Translate

Thursday, September 1, 2011

Rakyat Pula Ingatkan Kit Siang: Garisan Penamat Pakatan Pembangkang.

DAP tidak perlu risau dengan PKR kerana Presiden dan DSAI "sudah dalam genggaman DAP". Namun menyedari keupayaan DSAI menyimpul ikatan DAP-PAS sudah longgar, DAP terus mendekati PAS walaupun terpaksa with or without DSAI.

"....anda terlalu jijik memegang cacing untuk dijadikan umpan. Tetapi kerana cacinglah yang dimakan ikan. Maka kerana itulah anda secara terpaksa mesti memegang cacing untuk dijadikan umpan (bagi menangkap dan memerangkap ikan)....."-Ahmad Deedad
Snouck Hurgronje pernah menganut Islam dan menghadap Kaabah untuk menyesatkan Aqidah Orang islam. Lupakah anda dengan sikap hipokrit seperti ini. Di sini

Politik presepsi dan semata-mata rekaan senario politik semasa DAP semakin menjadi-jadi. Ramai penyebar berita upahan DAP yang menyamar sebagi pesimpati Islam menyusup di segenap ruang lingkup media dan media elektronik. mereka memberi gambaran bahawa kerajaan diambang kejatuhan. Dalam FB, Twitter dalam blog dan berbagai media, penyamaran mereka tidak disedari oleh mereka yang "kemaruk kuasa" dan rakyat jelata yang innocent. Mereka menyamar sebagai orang Melayu yang melebel pemimpin Melayu sebagi "BANGSAT" sebagai usaha menggambarkan bahawa "Melayu sendiri sudah membangsatkan pemimpin Melayu"!

Mereka sanggup mengenakan ijab, pakaian yang biasanya dikenakan wanita Islam dan Lelaki Islam sebagai mengabui mereka yang "mudah kelabu mata" dan tidak biasa/mahir dengan gerakan tipu helah pencacai DAP ini. Mereka sanggup bersahabat rapat dengan wartawan Islam sebagai gerakan dan misi "art of war"  dengan menyamar. Dalam masa yang sama, mereka menyembunyikan "pisau belati berbisa di pinggang". Mereka bertindak seperti espionage dan berkemahiran penuh dengan selok belok hipokrasi. Mereka inilah sebenarnya Ultra DAP yang tidak menyenangi perjuangan pemimpin Melayu dan hak-hak Melayu dan Islam termasuklah perjuangan PAS.

TGHA, Presiden PAS mengatakan "......Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita,”. Kenyataan ini sekaligus bermakna bila tidak ada Pemimpin PAS yang meninggalkan Pakatan Pembangkang, yang bermakna terus menyokong Pakatan Pembangkang walaupun Perjuangan Pakatan Pembangkang memudaratkan aqidah dan pegangan serta landasan perjuangan PAS, bukan Islam terus menyokong PAS. Lesen@Pas inikah yang PAS mesti ada bagi menyokong DAP? Lupakah PAS yang telah mengkhafirkan UMNO kerana bersama-sama MCA dan MIC dan lain-lain dalam BN?

Tanpa disedari TGHA, kenyataa ini, bak "amanat", bermakna PAS juga mesti bersedia bersekongkol dengan ultra DAP ini walaupun belati berbisa tersembunyi di pinggang mereka (DAP).  Keinginan dan kehendak yang melampau untuk mendapatkan kuasalah yang menjadikan sesetengah pemimpin Melayu alpa menegai muslihat "art of war" DAP dan pasukan medianya yang ultra.

Kealpaan mengejar "kuasa" sering membuat pemimpin lupa landasan perjuanganya.  Mereka tergamak "tolerate perkara yang non-negotiable". Apabila prinsip dan ideologi organisasinya koyak rabak  dan runtuh, ahli-ahlinya akan menentang pemimpin dan kepimpinannya. janganlah ada di antara kita merasa hairan jika ahli-ahli PAS sendiri dan penyokong PAS dalam PRU12 akan berpaling menentang pemimpin dan organisasi yang mereka sokong menjelang PRU13 nanti. Simply, mereka menentang kerana atas dasar aqidah dan prinsip. Mereka TIDAK mahu diselewengkan. Mereka TIDAK sanggup bersubahat. Jangan terhentuk baru terngadah.

Ingatan Rakyat buat Lim Kit Siang yang ultra dan penyokong DAP yang ultra tentang garisan penamat Pakatan pembangkang  yang sering disebut Pakatan Rakyat yang belum lahir!.."Rakyat akan kuburkan pemimpin yang bergelomang dengan hipokrasi"..

