Gambar DSAI semakin kelihatan penat dan tua. Sudah tiada seri dan keceriaan di wajahnya.
DSAI dan LKS dulu benar-benar bergagas menggagalkan Cadangan Kerajaan Perpaduan Ustaz Haji Abdul Hadi Awang. Beberapa bulan TGHA dan Ustaz Nasa menjadi perhatian bak on probation dalam PAS.
Kini bila timbul perbincangan PAS-UMNO, LKS dan DSAI menjadi rimas lagi. Seolah-olah menyatakan kepada umum bahawa tanpa PAS, Pakatan Rakyat sudah pastinya jatuh dan tersungkur.
PAS pada dasarnya memang nyata tersisih dan disisihkan dalam proses pemasyuran polisi Pakatan Rakyat kerana menjaga sensitiviti DAP yang dalam sejarahnya pernah melemparkan PAS ke longkang setelah PAS dianggap merugikan DAP semasa dalam Barisan Alternatif dulu, selepas PRU11, yang menyaksikan LKS-DAP dan Karpal Singh sendiri tewas dalam pilihanraya. Masa itu PAS dipersalahkan DAP kerana membawa malapetakan sehingga pemimpin utama DAP kecundang di kawasan masing-masing dalam pilihanraya umum.
DSAI menjadi penghubung semula PAS-DAP yang memang tidak selari malah bertentangan dari segi ideologi dan ideologi politik.
Kini timbul lagi PAS-UMNO talk dan DSAI dan LKS semakin menjadi rimas. Apakah dengan ketiadaan DSAI dalam politik Pakatan Rakyat membawa hubungan PAS-DAP akan pecah atau putus sekali lagi? Inikah yang merimaskan DSAI dan LKS? Masih setiakah PAS kepada PAS jika PAS terlalu tunduk dan akur dengan kehendak LKS (DAP) dan DSAI (PKR)? Bagaimana dengan prinsip perjuangan PAS?