Daripada Kalah Teruk Lebih Baik Tak Tanding di Merlimau. Pepatah Inggeris "Its unwise to fight a losing battle"
Pilihanraya Kecil DUN Merlimau bakal berlangsung. Cakap-cakap yang kedengaran dan berita yang tersebar luas, Barisan Nasional kemungkinan akan tidak menghadapi tentangan dari pembangkang. Ini menunjukkan BN ada tanda-tanda akan mendapat MTD, Menang Tanpa Bertanding.
Pembangkang sudah mengiktiraf bahawa Merlimau adalah KUBU KUAT BN. Atas alasan itu, sebelum mereka dihumiliasi lebih baik undur diri. Agaknya Pembangkang khasnya PAS yang diuar-uarkan akan menghadapi BN di Merlimau telah belajar dari peristiwa MUBARAK di Mesir.....
Atau Pembangkang telah melihat "keberantakan sesama mereka" dalam Pakatan Rakyat akan lebih terserlah jika mereka akan kalah teruk lagi di Merlimau !!!. Sesama mereka akan menyalahkan rakan mereka sendiri. Paling dasyat bila PAS kata kekalahan teruk di PRK Tenang adalah disebabkan oleh ANWAR!
Seperkara lagi yang perlu diawasi dengan Pembangkang khasnya PKR (Parti Kian Reput) ialah "penghinaan" pemimpin mereka terhadap mantan pemimpin yang mereka puja-puja sebelum ini. Lihatlah apa yang terjadi dengan Zaid Ibrahim, Thamrin Haji Zaini, Dr. Jeffry Kitingan, Pajudin Nordin. RPK....Anda pasti tidak lupa dengan YB Zulkifli Nordin yang begitu rapat dengan Keluarga Anwar...ramai lagi yang tak perlu disebutkan di sini....
Yang masih kita perlu tunggu ialah bentuk penghinaan pemimpin PKR kepada pemimpin lain seperti Elizabeth Wong, Tian Chua, Christina Liew dsb jika mereka meninggalkan PKR nanti......! Gobala tak payah cakappp ler..
OK..Merlimau....BN menang Tanpa Tanding-(True/false)