Translate

Saturday, July 31, 2010

Syor batalkan pendaftaran DAP

YB Zul. Suatu waktu dulu adala idola penyokong PAS.
Khalid Samad: Inikah role model PAS?
Syor batalkan pendaftaran DAP


KUALA LUMPUR 30 Julai – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa supaya membatalkan pendaftaran parti DAP dan mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram kerana tindak-tanduk parti itu didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian negara.


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) ketika membuat gesaan itu mendakwa, DAP bertanggungjawab menyebarkan fahaman cauvinis, rasis, fikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan.


Tegasnya, tindakan berani itu perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelak berulang pergaduhan berdarah antara kaum di negara ini kerana dakwanya, kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 juga berpunca daripada sikap cauvinis dan rasis DAP.-Read More
Orang PAS @ Penyokong-penyokong PAS, apa pula pandangan mereka mengenai syor YB Zul ini? Masih kentalkah sokongan mereka terhadap DAP? Lupakan mereka bahawa DAP juga pernah membenamkan PAS semasa dalam Barisan Alternatif dulu selepas PRU 11 kerana alasan DAP; PAS merugikan mereka?

RELATED
-Ingatan lebih banyak keseimbangan kaum akan terhapus
"Misalnya, pada tahun 1969, orang Cina bersorak apabila DAP menang di kawasan bandar dan mencemuh orang Melayu supaya balik kampung," kata Mohamed Khaled lagi.

1 comment:

Anak X-PKR said...

Malaysia mampu jadi negara maju dan makmur tanpa DAP. Say NO to DAP.