Dalam isu seperti ini, isu persoalan dalam posting Senja Liza kali ini dan maksud ulasan-ulasan yang diberi adalah merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa masalah dan isu rasuah di negeri dibawah bayu ini adalah dalam status yang agah kritikal dan dalam "krisis".

3.Tindakan perlu disegerakan oleh pihak yang berwajib sepatutnya dan kita juga termasuk dalam kumpulan yang menerima tanggunjawab bahawa memerangi kekufuran seperti mencegah amalan perbuatan rasuah adalah difarduhkan kepada setiap orang muslim. Persoalannya, realiti keadaan sosio-ekonomi Sabah yang tidak sepatutnya tergolong antara negeri dalam "berindeks mundur" sedangkan Sabah kaya dengan sumber alam dan pelbagi sumber lain lagi adalah petunjuk bahawa Sabah adalah dalam keadaan "yang perlu diperbetulkan". Ulasan mengenai perkara ini akan menyusul selagi wadah laman blog masih relevan untuk menjadi helaian yang berkesan bagi memuatkan pelbagai informasi yang ada pada kita, Insyaallah.

4. Persoalannya, adakah saudara-saudara ada ulasan mengenai apa yang saya maksudkan khususnya mengenai maksud peranggan 2 dan 3 diatas ?

Anonymous said...

Salam semua...
Hebat-hebat belaka huraian dan perkongsian maklumat yang anda semua berikan, bikin saya begagar lutut mahu menjawab..tapi, seboleh-bolehnya...saya ingin menumpukan pada seorang sahaja...iaitu DATU SULAIMAN.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Bukan sebarang slogan kaki lima atau sekadar penyegar mulut. Dipraktekkan dan dilaksanakan sebaik mungkin, cuma.. bahagian penguatkuasaan sahaja yang masih longgar dan begagar bila ada angin `gambar agung' yang berkibar.

Ini biasa berlaku, bukan saja di peringkat atasan..tetapi juga berlaku di pejabat daerah, majlis daerah dan JKR. Disini lerr terdapatnya kelemahan tersebut, kerana kita semua sedia maklum, yang menjawat jawatan disana itu bukan dari kalangan orang politik. Mereka adalah orang-orang atas pagar...ikut rentak angin bertiup, kekiri atau kekanan. Dan ada juga yang terdiri dari kelompok pembangkang, tapi ibarat musang berbulu ayam...nak cari makan le katakan. Tangan kanan hulur salam, tangan kiri sembunyi dibelakang, siap dgn simbol F*** Y**.

Semuanya sudah terhampar dihadapan kita, kalau semua jalankan tugas mengikut garis panduan yang disediakan..insyaallah, pasti beroleh berkat. Tetapi..kalau satu komponen saja yang `slack'..habis semua jadi berantakkan. Kalau dalam bidang kejuruteraan, satu tiang asas saja yang lemah, yang tegap macammanapun bangunan yg kita bina...pasti akan cacat juga semuanya. Betul tidak Bro Solymone..??

Jadi..dalam soal ini, sdr DATU SULAIMAN...bukan salah kerajaan bila perkara begini berlaku. Salah KERAJAAN lah kalau mereka langsung tidak menyediakan peruntukkan dana untuk membangunkan sekolah tersebut, tetapi ini tidak. Mereka sudah menjalankan kewajipan mereka,cuma dibahagian penguatkuasaan saja yang masih ada kekurangan yang tidak mudah diperbaiki dengan `membuang' kotoran-kotoran dibahagian tersebut sahaja.

Boleh juga disebabkan masa berjalan dgn cepat, perubahan harga barang.. yag kini mengikut pergerakkan ekonomi dunia..kalau masa perancangan awal..jumlah 100 juta mungkin cukup, tetapi..bila ada `gegaran ekonomi dunia' harga barang2 pembinaan, terutamanya besi keluli turut melambung naik.. bajetpun lari. Nak diteruskan susah, tak diteruskanpun susah..jadi,apakah jalan2 yang boleh diambil oleh syarikat pembinaan..memperlahankan proses penyiapan, sambil mencari jalan penyelesaian dgn pihak berwajib. Maka berlakulah kelewatan penyiapan sesuatu projek.