Komunis dan Bukit Kepong-Bila Melayu Lawan Melayu.

Hero Bersih: dan Keldai Bukan Melayu khasnya Ambiga. Mungkinkah dia jadi Hero jika dia menyebelahi Komunsi dalam Tragedi Bukit Kepong?

Catatan sejarah BUKAN lah isu yang terlalu significant kepada sesetengah politikus terutama bila catatan sejarah itu tidak menguntungkan politik mereka dan pihak mereka.

Peristiwa Bukit Kepong terjadi semasa pemerintahan penjajah British. Sesetengah poliltikus terus jump into conclusion bahawa mereka yang terkoban mempertahankan Balai polis di Bukit Kepong sebagai mempertahankan "Kerajaan Penjajah British", BUKAN mempertahankan Tanahair dari diancam untuk dikuasai Pengganas Komunis. "Mereka BUKAN pejuang Kemerdekaan" kononnya. Apatah lagi mereka yang terkorban itu berkhidmat di bawah kerajaan dan pentadbiran Penjajah British. Oleh itu, bagi sesetengan politikus, mereka BUKAN pejuang kemerdekaan sebaliknya perjuang mempertahankan Kerajaan Penjajah!. Logik tetapi tidak semestinya benar.

Andainya bertolak dari jatuhnya Bukit Kepong kerana tidak langusng dipertahankan oleh "polis dan keluarga mereka" dan kegiatan komunis tidak dibendung askar dan polis Malaya kerana mereka "Bukan Wira" negara lantaran berkhidmat dengan penjajah British, apakah Malaya ketika itu lebih dasyat dari sejarah komunis di Vietnam dan Komboja (Kompuchea kini)?

Ramai yang mensyukuri kemakmoran dan nikmat yang kita kecapi selepas merdeka. Tidak kurang yang yang masih "belum puas" dengan yang dikecapi dengan nikmat kemerdekaan ini. Tetapi jika hendak mencapai "kepuasan" semata-mata, sampai kiamat kepuasan itu tidak akan dapat dicapai atau dipenuhi. Hakikat bahawa sumber dan keupayaan terhad sedang kemahuan tidak terbatas hendaklah diterima. Keadaan ini perlu ditangani dengan menggunakan "kekuatan kuasa minda" barulah kita dapat menyelesaikan scarcity atau kekurangan dan keterbatasan sumber dan keupayaan. Jika kita tidak mampu kita harus berusaha memampukan diri kita. Jika kita hanya mempunyai RM1,500.00, janganlah berbelaja dengan membeli jam tangan yang berharga RM5,000.00.

Perbalahan Melayu VS Melayu di Negara ini ialah  perbalahan kerana ingin merebut "kuasa". Dalam masa yang sama perebutan kuasa orang-orang Melayu ini melemahkan Melayu itu sendiri. Kuasa itu pula terbatas untuk membentuk kerajaan. Tidak akan ada lebih dari satu kerajaan dalam satu Negara!

Agaknya jika Mat Sabu hidup di saat Tragedi Bukit Kepong itu, mungkinkah dia memerangi "Polis British" dan berada di pihak komunis? Atau penyataannya adalah semata-mata kerana satu usaha "merebut atau mengambilalih kuasa" dari kerajaan yang ada? Perdulikan Mat Sabu dengan fakta sejarah  sekiranya dia masih dapat mempertahankan penyokongnya demi merebut kuasa?

Dalam isu ini, sekali lagi Melayu berbalah dengan Melayu. Agaknya bila pemimpin Melayu dikedua-dua belah pihak ini diberikan senjata untuk mempertahankan pendapat dan pegangan masing-masing, akan berbunuh-bunuhankah Melayu ini?

Jika Melayu berbubuh-bunuhan dengan Melayu, ke mana perginya BUKAN Melayu dan Kumpulan Indigenous? Ke mana perginya Sabah dan Sarawak yang rakyatnya juga pernah berkorban nyawa semasa kerajaan British menentang komunis?

Jika Melayu berbalah dengan Melayu, jika Melayu berbunuh-bunuhan dengan Melayu, masih layakkah dan mampukah mereka mempertahankan hak-hak istimewa Melayu dan kumpulan indigenous? Masih layakkah mereka berkata-kata mempertahakan hak Melayu? Dan jika Melayu berperang dengan Melayu, siapa agaknya yang menang?

Tuesday, August 30, 2011

Pakatan Pembangkang, PKR: menghina kakitangan awam.

PKR sudah menghitung jari mengenai PRU13. Samakah dengan menghitung hari-hari mereka berkubur?

