Translate

Friday, April 17, 2009

BILA ULAR TEDUNG MELILIT ARNAB...

Apabila mahkamah memutuskan bahawa keputusan Speaker DUN Perak, Sivakumar, menggantung MB. Negeri Perak, YAB. Dr, Zambry dan yang lain-lain, LKS bingkas dengan mengatakan bahawa keputusan mahkamah itu adalah "defective, null and void". Alasannya, bukan speaker yang gantung tetapi Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan oleh speaker. Agaknya LKS sengaja tidak mahu faham bahawa keputusan Mahkamah itu hakikatnya adalah ke atas "keputusan menggantung" ADUN-ADUN itu adalah tidak sah hatta walaupun dibuat oleh Jawatankuasa itu......

Lalu kita akan menyalahkan ular kerana kita melihatnya melilit arnab sedangkan ular itu diletakkan bersama-sama oleh tuan "pet" tersebut dalam kadang yang sama....

Bagaimanapula kiranya LKS dan lapan orang MP pembangkang digantung untuk tidak menghadiri persidangan perliment 1 tahun oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, dan AJK yang dibentuknya. Agaknya jawab LKS "...Mokery...mokery mokery..... atau Parliment kelas dunia" yang berdengung sehingga sampai ke Vienna atau di New York.

Bila ada pihak yang cuba jadi champion @ juara tetapi dalam masa yang sama jadi juara dan pakar juru belit, rakyat biasa yang innocent terus jadi mangsa dan merana.

4 comments:

Ajin b. Gagah said...

Salam Liza,
Ini lah masaalah nya bila kes politik di transformasikan menjadi kes perundangan. Akibat nya macam-macam rangkaian masaalah telah berlaku sehinggakan ia nya menjadi fenomena yang tidak real dan amat rumit untuk di fahami dan dipercayai kesahihannya… What is good for the goose is good for the gander..I guess.

Justru itu ada lah amat susah bagi kita ( third party) untuk menentukan mana yang benar atau pun tidak. Kecuali kita bias dan menutup suara hati kita. Hanya fokus kepada satu sudut.

Now timbul pula cerita ular dengan arnab peliharaan untuk dijadikan sebagai contoh..Contoh yang nakal saperti ini kekadang membuat otak kita biasa jadi konyol dibuat nya..

However, balik kepada cerita asal, orang selalu berkata ‘ permainan politik hanya dapat diselesaikan dengan strategi politik’.
Maksudnya kes di Perak ini pada mulanya ada lah kes politik, dimana 3 YBs melakukan agenda katak silumpat katak ke BN. Sehingga mengubahkan bilangan majoriti di pehak pembangkang ( selaku pemerentah pada ketika itu).

Now, tanpa segan silu dan dengan kadar yang segara BN Perak merampas kuasa dari pembangkang.
Sabenar apa yang BN buat ketika itu bukan juga salah dari segi perundangan dan perlembagaan.

Namun, bermula dari sini lah , maka transformasi yang berupa dendam dan kebencian dihati semua pehak bermula...Heart Broken.. Agak nya , sebagai seorang yang normal kita sepatutnya memahami perasaan tersebut.

Sekali lagi kita berbalik kepada kes asal, ia itu baru-baru ini, mahkamah telah memutuskan bahawa Speaker tidak berhak untuk menggantungkan MB yang baru dan krew beliau untuk menghadiri sidang Dewan.So much so, MB yang baru pun akan mengadakan sidang dewan tidak lama lagi.

However, masaalah nya pasti akan timbul sekali lagi, bilamana ada peruntukan dalam undang-undang untuk Speaker merayu kemahkamah rayuan agar tindakan asal beliau dapat dipertimbangkan dan saterusnya dibicarakan semula atas nama ketelusan dan keadilan undang-undang kita.
Hal ini yang di maksudkan oleh LKS. Ingat, beliau dan Speaker sendiri ada lah pakar perundangan…

Apa lah kesudahannya nanti kalau kiranya mahkamah rayuan memutuskan bahawa Speaker layak dalam tindakan beliau berdasarkan akta displin dsn? Apa jadi? Home and Away, Away and Home lah jadinya…Dahysat, sungguh mengerikan.

Sebaik-baik nya biarlah rakyat yang menentukan nya..
With that, I raise my case.

MALAYSIAN GOLFER said...

This is a real hole in one hit. Why BN troopers aren't sensitive dan responsive to their opponent's OB-out of bound hit..

Senjaliza said...

Saudara Solymone dan Malaysian Golfer. Terima kasih atas komen. Memang Bernas dan bertanggung jawab. Sedikit komen tambahan saya ialah; Seolah-olah Keputusan Mahkamah itu diragui dan ada unsur-usur menmpengaruhi rakyat untuk tidak lagi percaya kepada keputusan Mahkamah. Ini tidak sehat. Walaupun ada peruntukkan rayuan, tetapi ada pihak yang seolah-olah memaksa supaya dilengah-lengahkan Persidangan DUN Perak dan tidak dapat di adakan supaya Dewan terbubar secara automatik setelah gagal bersidang. Dengan demikaian PRU Negeri yang diidamkan dengan "penuh berahi" dapat diadakan. Ini game politik yang bertopengkan undang-undang. Ini juga tidak sehat. Penyalahgunaan Undang-undang boleh berlaku terutama bila yang "berniat" menyalahgunakannya adalah pakar sendiri. Orang professional yang bertindak tidak professional adalh situasi yang "tidak sehat" atau "sakit" dalam bahasa inggerisnya "SICK". Baik lagi saya ikut tanam kobis sama lada..untung lagi.

Anonymous said...

Yes..setuju dengan pendapat SenjaLIZA. Ini bukan kerana kami satu perahu... tapi, realitinya.

UNDANG-UNDANG DIGUNAPAKAI UNTUK MENGHALANG UNDANG-UNDANG DILAKSANAKAN... setuju tidak dengan ungkapan diatas...
Ataupun..yang lebih mudah....
JUSTICES DELAY,JUSTICES DENIED!!!