Jangan kita fikir, kalau satu kontraktor dapat projek kerajaan, kemudian tu jual pada sub-kon, dia boleh goyang kaki lepas itu..tidak!! Nama penerima projek adalah yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan sesuatu projek, tak kiralah berapa banyak kali sudah projek itu berpindah milik...tak semudah itu anda semua patut berfikir.

Soal kroni-kroni politik pulak, tiada salahnya mereka dapatkan berapa banyak projekpun, kerana mereka juga RAKYAT dan PENYOKONG kerajaan. Adakah patut kita beri habuan pada orang-orang yang tidak menyokong dan membantu kita?? GILA ITU...BOSS!! Pergilah bagi makanan pada seseorang, selepas dia sambut makanan tersebut, dia TAMPAR muka kita...APA KO RASA...ORENNNN?? Logikkah begitu....apa pendapat anda semua...??? ADA OTAK..FIKIR, ADA AKAL...GUNAKANLAH SECARA LOGIK..bukan susahpun.

Sekian..
(Bukan penyokong kroni politik,kontraktor2..sekadar seorang yang menggunakan akal secara logik).

1Borneo said...

Apa yang berlaku itu akan menguatkan persepsi dan membantu membenarkan bahawa kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa adalah benar. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) [BH 06/03/07].

2.Kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)]. Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negaranegara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah). Haiti iaitu negara yang paling miskin di Carribean menduduki tangga terbawah dengan index 1.8, sementara uinea, Iraq dan Myanmar menduduki tangga kedua tercorot dengan index 1.9. Iraq mengalami kemiskinan selepas penjahahan oleh Amerika di mana satu pertiga dari rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, dan 5% dari rakyat Iraq mengalami kemiskinan serius, walaupun Iraq mempunyai simpanan minyak kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi http://www.islamonline.com, 19 Febuari 2007].

3.Laporan rasuah oleh transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah negara. [http://www.finfacts.com/corruption.htm].

4.Laporan ini membuktikan bahawa gejala rasuah adalah semakin buruk di negara ini. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok sendiri tidak menyangkal indeks ini [UM 13/02/07].

5.Walau apa yang dilaporkan sekalipun, bukanlah kerja kita untuk melihat dari segi kuantiti dan seterusnya berbangga jika indeks negara Malaysia semakin baik. Sebagai seorang Muslim, kita wajib melihat isu ini dari perspektif Islam, yang mana Islam memandang bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah dan meraih keredhaanNya semata-mata. Justeru, tolok ukur perbuatan kita di dunia di dalam meraih redha Allah adalah diukur
dengan indeks halal dan haram dan bukannya diukur dengan indeks selain dari ini. Inilah di antara perbezaan mendasar di antara Ideologi Islam dengan Ideologi Kapitalis yang memandang bahawa tujuan hidup di dunia ini adalah untuk meraih sebanyak-banyak manfaat (samada berupa wang ringgit, harta-benda atau lain-lain) tanpa mengira halal atau haram. Inilah juga sebenarnya yang telah menjadi punca kehinaan umat Islam di mana mereka telah mencampakkan Ideologi Islam dan mengambil serta mengamalkan Ideologi Kapitalis di dalam kehidupan mereka. Halal dan haram tidak lagi menjadi pegangan, tetapi manfaatlah yang dijadikan ukuran di dalam setiap perbuatan! Oleh itu, jika dengan memberi atau menerima rasuah akan beroleh manfaat, maka mereka terus melakukannya, tanpa mengambil kira lagi aspek keharamannya dan tanpa rasa takut akan dosa dan azab yang bakal menanti.

6.Jika maksud para 2 di atas benar bahawa wujud korelasi positif antara kedudukan indeks rasuah dan indeks sosio-ekonomi (kemiskinan) maka persepsi yang menyatakan bahawa negeri dibawah bayu adalah negeri yang mempunyi indeks persepsi rasuah yang tertinggi di Malaysia mungkin ada asasnya.Bersambung.....

1Borneo said...

Sebagai respon kepada persoalan berkaitan dan mengambilkira wujudnya persepsi daripada kalangan komuniti sivil tertentu bahawa isu rasuah itu ada petunjuk yang jelas macam semakin subur, berikut adalah gambaran rengkas akan keburukan rasuah ditinjau dari beberapa fakta nyata dari segi politik, ekonomi dan lainnya iaitu seperti berikut:-

Pertama: Terhakisnya konsep keadilan.