Bila Pakatan Pembangkang, khasnya PKR, menghina kakitangan awam dengan mengatakan bahawa pegawai dan kakitangan awam keras kepala . Tindakan itu sudah merupakan satu penghinaan terhadap institusi awam termasuklah Pegawai dan Kakitangan organisasi kerajaan berserta keluarga mereka.

Penghinaan ini pula timbul di saat-saat Pakatan Pembangkang menghitung hari untuk PRU13 diadakan (walaupun tarikhnya belum diumumkan atau diketahui). Nampaknya kebongkakan pakatan pembangkang semakin menjadi-jadi. Dari mengatakan negara ini dimerdekakan Komunis, kini negara ini ditadbirurus pula oleh pegawai dan kakitangan Kerajaan yang "Keras Kepala". Alahai Pakatan Pembangkang....

Nampaknya Pakatan pembangkang sudah berpuas hati dengan hanya undi dari Mat sabu dan Ambiga. Manakala undi dari Pasukan Polis , pejuang kemerdekaan dan keluarga mereka serta undi kaki tangan awam  dan keluarga mereka bolehlah diketepikan oleh Pakatan pembangkang!

Jika demikian, hitunglah hari-hari menjelang PRU13 kerana itulah hari-hari Pakatan Pembangkang akan berkubur...

RELATED:
-PANAS ! PKR Dedahkan DAP Besar Kepala & RASIS !

Bil rawatan yang melampau.

Tuntutan perubatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumlah RM8,434.05 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) jelas MELAMPAU. Sakitnya BUKAN disambar kilat!
Mat Sabu hanya tersungkur menjalankan arahan Ambiga semasa bersih 2. Dengan tersungkur itu dia menuntut jumlah perbelanjaan yang MELAMPAU.  RM8,434.05 (Ringgit Malaysia: Lapan ribu empat ratus tiga puluh empat dan lima sen sahaja) adalah satu kos perubatan yang luarbiasa banyaknya sedangkan mat Sabu ini hanya pesakit luar. Di hospital kerajaan, kos bagi rawatan ini hanya RM2.00.

Persatuan pengguna malaysia kenalah selidiki kos yang begini mahal. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kenalah siasat perkara yang luarbiasa ini.

Baru naik Timbalan Presiden PAS sudah dibayangi perlakuan menyalahgunakan wang rakyat. Apa lagi yang akan disalahguna oleh Mat ini jika dia berkuasa?.

Inilah "KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN" ala Mat Sabu. 

Jelas memilih Mat ini sebagai orang no 2 PAS sudah salah. Inikah wadah perjuangan yang direstui Oleh Parti Islam? Adakah pembaziran seperti ini digalakkan dalam hukum hakam PAS?

Monday, August 29, 2011

Mat Sabu Kena Kepong

Mat Sabu hanya menumpang!

Perwakilan PAS kini pasti mula merasa menyesal meletakkan Mat Sabu sebagi orang no 2 PAS. Rupa-rupanya "Mat Sabu hanya menumpang  ultra DAP". Dia sebenarnya "buta sejarah". PM Najib dalam perutusan Hari Raya dan hari Merdeka sudah menyiku Mat Sabu yang pro Komunis ini. Karpal seperti mahu menurunkan penumpang ini tetapi masih juga bertenggek mengikut ke mana arah dia dibawa komunis! @ Pig!

Memilih Mat Sabu sebagai orang no 2 PAS sudah jadi masalah besar kepada PAS. Isu yang memakan PAS diperkuat Mat Sabu penumpang ini!.Tak menyesalkah PAS memilih "penumpang" ini?.

Sepatutnya Mat Sabu "malu menjadi rakyat Malaysia yang merdeka ini". Jalan yang baik bagi Mat Sabu, kosongkan kerusi no 2 itu dan berilah kepada yang lebih layak. Mat Sabu tak layak sebab dia hanya penumpang dan tak tahu sejarah negaranya sendiri. Malu lagi memalukan. Dah tu jadi liabliti kepada PAS. Ii barangkali kerana dah termakan air mentera Ambiga dan ramuan jamu selera Al Juburi!
Kalo dah buta sejarah negara sendiri..lebih baik resign jerlah! Resign sebelum kena Kepong.

INIKAH RAKAN PAS DALAM PAKATAN PEMBANGKANG?

