Translate

Saturday, April 18, 2009

JANGAN DOLAK DALIK LAKSANA PERUBAHAN.

Imej ini:

(Saya memohon dengan sesunggunya memohon ehsan-"belated", untuk mengunapakai imej ini. Mohon ya sabahat blogger pilihan-anda.blogspot.com. Sungguh kreatif). Terima kasih.


Dengar baik-baik cakap Pak Nuwar. Dengarlah...eh eh bacalah...

"....Saya tegaskan kini bukanlah masanya mendendangkan halwa telinga politik. Jika mahukan Perubahan, laksanakannya, jangan lagi berdolak dalik. Pastikan Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan dan maklumat tidak disekat serta suara yang berbeda tidak dibungkam...."-DSAI.

Melihat akan perkara yang ditegaskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ini, maka akan bertambah dan melambunglah pertumbuhan ekonomi dan negara kita. Barangkali. Nah! lihatlah di Amerika, bila Presiden Barack Obama "mengakhiri "khidmat" kem Guantanamo di Cuba, maka harapan ekonomi Amerika dan pertumbuhan ekonomi Amerika telah melambung dari kemelesetan.. Ajaib!.

Ada pelbagai kemungkinan dan andaian akan berlaku dari pemansuhan ISA. Di Sabah, apabila saja tahanan ISA, Pemimpin Darul Islam, dibebaskan maka beranglah sebahagian "manusia". Kes membakar Bendera Sabah di Lahad Datu dilakukan oleh mereka yang hanya mahu "bersuara besar" kerana khuathir "tidak kedengaran". Mereka secara sengaja melakukan probokasi terhadap pihak keselamatan dengan "keberangan" sehingga berang di pintu pagar Balai Polis Lahad Datu Sabah dengan harapan mereka akan ditangkap pihak polis. Maka polis tangkaplah.

Sayapun teramat suka bila ISA dimansuhkan tetapi ianya BUKANlah faktor yang terlalu significant untuk "perubahan" terutama dalam membenteras korupsi, kronisma, penyalahgunaan kuasa. Bukan juga sebagai "critical success faktor" kepada perubahan terutama pertumbuhan ekonomi dan perubahan positif pembangunan fisikal.

Terkadang timbul pula keraguan yang agak kecil di hati kecil saya. Bilamana ISA telah dimansuhkan maka akan ada pula golongan yang akan mengambil kesempatan melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keselamatan rakyat dan negara secara umum. Ini akan pula diburukkan apakala ada pihak tertentu yang cuba memberi ransangan dan mengenyit mata kepada pihak tertentu bagi menguji kepakaran dan kecekapannya "mentelaah" undang-undang. Misalnya seorang pencuri yang benar-benar mencuri akan tidak mengaku bersalah sehingga didapati bersalah melakukannya "in the court of the law".

Tidak kurang penting juga kita tegaskan di sini supaya "jangan ada yang berdolak dalik fasal "bentuk kerajaan" seperti 916 dan "kabinet banyangan". Jangannnn. Siapa pula composer dendangan halwa politik di telinga rakyat ni...? Siapa nak jawab.. jawablah di sini.
Selanjutnya....

Friday, April 17, 2009

BILA ULAR TEDUNG MELILIT ARNAB...

Apabila mahkamah memutuskan bahawa keputusan Speaker DUN Perak, Sivakumar, menggantung MB. Negeri Perak, YAB. Dr, Zambry dan yang lain-lain, LKS bingkas dengan mengatakan bahawa keputusan mahkamah itu adalah "defective, null and void". Alasannya, bukan speaker yang gantung tetapi Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan oleh speaker. Agaknya LKS sengaja tidak mahu faham bahawa keputusan Mahkamah itu hakikatnya adalah ke atas "keputusan menggantung" ADUN-ADUN itu adalah tidak sah hatta walaupun dibuat oleh Jawatankuasa itu......

Lalu kita akan menyalahkan ular kerana kita melihatnya melilit arnab sedangkan ular itu diletakkan bersama-sama oleh tuan "pet" tersebut dalam kadang yang sama....

Bagaimanapula kiranya LKS dan lapan orang MP pembangkang digantung untuk tidak menghadiri persidangan perliment 1 tahun oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, dan AJK yang dibentuknya. Agaknya jawab LKS "...Mokery...mokery mokery..... atau Parliment kelas dunia" yang berdengung sehingga sampai ke Vienna atau di New York.

