Translate

Monday, February 7, 2011

BN Merlimau bakal MTD-Menang Tanpa Tanding?

Daripada Kalah Teruk Lebih Baik Tak Tanding di Merlimau. Pepatah Inggeris "Its unwise to fight a losing battle"

Pilihanraya Kecil DUN Merlimau bakal berlangsung. Cakap-cakap yang kedengaran dan berita yang tersebar luas, Barisan Nasional kemungkinan akan tidak menghadapi tentangan dari pembangkang. Ini menunjukkan BN ada tanda-tanda akan mendapat MTD, Menang Tanpa Bertanding.

Pembangkang sudah mengiktiraf bahawa Merlimau adalah KUBU KUAT BN. Atas alasan itu, sebelum mereka dihumiliasi lebih baik undur diri. Agaknya Pembangkang khasnya PAS yang diuar-uarkan akan menghadapi BN di Merlimau telah belajar dari peristiwa MUBARAK di Mesir.....

Atau Pembangkang telah melihat "keberantakan sesama mereka" dalam Pakatan Rakyat akan lebih terserlah jika mereka akan kalah teruk lagi di Merlimau !!!. Sesama mereka akan menyalahkan rakan mereka sendiri. Paling dasyat bila PAS kata kekalahan teruk di PRK Tenang adalah disebabkan oleh ANWAR!

Seperkara lagi yang perlu diawasi dengan Pembangkang khasnya PKR (Parti Kian Reput) ialah "penghinaan" pemimpin mereka terhadap mantan pemimpin yang mereka puja-puja sebelum ini. Lihatlah apa yang terjadi dengan Zaid Ibrahim, Thamrin Haji Zaini, Dr. Jeffry Kitingan, Pajudin Nordin. RPK....Anda pasti tidak lupa dengan YB Zulkifli Nordin yang begitu rapat dengan Keluarga Anwar...ramai lagi yang tak perlu disebutkan di sini....

Yang masih kita perlu tunggu ialah bentuk penghinaan pemimpin PKR kepada pemimpin lain seperti Elizabeth Wong, Tian Chua, Christina Liew dsb  jika mereka meninggalkan PKR nanti......! Gobala tak payah cakappp ler..

OK..Merlimau....BN menang Tanpa Tanding-(True/false)

14 comments:

anak x-pkr said...

Pakatan Rakyat TAKUT terkubur di Merlimau. Dulu BN tak takutpun lawan Anwar di Permatang Pauh...Kalo Berani suruh Nurul Ezzah resign di Lembvah Pantai....

wazahu said...

KAU LIZA AGAK2 LA NAK HANTAM PKR & PAS..SIAN TAU

JomoSamaTuaran said...

better late than never..kadang-kadang, strategi juga penting dalam permainan politik ni. Biarkan lawan leka dan masyuk dgn kemenangan untuk mencapai kejayaan besar. kita kena ingat...pelanduk mungkin lupa tentang jerat yg dipasang oleh pemburu, tetapi jerat itu tidak pernah lupa pada pelanduk atau si pemburu sendiri.... bagus lagi kita makan raruuu....!!!

Anonymous said...

Pergi jahanam dengan PAS. - N.ajis

Azman Md Safiee said...

HOSTEL 20 orang PRK Merlimau, 2 bthroom, aircond di hall, tv, kettle, iron,Tempat yg strategik, berdktn dgn BandarJasin, Bilik Gerakan, Peti Undi, Masjid dan Pusat Mengundi. RM 5000, boleh nego lg.. berminat hubungi 012-3736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

Mohd Ishak said...

Macam-macam yang mungkin berlaku. Kita tunggu dan lihatlah.

mantra said...

BN mmg mempunyai potensi besar untuk menang di Merlimau.

mantra said...

BN mmg mempunyai potensi besar untuk menang di Merlimau.

lin said...

BN dilihat lebih berpeluang cerah untuk menang di kawasan tersebut. ini kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang mempunyai ramai penyokong BN.

pirate said...

memang menjadi budaya dalam pakatan. siapa2 yang kalah pasti dituduhnya pihak lain sebagai punca. sebab itulah sukar untuk kita lihat improvement dalam pakatan.

Hanroizin said...

Baguslah kalau MTD untuk BN.. Apa pun kita tunggu saja apa yang bakal berlaku..

Paquin said...

Susah mahu komen jika ia melibatkan politik kerana dunia politik memang sangat sukar diramal.

Paquin said...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.

Anonymous said...

google law firm