"10th Commandment: EZAM THE FROG....Muslim convert to christian. This shows that the teaching of Islam is not right....islam is a fake religion.Your allah BABI MOHAMAD is a rapist...holly man doesn't married to 4 wives..does not encouraged jihad....islam doesn't practice and teach his followers the 10th commandment like the christian does....read through our holly bible and understand what are the 10th commandment is all about....just wonder how your babi mohamad looks alike....how come until now nobody show the photo of him....Islam are worshipping stone....EZAM..."BURN YOUR HAIRY WIFE PUSSY"
Apakah PAS sanggup meneruskan persekongkolannya dengan Pakatan Pembangkang.? Sikap mereka ini sudah tidak lagi dapat dikawal oleh PAS kerana mereka sudah merasa dimanjakan PAS. Pengundi yang pernah mengundi PAS pastinya MENYESAL memberikan UNDI mereka dahulu semasa PRU12.

Haram mengundi Pakatan Pembangkang yang memiliki ideologi seperti di atas.

Anai-anai berpindah sarang.

Apa yang hendak dipertontonkan dengan salaman ini hanyalah presepsi. Saling percaya dan setiakawan masih jauh dari wujud di mahkota kebenaran.

Keupayaan DSAI untuk terus menyatukan DAP-PAS sudah mula goyah dan diragui. Harapan setengah pemimpin PAS supaya DSAI digantikan dengan pemimpin lain seperti YM YB Ku Li masih hidup dan terus diimpikan. Ini adalah gambaran bahawa hubungan DAP-PAS berada dalam situasi "telur di hujung tanduk".

Karpal Singh yang menjadi ketua membela DSAI dalam kes Sodomi II pernah menyuarakan agar DSAI digantikan dengan pemimpin baru kerana DSAI sudah banyak melakukan kemusnahan. Saranan KS ini tidak mudah dipadamkan dari ingatan rakyat.

Perubahan tunjang ideologi PAS sejak berada bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang telah banyak mengelincirkan PAS dari perjuangan yang menjadi kekuatannya selama ini. Isu ini memakan diri PAS dan amat sukar ditepis oleh pemimpin hardcore PAS bagi  melemahkan sokongan pengundi yakni rakyat jelata. Rata-rata pengundi yang menyokong PAS dahulu sudah mula menyedari bahawa PAS telah gagal menterjemahkan sokongan mereka kepada bentuk perubahan yang dilaung-laungkan Pakatan Pembangkang. Harapan kepada  wujudnya PAS dalam Pakatan Pembangkang untuk  Masa depan Malaysia yang lebih cerah tidak kunjung jelma. Malah penyokong PAS nyata terpinggir dalam Pakatan ini. 

Banyak isu-isu yang TIDAK boleh  dan TIDAK perlu dikompromi Penyokong PAS dahulu, kini telah banyak diliberalisai oleh kepimpinan PAS. Landasan perjuangan Negara islam, Tindakan JAIS di Selangor dan sebahagian hukum hakam syarie telah banyak ditolerasi walaupun menyakitkan dan mengguris hati penyokong PAS. Kenapa ramai ahli-ahli PAS meninggalkan parti itu di Pulau Pinang, negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang? Malah di Kelantan Sendiri?

Tidak hairan jika akhir-akhir ini suara-suara rakyat marhaen menyeru PAS meninggalkan Pakatan Pembangkang sudah semakin kedengaran dengan lantang di kalangan mereka yang pernah menyokong PAS dalam PRU 12. Media PAS dan penyokong hardcore PAS mudah saja menepis sebarang isu seperti ini. Tetapi hakikatnya, di kalangan pengundi, isu kongkongan dan dominasi DAP dalam Pakatan Pembangkang khasnya terhadap PAS jelas mua memualkan. Keadaan ini tidak harus dipandang ringan, terutama oleh pemimpin hardcore PAS.

Samada PAS terus berada dalam Pakatan Pembangkang atau di luar Pakatan Pembangkang, DAP sudah boleh merayakan kejayaannya 'memecahkan tembok PAS". DAP sudah melihat, dan mengukur dengan terperinci kekuatan PAS. Jika PAS hilang dalam Pakatan pembangkang sekalipun, DAP kini sudah "solid" dengan sokongan penyokong samada mereka ahli DAP atau tidak. Kehilangan PAS dalam Pakatan Pembangkang sudah dihitung dengan jari oleh  DAP. Perencanaan dan signifikasinya tidaklah terlalu relevant atau dirasakan DAP.

Tindakan Mat Sabu yang terkini, megiktiraf KOMUNIST sebagai pejuang sebenar kemerdekaan satu kenyataan yang pahit ditelan oleh pengundi, samada ahli PAS atau para marhaen. terutama menjelangnya Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan.

Setakat ini, jelas bahawa anai-anai telah mula berhijrah. Sarang anai-anai kini telah mula merobek "tiang" Pakatan Pembangkang. Samada penyokong hardcore PAS dan pemimpin PAS menerimanya hakikat ini,  hendaklah mereka cari dan baca di benak rakyat.