Apa yang hendak dipertontonkan dengan salaman ini hanyalah presepsi. Saling percaya dan setiakawan masih jauh dari wujud di mahkota kebenaran.
Keupayaan DSAI untuk terus menyatukan DAP-PAS sudah mula goyah dan diragui. Harapan setengah pemimpin PAS supaya DSAI digantikan dengan pemimpin lain seperti YM YB Ku Li masih hidup dan terus diimpikan. Ini adalah gambaran bahawa hubungan DAP-PAS berada dalam situasi "telur di hujung tanduk".
Karpal Singh yang menjadi ketua membela DSAI dalam kes Sodomi II pernah menyuarakan agar DSAI digantikan dengan pemimpin baru kerana DSAI sudah banyak melakukan kemusnahan. Saranan KS ini tidak mudah dipadamkan dari ingatan rakyat.
Perubahan tunjang ideologi PAS sejak berada bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang telah banyak mengelincirkan PAS dari perjuangan yang menjadi kekuatannya selama ini. Isu ini memakan diri PAS dan amat sukar ditepis oleh pemimpin hardcore PAS bagi melemahkan sokongan pengundi yakni rakyat jelata. Rata-rata pengundi yang menyokong PAS dahulu sudah mula menyedari bahawa PAS telah gagal menterjemahkan sokongan mereka kepada bentuk perubahan yang dilaung-laungkan Pakatan Pembangkang. Harapan kepada wujudnya PAS dalam Pakatan Pembangkang untuk Masa depan Malaysia yang lebih cerah tidak kunjung jelma. Malah penyokong PAS nyata terpinggir dalam Pakatan ini.
Banyak isu-isu yang TIDAK boleh dan TIDAK perlu dikompromi Penyokong PAS dahulu, kini telah banyak diliberalisai oleh kepimpinan PAS. Landasan perjuangan Negara islam, Tindakan JAIS di Selangor dan sebahagian hukum hakam syarie telah banyak ditolerasi walaupun menyakitkan dan mengguris hati penyokong PAS. Kenapa ramai ahli-ahli PAS meninggalkan parti itu di Pulau Pinang, negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang? Malah di Kelantan Sendiri?
Tidak hairan jika akhir-akhir ini suara-suara rakyat marhaen menyeru PAS meninggalkan Pakatan Pembangkang sudah semakin kedengaran dengan lantang di kalangan mereka yang pernah menyokong PAS dalam PRU 12. Media PAS dan penyokong hardcore PAS mudah saja menepis sebarang isu seperti ini. Tetapi hakikatnya, di kalangan pengundi, isu kongkongan dan dominasi DAP dalam Pakatan Pembangkang khasnya terhadap PAS jelas mua memualkan. Keadaan ini tidak harus dipandang ringan, terutama oleh pemimpin hardcore PAS.
Samada PAS terus berada dalam Pakatan Pembangkang atau di luar Pakatan Pembangkang, DAP sudah boleh merayakan kejayaannya 'memecahkan tembok PAS". DAP sudah melihat, dan mengukur dengan terperinci kekuatan PAS. Jika PAS hilang dalam Pakatan pembangkang sekalipun, DAP kini sudah "solid" dengan sokongan penyokong samada mereka ahli DAP atau tidak. Kehilangan PAS dalam Pakatan Pembangkang sudah dihitung dengan jari oleh DAP. Perencanaan dan signifikasinya tidaklah terlalu relevant atau dirasakan DAP.
Tindakan Mat Sabu yang terkini, megiktiraf KOMUNIST sebagai pejuang sebenar kemerdekaan satu kenyataan yang pahit ditelan oleh pengundi, samada ahli PAS atau para marhaen. terutama menjelangnya Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan.
Setakat ini, jelas bahawa anai-anai telah mula berhijrah. Sarang anai-anai kini telah mula merobek "tiang" Pakatan Pembangkang. Samada penyokong hardcore PAS dan pemimpin PAS menerimanya hakikat ini, hendaklah mereka cari dan baca di benak rakyat.
3 comments:
Gambar 3 ekor Beruk sedang memadu kasih.
Anwar masuk saja penjara,..PKR pun hancur lebur !!
DAP makin besar kepala !!
Kerusi PKR pun akan mereka takeover!
PAS mana ada kredibiliti lagi.....
..Pemimpin mereka bebal dan caca-marba ..!!
Hi great reading your post
Post a Comment