Apabila sumber-sumber ekonomi seperti tender-tender dimonopoli oleh sekelompok pihak yang mampu memberikan ‘sogokan’ yang paling lumayan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik dalam melaksanakan tugas. Akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah, disebabkan hasil kerja buruk oleh syarikat yang mendapatkan tender projek-projek yang selalunya bukanlah syarikat yang terbaik untuk projek-projek tersebut. Contoh bagi kes-kes seumpama ini boleh dilihat sendiri dengan mata kasar dan terjadi secara berulang-ulang. Bagi golongan yang beriman dan terlibat secara langsung di dalam kes-kes tender dan pembinaan, kepedihan dan keperitannya sudah tidak terkata melihat dan menyaksikan gejala rasuah di depan mata. Beberapa bulan atau tahun lalu Bahagian Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya melaporkan bahawa 85.37% projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera mengalir kepada kaum lain. Isu ketirisan projek ini telah mendapat reaksi yang hangat,
khususnya bagi mereka yang sering tertindas. Rasuah yang dilakukan melalui ‘kabel politik’ dan ‘orang dalam’ di jabatan-jabatan berkaitan yang berkuasa membuat keputusan adalah perkara biasa. Di samping itu, ada syarikat-syarikat tertentu meletakkan nama ‘orang-orang besar’ dan ‘berpengaruh’ dalam syarikat mereka agar kehendak mereka dapat tercapai dengan mudah. Telah sering kedengaran keluhan syarikat-syarikat kontraktor tulen yang benar-benar mampu melaksanakan kerja tanpa perlu sub kepada syarikat lain, menceritakan nasib mereka yang seringkali gagal mendapat projek kerana ketiadaan kabel atau pengaruh kuat melobi sama ada melalui kuasa politik atau kuasa wang ringgit. [Isu seperti ini di antara keluhan Saudara Samsudin Ismail dari Skudai Johor, yang disiarkan
di Utusan Malaysia pada 26/02/07].

Kedua: Berlakunya peningkatan kos.

Kos bertambah kerana biasanya harga yang ditawarkan telah dimark-up bagi mengimbangi atau mendapat balik keuntungan (hasil dari projek) setelah ditolak dengan jumlah rasuah yang telah dikeluarkan. Justeru, kita dapati pada hari ini pengguna dibebankan dengan harga atau kos yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya.

Ketiga: Masyarakat akan hilang hormat dan kepercayaan kepada individu atau institusi-institusi yang terlibat dengan rasuah.

Hal ini amat merbahaya kerana kebanyakan individu atau institusi yang terlibat di dalam menerima rasuah adalah pihak berkuasa.

Keempat: Sistem pentadbiran negara tidak akan berfungsi secara sepatutnya kerana wujud saluran-saluran lain selain sistem itu.

Sistem pentadbiran dirangka bagi melicinkan perjalanan sesuatu urusan pentadbiran, tetapi sistem ini ternyata gagal berfungsi apabila wujud amalan rasuah. Ini kerana rasuahlah yang telah menjadi ‘minyak pelincir’ untuk melicinkan perjalanan pengurusan. Jika tidak ada rasuah, maka kebanyakan kerja tidak akan berjalan lancar.

Kelima: Dari segi hukuman, orang yang bersalah kerana melanggar undang-undang tetapi memiliki kekayaan, seolah-olah menjadi ‘kebal’ kerana boleh menggunakan kuasa wang untuk melepaskan dirinya dari dikenakan hukuman.

Keenam: Keselamatan negara boleh terdedah kepada campurtangan asing dan ancaman luar.

Walaupun belum berlaku kepada negara ini, tetapi pada zaman perang dingin, blok Kapitalis pernah memberikan sogokan besar kepada pegawai-pegawai atasan blok Sosialis untuk mengetahui rahsia ketenteraan blok Sosialis, dan juga sebaliknya.

Ketujuh: Hilangnya amanah di dalam sesuatu urusan, kerana mereka bukan lagi bekerja sebagai satu amanah, tetapi kerana manfaat yang boleh diraih dengan jawatan yang dimiliki. Bersambung.......

Anonymous said...

Ishkk....
APA juga masalah si 1BORNEO ni..
kana karan kali tu kepala dia...
`Somebody call 911...(nyanyi..)