Translate

Monday, April 13, 2009

Penangkapan ADUN Usukan; PRK lagi?

Datuk Japlin Akim, ADUN Usukan, Kota Belud dan Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Sabah.

Dari Sabahkini...
PENANGKAPAN Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah (Sebenarnya Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerjaraya), Datuk Japlin Akim oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung lebih lapan aduan kes rasuah terhadapnya baru-baru ini menunjukkan tanda-tanda akan berlaku pilihanraya kecil Usukan.

Japlin yang ditangkap bersama seorang kontraktor telah diawasi sejak setahun lalu oleh SPRM tidaklah mengejutkan setelah umum mengetahui beliau dijatuhi hukuman gantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Baca lanjut dalam Sabahkini....
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1132:pilihanraya-kecil-usukan&catid=41:jenayah&Itemid=56

Rekod keterlibatan pemimpin UMNO dalam politik wang sejak tertubuhnya Jawatankuasa Badan Desiplin UMNO bagaikan tidak menggerunkan sebahagian pemimpin UMNO. Ianya masih berterusan. Bila Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO kini, terlepas dari menerima hukuman, ramai yang sudah tidak meyakini Badan Desiplin UMNO ini malah terdapat pihak yang mahukan agar Badan ini dibubarkan saja.

Suatu waktu dulu, Tan Sri Isa Samad pernah memenangi Jawatan Naib Presiden dan memperolehi undi terbanyak. Selanjutnya beliau dilantik Menteri Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun Tan Sri Isa kemudiannya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO dan juga Jawatannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setelah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Badan Desiplin UMNO kerana telah mengamalkan politik wang. Anehnya, dalam kes Isa ini, tiada seorangpun penerima wang dari Isa atau agennya telah dikenakan hukuman. Seolah-olah amalan menerima "wang politik dari politik wang" oleh para perwakilan dibiarkan menjadi tradisi "haram" yang dihalalkan atau digalakkan lantaran tidak dikenakan apa-apa tindakan!!.

Japlin Akim, ADUN Usukan dan Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah, dijatuhi hukuman gantung selama tiga tahun oleh Badan Desiplin UMNO setelah disabitkan terlibat dengan "politik wang". Bukan itu sahaja, Japlin bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Dia juga ditahan oleh Suruhanjata Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai aduan awam ke atas beliau.

Japlin dan sesiapa sahaja tidak boleh menyalahkan orang lain atas kejadian yang menimpanya. Dia yang melakukannya. "Berani Buat Berani Tanggung". Apapun konsekuen dari perbuatannya yang menyalahi undang-undang dan peraturan hendaklah dihadapinya secara gentleman. Orang lain tak buat salah. Orang lain berangkali lebih bersalah bila menyembunyikan perbuatan salah. Bagaimanapun, setakat ini, saya beranggapan bahawa dia masih "innocent until proven guilty".

Amalan politik wang oleh Japlin sudah cukup untuk dia dilucutkan jawatan Pembantu Menteri, seperti kes Isa Samad dahulu, kecuali ada pihak yang cuba mengekalkannya juga merestui dan menghalalkan perbuatan rasuah dan politik wang. Apakah jawatan Japlin sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian P.169 dan ADUN N.8.Usukan juga terpaksa dia lepaskan?

Nampaknya, kiranya hukuman terdahulu diselaraskan atau diambil sebagai precedence", jawatan Pembantu Menteri Kerja Raya terpaksa dikosongkan dan kemungkinan pilihan raya kecil Usukan akan terpaksa diadakan demi menepati tuntutan "gagasan tranformasi" Perdana Menteri yang baru dan usaha serius kerajaan membenteras amalan rasuah. Persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya umum, apakah Musa Aman, sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah akan akur dengan tuntutan gagasan Perdana Menteri atau main pilih-pilih langsat lagi...

No comments: