Translate

Tuesday, April 14, 2009

DSAI PUN TAHU...

Gambar-Demonstrasi di Thailand BERJAYA memiskinkan Negara Thai dan Masyarakatnya. Industri pelancongan Thailand lumpuh dan merudum kerana angkara Taksin yang pernah menjual harta utama Thailand tanpa membayar cukai ingin jadi Perdana Menteri semula. Taksin berjaya berperang menggunakan "Perang Lisan". Taksin yang disabitkan rasuah mendapat sokongan Barat lalu "menonton dari jauh" kemurkaan yang dilemparnya kepada rakyat Thailand. Apakah kita belum belajar dari kegetiran hidup ini. Apa untungnya "Rakyat Thailand" dapat menggagalkan Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya?.

DSAI pun tahu bahawa dia tidak dapat dan tidak mampu merobah tahap hidup masyarakat India dan Cina di Malaysia dengan mudah dan sekelip mata. Bagaimanapun, DSAI faham bahawa Masyarakat India dan Cina amat memerlukannya dan PKR selagi DSAI dapat memecahbelahkan masyarakt Melayu dan Bumiputera Malaysia. Selagi DSAI berkompromi untuk menyerahkan hak Bumiputera dan Peribumi khasnya hak Orang Melayu dan Islam, selagi itu DAP dan HINDRAF tetap sayang DSAI dan DSAI perlu dilayan, dibelai supaya merasa disayang dan disanjung.

Hindraf juga tahu dan faham bahawa mereka tidak dapat merobah taraf hidup masyarakat India yang sedang bergelomang kemiskinan dengan mudah. Hindraf hanya tahu bahawa Hindraf dapat meniupkan dan menghidupkan api kemarahan masyarakan India terhadap kerajaan BN dan MIC, walaupun yang mampu merobah tahap hidup masyarakat India ialah kerajaan BN. Pihak yang telah berusaha membantu masyarakat India pada tahap kini sehingga ramai yang menjadi korporat, Peguam dan Doktor ialah Kerajaan BUKAN Hindraf. Hindraf hanya berjaya meniupkan dan membangkitkan semangat melawan masyarakat India. Hindraf hanya memperalat kaum India supaya benci MIC dan BN dan menentang mereka dengan apa cara sekalipun.

Hindraf berjuang dengan menggunakan "kata-kata" , menggunakan "lisan", menggunakan "sentiment", menggunakan "agama" dan menyuntikkan soal "hak" yang Hindraf tahu dan sedar bahawa Hindraf sendiri tidak mampu memberikannya. Namun Hindraf perlu sokongan DSAI agar perang "lisan" Hindraf berkesan dan didengar oleh masyarakat India.. Dengan demikian DSAI akan dan mesti disokong Hindraf. Kebajikan masyarakat India sebenarnya diletakkan ke belakang dan diketepikan oleh Hindraf dan DSAI. Kebajikan masyarakat India biar diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan BN dan MIC itu tugas mereka. Kalau BN dan MIC gagal lebih baik kepada mereka. Mudah bagi mereka "manipulate" dan meniupkah "makkhal Sakhti".

Tugas Hindraf dan DSAI ialah menang perang lisan dan rampas kerajaan!!. Kebajikan dan kemiskinan rakyat berketurunan India belakang kira...DSAI dan Hindraf tidak kisah semua ini. Mereka hanya kisah dan perlu tahu ialah masyarakat India teutama yang berugama Hindu dan yang miskin mesti sokong mereka, mesti sokong PKR, mesti sokong Hindraf dan terpenting orang India MESTI benci MIC dan BN, Orang Cina mesti Benci MCA dan BN; dan mesti sokong Hindraf dan PKR supaya BN dan MIC dapat dikalahkan dan DSAI dapat kuasa. DSAI jadi Perdana Menteri. DSAI sudah lama teramat mengidam "PM". DSAI sudah sampai tahap tak perduli yang lain asalkan dapat jadi PM. Lalu dia akan Puas?.

6 comments:

Anonymous said...

India dan Cina telah berjaya dipengaruhi untk membenci MIC dan MCA.

Lihatlah keputusan PRK ke-12 dan PRK kecil baru-baru ini. Kawasan bandar, semua sokong pembangkang..SIAPA MEREKA???

Bukit Selambau...SIAPA MEREKA?? Nak lihat MELAYU dan BUMIPUTRA SABAH pula membenci UMNO..mungkin berlaku sekiranya mulut dan tingkah laku Tun Mahathir tidak digam dan dikawal.

TAAVEEKUN PERAK said...

Kepada rakyat yang masih sayangkan Malaysia, janganlah disokong Pakatan Pengganas. Kerana setiap sokongan kepada mereka akan menghancurkan masa depan anak cucu. Setiap sokongan membawa kehancuran kepada Malaysia, menolak Islam sebagai Agama Rasmi malah mengusir orang Melayu daripada tanahair sendiri.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia dan bersatulah menolak anasir anasir jahat dan lindunglah kedaulatan Negara dan Raja Raja Melayu. Peliharalah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia. Lindungilah anak anak dan keluarga kita dari pengaruh jahat mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara daripada kejahatan mereka.

bERANIKAN hATI said...

SEMUA TAU MENGENAINYA TETAPI KENAPA MELAYU MASIH RELA MENGADAIKAN BANGSA? APA AKAN JADI MASA DEPAN MELAYU? nERANIKAN hATI

add said...

Beranikan hati,,, semua tahu tapi dek kerana nak kan pangkat dan darjat serta kuasa maka hilanglah pertimbangan itu semua.. cadangan saya hapuskan DSAI di mukabumi ni aman lah malaysia..

Datu Sulaiman said...

Cara yang paling cepat menyatukan orang Melayu, bubarkan UMNO dan semua ahli diserapkan kedalam PAS.Selepas itu PAS menggantikan tempat UMNO dalam BN. PM lantik daripada orang berkecuali dan calon yang paling sesuai YB Mulia Tengku Razaliegh Hamzah. Najib boleh jadi timbalan. Anwar dan PKR boleh terus jadi pembangkang..

Senjaliza said...

Betukkah Saudara ini Datu Sulaiman. Saya tahu Datu Sulaiman ada blog sendiri. Pasti dia pakai blognya untuk komen. Wallahuwalam Bissawab. Terima ksih atas komen ini. Tetap dihargai. teruskan Datu dan gunalah blog "selagi kamu berkata benar"..