Bila ada pihak yang cuba jadi champion @ juara tetapi dalam masa yang sama jadi juara dan pakar juru belit, rakyat biasa yang innocent terus jadi mangsa dan merana.

Thursday, April 16, 2009

Japlin - Update..

Japlin tak perlu letak jawatan Adun, Pembantu Menteri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman hari ini, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Japlin Akim tidak perlu meletak jawatan Adun dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kerana belum dibuktikan bersalah. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata demikian mengenai kedudukan Japlin yang ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu bagi membantu siasatan kes politik wang.

UPDATE II.

Tak Perlu Rombakan Kabinet-Musa Aman

.......Musa turut mengulangi kenyataannya bahawa kedudukan Japlin sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Usukan tidak akan terjejas berikutan keputusan Lembaga Disiplin dan beliau sudah pun berjumpa Japlin untuk membincangkan perkara itu. "Dia disiasat saja... siapa pun boleh disiasat. Tapi dia belum dikenakan apa-apa pertuduhan oleh mahkamah, jadi tiada apa-apa tindakan perlu diambil terhadapnya," katanya ketika ditanya mengenai kedudukan Japlin dalam Kabinet.........

BERITA HARIAN ONLINE...

Tuesday, April 14, 2009

DSAI PUN TAHU...

Gambar-Demonstrasi di Thailand BERJAYA memiskinkan Negara Thai dan Masyarakatnya. Industri pelancongan Thailand lumpuh dan merudum kerana angkara Taksin yang pernah menjual harta utama Thailand tanpa membayar cukai ingin jadi Perdana Menteri semula. Taksin berjaya berperang menggunakan "Perang Lisan". Taksin yang disabitkan rasuah mendapat sokongan Barat lalu "menonton dari jauh" kemurkaan yang dilemparnya kepada rakyat Thailand. Apakah kita belum belajar dari kegetiran hidup ini. Apa untungnya "Rakyat Thailand" dapat menggagalkan Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya?.

DSAI pun tahu bahawa dia tidak dapat dan tidak mampu merobah tahap hidup masyarakat India dan Cina di Malaysia dengan mudah dan sekelip mata. Bagaimanapun, DSAI faham bahawa Masyarakat India dan Cina amat memerlukannya dan PKR selagi DSAI dapat memecahbelahkan masyarakt Melayu dan Bumiputera Malaysia. Selagi DSAI berkompromi untuk menyerahkan hak Bumiputera dan Peribumi khasnya hak Orang Melayu dan Islam, selagi itu DAP dan HINDRAF tetap sayang DSAI dan DSAI perlu dilayan, dibelai supaya merasa disayang dan disanjung.

Hindraf juga tahu dan faham bahawa mereka tidak dapat merobah taraf hidup masyarakat India yang sedang bergelomang kemiskinan dengan mudah. Hindraf hanya tahu bahawa Hindraf dapat meniupkan dan menghidupkan api kemarahan masyarakan India terhadap kerajaan BN dan MIC, walaupun yang mampu merobah tahap hidup masyarakat India ialah kerajaan BN. Pihak yang telah berusaha membantu masyarakat India pada tahap kini sehingga ramai yang menjadi korporat, Peguam dan Doktor ialah Kerajaan BUKAN Hindraf. Hindraf hanya berjaya meniupkan dan membangkitkan semangat melawan masyarakat India. Hindraf hanya memperalat kaum India supaya benci MIC dan BN dan menentang mereka dengan apa cara sekalipun.

Hindraf berjuang dengan menggunakan "kata-kata" , menggunakan "lisan", menggunakan "sentiment", menggunakan "agama" dan menyuntikkan soal "hak" yang Hindraf tahu dan sedar bahawa Hindraf sendiri tidak mampu memberikannya. Namun Hindraf perlu sokongan DSAI agar perang "lisan" Hindraf berkesan dan didengar oleh masyarakat India.. Dengan demikian DSAI akan dan mesti disokong Hindraf. Kebajikan masyarakat India sebenarnya diletakkan ke belakang dan diketepikan oleh Hindraf dan DSAI. Kebajikan masyarakat India biar diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan BN dan MIC itu tugas mereka. Kalau BN dan MIC gagal lebih baik kepada mereka. Mudah bagi mereka "manipulate" dan meniupkah "makkhal Sakhti".

Tugas Hindraf dan DSAI ialah menang perang lisan dan rampas kerajaan!!. Kebajikan dan kemiskinan rakyat berketurunan India belakang kira...DSAI dan Hindraf tidak kisah semua ini. Mereka hanya kisah dan perlu tahu ialah masyarakat India teutama yang berugama Hindu dan yang miskin mesti sokong mereka, mesti sokong PKR, mesti sokong Hindraf dan terpenting orang India MESTI benci MIC dan BN, Orang Cina mesti Benci MCA dan BN; dan mesti sokong Hindraf dan PKR supaya BN dan MIC dapat dikalahkan dan DSAI dapat kuasa. DSAI jadi Perdana Menteri. DSAI sudah lama teramat mengidam "PM". DSAI sudah sampai tahap tak perduli yang lain asalkan dapat jadi PM. Lalu dia akan Puas?.

Monday, April 13, 2009

Penangkapan ADUN Usukan; PRK lagi?

Datuk Japlin Akim, ADUN Usukan, Kota Belud dan Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Sabah.

Dari Sabahkini...
PENANGKAPAN Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah (Sebenarnya Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerjaraya), Datuk Japlin Akim oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung lebih lapan aduan kes rasuah terhadapnya baru-baru ini menunjukkan tanda-tanda akan berlaku pilihanraya kecil Usukan.

Japlin yang ditangkap bersama seorang kontraktor telah diawasi sejak setahun lalu oleh SPRM tidaklah mengejutkan setelah umum mengetahui beliau dijatuhi hukuman gantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Baca lanjut dalam Sabahkini....
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1132:pilihanraya-kecil-usukan&catid=41:jenayah&Itemid=56

Rekod keterlibatan pemimpin UMNO dalam politik wang sejak tertubuhnya Jawatankuasa Badan Desiplin UMNO bagaikan tidak menggerunkan sebahagian pemimpin UMNO. Ianya masih berterusan. Bila Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO kini, terlepas dari menerima hukuman, ramai yang sudah tidak meyakini Badan Desiplin UMNO ini malah terdapat pihak yang mahukan agar Badan ini dibubarkan saja.

Suatu waktu dulu, Tan Sri Isa Samad pernah memenangi Jawatan Naib Presiden dan memperolehi undi terbanyak. Selanjutnya beliau dilantik Menteri Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun Tan Sri Isa kemudiannya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO dan juga Jawatannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setelah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Badan Desiplin UMNO kerana telah mengamalkan politik wang. Anehnya, dalam kes Isa ini, tiada seorangpun penerima wang dari Isa atau agennya telah dikenakan hukuman. Seolah-olah amalan menerima "wang politik dari politik wang" oleh para perwakilan dibiarkan menjadi tradisi "haram" yang dihalalkan atau digalakkan lantaran tidak dikenakan apa-apa tindakan!!.

Japlin Akim, ADUN Usukan dan Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah, dijatuhi hukuman gantung selama tiga tahun oleh Badan Desiplin UMNO setelah disabitkan terlibat dengan "politik wang". Bukan itu sahaja, Japlin bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Dia juga ditahan oleh Suruhanjata Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai aduan awam ke atas beliau.

Japlin dan sesiapa sahaja tidak boleh menyalahkan orang lain atas kejadian yang menimpanya. Dia yang melakukannya. "Berani Buat Berani Tanggung". Apapun konsekuen dari perbuatannya yang menyalahi undang-undang dan peraturan hendaklah dihadapinya secara gentleman. Orang lain tak buat salah. Orang lain berangkali lebih bersalah bila menyembunyikan perbuatan salah. Bagaimanapun, setakat ini, saya beranggapan bahawa dia masih "innocent until proven guilty".

Amalan politik wang oleh Japlin sudah cukup untuk dia dilucutkan jawatan Pembantu Menteri, seperti kes Isa Samad dahulu, kecuali ada pihak yang cuba mengekalkannya juga merestui dan menghalalkan perbuatan rasuah dan politik wang. Apakah jawatan Japlin sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian P.169 dan ADUN N.8.Usukan juga terpaksa dia lepaskan?

Nampaknya, kiranya hukuman terdahulu diselaraskan atau diambil sebagai precedence", jawatan Pembantu Menteri Kerja Raya terpaksa dikosongkan dan kemungkinan pilihan raya kecil Usukan akan terpaksa diadakan demi menepati tuntutan "gagasan tranformasi" Perdana Menteri yang baru dan usaha serius kerajaan membenteras amalan rasuah. Persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya umum, apakah Musa Aman, sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah akan akur dengan tuntutan gagasan Perdana Menteri atau main pilih-pilih langsat lagi...